Pusat Sains Negara Tempat Menarik Untuk Dilawati Musim Cuti Sekolah

Yeayyyyy….tidak lama lagi sekolah akan bercuti selama sebulan. Anak-anak sudah sibuk bertanya mana hendak dituju apa yang hendak dilakukan semasa cuti panjang tak lama lagi. Pusat Sains Negara tempat menarik untuk dilawati semasa musim cuti sekolah kini berwajah baru dan lebih menghiburkan.

 

Pusat Sains Negara atau singkatannya PSN merupakan sebuah muzium yang berasaskan pengetahuan sains dan teknologi. Ianya dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 29 November 1996 dan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad perdana menteri di waktu itu. PSN terletak di atas bukit yang berkeluasan 8 hektar di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menyelia PSN.

 

Terdapat pelbagai jenis bahan pameran yang dipamerkan di PSN, ianya dibahagian kepada 2 kategori iaitu sains asas dan teknologi. Secara amnya, PSN ini ditubuhkan untuk menghubungkan sains dan alam sekitar dengan agama. Disamping, ia juga bertujuan untuk mendedahkan rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak mengaitkan sains dengan aspek kehidupan, pengetahuan dan aplikasi dalam aktiviti seharian. PSN juga mempunyai sebuah cawangan di Gunung Keriang, Kedah.

 

Ok lah…sudah tahu serba sedikit pasal PSN bukan?? Tiba masanya kita terokai aktiviti-aktiviti yang best dan pasti akan membuatkan anak-anak kita teruja sangat-sangat untuk berkunjung ke PSN. Lepas tengok gambar-gambar ini, mereka akan lebih rasa tidak sabar untuk ke PSN pada cuti sekolah akan datang. Jommmmm….

 

Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur

 

 

Kawasan riadah bertemakan waterpark, PSN Water Plaza terletak di bahagian luar bangunan PSN.

 

Ruang legar utama PSN

 

Terdapat juga pameran bertema, cuti sekolah yang lalu pameran dinosaur.

 

PSN mempunyai laluan akuarium yang besar dan kita akan teruja melihat ikan air tawar berenang di sekeliling kita.

 

Aktiviti demostrasi menyelam bersama ikan air tawar

 

Macam kat Aquaria KLCC kan..boleh pegang ikan, tapi tiket masuk ke sini jauh lebih murah.

 

Anak-anak mesti teruja kalau dapat main ni.

 

Bukan setakat anak-anak je, mak ayah pun seronok datang sini. Boleh cuba macam-macam jenis aktiviti berkaitan sains

 

Baiklah, ini sebahagian keterujaan yang terdapat di PSN, sebenarnya ada banyak lagi aktiviti melibatkan sains dan teknologi yang kita boleh cuba lakukan sendiri di sini. Tempat ini memang sangat menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak. Harga tiket masuk adalah seperti berikut:

 

 

Dengan kos yang sangat rendah kita dapat menggembirakan hati anak-anak. Rugi sangat-sangat kalau kita lepaskan peluang melawat tempat-tempat menarik yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia. PSN merupakan salah satu tempat percutian terbaik untuk membantu perkembangan minda anak-anak kita.

 

Dalam keterujaan kita harus mengambil sikap berjaga-jaga, sekarang musim hujan perubahan monsun. Lengkapkan sistem pertahanan badan anak kita sekuatnya. Berikan mereka suplemen minyak omega 6 yang tulen untuk membantu perkembangan otak yang baik dan meningkatkan daya ketahanan tubuh.

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge