Cara Merawat Sembelit Berdarah Dengan Berkesan

Masalah sembelit adalah perkara biasa bagi kita. Namun, masalah sembelit berdarah perlu kita risau. Umum mengetahui bahawa masalah sembelit atau buasir boleh menyebabkan kanser usus. Jom ketahui cara merawat sembelit berdarah dengan berkesan.

 

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kita berak@sembelit berdarah. Apa yang perlu dilakukan sekiranya mengalami masalah sedemikian? Kita perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya sembelit berdarah:

 

1- Buasir (Haemorrhoid)

Buasir biasanya disebabkan oleh luka dibahagian lubang dubur. Darah yang keluar adalah darah segar dan tidak bercampur dengan najis. Serta menitis-nitis selepas selesai membuang air besar. Kadang kala, pesakit akan rasa terdapat benjolan-benjolan kecil di lubang dubur dan mengalami kegatalan disekitar dubur.

 

2- Divertikulum

Pesakit akan mengadu bahawa mereka ingin membuang air besar, namun yang keluar hanyalah ketulan darah yang seakan darah haid wanita. Tapi, kebiasaannya darah segar yang keluar tanpa najis. Pesakit akan sering sembelit ketika membuang air besar.

 

3- Kanser usus

Merupakan kanser ketiga tertinggi di Malaysia. Antara simptom-simptomnya seperti berak berdarah tapi tidak sakit ketika membuang air besar. Najis bercampur darah, sembelit berpanjangan, cirit bercampur darah, terasa ingin membuang air besar namun tiada najis.

 

4- Polip

Merupakan sejenis ketumbuhan daging yang terdapat disepanjang usus. Bahayanya polip, ia boleh menyebabkan kanser usus (bergantung kepada biopsi). Semakin dekat polip dengan bahagian dubur, semakin merah segar pendarahan yang berlaku.

 

5- Angiodiplasia

Merupakan pembuluh darah kecil yang terdapat disepanjang usus. Ia boleh terluka dan menyebabkan berlakunya berak berdarah. Pendarahan yang berlaku bermula dengan warna merah segar sehingga kehitaman, bergantung kepada lokasi pembuluh darah yang luka.

 

6- Keradangan usus (Proctitis/Colitis)

Pesakit akan mengadu bahawa mereka mengalami cirit bercampur darah atau najis lembut bercampur darah. Secara amnya, keradangan usus ini berlaku disebakan oleh kuman.

 

7- Ubat

Terdapat juga ubat yang menyebabkan berak berdarah. Contohnya ubat pencair darah – warfarin dan aspirin.

 

Kalau pergi jumpa doktor, apa rawatan yang akan diberikan???

Selalunya, selepas kena ‘interview’ dengan doktor secara terperinci tentang masalah sembelit, doktor akan melakukan beberapa jenis pemeriksaan yang sesuai dengan masalah kita. Antaranya ialah:

 

1- Pemeriksaan abdomen

Pemeriksaan ini dilakukan bertujuan untuk mengesan bengkak atau benjolan yang mungkin terdapat didalam abdomen kita.

 

2- Pemeriksaan dubur

Doktor akan memeriksa sekitar dubur untuk mengesan sekiranya terdapat luka,benjolan atau ketumbuhan di sekitar lubang dubur. Seterusnya, doktor akan memasukkan jari ke dalam lubang dubur (terhad 7cm sahaja) untuk melihat warna najis yang terlekat disarung tangan untuk tujuan dianosis.

 

3- Proktoskopi

Sejenis alat dimasukkan ke dalam lubang dubur (terhad 8cm sahaja) untuk melihat keadaan di dalamnya. Gel akan disapukan kepada alat ini untuk mengelakkan pesakit merasa sakit semasa pemeriksaan dijalankan.

 

Selepas pemeriksaan, doktor dapati penyebab berak berdarah adalah disebabkan oleh luka, rawatan akan diberikan serta-merta. Namun, sekiranya masalah berulang atau kita didiagnos berisiko tinggi menghidap kanser. Doktor akan menasihati kita untuk berjumpa dengan doktor pakar bedah.

 

Rawatan lanjut yang akan dilakukan oleh doktor pakar adalah endoskopi, colonoskopi atau sigmoidoskopi. Kamera halus akan dimasukkan ke dalam usus besar untuk melihat keadaan usus di dalamnya. Pemeriksaan ini membolehkan doktor mengenalpasti sebab pendarahan sehingga ke peringkat terminal ileum (sambungan usus besar ke usus kecil) untuk colonoskopi dan ke tahap sigmoid untuk sigmoidoskopi.

 

Rawatan selanjutnya adalah bergantung kepada laporan keputusan colonoskopi atau sigmoidoskopi. Darah pesakit juga diambil untuk tujuan diagnosis.

 

Ada tak kaedah alternatif untuk merawat masalah sembelit berdarah ini???

Sebelum mengamalkan kaedah ini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor terlebih dahulu. Produk-produk ini berasaskan tumbuhan organik dan telah menjalani ujian klinikal serta mendapat kelulusan KKM serta halal JAKIM.

 

Vivix – polifenol dan resveratrol di dalamnya membantu membaiki sel-sel yang rosak sehingga ke peringkat DNA. Ia juga sangat membantu melawaskan proses pembuangan air besar. Selain membantu memberikan kesihatan menyeluruh kepada badan kita. Ia juga membantu mengelakkan kanser terjadi.

 

Omega Guard – membantu mengatasi masalah keradangan akibat sembelit dan menyebabkan luka. Ia juga membantu mengecutkan salur darah yang bengkak.

 

Ostematrix – membantu melancarkan proses pembuangan dan memberikan anda rasa lega.

 

Alfafa complex – membantu menjaga kesihatan usus supaya tidak memberikan tekanan kepada bahagian rektum.

 

Vita Lea – mengandungi zink yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka yang berlaku sekitar dubur.

 

Pembelian secara online di sini

 

Testimoni Pengguna Set Buasir @ Sembelit Shaklee

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Daftar keahlian secara online di sini

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge