Bell’s Palsy, Gejala, Penyebab,Cara Mencegahnya

Bell’s Palsy bukan strok tetapi kelemahan otot muka yang disebabkan oleh keradangan pada urat muka. Keadaan ini menyebabkan sebelah muka kita jadi lemah atau lumpuh. Bell’s Palsy boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang berumur 10 – 40 tahun ke atas. Jom ketahui penyebab, gejala dan cara mencegah bell’s palsy.

 

Kelumpuhan otot muka boleh terjadi pada bila-bila masa tanpa ada amaran. Penyebab bell’s palsy masih lagi menjadi tanda tanya namun kebanyakan kes yang berlaku adalah mungkin disebabkan jangkitan virus dan diabetes. Kebanyakan pesakit pulih dalam masa 2-3 bulan.

 

Apakah Penyebab Bell’s Palsy?

Kebanyakan doktor percaya bahawa masalah ini terjadi akibat kerosakan saraf muka, yang menyebabkan muka membengkak. Saraf ini melalui laluan yang sempit dan tebal di dalam tengkorak. Sekiranya saraf ini membengkak walaupun sedikit, ia akan menolak ke permukaan keras tengkorak. Keadaan ini akan memberi kesan ke atas fungsi saraf.

 

 

Para penyelidik telah lama mengetahui dan percaya bahawa masalah Bell’s Plasy ini mungkin terjadi akibat jangkitan virus. Hasil kajian yang pernah dijalankan menunjukkan keputusan bahawa virus herpes simplex 1 (sejenis virus penyebab biasa luka sejuk) mungkin bertanggungjawab kepada kebanyakan kes Bell’s Palsy.

 

Apakah Gejala Bell’s Palsy?

Bell’s Palsy boleh berlaku secara tiba-tiba. Ada sesetengah orang tidur dalam keadaa muka elok pada malamnya, namun apabila bangun pagi didapati mukanya menjadi herot.

 

Ada sesetengah orang akan merasa sakit dibelakang telinga 1-2 hari sebelum dia mengesan kelemahan pada mukanya. Ada juga yang mengadu bahawa kedengaran bunyi seakan lebih kuat daripada biasa beberapa hari sebelum mengesan terdapatnya gejala-gejala lain seperti:

 

 

1- tidak boleh menutup atau mengerdipkan mata

2- air mata keluar lebih banyak atau sedikit daripada biasa

3- air liur meleleh

4- kurang deria rasa

5- kesukarang mengunyah

6- kulit bahagian muka berkedut

7- rasa sakit atau kebas dibahagian belakang telinga.

 

Lemah otot muka atau muka herot biasanya berlaku dalam masa sehari dua selepas itu. Kebanyakan pesakit akan mulai pulih selepas beberapa minggu.  Mereka biasanya pulih sepenuhnya dalam masa 3 bulan. Namun, ada juga sesetengah pesakit yang mengalami Bell’s Palsy lebih lama daripada itu dan ada juga yang mengalami gejala Bell’s Palsy yang kekal.

 

Bagaimana Caranya Bell’s Palsy Didiagnosa?

Tiada ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan seseorang itu menghidap Bell’s Palsy. Namun, kebiasaanya doktor akan mengetahui setelah melakukan “diagnosis of exclusion” berdasarkan gejala-gejala yang berlaku kepada pesakit.

 

Doktor akan melakukan ujian fizikal ke atas mereka yang disyaki mengalami Bell’s Palsy dengan meminta pesakit untuk mengerdipkan kelopak mata. Sekiranya pesakit tidak boleh mengerdipkan mata, itu bermaksud pesakit mengalami “Bell phenomenon”. Dalam keadaan ini, bebola mata pesakit akan bergerak ke atas dan ke bawah semasa berusaha untuk mengerdipkan mata.

 

 

Kemudian, doktor mungkin akan melakukan beberapa ujian lain seperti ujian keseimbangan pendengaran, x-ray tengkorak, CT Scan atau MRI scan. Ujian simulasi elektrik membantu menjelaskan diagnosis dan membantu doktor menganggarkan jangka masa paling cepat pesakit akan pulih dan sembuh sepenuhnya.

 

Apakah Cara Rawatan Untuk Pesakit Bell’s Palsy?

Sekiranya doktor mendiagnos Bell’s Palsy yang dialami oleh pesakit adalah disebabkan oleh virus herpes simplex atau herpes zoster, mereka akan membekalkan pesakit dengan ubat anti viral seperti acyclovir. Namun, tiada kajian yang menunjukkan ubat-ubat ini dapat menyembuhkan Bell’s Palsy.

 

Doktor merawat anda juga mungkin akan memberikan anda corticosteroid untuk jangka masa pendek seperti prednisone. Tujuannya adalah untuk mengurangkan bengkak saraf muka yang mungkin membantu memendekkan masa gejala Bell’s Palsy.

 

Dalam masa yang sama, doktor akan menasihati anda untuk menjaga kesihatan mata lebih daripada biasa. Dia mungkin akan menyarankan anda untuk memakai ‘eye patch’ memandangkan mata anda tidak boleh berkelip. Sekirang mata anda kering berbanding biasa, doktor akan membekalkan anda ubat titis untuk mata.

 

Akhir sekali, doktor akan menyaran pesakit melakukan urutan di bahagian muka. Dalam kes-kes terpencil, sekiranya pesakit tidak menunjukkan apa-apa perubahan positif terhadap gejala Bell’s Palsy, kemungkinan doktor akan menyarankan pesakit melakukan pembedahan untuk mengurangkan tekanan pada saraf muka.

 

Cara Alternatif Membantu Mengurangkan Gejala Bell’s Palsy

Sekiranya anda mengalami gejala-gejala Bell’s Palsy, anda mungkin berpeluang untuk sembuh lebih cepat dengan cara mengamalkan urutan pada muka dan pengambilan pemakanan tambahan ini.

 

Vivix merupakan vitamin all in one yang dihasilkan menggunakan ektrak anggur muscadine, purple carrot, elderberry dan japanese knotweed yang membantu membaiki sel-sel tubuh kita sehingga tahap DNA. Ia juga membantu untuk mengurangkan keradangan pada saraf dan otot. Selain ia dapat membantu membina sel-sel baru yang lebih sihat. Vivix sangat bagus dalam membantu mempertingkatkan imunisasi badan kita daripada radikal bebas dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan Bell’s Palsy. (Very recommended)

 

B complex memgandungi kesemua jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh kita. B12 diperlukan oleh tubuh untuk  membantu menukarkan makanan menjadi tenaga, menyokong fungsi saraf dan pembentukan sel darah merah. B6 pula membantu mengawal mood dan emosi.

 

Omega Guard dihasilkan daripada minyak ikan tulen yang bebas pencemaran. Ia membantu mengatasi masalah keradangan saraf dan mengandungi asid lemak omega 6 yang bagus untuk perkembangan otak. Ia juga membantu menghalang lemak-lemak jahat daripada berkumpul dan memudaratkan kesihatan kita.

 

CoqTrol Plus merupakan formulasi baru dihasilkan untuk membantu membekalkan tenaga, melancarkan peredaran darah, mencantikkan kulit, meningkatkan kesuburan dan meningkatkan daya ingatan.

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.