Jerawat pasir ini kira adik-beradik jerawat batu lah kan? Cuma ia tidaklah seteruk jerawat batu yang memang mencacatkan kecantikan wajah kita. Jerawat pasir lebih mudah untuk diatasi dengan mengamalkan beberapa petua hilangkan jerawat pasir dengan mudah.

Jerawat pasir terjadi apabila liang-liang pori kita tersumbat dengan minyak dan kotoran. Bertambah buruk lagi apabila kita jarang menjaga kebersihan wajah. Antara faktor lain penyebab tumbuhnya jerawat pasir ialah:
- sering terdedah kepada asap kenderaan, asap rokok atau merokok
- keturunan
- kesan pengambilan ubat-ubatan
- salah pilih produk kosmetik
Petua Hilangkan Jerawat Pasir

Tea tree oil
Minyak ini mengandungi benzoil peroxide yang bagus untuk mengurangkan jangkitan bakteria penyebab jerawat.
Caranya mudah sahaja, sapukan minyak ini ke seluruh muka selepas membersihkan wajah. Biarkan ia menyerap ke dalam kulit wajah kita selama 30minit. Kemudian bilas dengan air suam sehingga bersih.

Putih telur
Ia mengandungi protein yang sangat tinggi. Kandungan protein ini mampu menyerap minyak berlebihan di wajah kita penyebab tumbuhnya jerawat pasir.
Caranya pun sangat mudah, asingkan 1 biji putih telur (seeloknya guna telur ayam kampung). Sapukan putih telur ke muka dan biarkan selama 15-20 minit sehingga kering. Bilas dengan air sehingga bersih.

Timun
Timun juga mempunyai khasiat yang sama seperti putih telur. Bagusnya, ia tidak berbau hanyir malah ia juga memberikan kesan kesegaran pada wajah kita.
Caranya, seusai mandi dan bersihkan wajah, tampalkan hirisan timun ke seluruh muka kita. Biarkan selama 30 minit dan lakukannya sekerap mungkin.

Vitamin
Amalkan pengambilan vitamin yang kaya dengan sumber protein organik seperti Energizing soy protein (ESP), sustained release vitamin C dan b complex. Sumber protein membekalkan makanan yang sihat kepada kulit kita dan ia juga membantu membina sel-sel baru yang lebih sihat. Sustained release vitamin C membantu mengecutkan jerawat, mencerahkan kulit dan mengelakkan jerawat tumbuh kembali. B complex membantu mencantikkan kulit dan meredakan stress yang menjadi punca jerawat.

Set penjagaan wajah
Penggunaan set penjagaan wajah yang tidak berkualiti boleh menyebabkan kerosakan pada kulit muka kita. Kulit muka yang rosak sangat susah untuk dipulihkan kembali, kita perlu menjadi seorang pengguna yang bijak dalam memilih set penjagaan wajah. Harga yang murah tidak menjamin kualiti yang bagus.
Sebagusnya gunalah set penjagaan wajah yang terbukti bebas daripada 1500 jenis bahan kimia merbahaya yang telah di senaraikan oleh KKM. Selain itu, pilihlah set penjagaan wajah yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti Youth Skincare. Ianya memang telah terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kulit berjerawat, produk berpaten dan telah menjalani banyak kali ujian makmal klinikal.
Baca selanjutnya di sini:
Set Youth Skincare
Testimoni Youth Skincare
Kandungan Bahan Youth Skincare
Sebagai pengguna yang bijak anda berhak untuk mendapatkan konsultansi terbaik daripada saya. Anda boleh hubungi saya melalui beberapa cara di bawah:
IG: @idayu_irdina
Beli secara online di sini
Untuk mendapatkan lebih penjimatan, sila daftar keahlian anda di sini.
