5 Cara Mudah Atasi Stress Dan Depresi

Di rumah stress, keluar bekerja stress, naik kenderaan awam stress, naik kenderaan sendiri pun stress juga. Kajian menunjukkan ramai rakyat kita mengalami masalah stress dan depresi. Bagaimana cara mudah atasi stress dan depresi ini? Jom kita rungkaikanya.

 

Masalah stress, depresi dan kemurungan ini sering dikaitkan dengan wanita. Maklumlah, wanita lebih beremosi daripada lelaki ditambah pula keadaan hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan wanita lebih mudah stress berbanding lelaki. Namun, masa kini ramai lelaki yang stress dengan komitmen yang mereka tanggung.

 

Stress merupakan perubahan ketegangan fizikal, emosi dan psikologi. Hal ini berlaku apabila seseorang berada di dalam keadaan tertekan dengan masalah-masalah yang timbul. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kita sering kali stress, antaranya ialah:

 

1-Faktor ekonomi

Dengan taraf kehidupan yang tinggi sekarang ini, ramai diantara kita yang mengalami masalah kewangan. Gaji yang diterima setiap bulan hanya cukup-cukup makan saja. Kadang-kadang tiada langsung duit lebih untuk disimpan sebagai kegunaan di waktu kecemasan.

 

2- Kerja yang menimbun

Terlalu banyak urusan pejabat yang perlu diselesaikan dalam satu-satu masa. ‘Overload’ dengan kerja yang tidak pernah habis boleh menyebabkan kita stress. Belum lagi ditambah dengan hal rumah tangga dan anak-anak. Situasi ini sangat tidak sihat untuk kerjaya dan juga keluarga kita.

 

3-Soal hati

Hubungan percintaan atau hubungan kekeluargaan yang mempunyai konflik boleh menyebabkan kita stress, tidak bertenaga dan sering rasa tidak ketahuan. Adakalanya, masalah ini boleh menyebabkan kemurungan terhadap pasangan suami isteri, anak-anak atau pun pasangan yang sedang bercinta.

 

Bagaimana caranya untuk kita atasi masalah ini. Paling membimbangkan masalah stress dan depresi ini boleh mendatangkan keburukan kepada mereka yang mengalaminya.

 

5 Cara mudah atasi stress dan depresi

 

1- Lakukan hobi

Lakukan perkara yang kita suka, curi sedikit masa untuk kita lakukan hobi dikala stress. Contohnya melukis, mewarna, bermain permainan video, atau bila hujung minggu kita keluar mendaki gunung, berenang dan pelbagai aktiviti lain lagi. Dengan cara ini, ia dapat membantu melegakan emosi kita dan juga memberikan diri kita sendiri ruang untuk tidak memikirkan soal pekerjaan.

 

2- Bersenam

Senaman paling mudah adalah jogging atau berjalan laju keliling tasik selepas waktu bekerja selama 15-30 minit sehari. Selain badan kita berpeluh, minda kita pun turut segar melihat keindahan alam dan hati kita tenang apabila melihat air. Secara tidak langsung ia membantu kita untuk lupakan seketika bebanan kerja dan fokus kepada senaman yang kita lakukan.

Ataupun kita boleh sertai mana-mana kelas zumba, tabata dan aerobik yang berhampiran dengan kita. Senaman membantu badan kita jadi lebih sihat dan segar. Seterusnya membantu mengurangkan stress yang dialami.

 

3- Mendengar musik

Carilah lagu-lagu kegemaran kita dan perdengarkanlah alunan merdu musik yang disukai semasa kita sedang berehat. Lebih bagus sekiranya kita pandai bermain gitar atau instrumen musik yang lain, ia dapat membantu meredakan stress.

 

4- Sentiasa berfikiran positif

Setiap orang ada ujian dia masing-masing, yang bezanya adalah bagaimana cara kita tangani masalah-masalah yang datang. Sentiasalah dekatkan diri kita dengan Allah, mengadulah pada-Nya dan mintalah petunjuk agar diberikan jalan keluar bagi masalah-masalah kita.

Sentiasa basahkan bibir dengan zikir dan wirid. Insya Allah, secara tidak sedar kita akan rasa lebih tenang, fikiran tak kusut, boleh menerima segala ujian yang datang dengan baik. Programkan minda kita supaya sentiasa berfikiran positif, jadi kita tidak akan rasa stress keterlaluan.

 

5- Amalkan vitamin anti stress

Pengambilan vitamin semulajadi yang membantu atasi stress dan membekalkan tenaga serta menyihatkan tubuh badan kita adalah amat penting. B complex mampu membantu menstabilkan emosi kita dan dapat mengatasi masalah stress dan depresi. Antara kelebihan dan kebaikan B complex adalah:

Mengandungi vitamin B yang lengkap iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan Biotin.

Vitamin B1 membantu mengurangkan keresahan, kelesuan, meningkatkan tenaga, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan kecerdasan mental.

Vitamin B2 membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik, memgurangkan keletihan mata, katarak serta jangkitan lidah

Vitamin B3 membantu mengelakkan depresi, mencantikkan kulit dan rambut, memperbaiki sistem pencernaan serta mengurangkan pengaliran kolesterol dalam darah.

Vitamin B5 membantu mengurangkan risiko penuaan pramatang dan mengurangkan stress serta depresi.

Vitamin B6 membantu menstabilkan serotonin di dalam otak, yang mana ia berfungsi untuk mengelakkan depresi. Ia juga membantu mengurangkan kekejangan otot dan menstabilkan emosi.

Vitamin B12 membantu mengurangkan keletihan, anemia, meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, memori dan keupayaan seksual.

Biotion membantu menjadikan vitamin B complex berfungsi dengan lebih efektif, mengurangkan keradangan kulit, rabun, ekzema dan rambut beruban.

Asid folik membantu meningkatkan kesihatan fetus dalam kandungan ibu hamil, mengurangkan risiko stress, sakit jantung, kanser serviks, anemia dan ulser mulut.

 

Anda juga berhak mendapatkan konsultansi terbaik daripada saya. Jangan malu jangan segan untuk hubungi saya melalui beberapa cara di bawah.

FB: IdAyu Irdina

FB Page: Idayu Irdina

Ig: @idayu_irdina

No.HP: 013-918 9500

 

Beli B complex secara online di sini

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge