Cara Menjaga Luka Bersalin Ceaser Agar Cepat Sembuh

Saat paling menggembirakan hati pasangan suami isteri adalah apabila si isteri disahkan hamil. Tidak kiralah kali ke berapa pun, yang penting rasa teruja tak sabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga. Namun, harus diambil peduli tentang penjagaan luka selepas ceaser agar tidak terbuka dan cepat sembuh.

Sebelum itu kita ketahui dahulu beberapa perkara yang mungkin menyebabkan luka jahitan pembedahan terbuka kembali, antaranya :

1- Jangkitan kuman

Risiko jangkitan kuman ini hanyalah 1%, dan kuman itu biasanya berasal daripada kulit kita sendiri. Jangkitan kuman ni akan menyebabkan kawasan luka lambat sembuh, bernanah atau terbuka.

 

2- Masalah obesiti

Ibu yang mengalami masalah obesiti mempunyai lapisan lemak tebal di perut dan berlapis. Ini menyukarkan kerja pembersihan di sekitar tempat luka sukar dilakukan. Luka yang tidak dilap sehingga kering akan berisiko mengalami jangkitan kuman.

 

3- Anemia

Ibu yang mengalami masalah anemia akan menyebabkan darah kekurangan oksigen untuk dibekalkan kepada tisu-tisu yang aktif dalam proses penyembuhan.

 

4- Pergerakan yang tidak dikawal

Contohnya seperti menyidai pakaian, meneran kuat ketika sembelit dan batuk. Elakkan pergerakkan di bahagian andomen. Rehat secukupnya dan amalkan pemakanan yang sihat.

 

5- Pemakanan dan kurang minum air

Menu makanan berpantang yang terlalu ketat seperti tiada menu sayur dan buah boleh mengakibatkan ibu berpantang mengalami sembelit. Tambahan pula, selepas bersalin badan kita akan dehidrasi dan kita perlu minum banyak air untuk pulihkannya kembali.

 

 

Jadi, bagi ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, anda harus tahu akan 5 perkara ini. 5 cara menjaga luka bersalin ceaser agar cepat sembuh.

1- Menjaga kebersihan

Hati-hati ketikaka mandikan ibu bersalin ceaser, elakkan kawasan luka itu daripada terkena air. Sekiranya luka ceaser itu basah, lap sehingga kering dan anginkan kepada udara. Atau boleh juga gunakan pengering rambut untuk memastikan luka itu betul-betul kering.

 

2- Bergerak lebih awal

Menurut kajian, pergerakan mampu mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan.Namun, haruslah dibantu oleh ahli keluarga semasa ingin melakukan pergerakan itu. Contohnya, berjalan sendiri ke tandas, berjalan perlahan dalam kawasan bilik.

 

3- Minum air secukupnya

Badan kita akan terhidrat selepas bersalin menyebabkan badan mengalami masalah kekurangan air. Air merupakan agen pembuangan toksin dan juga memudahkan proses perkumuhan dilakukan oleh badan. Jika badan kekurangan air, kita akan jadi sembelit dan memberikan tekanan kepada bahagian abdomen. Seterusnya menyebabkan kita rasa sakit dibahagian luka pembedahan.

 

4- Menyusukan anak secara eksklusif

Menyusu badan secara eksklusif sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Ini kerana, hormon oxytocin dikeluarkan oleh badan setiap kali ibu menyusukan anaknya. Hormon ini membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan berlakunya tumpah darah.

 

5- Mengambil suplemen yang selamat, semujadi dan sihat

Tidak dinafikan, lambakan suplemen murah banyak dijual di toko-toko jamu. Namun, kita seharusnya bijak memilih sebab kita yang akan memasukkannya ke dalam badan kita. Semestinya kita tidak mahu buah pinggang kita rosak disebabkan amalkan suplemen yang salah.

 

Shaklee mempunyai rangkaian suplemen yang telah diuji oleh saintis secara klinikal. Selain itu, produOk Shaklee juga telah mendapat kelulusan KKM dan status halal JAKIM. Antara suplemen Shaklee yang dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka ceaser dengan cepat adalah Set Berpantang Shaklee.

 

Vivix – kandungan polifenol di dalamnya membantu membaiki sel-sel yang rosak akibat pembedahan. Anti oksidan yang tinggi di dalamnya membantu meningkatkan sistem imun badan ibu berpantang. Selain, membantu memberikan tenaga segera dan mencantikkan kulit ibu berpantang.

Vitamin C – membantu membaikpulih sel tisu yang rosak selepas bersalin dan meransang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit. Membantu meningkatkan sistem imun badan untuk elakkan daripada demam atau selsema.

Alfafa Complex – berfungsi seakan kacip fatimah, membantu mengecutkan rahim dan membaiki sistem dalaman wanita. Bertindak sebagai agen detoks untuk usus, hati dan darah. Serta membantu memperbanyakkan susu badan.

Lecithin – sangat membantu dikala ibu menyusu mengalami bengkak susu. Ia membantu menukarkan lemak kepada titisan kecil seterusnya mengurangkan masalah bengkak susu yang boleh menyebabkan si ibu mengalami demam.

Vita Lea – multivitamin yang mengandungi zat besi untuk membantu mencegah anemia dan tekanan darah rendah. Selain dapat membantu membekalkan tenaga kepada ibu berpantang supaya tidak kelesuan.

B complex – lengkap mengandungi semua jenis vitamin B, ia membantu meredakan stress, menstabilkan hormon dan membekalkan tenaga sepanjang tempoh berpantang.

Energizing Soy Protein – membantu memekatkan susu badan ibu, membekalkan tenaga, memberikan rasa kenyang lebih lama dan mempercepatkan penyembuhan luka. Protein yang dibekalkan sangat membantu mencantumkan semula luka jahitan.

Ostematrix – selain membekalkan kalsium untuk ibu dan bayi melalui penyusuan, ia juga membantu mengelakkan masalah kejang dan kebas anggota badan sepanjang berpantang.

 

Jaga baik-baik luka pembedahan sebelum ia terbuka dan menyebabkan kita tak boleh tidur malam. Sakit yang terpaksa ditanggung boleh menyebabkan ibu berpantang kemurungan dan susu badan berkurang.

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdin
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge