Majlis Keraian Ditaja Sepenuhnya Secara Percuma

Terlalu banyak kejutan dan kisah-kisah inspirasi yang dikongsikan oleh mereka. Dalam tak sedar mereka juga turut berkongsi rahsia kejayaan mereka membina empayar perniagaan sendiri. Namun, yang paling istimewa adalah mereka berjaya menyematkan tekad di setiap hati yang datang untuk sama-sama berusaha untuk mendapatkan majlis keraian yang ditaja sepenuhnya secara percuma.

14 Oktober 2017 tarikh keramat yang telah membuka mata saya seluasnya. Wahhhh… special sungguh majlis Master Rally Recognition ini. Shaklee buat majlis ini khusus untuk meraikan mereka yang berjaya meraih pangkat master coordinator dalam Shaklee. Best kan? Kita diraikan macam pengantin baru tau, belum lagi kejutan-kejutan yang kita terima daripada downline, upline dan juga pasangan kita. Boleh banjir Pullman Lakeside Hotel tu dengan airmata semua orang yang hadir.

 

Master Adilah Manaf dan suaminya Master Fahmy adalah idola kami di CelikVitamin Group. Yes, pernah baca kan blog mereka yang femes tu celikvitamin.com? Selama kami kenal mereka, kami tidak pernah tahu apakah faktor yang membuatkan mereka begitu tekad untuk bangunkan empayar perniagaan mereka sendiri. Walhal, Master Adilah sudah memegang jawatan tinggi dalam syarikat yang dia pernah berkhidmat. Manakala, Master Fahmy pula merupakan seorang ahli perniagaan.

Sebab bisnes Shaklee ini istimewa, mereka sanggup tinggalkan pekerjaan mereka dan menumpukan fokus mereka sepenuhnya kepada bisnes Shaklee. Bisnes yang adil, semua ahli Shaklee bayar harga yang sama bagi setiap produk.

 

Bukan macam sesetengah polisi MLM lain, beli banyak dapat diskaun lebih. Dalam Shaklee tak ada istilah begitu. Beli satu pun dapat harga itu, beli banyak pun dapat harga sama jugak. Jadi, tiada istilah orang bawah bekerja keras untuk kayakan orang di atas. Kamu tahu? Sekiranya jualan orang bawah lebih besar daripada uplinenya, dia layak untuk pintas upline dan duduk sama rendah dan berdiri lebih tinggi daripada uplinenya. Siapa yang berusaha, dia yang akan mendapat habuannya. Adil kan?

 

Itu salah satu daripada beribu keistimewaan lain yang boleh dapat dalam bisnes ini. Sekarang ini, Shaklee sudah upgrade hadiah untuk mereka yang berjaya menepati syarat-syarat yang diberikan.

Bagi kitaran 2017/2018 Shaklee akan hadiahkan percutian bertaraf 6 bintang kepada mereka yang berjaya kumpul 410 point ke atas dan 1010 point ke atas. Bagi kumpulan 410 point, percutian 4H3M ke Bangkok. Manakala, kumpulan 1010 point ke atas bakal di bawa menaiki cruise mewah melawati 3 buah negara selama 8H7M. Semua perbelanjaan untuk penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. Best ke best giler???

Itu yang Shaklee bagi, belum termasuk pakej umrah, hadiah-hadiah kejutan yang Shaklee akan letak dalam senyap-senyap semasa kita sertai aktiviti padat yang telah mereka aturkan sepanjang percutian. Jom kita cuci mata tengok gambar-gambar Master Adilah dan Master Fahmy mengikuti percutian yang dianjurkan Shaklee sepanjang pembabitan mereka dalam bisnes Shaklee ini.

US 2014

Olando & Dubai 2016

 

Best kan mereka ni??? Seronok sebab setiap tahun dapat melancong percuma je. Bawa duit poket untuk beli cenderahati bawa balik Malaysia, itupun silap-silap Shaklee bagi lagi duit poket sebagai hadiah. Duit bonus 4 angka memang dapat setiap bulan, hadiah percutian, hadiah-hadiah kejutan yang lain, duit poket pun diberi lagi. Rugi sangat kalau tak cuba untuk dapatkan semua keistimewaan ini kan??

 

Dulu saya seorang suri rumah yang tiada pendapatan setiap bulan. Hendak beli keperluan peribadi sendiri pun terpaksa minta duit suami. Suami saya kerja dengan syarikat swasta yang pada masa itu mengalami masalah ekonomi, ramai kawan-kawan diberhentikan kerja. Saya ambil peluang untuk belajar selok belok bisnes Shaklee. Alhamdulillah, dalam masa 3 bulan saya berjaya jadikan diri saya seorang leader dan bulan seterusnya saya berjaya lahirkan seorang leader.

 

 

Tiada apa yang mustahil untuk dicapai asalkan kita percaya dan usaha sungguh-sungguh untuk mencapai impian kita. Kami sudah merasa dan sedang merasa pendapatan 4 angka sebulan sebagai pengedar Shaklee yang hanya beroperasi dari rumah sahaja sambil layan anak-anak dan suami.

Anda pula bagaimana?? Jika ingin turut merasainya juga, jangan segan-segan untuk hubungi kami.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

 

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge