Petua Kulit Muka Glowing Dan Flawless Secara Alami

Meleleh air liur tengok kulit artis Korea. Cantiknya kulit muka mereka kan? Sudah la kulit muka glowing, flawless pulak tu. Agaknya la, apa petua kulit muka glowing dan flawless secara alami ?.

Jangan risau, sekarang ini terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit muka yang cantik, glowing dan flawless. Kiranya kalau keluar rumah tak pakai secalit bedak asas pun orang tetap puji kulit muka kita cantik.

 

PETUA KULIT MUKA GLOWING DAN FLAWLESS SECARA ALAMI

Orang cakap yang lama jangan ditinggalkan, petua orang dulu-dulu ni banyak manfaat ke atas tubuh badan kita dan diperakui sehingga sekarang. Jom kita amalkan petua ini untuk kulit muka nampak glowing dan flawless.

 

1- Minum air putih secukupnya

Minum air bersih secukupnya merupakan perkara paling asas yang perlu kita lakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik. Air bersih berfungsi sebagai agen pembersih terbaik untuk detox toksin daripada badan kita.

Minum air putih sekurangnya dua liter sehari membantu memastikan sistem tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik. Badan kita memerlukan air bersih bagi menggantikan sel-sel mati di dalam badan. Selain itu, ia dapat membantu kulit kita kelihatan lembap, bersih dan cerah semulajadi.

 

2- Air beras 

 

Ramai yang tidak mengetahui bahawa air bilasan beras mempunyai banyak khasiatnya. Begitu juga dengan air rebusan beras, semasa kita menanak nasi lebihkan 1 cawan air supaya nanti semasa airnya mendidih kita boleh ceduk dan minum 1 cawan air rebusan beras. Ia merupakan petua orang lama untuk kekal kulit mulus, halus, gebu dan glowing. Air bilasan pula digunakan untuk mencuci muka dan berendam di dalamnya selama 15-20minit. Tujuannya adalah untuk mendapatkan kulit yang cantik dan flawless.

 

3- Masker beras pulut

Petua ini memang menjadi amalan ramai gadis dan wanita yang inginkan kulit cantik, tegang, gebu dan berseri. Petua asalnya ialah menggunakan beras pulut yang digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian, ia ditumbuk atau dikisar sehingga menjadi debu. Namun, kita juga boleh menggunakan tepung beras pulut untuk dijadikan masker. Caranya mudah sahaja, ambil sedikit tepung beras pulut dan dicampur dengan sedikit air, lalu disapukan ke seluruh muka dan biarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu dan hasilnya kulit muka lebih anjal, halus, cerah, gebu, glowing dan flawless.

 

4- Masker yogurt asli

Yogurt asli ini bukan setakat sedap ketika di makan atau dijadikan bahan masakan dan pastri. Ia juga mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan. Amalkan melumurkan yogurt asli ke seluruh muka dan leher 3 kali seminggu dapat membantu kulit kita kelihatan lebih gebu, lembut, glowing, flawless dan cerah berseri.

 

5- Set penjagaan wajah organik

Amalkan pemakaian set penjagaan wajah yang diperbuat daripada bahan alam semulajadi seperti Youth Skincare. Youth skincare terbukti 100% berkesan ke atas semua jenis kulit. Ia dihasilkan menggunakan tumbuhan semulajadi yang organik.

Antara bahan aktif utama di dalam Youth skincare adalah ekstrak anggur muscadine yang sebelum ini hanya terdapat di dalam Vivix sahaja. Ia mengandungi kadar antioksidan yang tinggi dan membantu meremajakan kulit, ia menjadikan kita nampak lebih muda. Terdapat juga bahan-bahan aktif lain yang hebat seperti ekstrak lotus japonicus, stemcell epal dan vitamin, scisandra schinesis, vital repair and complex.

2/3 daripada hasil kajian menunjukkan usia kulit wajah mereka muda 10 tahun daripada usia mereka. Testimonial yang dilakukan ke atas kulit orang Malaysia mendapati dengan penggunaan 1 set Youth skincare ini dalam masa hampir 1 bulan, didapati ia dapat membantu menghilangkan jeragat degil, jerawat, mengecilkan liang pori, memudarkan parut, menaikkan seri wajah, wajah tampak lebih glowing seawal 3 hari penggunaan dan menganjal kulit serta mengurangkan kedutan di muka.

 

6- Vitamin awet muda

Apabila usia kita semakin meningkat, badan kita tidak dapat menghasilkan jumlah kolagen yang diperlukan. Oleh itu, kulit akan kurang anjal dan kedutan mulai terbentuk. Untuk mengatasi masalah ini, Shaklee Collagen Powder dan Vivix mampu membantu meremajakan kulit wajah kita. Gabungan dua vitamin semulajadi ini dapat membantu menganjalkan, mencantikkan, mengurangkan pigmentasi, mengurangkan kedutan dan menjadikan kulit wajah lebih berseri dan gebu.

 

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi berkaitan produk dan menempahnya.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.