8 Tips Peluang Untuk Hamil Anak Kembar

Seronok tengok ragam anak kembar kan? Tambahan lagi yang kembar seiras, sukar untuk dibezakan antara keduanya. Namun, gelagat mereka sering mencuit hati kita. Di sini ingin saya kongsikan 8 tips peluang untuk hamil anak kembar.

Sekarang ni saya suka melihat gambar dan video perkongsian Dr.Sheikh Muszaphar bersama anak kembarnya, Adam dan Noah. Mereka sungguh comel dan mencuit hati. Angkasawan negara itu sering memuat naik gambar dan video mereka di laman instagram miliknya.

 

Jenis-jenis Kehamilan Kembar

Terdapat dua jenis kembar iaitu identical (mono zygotic) dan non-identical (dizygotic). Kembar identical berasal dari satu telur yang apabila bercantum akan pecah menjadi dua embryo. Namun, kembar identical mempunyai risiko yang tinggi untuk keguguran atau mengalami masalah-masalah yang lain, mereka berkongsi uri yang sama.

Berbeza dengan kembar non-identical yang berasal dari dua telur dan apabila disenyawakan mereka mempunyai uri yang berbeza. Kembar jenis ini lebih berpeluang untuk selamat kerana mereka disenyawakan berasingan.

8 Tips Peluang untuk Hamil Anak Kembar

 

1. Peratusan kelahiran kembar orang Asia adalah diantara 1-2%. Antara peratusan terendah berbanding orang Afrika (4%) dan orang putih Amerika dan Eropah (3%).

2. Mereka yang pernah melahirkan 4 orang anak dan keatas serta wanita berusia 40 tahun berpeluang tinggi untuk hamil kembar.

3. Peluang ibu hamil kembar meningkat 4 kali ganda sekiranya dia mempunyai keturunan kembar sebelah ibu.

4. Kajian menunjukkan tabiat pemakanan orang Afrika yang suka makan keladi dan ubi dapat meningkatkan peluang kehamilan kembar 4 kali ganda berbanding yang lain.

5. Wanita yang mengambil suntikan atau pil kesuburan akan mempunyai peluang lebih tinggi untuk hamil kembar. Mereka yang mengambil pil clomid berpeluang 5-10% untuk hamil kembar. Namun, mereka yang mengambil suntikan gonadotrophin mempunyai lebih kurang 30% peluang untuk hamil kembar. Walaubagaimanapun, ianya sangat berisiko untuk hamil kembar 4 atau lebih dan berisiko tinggi untuk keguguran.

6. Sesetengah, dengan amalkan banyak minum susu dan makan produk tenusu boleh tingkatkan peluang untung dapat anak kembar.

7. Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan bayi tabung uji (IVF) dikatakan mempunyai peluang cerah untuk dapat anak kembar.

8. Mereka yang mengamalkan pemakanan yang sihat, cukup zat nutrisi, mempunyai tahap kesihatan yang baik dan mengamalkan pengambilan suplemen dan asid folik berpeluang tinggi untuk dapat anak kembar.

 

Antara suplemen yang boleh anda amalkan untuk mudah hamil adalah seperti berikut :

Untuk Isteri

ESP – membantu menguatkan rahim wanita, selain itu, ia dapat membantu menggantikan sel-sel yang rosak dengan sel-sel yang sihat. Tambahan pula, ESP juga dapat membantu menurunkan berat badan. Selain membantu menstabilkan kitaran haid kita.

GLA complex-membantu menstabilkan hormon. Membantu menstabilkan kitaran haid dan meningkatkan kesuburan. Mengandungi Vit E yang membantu menguatkan dinding arteri. Ia juga membantu penghasilan egg white cervical mukus yang membantu melancarkan sperma berenang menuju ovum.

B complex-mengandungi asid folik yang membantu meningkatkan kesuburan. Lengkap dengan 8jenis vitamin B. Ia juga membantu memberikan tenaga dan meredakan stress.

Alfafa complex– terkenal dengan nama jamu moden untuk wanita. Ia sangat bagus dalam membantu mengatasi masalah keputihan, senggugut, kitaran haid tidak teratur dan hubungan suami isteri sebab ia berfungsi seakan kacip fatimah.

Beli secara online di sini

 

Untuk Suami

Vita Lea- mengandungi pelbagai jenis vitamin untuk kesihatan badan kita. Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral. Kenapa perlu ambil?? Sebab, jika badan kita tidak mendapat keperluan vitamin yang secukupnya,ia akan menjejaskan kualiti sperma lelaki dan ovum wanita. Zinc yang terdapat di dalamnya sangat bagus dalam membantu meningkatkan kesuburan lelaki.

Vitamin E – terkenal juga dengan panggilan vitamin cinta. Sebab ia membantu meningkatkan atau meransang kemahuan untuk bersama. Ia juga membantu meningkatkan kelelakian lelaki dan menyuburkan organ reproduksi lelaki serta wanita. Ia juga mengandungi selenium yang bagus untuk kesuburan lelaki.

Vivix – membantu menyihatkan seluruh tubuh badan kita termasuklah kesihatan ovum dan sperma. Ia membantu meningkatkan tahap kesuburan ovum dan sperma untuk membolehkan mereka bercantum. Selain membantu memulihkan kesihatan dalaman wanita untuk membantu kesuburan dan menstabilkan hormon serta kitaran haid.

Beli secara online di sini

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

 

Beli secara online di sini

 

Untuk dapatkan harga lebih murah dan keistimewaan-keistimewaan yang lain, anda boleh mendaftarkan diri sebagai ahli untuk menikmati penjimatan hebat.

Daftar secara online di sini

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge