Kebaikan CoQTrol Plus Shaklee Untuk Kesihatan Menyeluruh

Januari 2018, Shaklee melancarkan satu lagi produk terbarunya iaitu CoQTrol Plus. CoQTrol Plus merupakan gabungan polifenol dan CoQ10, ini menjadikan ia lebih berkuasa dalam membantu melindungi sel-sel dalam badan kita. Jom kita ketahui kebaikan CoQTrol Plus untuk kesihatan menyeluruh dalam badan kita.

 

Kita boleh bahagikan kebaikan CoQTrol Plus ini kepada lima yang utama iaitu:

1- Membantu membekalkan tenaga berpanjangan.

2- Membantu melancarkan peredaran darah.

3- Membantu meningkatkan kesuburan.

4- Membantu mencantikkan kulit.

5- Membantu meningkatkan daya ingatan.

Namun, sebelum itu kita ketahui dulu apa fungsi polifenol dan CoQ10 untuk tubuh kita. Polifenol membantu meningkatkan mitokondria (penjana sel) dalam sel-sel badan kita. CoQ10 pula berfungsi membantu pengeluaran tenaga sel daripada makanan yang kita makan.

 

 

CoQ10 bertindak seakan pencetus dalam mitokondria untuk menjana proses penghasilan tenaga yang ditukarkan daripada makanan menjadi tenaga (ATP).

 

CoQTrol Plus membantu membekalkan tenaga berpanjangan.

Bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup yang aktif, pastinya memerlukan tenaga yang berterusan untuk kekal cergas. CoQTrol Plus bukan sahaja membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan, ia juga membantu meningkatkan kekuatan otot dan mempercepatkan proses penyembuhan luka ataupun kecederaan.

 

CoQTrol Plus membantu melancarkan peredaran darah

Jantung merupakan organ terpenting dalam badan kita. Ia berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan kita. CoQ10 terdapat banyak di dalam sel-sel jantung kita, ianya disebabkan jantung menggunakan tenaga yang banyak untuk mengepam darah ke seluruh badan.

 

 

80% masalah jantung boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, makan makanan yang sihat dan organik, mengawal paras kolesterol dan mengekalkan tekanan darah pada paras normal. Paras kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung.

Pengambilan ubat kolesterol (statin) akan menurunkan penghasilan CoQ10 sebanyak 40%. CoQTrol Plus membantu meningkatkan kesihatan jantung, ia membantu mengurangkan masalah jantung dan menambah tenaga bagi mereka yang mengambil statin.

 

CoQTrol Plus membantu meningkatkan kesuburan

CoQTrol Plus membantu melindungi sperma daripada radikal bebas dan membantu meningkatkan kuantiti sperma. Kajian menunjukkan terdapat banyak CoQ10 dibahagian leher sperma untuk membantu memberikan tenaga supaya sperma dapat bergerak lancar. Ada kajian yang menunjukkan pengambilan CoQ10 sebanyak 200mg sehari secara konsisten selama 6 bulan setengah mampu meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.

 

 

Bagi wanita, sel ovum merupakan sel terbesar dalam badan. Di dalam ovum terdapat banyak kandungan CoQ10, ianya sangat penting untuk membantu ovum dapat membahagi dengan baik untuk membentuk ‘anak’ setelah bersenyawa dengan sperma.

CoQTrol Plus terbukti dapat membantu menambah kuantiti sperma, memberi lebih tenaga kepada sperma untuk berenang bertemu ovum, menambah kuantiti ovum dan maningkatkan kesuburan.

 

CoQTrol Plus membantu meningkatkan kesihatan kulit

Terdapat banyak CoQ10 dilapisan permukaan kulit kita. Ia bertindak sebagai pelindung daripada sinar UV dan memberikan tenaga kepada sel kulit untuk membaiki dan menghasilkan sel kulit baru yang lebih sihat.

 

 

Mengikut kajian, pengambilan CoQ10 sebanyak 50-150mg sehari selama 12minggu mampu mengembalikan keremajaan kulit.

Antara kebaikan CoQTrol Plus untuk kulit adalah:

1- Membantu menegangkan dan menganjalkan kulit.

2- Membantu mengurangkan kedutan pada kulit.

3- Membantu melicinkan dan melembutkan kulit.

4- Membantu meremajakan dan menyihatkan kulit.

 

CoQTrol Plus membantu meningkatkan daya ingatan

Ramai antara rakyat Malaysia menghidap penyakit Alzheimer, kajian menunjukkan penyakit Alzheimer disebabkan oleh ‘amyloid plaque’ di dalam sel otak. CoQ10 membantu bertindak sebagai ‘nueroprotective antioxidant’ yang membantu menurunkan kadar ‘amyloid plaque’.

Sebenarnya, kadar CoQ10 akan menurun seiring dengan peningkatan umur kita. CoQTrol Plus membantu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan parkinson. Ia juga membantu meningkatkan daya ingatan dan meningkatkan kecerdasan otak untuk belajar.

 

Kenapa kita perlukan CoQTrol Plus sebagai vitamin sedangkan badan kita boleh hasilkan sendiri CoQ10?

Seawal umur kita 20 tahun, keupayaan badan untuk menghasilkan CoQ10 semakin menurun. Penurunan ini semakin ketara apabila kita berumur 40 tahun. Graf di bawah menunjukkan penurunan kadar CoQ10 mengikut umur untuk empat organ utama iaitu hati, jantung, buah pinggang dan paru-paru.

 

Testimoni CoQTrol Plus Shaklee

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

 

 

 

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge