Apakah Bipolar Disorder? Ketahui Kesan dan Cara Merawatnya

Gangguan bipolar (bipolar disorder) atau gangguan dwi kutub merupakan gangguan mood atau perasaan pesakit yang berubah-ubah. Ia boleh jadi perubahan mood yang melampau, daripada kemurungan sehingga ke mania. Bipolar disorder juga dikenali sebagai gangguan kemurungan manik.

 

 

Gangguan bipolar ini sangat serius dan pesakit boleh bertindak agresif sehingga membunuh diri dan juga mencederakan orang lain. Namun, ianya boleh dikawal melalui terapi dan juga ubat.

 

Gangguan bipolar boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, bangsa, dan negara. Kita semua maklum bahawa gangguan bipolar ini boleh diwarisi daripada keturunan yang lepas. Faktor genetik juga menyumbang kepada gangguan ini selain daripada gaya hidup yang tidak sihat.

 

 

Adakah Bipolar Disorder boleh dicegah??

 

Sehingga ke hari ini tiada lagi ditemukan langkah pencegahan untuk mengelakkan gangguan bipolar. Namun, kita boleh cuba memahami tingkah laku mereka yang menghidap gangguan bipolar ini dan belajar cara untuk mengawal perasaan mereka yang menghidapi penyakit ini. Langkah ini bagi mengelakkan mereka bertindak lebih agresif yang boleh mendatangkan kecederaan.

 

Simptom-simptom pesakit gangguan bipolar:

Gangguan bipolar boleh berlaku diantara 2 perubahan mood yang ekstrem melampau, iaitu:

 

1- Kemurungan bipolar, ia merangkumi perasaan sedih, tidak dihargai, tidak berdaya dan tidak bernilai.

2- Mania bipolar, ia merangkumi ketenangan dan kegembiraan. Ditambah dengan tenaga dan aktiviti yang menyebabkan mereka kurang tidur.

 

Orang dengan gangguan bipolar boleh mempunyai episod manik yang berlaku secara bersamaan dengan gejala depresi, atau sebaliknya. Apabila episod manik atau depresif pada masa yang sama termasuk gejala kutub bertentangan, episod itu dikatakan mempunyai “ciri bercampur.”

 

Anda mungkin juga ingin mengetahui simptom mereka yang menghidap kemurungan bipolar dan mania bipolar.

 

Simptom-simptom kemurungan bipolar

Mereka yang mengalami depresi atau kemurungan bipolar akan mengalami gejala-gejala di bawah:

 

1- Berada dalam keadaan tertekan dan rasa rendah diri.

2- Menangis secara berlebih-lebihan.

3- Nampak tidak bertenaga dan tidak peduli tentang hidup mereka.

4- Kesedihan, kesepian, rasa bersalah dan tidak berdaya.

5- Ucapan perlahan, kelesuan, koordinasi dan daya fokus yang lemah.

6- Insomnia atau ‘oversleeping’.

7- Pemikiran ingin membunuh diri.

8- Perubahan selera makan, samada selera makan bertambah atau tidak makan langsung.

9- Rasa sakit badan yang sukar untuk difahami.

10- Kurang berminat untuk bersosial.

 

 

Simptom-simptom mania bipolar

 

1- Euphoria atau mudah marah.

2- Rasa bangga diri.

3- Mempunyai tenaga berlebihan, kurang tidur.

4- Bercakap berlebihan dan pemikiran yang bercelaru.

5- Suka berbelanja berlebih-lebihan, peningkatan keinginan seks yang sukar dikawal, suka melabur dalam pelaburan yang berisiko, suka memandu laju.

6- Berhalusinasi atau berkhayal,ciri-ciri psikotik seperti ini boleh berlaku kepada 1 dalam 2 kes mania bipolar.

 

Bagaimana cara merawat gangguan bipolar ini??

 

Kebiasaannya doktor akan bekalkan ubat penenang untuk menstabilkan mood pesakit. Namun, sekiranya ubat penstabil mood tidak mampu mengawal keseluruhan simptom, doktor akan memberikan beberapa jenis ubat lain bagi menstabilkan mood dan menenangkan depresi pesakit.

 

Selain penstabil mood, rawatan psikoterapi juga perlu dijalankan bagi membantu pesakit menjadi lebih bijak dalam mengawal stress dan dapat memulihkan kembali kehidupan asal mereka serta lebih berdisiplin makan ubat.

 

Boleh ke penyakit gangguan bipolar ini sembuh???

 

Tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit gangguan bipolar. Namun, dengan bantuan kaedah psikotik dan juga ubat penstabil mood serta ubat-ubat gangguan bipolar yang lain, pesakit gangguan bipolar dapat hidup normal dan produktif. Walaubagaimanapun, pesakit gangguan bipolar harus berdisiplin dalam pengambilan ubat dan juga sentisa mematuhi temu janji dengan doktor mereka untuk mengelakkan episod-episod yang agresif.

 

Disamping itu, sekarang ini terdapat banyak kumpulan sokongan untuk pesakit dan juga ahli keluarga. Kumpulan sokongan ini diwujudkan bagi membantu mereka bersuara secara terbuka untuk memahami mereka yang menghidap gangguan bipolar ini. Ada diantara pesakit gangguan bipolar ini mendapat peluang pekerjaan setelah menyertai kumpulan sokongan ini.

 

Ada ke alternatif lain selain kebergantungan pada ubat hospital??

 

Selain daripada pengambilan ubat-ubatan untuk menstabilkan mood dan sebagainya, Shaklee mempunyai rangkaian produk yang lebih sihat untuk membantu menstabilkan mood pesakit gangguan bipolar ini. Antaranya ialah:

 

B complex

Membantu meredakan stress dan menenangkan perasaan.

Membantu menukarkan makanan menjadi tenaga untuk menyelesaikan tugasan seharian.

Membantu mencegah gejala kemurungan dan depresi.

 

Ostematrix

Membantu meringankan stress.

Membantu mengimbangi tekanan darah, impuls saraf dan kadar denyutan jantung.

Membantu menggalakkan tidur yang lebih berkualiti.

Membantu mengelakkan jantung berdebar, depresi, stress, sakit kepala dan pitam.

 

Omega Guard

Membantu mencegah migrain dan insomnia.

Membantu mengurangkan stress.

Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Membantu menstabilkan emosi.

Membantu menguatkan ingatan.

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

 

Beli secara online di sini

 

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge