Tentang Saya

Assalamualaikum,

Pertama, terima kasih kerana sudi ziarah blog saya ini. Saya merupakan seorang ibu kepada dua orang cahaya mata yang comel. Saya menjalankan bisnes Shaklee ini sepenuh masa dari rumah memandangkan saya seorang surirumah berpendapatan. Bagaimana saya boleh terjebak dengan bisnes Shaklee yang ohsem sangat ni?

Semuanya bermula apabila saya mengalami alahan teruk semasa mengandungkan anak sulung.  Jadi, saya google tentang cara untuk atasi masalah alahan tersebut lalu terjumpa dengan set kehamilan Shaklee. Kebetulan pada masa itu kawan saya ada menjual produk Shaklee, jadi saya pun hubungi beliau untuk dapatkan konsultansi berkenaan Set Kehamilan Shaklee. Berpuas hati dengan konsultansi yang diberikan, saya pun memesan  Set Kehamilan untuk saya dan set sendi untuk suami yang kebetulan selalu mengalami sakit pinggang dan belakang badan, Melalui pembelian itu,kami suami isteri layak mendapat keahlian Shaklee secara percuma dan juga melayakkan kami dapat duit bonus pertama kami.

Bagi anak kedua ini, saya mengambil  Set kehamilan Shaklee semasa mengandung dan seterusnya saya memesan Set Berpantang Shaklee untuk membantu masalah keletihan dan kurang susu badan. Alhamdulillah, akhirnya satu demi satu produk Shaklee telah kami cuba dan kami rasa kami patut berkongsi kebaikan ini bersama orang ramai. Oleh sebab masalah peribadai, saya tidak dapat bekerja dan menjadi surirumah. Namun, ianya menjadi sukar apabila saya tiada sumber kewangan untuk membeli kehendak saya. Jadi, saya hubungi kawan saya dan minta tolong dia ajarkan saya cara untuk memulakan bisnes Shaklee. Syukur Alhamdulillah, bisnes ini tidaklah sesusah yang saya fikirkan.Buktinya, sekarang saya mampu menjana pendapatan 4 angka sebulan dan berjaya rekrut beberapa orang ahli saya untuk sama-sama menjana pendapatan.

Syukur sebab suami saya juga bersama saya menjalankan bisnes ini secara separuh masa. Dia juga rancak berkongsi kebaikan produk-produk Shaklee kepada rakan-rakan sekerjanya. Bisnes ini menjadi sumber pendapatan kedua kami. Seronoknya dapat kembangkan bisnes ini bersama-sama orang yang kita sayang. Kini, kami sedang mencari protege-protege baru untuk kami latih menjadi usahawan seperti kami.

Hidup kami berpindah-randah dari satu negeri ke negeri yang lain disebabkan oleh tuntutan kerja suami saya. Namun, bisnes kami tetap berjalan lancar walau di mana saja kami berada. Sekarang ini kami ada wakil COD di Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Johor, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Kami ingin mencari wakil COD di seluruh Malaysia, jika anda berminat untuk sertai team kami. kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke dalam keluarga kami. Segala persiapan tentang memulakan bisnes akan kami ajarkan satu-persatu dan kami mempunyai kumpulan sokongan yang besar dan bermurah hati untuk membantu menjadikan anda usahawan berjaya.

Seandainya anda berminat untuk memesan produk atau ingin memulakan bisnes Shaklee, anda boleh hubungi saya di talian +6013-9189500