Cara Merawat Kencing Kotor Semasa Hamil

Ramai wanita di Malaysia mengalami masalah kencing kotor atau Urinary Tract Infection (UTI). Lebih menakutkan lagi, ianya sering dihidapi oleh ibu-ibu hamil yang mana ia akan menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan. Di sini, saya ingin kongsikan beberapa cara merawat kencing kotor semasa hamil.

 

Semasa ibu hamil melakukan pemeriksaan setiap bulan di klinik kesihatan, antara perkara yang wajib dilakukan adalah pemeriksaan air kencing. Apa sebabnya Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan prosedur sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan kesihatan ibu hamil di Malaysia di tahap yang terbaik.

Ramai ibu hamil yang tidak tahu dan tidak pasti samada mereka mengalami masalah kencing kotor atau tidak. Jadi, dengan pemeriksaan air kencing dapat membantu memastikan samada ibu hamil tersebut mengalami masalah kencing kotor ataupun tidak.

Apakah Kencing Kotor???

Urinary Tract Infection (UTI) atau kencing kotor merupakan jangkitan kuman di bahagian salur kencing ureter dan urethra, pundi kencing dan ginjal.

Masalah kencing kotor ini sering dialami oleh wanita yang berusia antara 20-50 tahun. Jangkitan kuman ini biasanya terjadi apabila seseorang wanita suka mengelap daripada bahagian dubur ke faraj. Ia akan mengakibatkan kuman daripada dubur memasuki bahagian faraj, seterusnya bergerak dan membiak sehingga ke ginjal. Hal ini akan menyebabkan pundi kencing bengkak dan memgalami keradangan.

Selain itu, hubungan kelamin juga merupakan salah satu faktor terjadinya masalah kencing kotor. Dalam Islam, kita digalakkan membuang air kecil dan membersihkan kemaluan kita seusai kita berjimak. Ini bertujuan untuk mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

Apakah Gejala Yang Sering Dialami Pesakit Kencing Kotor?

Gejala ini sering berlaku kepada ibu hamil, samada kita perasan atau tidak kita sebenarnya sedang mengalami masalah kencing kotor.

Rasa sakit ketika membuang air kecil.
Kerap kencing / kencing tak lawas.
Air kencing berwarna kemerah-merahan.
Rasa tidak selesa dibahagian abdomen semasa berjimak.
Demam seram sejuk.

Apakah Komplikasi Masalah Kencing Kotor Terhadap Ibu Hamil???

Umumnya, masalah kencing kotor sering terjadi dikalangan wanita berbanding lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang lebih pendek dan berhampiran anus. Urethra merupakan saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing keluar tubuh.

Wanita hamil pula mudah dijangkiti kuman ni disebabkan oleh perubahan hormon. Peningkatan hormon yang tinggi menyebabkan otot ureter (saluran yang menghubungkan ginjal dan pundi kencing) dan pundi kencing menjadi lemah. Seterusnya, ianya meregang dan melambatkan pengaliran air kencing.

Pada ketika yang sama, rahim yang sedang membesar menekan saluran kencing dan menyebabkan pengaliran air kencing lebih tersekat.

Tambahan pula, pundi kencing yang lemah tidak mampu mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang telah tersimpan. Ini menyebabkan kuman dan bakteria lebih mudah untuk membiak. Disamping, air kencing ibu hamil lebih berasid dan mengandungi lebih gula (akibat perubahan hormon) yang memyumbang kepada faktor pembiakan kuman dalam saluran kencing sehingga ke ginjal.

Jangkitan kuman ini boleh membiak sehingga ke ginjal (Pyelonephritis) dan seterusnya merebak ke seluruh saluran darah yang boleh membawa maut.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kelahiran pra-matang dan masalah bayi lahir tidak cukup berat badan.

Apakah Rawatan Untuk Masalah Kencing Kotor???

Kebiasaannya doktor akan bekalkan antibiotik tertentu selama seminggu sesuai untuk ibu hamil agar tidak menjejaskan bayi dalam kandungan. Namun, sekiranya masalah kencing kotor masih berulang, antibiotik lain sudah diberikan dan ibu hamil mengalami demam menggigil, seterusnya dia akan dirujuk kepada pihak hospital.

Bagaimana Cara Merawat Kencing Kotor Tanpa Ubat???

Banyak cara atau petua yang dikongsikan untuk merawat kencing kotor secara alami, antaranya:

 

Amalkan minum 6-8 gelas air putih setiap hari. Ia dapat membantu mengeluarkan kuman melalui air kencing. Banyakkan minum air sehingga air kencing bertukar jernih.

 

Minum air larutan 1 sudu kecil baking soda setiap 6 jam untuk kurangkan asid dalam air kencing dan mengelakkan masalah pundi kencing.

Jangan menangguhkan hajat untuk membuang air kencing sekiranya perlu. Terus buang air kencing untuk mengelakkan pembiakan kuman di dalam salur kencing.

Lap dari depan ke belakang selepas membersihkan faraj seusai membuang air kecing.

 

Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan longgar, elakkan pakaian dalam yang kurang menyerap peluh seperti diperbuat daripada nylon dan ketat.

Amalkan kerap menukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap sekiranya telah kotor.

Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis dan berkafein.

Amalkan pengambilan vitamin C (250-500mg), Beta karotene (25,000-50,000 IU) dan Zinc (30-50mg) setiap hari. Ini bertujuan untuk memperkuatkan sistem daya ketahanan tubuh untuk melawan jangkitan bakteria dan kuman.

 

Dalam kempen kesihatan sangat ditekankan mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebab itu ramai ibu hamil memilih untuk mengamalkan set kehamilan Shaklee mulai awal kandungan lagi, bagi membekalkan nutrisi secukupnya dan membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan ibu hamil.

Antara produk Shaklee yang dapat membantu masalah kencing kotor semasa hamil adalah:

B complex
Mengandungi biotin dan asid folik yang penting untuk metabolisme badan dan pembentukan sel darah merah.

Lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan.

 

Vitamin C
Fungsi vitamin C Shaklee sangat diperlukan oleh ibu hamil dan janin dalam kandungan. Ia diperlukan untuk membantu menghasilkan kolagen dan struktur protien.

Para saintis bimbang kekurangan vitamin C boleh mengakibatkan kecacatan mental kepada janin.

 

Vita Lea
Merupakan multivitamin yang diformulasikan lebih 100 tahun yang lalu. Mengandungi 30 jenis nutrisi, 12 jenis vitamin dan 7 jenis mineral yang membantu mengisi lompong nutrisi yang tidak dapat diisi melalui pemakanan seharian kita.

Garlic Complex
Berfungsi sebagai antibiotik semulajadi, membantu menghalang jangkitan kuman, bakteria dan kulat daripada membiak.

Jangan bahayakan nyawa sendiri dan juga anak dalam kandungan disebabkan kita tak suka telan ubat dan juga jahil tentang masalah kencing kotor semasa hamil. Lebih baik kita mengambil langkah selamat untuk mencegahnya daripada berlaku sebelum kita perlu merawatnya.

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

 

 

 

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge