Cara Mengatasi Kulit Kering dan Gatal

Masalah kulit kering dan gatal sering terjadi kepada kita. Apa sebenarnya penyebab kulit kita menjadi kering dan gatal? Betul ke masalah ini disebabkan oleh tersalah guna produk? Atau memang sebab keturunan kulit kering dan gatal? Jom ketahui cara mengatasi masalah kulit kering dan gatal.

 

 

Bagi kulit normal, ia dilapisi oleh satu lapisan bahan berlemak yang berfungsi memastikan kulit kita sentiasa lembap, lembut dan anjal. Xerosis ataupun kulit kering terjadi akibat persekitaran ataupun tersalah guna produk yang mengakibatkan lapisan bahan berlemak tadi terhakis dan gagal berfungsi dengan baik. Namun, kulit kering juga terjadi atas faktor masalah kesihatan, monopause dan genetik.

 

Selalunya, masalah kulit kering dan gatal ini terjadi pada bahagian tangan, tapak kaki, lengan dan perut. Memang kita akan rasa gatal dan menggaru dibahagian kulit kering tersebut. Namun, perbuatan itu akan mengeruhkan lagi keadaan dan boleh menyebabkannya merebak ke tempat-tempat lain. Seeloknya, masalah kulit kering ini dirawat dengan rapi supaya ia dapat diatasi.

 

PUNCA KULIT KERING DAN GATAL

 

1-Salah pilih pelembab

Untuk wajah, seeloknya guna pelembab yang dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti Youth Skincare. Ia langsung tidak mengandungi bahan limia yang merbahaya dan sesuai untuk mengembalikan kelembapan, keanjalan dan kelembutan kulit wajah kita.

Bagi masalah kulit kering pada anggota badan yang lain, elakkan penggunaan losyen yang mengandungi alkohol dan pewangi. Seeloknya gunalah Krim Herbal Blend yang tidak mengandungi paraben dan bahan kimia yang merbahaya. Ia juga dihasilkan daripada campuran herba yang ditanam secara organik.

 

2- Sabun

Walaupun dikhabarkan elok membersihkan tangan memggunakan sabun anti bakteria secara kerap, ironinya ia akan menghakis lapisan bahan berlemak yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Penggunaan sabun yang kerap setiap hari boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Elakkan juga menggunakan span yang kasar untuk.membersihkan badan kerana ia juga boleh menyebabkan kulit kering.

Sebaiknya, bagi mereka yang mengalami masalah kulit kering memggunakan produk ‘mild skin cleanser’ berbanding sabun biasa.

 

3- Udara kering

Boleh dikatakan setiap pejabat sekarang ini mempunyai unit penghawa dingin untuk memberikan keselesaan kepada para pekerja untuk melaksankan tugas mereka. Namun, dalam tidak sedar udara kering daripada penghawa dingin tadi akan menyerap lembapan kulit kita dan mengakibatkan kulit kita menjadi kering.

Pastikan kita sentiasa menggunakan losyen pelembab untuk memastikan kulit kita tidak kering dan merekah. Kita boleh simpan 1 tiub besar Krim Herbal Blend di pejabat sebagai langkah pencegahan. Senang untuk dipakai apabila diperlukan, ia membantu melembabkan kulit, mengelakkan tumit pecah dan melembutkan kulit kita.

 

 

4- Mandi air panas terlalu lama

Selepas seharian penat bekerja memang rasa lega sangat dapat mandi air panas. Selain dapat membantu melegakan badan daripada keletihan, kita tidak disarankan mandi air panas terlalu lama sebab ia akan menyebabkan kulit jadi kering. Seeloknya mandi dengan air suam-suam kuku atau pancuran air biasa sahaja.

Pastikan kita menggunakan pelembab muka dan badan selepas selesai mandi air panas bagi mengelakkan kulit menjadi terlalu kering. Pastikan kita memakai pelembab yang sesuai dengan kulit kita seperti Youth Skincare dan Krim Herbal Blend kerana bebas bahan kimia merbahaya dan berasaskan tumbuhan semulajadi yang ditanam secara organik.

 

5- Pengambilan ubat

Bagi sesetengah pesakit yang perlu mengambil ubat-ubatan untuk suatu jangka masa yang lama, ia boleh menyebabkan kulit kering. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh pesakit gagal minum air seperti yang disarankan oleh doktor.

Terdapat juga beberapa jenis vitamin yang dapat membantu mengembalikan kelembapan kulit kita sekaligus membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Antaranya adalah Vivix, Vitamin C, Vitamin E, CoqTrol Plus, Collagen powder dan ESP.

 

Vivix memang terkenal dapat membantu mengurangkan masalah penyakit diabetes, darah tinggi, kanser, buah pinggang dan penyakit kronik yang lain. Namun, polifenol yang terdapat di dalamnya juga membantu meremajakan sel dan menganjalkan kulit kita.

 

Vitamin C membantu pembentukan kolagen yang penting untuk memastikan kulit kita tetap lembab, anjal dan lembut.

 

Vitamin E membantu memberikan kelembapan kepada kulit. Ia juga membantu mengelakkan wajah kita berjeragat akibat kulit kering.

 

Coqtrol Plus mengandungi ekstrak anggur muscadine yang terdapat dalam Vivix. Ia membantu mencantikkan kulit kita.

 

Collagen powder diekstrak daripada sisik ikan merah laut dalam yang terhindar daripada sebarang pencemaran laut. Ia membantu melembabkan, menganjalkan dan melembutkan kulit supaya kelihatan berseri.

 

Energizing Soy Protein (ESP) merupakan protein soya nonGMO yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral. Ia membantu memberikan nutrisi yang terbaik untuk kulit kita agar sentiasa sihat.

 

Untuk dapatkan produk-produk ini anda boleh klik pada link yang disediakan di bawah :-

Beli secara online di sini

Ataupun anda boleh hubungi saya untuk dapatkan lebih penjimatan dan konsultansi berkenaan produk-produk tersebut melalui beberapa cara di bawah ini:-

 

FB: IdAyu Irdina

FB Page: Idayu Irdina

IG: @idayu_irdina

NO.HP: 013-918 9500

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge