Resepi Cupcake Gebu Perisa Vanila Sukatan Cawan

Sejak anak semakin membesar ni, dia dah pandai minta macam-macam. Paling dia suka minta kita buatkan untuk dia adalah cupcake. Di sini saya ingin kongsi satu resepi cupcake gebu perisa vanila yang mudah untuk disediakan menggunakan sukatan cawan.

 

 

Resepi ini saya telah ubah daripada resepi asal, namun rasanya tetap sedap, berbau wangi dan gebu. Anak saya memang suka sangat makan cupcake ini. Dia juga suka tolong saya masa buat kek ini. Memang sangat mudah untuk membuatnya.

 

Bahan-bahan:

3/4 cawan Marjerin (suhu bilik)

4 biji Telur saiz C (suhu bilik)

2 1/2 cawan Tepung gandum

3/4 cawan Gula

3 sudu kecil Esen vanila

1 1/4 cawan Fresh milk

2 1/2 sudu kecil Baking powder

Jem strawberi (optional)

 

 

Cara membuatnya:

1- Ayak tepung gandum bersama baking powder di dalam satu bekas.

2- Sediakan satu bekas lain, putarkan marjerin menggunakan kelajuan tinggi sehingga betul-betul kembang (marjerin akan bertukar warna seakan putih).

3- Masukkan gula dan putar sehingga sebati. Kemudian masukkan telur dan esen vanila satu persatu semasa mixer berputar pada kelajuan sederhana.

4- Masukkan tepung dan susu berselang seli dan putarkan pada kelajuan perlahan. Putarkan sehingga sebati.

5- Panaskan cupcake maker atau cupid, masukkan sedikit adunan. Tutup 30saat, buka penutup dan picitkan jem strawberi sedikit ditengah. Tambah lagi adunan sehingga separuh atau 3/4 cawan cupid itu. Tutup dan biarkan masak. Boleh guna garfu atau lidi untuk memeriksa kek dah masak ke belum.

6- Apabila dah masak, keluarkan dan sedia dihidangkan.

 

Saya guna trio cupcake maker ini je…tak payah letak cawan kertas pun tak apa.

 

Bagi mak-mak yang tak ada ketuhar untuk membakar cupcake, anda boleh membeli cupid atau cupcake maker ni secara online. Harganya kurang daripada RM90 semasa saya membelinya dulu.

 

Untuk rasa yang lebih enak, boleh gunakan mentega selain daripada marjerin. Saya guna marjerin pelangi je, sebab itu yang ada kat dapur ni…hahaha…

 

 

Kalau nak guna ketuhar, sebelum sediakan semua bahan, panaskan dulu ketuhar pada 170C.  Masukkan adunan di dalam cawan kertas, bakar selama 15-18minit atau sehingga kek masak.

 

SELAMAT MENCUBA!!!

 

Ingin menjana peluang pendapat sampingan??? Ingin mengisi ruang masa yang ada secara berfaedah???Kami sedia membimbing anda untuk menaikkan taraf ekonomi keluarga anda. Bonus dan untung runcit adalah milik anda. Kami cuma membantu membimbing anda untuk berjaya di dalam perniagaan ini. Hubungi saya untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut lagi.

 

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

 

Daftar secara online di sini

 

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge