5 Tempat Menarik Dikunjungi Di Korea Selatan

Ramai peminat fanatik K-Pop dan drama bersiri Korea yang menaruh harapan untuk melancong ke Korea bukan? Alang-alang nak melancong tu, korang wajib masukkan 5 tempat wajib dilawati ketika melancong ke Korea ni.


1- Dongdaemun

Terkenal dengan Dongdaemun Design 
Plaza (DDP) yang direka khas oleh arkitek 
terkenal Zaha Hadid. Ia mempunyai LED 
roses garden yang menjadi tumpuan orang 
ramai bergambar diwaktu malam. Selain 
menjadi tempat utama konvensyen, 
persembahan dan pameran.

Ia juga terkenal dengan pasar malam yang santai dan aneka ‘street food’ yang enak untuk dicuba. Namun, hati-hati dalam memilih makanan yang halal.

Bagi peminat K-pop, di Dangdaemun juga terdapat pelbagai barangan ‘official merchandise’ yang dijual berkenaan artis kegemaran anda. Tambahan, anda boleh mengambil gambar secara virtual di ‘photobooth’ dan menyaksikan konsert hologram untuk merasai ‘feel’ berada di konsert sebenar.

Jangan lupa untuk singgah di Krunk Kafe yang bertemakan artis Korea yang digayakan oleh beruang biru.

 

2- Insadong

Bagi yang berminat untuk mengenali kesenian dan kebudayaan orang Korea, wajib pergi ke Insadong. Tempatnya macam ‘jonker street’ kat Melaka dan suasananya macam kat Penang yang mana ada kafe-kafe, ‘street art’, dan pelbagai acara kesenian.

Anda boleh membeli cenderahati yang lebih bermutu dan berkualiti hasil air tangan penduduk Korea sendiri. Terdapat juga kedai-kedai tembikar, galeri, coklat dan teh di sekitar kawasan Insadong.

Paling best, setiap hari Sabtu bermula jam 2 petang sehingga 10 malam, dan hari Ahad 10 pagi – 10 malam jalan utama di Insadong ini akan ditutup kepada kenderaan. Ini bagi memberikan laluan eksklusif bagi pejalan kaki menyaksikan persembahan kebudayaan Korea.

 

3- Pulau Nami

Wahhh!!!’feeling’ ala-ala drama bersiri Winter Sonata kejap. Perjalanan lebih kurang 2 jam dari Soeul dan anda boleh ke sana dengan menaiki teksi atau keretapi. Cantiknya Pulau Nami sama macam dalam drama Winter Sonata tu.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh seisi keluarga semasa berada di Pulau Nami. Antaranya ialah bersiar-siar dengan basikal, buggy, bot pedal ataupun sertai aktiviti sukan air yang lasak. Best lagi, terdapat surau di Pulau Nami untuk umat Islam mengerjakan solat.

Jangan lupa mencuba ‘nasi goncang’ atau dikenali sebagai dosirak di sana.

 

4- Istana Gyeongbokgung

Anda peminat drama Price Hour?? Boleh la kunjungi istana Dinasti Joseon ini. Di sini anda boleh mencuba pakai hanbok, iaitu pakaian tradisional Korea dan bergambar di sekitar istana.

Terdapat Tugu Raja Sejong berdekatan istana ini. Raja Sejong merupakan seorang raja paling berpengaruh dalam sejarah Korea. Beliau yang memperkenalkan tulisan hangul sebagai tulisan rasmi. Muzium Raja Sejong terletak dibawah tugunya dan anda boleh mencuba menulis nama sendiri dalam tulisan hangul sebagai kenangan.

 

5- Iteawon

Korea ada masjid tak??Mestilah ada, Islam sudah tersebar ke seluruh dunia sekarang ini. Seoul Central Mosque, terletak di Iteawon yang mempunyai pelbagai gabungan budaya dan agama. Di sini juga agak mudah untuk mendapatkan makanan halal kerana populasi penduduk yang beragama Islam agak ramai.

Agak-agak tekak dah tak boleh nak telan makanan Korea lagi, bolehlah singgah untuk menikmati kebab Turki dan makanan Indonesia di sini. Terdapat juga deretan kedai untuk pengunjung membeli-belah di sini.

Lagi satu yang best di sini, terdapat kafe-kafe yang menyediakan pastri dan kek yang sedap-sedap di sini. Anda juga boleh mengambil gambar di Line Friends Store, bangunan 3 tingkat yang berkonsepkan karakter Line yang comel itu.

 

 

Sebenarnya, terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati di Korea, antaranya taman tema ‘indoor’ yang terbesar di dunia iaitu Lotte World, taman tema berkonsepkan seni bina Perancis di Petite France. Jikalau anda ke sana pada musim sejuk, bolehlah mencuba bermain ski di Yongpyong Ski Resort.

 

Pengedar Shaklee Anda,
FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge