Cara Urus Masa Antara Kerjaya dan Bisnes

Zaman melinium ini ramai yang mempunyai lebih daripada satu kerjaya, betul tak? Bekerja di waktu pejabat dan sebagai ‘online seller’ selepas waktu pejabat. Bagaimana cara terbaik untuk kita uruskan masa 24jam yang kita punya, bahagikan antara kerjaya, bisnes dan keluarga?

Semua penduduk bumi mempunyai masa 24jam sehari, tak ada yang lebih daripada itu. Terlalu banyak hal yang kira perlu uruskan sekiranya kita berkerjaya dan mempunyai perniagaan sendiri serta ada anak-anak yang perlu diberikan perhatian juga. Di sini saya berkongsi cara urus masa antara kerjaya dan bisnes agar dapat membantu kita lebih bijak menguruskan masa.

 

1- Rancang Jadual Harian

Setiap hari kita perlu merancang apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu, bermula awal pagi sehinggalah sebelum kita tidur. Amalkan bangun seawal jam 4@5pagi dan tidur seawal jam 10malam.

Susun dengan teratur jadual untuk esok sebelum kita masuk tidur. Pastikan kita masukkan sekali aktiviti solat sunat tahajud,dhuha,baca al-quran dan juga aktiviti bersama keluarga. Seterusnya, selit aktiviti untuk promosikan bisnes kita diantara waktunya.

2- Tetapkan Had Masa Untuk Setiap Tugas

Contohnya waktu bekerja kita 8 pagi hingga 5 petang. Waktu rehat pula 1 jam bermula jam 1 petang. Gunakan 1 jam rehat itu untuk makan dan uruskan bisnes kita. Sebaiknya bawa bekal dari rumah untuk jimatkan masa.

Aktiviti bersama anak-anak selama 2 jam, contohnya. Fokuskan betul-betul masa 2 jam untuk melayan karenah mereka. Kemudian, cukup tempoh itu kita perlu selesaikan tugasan seterusnya pula. Minta bantuan pasangan untuk sambung melayan anak-anak.

Dalam hal pengurusan masa kita harus tegas dengan diri sendiri. Elakkan mencuri masa, dikhuatiri kita tidak dapat selesaikan tugas mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

 

3-   Tetapkan Deadline Setiap Tugas

Tugasan tanpa deadline ibarat tugasan itu takkan pernah siap dan kita akan mudah hilang arah tuju dalam menyiapkan tugasan tersebut. Pastikan kita tetapkan bila tarikh akhir kita sepatutnya siapkan tugasan tersebut. Pastikan juga kita siapkan tugasan mengikut deadline, jangan suka melengahkan masa untuk siapkan tugasan.

4- Fokus

Untuk memastikan kita selesaikan sesuatu tugas mengikut masa dan sempurna, kita mesti fokus. Berikan tumpuan sepenuhnya terhadap tugasan yang perlu diselesaikan. Elakkan gangguan daripada persekitaran, ‘silent’kan telefon pintar, matikan notifikasi di media sosial, jangan buka facebook dan youtube.

 

5- Abaikan Perkara Yang Tidak Penting

Misalnya, kita ada tugasan yang harus diselesaikan jam 3 petang tapi kawan ajak pergi lepak kedai mamak. Kita harus menolaknya dengan berhemah dan bijaksana. Jika pergaduhan anak-anak kecil kita mengganggu fokus kita bekerja, minta bantuan pasangan untuk meredakan mereka. Jangan biarkan hal-hal yang tidak penting yang berlaku pada masa tersebut mengganggu emosi dan fokus kita. Abaikan perkara yang tidak penting, selesaikan tugasan kita terlebih dahulu.

Masa bergerak sangat pantas, jangan pula kita tertipu dengan masa. “Alah, baru pukul 1.30petang rileks lah dulu, tak payah kalut sangat nak promote barang online”, tanpa kita sedar masa tinggalkan kita.

Sentiasa adakan masa untuk Allah dan juga keluarga. Untuk apa kita bekerja dan berniaga??Untuk ada lebih banyak masa dengan Allah dan juga keluarga kan??Selain inginkan kehidupan yang lebih baik dan mewah. Jaga waktu kita bersama Allah, Allah akan adakan masa untuk kita selesaikan urusan kita.

Sekian sahaja perkongsian saya. Sekiranya anda berminat untuk berniaga dengan modal serendah RM68.90, tanpa perlu keluar rumah untuk pos barang dan tak perlu buat pinjaman perniagaan serta tak perlu simpan stok. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge