Cara Menyusukan Anak Dengan Betul

Sekarang ini sudah ramai ibu yang semakin sedar dan peka tentang kepentingan menyusukan anak. Jika anda berhasrat menyusukan anak sejak lahir sehingga dia berusia 2 tahun, anda adalah ibu terbaik. Ramai ibu yang kali pertama menyusukan anak mengalami kesukaran, sehinggalah mereka telah terbiasa kerana ianya berlaku secara semulajadi. Di sini, saya ingin kongsikan cara menyusukan anak kali pertama supaya dapat membantu mereka yang pertama kali menyusukan anak.

 

 

Selepas jururawat selesai bersihkan bayi yang baru dilahirkan, dia akan meletakkan bayi tersebut di sebelah kita untuk disusukan. Mereka akan mengajar cara yang betul untuk menyusukan bayi pada masa itu. Cara-caranya adalah:

  • Bayi diletakkan betul-betul sebelah kanan/kiri ibu, senang untuk ibu menyusukan anak.
  • Ibu akan mengiring ke kanan/kiri dan menyuakan puting ke mulut anak.
  • Pastikan anak membuka mulut seluasnya supaya mulutnya boleh melekap sehinga bahagian aerola puting ibu.
  • Sekiranya anak hanya menghisap puting ibu, mulutnya tidak melekap sekitar aerola, dikhuatiri pengeluaran susu akan sedikit dan anak tidak dapat menyusu sehingga kenyang.

 

Seluruh pakar nutrisi pemakanan bersetuju bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk anak yang baru dilahirkan sehingga berusia 2 tahun. Antara kebaikan susu ibu adalah ia dapat mencegah anak daripada mendapat penyakit:

  • cirit-birit/gastroenteritis
  • masalah paru-paru seperti pneumonia dan bronkolitis
  • infeksi pada saluran kencing
  • infeksi telinga
  • masalah kulit/ekzema

 

 

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa bayi yang disusukan ibu ketika bayi dapat membantu mengekalkan kesihatan bayi dalam jangka masa yang panjang. Antara kebaikannya:

  • mempunyai tekanan darah dan tahap kolesterol yang lebih rendah
  • kurang risiko hidapi penyakit diabetes tahap 2 apabila dewasa

 

Ibu menyusu juga akan mendapat manfaat besar jika menyusukan bayi. Antaranya ialah:

  • kurang berisiko untuk menghidap kanser payudara sebelum menopous
  • kurang berisiko untuk menghidap kanser servik dan diabetes tahap 2

 

Susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik untuk bayi. Susu ibu mengandungi lebih 400 jenis nutrisi yang membantu tumbesaran bayi. Kementerian Kesihatan Malaysia dan Organisasi Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi berusia 6 bulan dan sehingga bayi berusia satu tahun atau lebih. Islam menggalakkan ibu menyusukan anaknya sehingga berusia dua tahun.

 

 

Selain daripada itu, anak yang disusukan ibu dikatakan mempunyai perkembangan minda yang lebih baik serta imuniti badan yang lebih kuat.  Namun, yang lebih istimewa adalah ibu dan bayi akam mempunyai ikatan yang lebih mesra dan istimewa.

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MENYUSUKAN BAYI????

Masa untuk menyusukan bayi adalah diantara 7 sehingga 40 minit. Jadi, ibu dinasihatkan memilih tempat dan postur badan yang selesa untuk menyusukan bayi untuk mengelakkan rasa sakit pinggang dan belakang badan.

 

Cara ibu memegang bayi semasa hendak menyusukan bayi jugak memainkan peranan penting. Terdapat beberapa posisi penyusuan yang boleh ibu cuba, seperti di dalam gambar.

 

Bayi seharusnya meyusu dengan lekapan satu mulut penuh supaya pengeluaran susu lebih produktif. Sila rujuk gambar untuk lebih jelas.

 

Sekiranya ibu merasa sakit di puting, masukkan satu jari kelengkeng ibu antara gusi bayi dan puting, cuba lepaskan hisapan secara perlahan. Kemudian, cuba lekapkan kembali dengan betul supaya hisapan bayi lebih baik.

 

 

MASALAH YANG BIASA DIALAMI OLEH IBU MENYUSU KALI PERTAMA

Kebiasaannya, pada 6 minggu yang pertama ibu akan mengalami beberapa masalah. Bayi anda dalam proses mengadaptasi menyusu badan dan badan ibu pun dalam proses untuk menghasilkan lebih banyak susu. Antara masalah yang biasa dialami oleh ibu menyusu kali pertama adalah:

  • payudara bengkak
  • puting sakit
  • naik radang pada payudara
  • bekalan susu ibu tidak mencukupi

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI MASALAH DI ATAS???

 

Energizing Protein Soy(ESP) dan Alfafa Complex dapat membantu sebagai milkbooster bagi ibu menyusu. Selain itu, ESP sangat bagus untuk memberikan tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama. Tambahan, ia juga dapat membantu memberikan efek kulit cantik kepada ibu dan bayi.

 

Alfafa complex pula mempunyai khasiat seakan kacip fatimah. Sangat bagus untuk kesihatan dalaman wanita dan juga ia membantu detox usus, hati dan darah.

Beli secara online di sini

 

Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak sehingga menjadi titisan kecil. Ia membantu memecahkan lemak yang terkandung di dalam susu ibu seterusnya mengurangkan pembengkakan payudara.

 

Sekiranya Lecithin di ambil bersama Alfafa Complex dan ESP secara tak sengaja ibu menyusu sedang mengamalkan set kurus juga. Jadi, jangan terkejut sekiranya ibu menyusu boleh kurus semula dengan cepat selepas melahirkan anak.

Beli secara online di sini

 

TESTIMONI PENGGUNA SET MENYUSU SHAKLEE

 

 

 

 

 

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Kawasan COD : Kelantan dan Penang

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge