7 Tips Atasi Masalah Sukar Tidur Malam

Pagi lagi ni dah mengantuk ke? Ni mesti malam tadi tidur lewat kan? Lebih teruk lagi mungkin semalam memang tak boleh tidur langsung. Bangun pagi ni kepala jadi ting tong pening. Betul kan?

Sebenarnya masalah sukar tidur ni terjadi kepada ramai orang. Tambah-tambah lepas PKP ni. Ramai yang terjejas dari segi kewangan yang sangat merisaukan sehinggakan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal mereka.

Ada yang mengalami masalah insomnia, anxiety dan pelbagai masalah lagi disebabkan oleh kehilangan pekerjaan, hilang perniagaan pendek kata hilang punca pendapatan sehingga buat mereka terlalu kuat berfikir dan sukar untuk tidur.

Di sini saya ingin berkongsi 7 tips tidur lena waktu malam dan kekal bertenaga sepanjang hari.

Tidur yang berkualiti dapat membantu badan kita rehat secukupnya dan dapat membantu badan kekal bertenaga keesokan harinya.

1.Tidur dalam keadaan gelap
Ramai ke yang tidur dalam keadaan lampu terang benderang?

Sebenarnya, jika kita tidur dalam keadaan terang lampu, badan kita terus berjaga sepanjang malam walaupun mata kita terpejam. Sebab itulah kita tetap berasa penat walaupun kita sudah tidur sepanjang malam.

Amalkan tidur dalam keadaan lampu samar-samar atau lebih bagus lagi dalam keadaan gelap gelita. Keadaan gelap dapat memberikan kita tidur yang lebih berkualiti.

2. Penghawa dingin atau kipas?
Jika berkemampuan pasanglah penghawa dingin bagi memberi suasana yang lebih selesa dan nyaman semasa tidur.

Namun, jika rumah jenis kurang panas, kipas angin sudah memadai. Asalkan kita dapat tidur dalam keadaan yang selesa.

3. Bebaskan fikiran sebelum tidur
Sukar tidur sebab terlampau banyak berfikir sehingga menyebabkan kita rasa runsing, resah, gelisah dan serabut. Elakkan tidur dalam keadaan begini.

Seeloknya sebelum tidur kita mengambil wudhuk, solat taubat 2 rakaat dan membaca surah al mulk. In shaa Allah dengan cara ini kita akan berasa lebih tenang dan akan tidur dengan lebih mudah.

4. Tidur awal bangun awal
Seeloknya kita perlu tidur seawal jam 9 atau 10 malam. Kajian menunjukkan mereka yang tidur awal akan dapat tidur yang sangat berkualiti.

Bangun seawal jam 3 atau 4 pagi untuk bertahajud dan bersendirian bersama Allah tanpa gangguan sesiapa. Keadaan ini akan membuatkan kita jadi lebih untuk berfikir.

5. Sarapan adalah sangat penting
Ramai orang suka skip sarapan sebab terkejar-kejar nak ke tempat kerja. Akhirnya, badan jadi lemah, lesu dan kerja jadi kurang efektif.

Sangat penting untuk kita mengambil sarapan di waktu pagi. Walaupun kita dah lambat, ambil sarapan yang mudah disediakan dan mengenyangkan.

Contoh seperti minum Energizing Protein Soy. Kita hanya perlu bancuh dalam shaker dan boleh diminum sepanjang perjalanan ke pejabat. Mudah kan?

6. Jaga mindset setiap pagi
Pernah dengar tak orang cakap kalau mood pagi baik, semua perkara akan jadi baik sampai ke petang. Mesti pernah dengar kan?

Pagi-pagi kita bagi makanan kepada jiwa kita terlebih dahulu. Dengar alunan asma ul husna, dengar ceramah motivasi daripada penceramah kegemaran kita dan setiap pagi bila pandang cermin kita cakap perkara baik-baik tentang diri kita. In shaa Allah perkara yang baik-baik sahaja yang akan terjadi kepada kita.

7. Amalkan gaya hidup sihat
Makan makanan yang berkhasiat, bersenam setiap hari, luangkan masa beriadah bersama keluarga dan amalkan pemakanan tambahan bagi mencukupkan nutrisi di dalam badan kita.

Contoh pemakanan tambahan terbaik yang dapat membantu untuk kita senang tidur, dapat tidur yang berkualiti di waktu malam dan rasa sangat bertenaga dan kekal aktif sepanjang hari adalah ResV.

ResV merupakan gabungan herba, buah dan tumbuhan yang di tanam secara organik dan ia mengandungi antioksidan yang sangat tinggi untuk membantu melindungi sel-sel badan kita daripada serangan radikal bebas.

Polifenol yang mengandungi resveraterol terkandung di dalam setiap kapsul membantu membaiki sel-sel DNA kita yang telah rosak dan menggantikannya dengan sel-sel baru yang lebih sihat.

Apabila kita mengalami masalah sukar untuk tidur dan badan tidak bertenaga, sememangnya badan kita sangat memerlukan ResV. Berikan yang terbaik untuk tubuh badan kita supaya tidak terjadinya keadaan yang membahayakan diri kita seperti masalah micro sleep ketika memandu. Ia boleh mengakibatkan kemalangan maut.

Hubungi saya untuk mendapatkan ResV anda sekarang dan saya akan berikan khidmat konsultansi eksklusif berkenaan ResV hanya untuk anda.

Fb : IdAyu Irdina
Ig : @idayu_irdina
No.hp : 013-9189500

Continue Reading

Resepi Sarapan Mudah Sedap Memberikan Tenaga

Yummy! Sedap betul breakfast dia ni kan. Pekat melikat kaw betul nampaknya kan? Sedap sungguh. Kalau tak percaya memang kena rasa sendiri. Resepinya macam di bawah

Bahan-bahan:
2 scoop cinch shake cafe latte
100ml fresh milk
1/2 sudu nescafe
Ais ketul

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam blender. Blend sampai ais hancur. Tuangkan dalam gelas. Sedia untuk dinikmati. Yeay!

Lawan pulak dengan telur masak separuh. Perggghhh! Pagi yang penuh bertenaga untuk mulakan hari yang hebat ini. Cinch shake ni boleh dijadikan sebagai pengganti makanan tau. Biasanya kalau minum pagi, in shaa Allah rasa kenyang sampai ke petang.

Sebab tu, ramai yang suka dapatkan cinch shake ni dengan kak Ayu sebelum bulan posa. Sebab bila start posa nanti depa boleh sahur dengan cinch shake saja. Tak lalu nak makan beria pagi-pagi ni.

Lagi satu, masa berbuka pun depa suka minum cinch shake jugak. Jadi, depa dah boleh kawal rasa lapar tahap naga berkepala 7 masa berbuka. Tak de la nak terkam makanan sangat. Boleh jaga body.

Bila kita amalkan minum cinch shake ni, perut akan kempis sikit, inci body berkurang, berat turun dengan banyak, tak rasa lapar sangat, tak craving nak makan benda-benda manis dan jajan mengarut.

Jom dapatkan 3 perisa cinch shake iaitu cafe latte, chocolate, vanilla dengan Kak Ayu sekarang. Beli 2 canister dapat lagi diskaun. Beli 4 canister dapat
🚛 free postage by Gdex
👥 free membership
🎁 free gift beg yang comel iteww

Idayu Irdina
Founder SVFamily
013-9189500

#kurus #nakkurus #tipskurus #cinchshake #ubatkurushaklee #cinchshakeshaklee #milkshake #pengedarshakleepenang #pengedarshakleebayanlepas #pengedarshakleebayanbaru #pengedarshakleegelugor #shakleepenang #pengedarshakleepulaupinang #pengedarshakleepenang #idayuirdina

Continue Reading

Kerja Dari Rumah Menguntungkan Atau Sebaliknya

Kita dalam fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 atau Coronavirus. World Health Organization (WHO) secara rasminya telah bahawa wabak Coronavirus ini sebagai pandemic. Ini berdasarkan penularannya yang pantas ke seluruh dunia.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang kurang stabil, malah ekonomi Malaysia pun mengalami keadaan yang sama. Relevan ke kerja dari rumah menguntungkan atau sebaliknya?

Sudah hampir sebulan ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan, ataupun pendapatan berkurang daripada sebelum ini. Malahan, banyak syarikat gergasi yang tak mampu untuk membayar gaji pekerja-pekerja mereka. Apatah lagi nasib peniaga dan pengusaha kecil, mereka lagilah terasa.

Macam mana nak buat bisnes yang menguntungkan semasa PKP ini?

Dalam keadaan kekangan kewangan ini, kita perlu bijak memilih cabang bisnes yang ingin kita lakukan. Tidak selamat untuk kita laburkan duit simpanan untuk mengeluarkan produk yang belum tentu laku untuk dijual. Tambahan pula, untuk mengeluarkan produk sendiri memerlukan modal yang sangat besar. Lebih baik jangan ambil risiko jika kewangan kita tidak mengizinkan.

Jalan yang paling selamat adalah kita jual je produk yang memang terbukti diperlukan malah sangat diperlukan buat masa sekarang ni dan akan datang. Contohnya macam bisnes vitamin. Terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan vitamin tapi hanya ada satu syarikat sahaja yang mempunyai kajian saintifik dan terbukti dengan ‘landmark study’.

Kenapa bisnes ini?

Pada keadaan sekarang ini, adalah sangat penting untuk kita tingkatkan sistem pertahanan badan kita. Kita kena kuatkan sistem imun badan kita supaya badan kita kuat untuk melawan serangan virus-virus jahat yang ingin merosakkan sel-sel baik dalam badan kita.

Untuk melawan virus ini kita memerlukan bantuan daripada vitamin. Sebab, pemakanan seharian kita tidak cukup untuk melindungi sel-sel badan kita daripada serangan virus jahat.

Vitamin yang dihasilkan daripada tumbuhan dan bahan-bahan semulajadi yang organik sangat popular sekarang ini. Ramai rakyat Malaysia telah buka mata dan sedar akan kepentingan pengambilan viatamin dalam kehidupan seharian mereka.

Secara teknikalnya, bisnes vitamin sangat menguntungkan pada masa sekarang dan di masa akan datang. Orang ramai akan terus membeli berulang-kali pada setiap bulan vitamin keperluan mereka. ‘Repetition’ terhadap produk sangat tinggi.

Berapa jumlah pendapatan yang diperolehi setiap bulan?

Dunia bisnes tidak sama dengan makan gaji yang mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. Dalam bisnes, kita akan dapat lebih apabila kita berusaha lebih kuat dan bekerja secara bijak dan berkumpulan.

Untuk memulakan bisnes kita perlukan mentor untuk ajar kita selok belok dunia perniagaan. Mentor dapat membantu kita untuk memberi tunjuk ajar supaya kita terlalu kerap ‘melanggar dinding’ atau ‘terjun gaung’ dalam perniagaan.

Jom kita lihat berapa pendapatan bulan lepas mereka yang sertai kami dalam bisnes ini.

Sangat lumayan bukan?

Jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli untuk sertai team kami, sila daftar di sini.

Kami adakan kelas untuk melatih anda daripada zero tentang bisnes ini, sehinggalah ke tahap anda boleh melatih anh-ahli di dalam team anda sendiri.

Jangan risau seandainya anda tidak tahu berniaga. Yang penting adalah anda sanggup belajar dan buat apa saja untuk memajukan bisnes anda sehingga ke puncak kejayaan.

Hubung saya di talian 013-9189500 untuk memesan produk, kita juga boleh jadi kawan di facebook Idayu Irdina dan Ig idayu_irdina. Atau anda ingin membaca info-info menarik boleh baca di facebook page Idayu Irdina.

Sila kongsikan maklumat ini bersama-sama kawan-kawan dan keluarga anda supaya mereka semua pun rasa nak berniaga produk Shaklee ini.

Continue Reading

Coronavirus : Simptom Dan Risiko Covid-19 Yang Kita Perlu tahu

Tanggal 01 April 2020 menyaksikan lebih 46,000 orang telah mati disebabkan oleh wabak pandemik covid-19 di seluruh dunia dan angka ini dijangkakan semakin meningkat.

Lebih daripada 921,000 telah membuat ujian saringan Covid-19 di seluruh dunia. Sekarang ini seluruh dunia sedang berusaha keras untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini.

Coronavirus


Apakah wabak Covid-19?

Covid-19 atau coronavirus merupakan sekumpulan virus yang menyebabkan penyakit yang biasanya bermula dengan sekadar demam biasa merebak menjadi beberapa jenis kesukaran yang lebih teruk. Coronavirus boleh menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan masalah sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS) dan sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS).

Virus-virus ini pada asalnya dijangkiti daripada haiwan kepada manusia. SARS dikenalpasti telah dijangkiti manusia daripada kucing civet. Manakala, MERS pula dijangkiti manusia daripada unta. Terdapat juga coronavirus yang menjangkiti haiwan tetapi belum lagi menjangkiti manusia.

Nama Corona ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud mahkota atau halo. Apabila dilihat dibawah kanta mikroskop elektron, ia kelihatan seperti dikelilingi oleh solar Corona.

Pada mulanya, novel coronavirus ini dikenalpasti oleh pihak China pada Januari 2020 dan dikenali sebagai SARS-Cov-2. Ia merupakan rantaian yang belum pernah dijumpai sebelum ini. Hanya segelintir sahaja yang tahu mengenai perkara ini sehinggalah virus ini dipindahkan daripada seorang manusia kepada manusia yang lain dapat dikenalpasti.

Apakah simptom Coronavirus?

Merujuk kepada kenyataan WHO, antara simptom-simptom yang dapat dikenalpasti adalah seperti:

  1. Demam
  2. Batuk kering
  3. Kesukaran bernafas
  4. Sakit kepala
  5. Selsema
  6. Sakit tekak
  7. Cirit-birit
  8. Kelesuan

Namun, terdapat juga beberapa kes yang mengalami masalah :

  1. Pneumonia
  2. Kegagalan fungsi organ dalaman
  3. Kematian

Disamping itu, terdapat juga kes pesakit tidak mempunyai tanda atau simptom dijangkiti namun, setelah dilakukan pemeriksaan mereka disahkan telah dijangkiti wabak coronavirus.

Anggaran tempoh inkubasi adalah antara masa antara jangkitan dan permulaan simptom, dianggaran lebih kurang 14 hari. Dalam masa 5-6 hari selepas dijangkiti, pesakit akan mula menunjukkan simptom.

Apakah yang telah dilakukan untuk memutuskan rantaian wabak coronavirus?

Ramai saintis sedang bertungkus-lumus untuk mencari formula vaksin bagi menangani wabak coronavirus ini. Namun, difahamkan ia tidak dapat dihasilkan dalam kuatiti yang sangat banyak dalam masa terdekat ini.

Boleh dikatakan seluruh dunia sekarang ini mengamalkan langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan kadar jangkitan. Terdapat negara yang telah ‘lockdown’ negara mereka sehinggakan rakyat langsung tidak dibenarkan untuk keluar daripada tempat tinggal masing-masing.

Kesemua jenis perhimpunan agama, kenduri, restoran, kelab-kelab sukan dan pelbagai permis perniagaan lain diarahkan tutup untuk mengelakkan manusia berkumpul dan menyebabkan rantaian wabak ini semakin merebak.

Kebanyakan syarikat penerbangan telah membatalkan kesemua penerbangan keluar masuk antara negara dan juga domestik. Kesemua mereka yang baru pulang dari luar negara akan dikuarantinkan sehingga disahkan bebas jangkitan.

Bagaimana cara untuk mengurangkan risiko dijangkiti wabak Coronavirus?

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan beberapa panduan untuk kita ikuti bagi membantu kita daripada dijangkiti wabak Covid-19 atau Coronavirus ini, antaranya ialah:

  1. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk ataupun bersin. Buang tisu tersebut ke dalam bakul sampah. Basuh tangan anda menggunakan air dan sabun dan bilas sehingga bersih.
  2. Sentiasa menggunakan pelindung/penutup muka ketika berada di luar.
  3. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  4. Jarakkan sepanjang 1meter daripada orang lain sekiranya kita berada di tempat awam.
  5. Elakkan berkumpul
  6. Elakkan kerap menyentuh muka dan mata.

Selain daripada itu, jika kita lihat simptom-simptom pesakit Coronavirus ini adalah sama seperti demam biasa sebelum ia merebak menjadi lebih terus sehingga mengganggu sistem pernafasan sehingga boleh mengakibatkan maut.

Salah satu cara yang berkesan untuk melindungi diri kita daripada mudah dijangkiti wabak Coronavirus adalah dengan cara tingkatkan sistem imun badan kita.

Apabila sistem pertahanan tubuh kita dapat dipertingkatkan. Virus jahat tak dapat nak menguasai dan melemahkan sel-sel dalam badan kita. Sekiranya kita terjangkiti pun kemungkinan besar kita akan lebih cepat sihat dan bebas virus.

Ramai doktor pakar di negara-negara yang terlibat dengan masalah Coronavirus pandemik ini memberikan suntikan vitamin C kepada pesakit untuk membantu meningkatkan sistem imun badan mereka. Melalui cara itu, memang terbukti lebih ramai yang berjaya disembuhkan dengan lebih cepat.

Bagi kita yang belum dijangkiti ini pastinya rasa tak selamat dan takut akan dijangkiti bukan? Jadi, apa yang kita boleh buat adalah dengan cara kita amalkan pengambilan vitamin c, suplemen yang tinggi dengan antioksidan dan suplemen yang dapat membantu penghasilan interferon semulajadi tubuh kita.

Vitamin C membantu meningkatkan kekuatan sistem imun badan kita. Manakala suplemen antioksidan seperti Vivix dan ResV dapat membantu melindungi dan memperbaiki sel tubuh kita supaya kembali sihat dan bertenaga serta dapat berfungsi dengan lebih baik. Nutriferon pula membantu dalam penghasilan interferon semulajadi dalam tubuh kita supaya kekebalan sistem pertahanan badan kita dapat diperkuatkan lagi.

Untuk keterangan lebih lanjut dn pemesann produk anda boleh berhubung dengn saya ditalian 013-9189500.

Atau boleh dapatkan pelbagi info menarik di FB Page Idayu Irdina dan ig idayu_irdina.

Continue Reading

Tidur Lewat Punca Penyakit Merbahaya

“Eh, dah pukul 3 pagi…nak kena tidur lah. Esok pagi nak masuk ofis lagi. Sambung siapkan task ni esok je la”. Terlalu ramai sekarang ini yang ada masalah tidur disebabkan terlalu asyik bekerja (workaholic).

Tetapi, sedar tak kita bahawa masalah suka tidur lewat punca 3 penyakit merbahaya. Kita nampak masalah ini macam enteng je kan? Namun,ada sesetengah daripada kita terpaksa bergantung kepada pil tidur untuk tenangkan dan rehatkan diri.

Rasulullah akan menyegerakan tidur selepas solat isyak sekiranya tiada apa-apa urusan mustahak. Baginda akan bangun semula diawal pagi untuk solat tahajud atau qialmullail.

Tabiat suka tidur lewat malam akan mengundang pelbagai masalah samada di pejabat, rumah dan memberikan kesan buruk terhadap prestasi kesihatan badan kita. Akibat kerap tidur lewat, kita mungkin akan hidapi 3 jenis penyakit merbahaya ini:

Sakit Kepala Yang Kronik

Tidur lewat akan menyebabkan badan kita tidak dapat rehat yang berkualiti. Lain pula bagi mereka yang tidur awal dan bangun sepertiga malam untuk bertahajud, badan mereka akan lebih bertenaga berbanding yang tidur lewat.

Tambahan pula, apabila kita tidur lewat akan menyebabkan badan kita rasa sakit dan lemah. Kita akan mudah hilang fokus, kepala akan terasa berat, sakit atau pening. Seandainya perkara ini berlarutan, ia akan memberikan kesan buruk kepada otak kita. Paling menggerunkan kita mungkin akan menderita sakit kepala yang kronik.

Diabetes

Mereka yang suka tidur lewat malam akan berisiko untuk mendapat penyakit diabetes. Hal ini terjadi kerana, apabila kita kerap tidur lewat pada waktu malam, hormon akan rosak. Kerosakan hormon akan menyebabkan tubuh badan kita tidak dapat bertolenrasi dengan glukosa kerana jumlah insulin yang menurun.

Sistem Imun Lemah

Akibat kerap tidur lewat malam akan menyebabkan kerosakkan sel-sel darah putih. Sekaligus, menyebabkan kekebalan sistem pertahanan tubuh kita akan lemah. Di saat sistem imun badan kita lemah, kita berisiko tinggi terdedah kepada serangan radikal bebas dan penyakit yang merbahaya.

Cara Kekal Bertenaga Walaupun Terpaksa Tidur Lewat dan Bangun Awal

Bagi mereka yang terpaksa tidur lewat dan bangun awal setiap hari. Anda sangat-sangat memerlukan “energy booster” untuk memastikan anda bertenaga sepanjang hari. Tapi, paling penting adalah kesihatan anda tidak akan terganggu dengan tabiat tidur anda yang tidak menentu.

Saya pernah mencuba cara ini dan ianya sangat berkesan. Walaulun saya tidur jam 2@3pagi dan terpaksa bangun jam 5pagi. Saya dapat tidur yang sangat lena dan berkualiti. Apabila bangun jam 5pagi itu saya rasa sangat bertenaga dan bersedia untuk melakukan tugas-tugas seperti biasa.

Suplemen ini sangat membantu saya dan mereka yang mengamalkannya. Kajian selama bertahun-tahun oleh saintis antarabangsa, formula yang dipatenkan, membuktikan suplemen untuk tenaga ini betul-betul berkesan dan dapat membantu meningkatkan kesihatan badan kita.

Hubungi saya Idayu Irdina ditalian 013-9189500 untuk info lanjut dan pembelian produk.

Continue Reading

Duduk Rumah Diam-Diam Jom Bantu Frontliner

Let’s we stay at home guys! Mereka ni terpaksa bekerja tanpa rehat dan cuti. Mereka juga ada keluarga, tetapi mereka terpaksa berkorban. Berjauhan daripada keluarga semata-mata berkhidmat untuk memastiman kita sihat dan selamat.

Jom bantu mereka. Tetap berada di rumah. Hentikan menyebar virus.

Jom kita hentikan penyebaran wabak ni. Tahan diri sekejap. Manfaatkan cuti yang panjang ni dengan acara bersama keluarga di rumah. Tak perlu keluar rumah pun banyak aktiviti kita boleh lakukan.

♥️ Eratkan kembali hubungan bersama suami,isteri,anak²,ibubapa dan adik beradik. Jangan asyik main hp je bila dah berkumpul ramai2 ni.
♥️ Jom kita sama-sama belajar cara solat yang betul. Perbetulkan cara solat anak². Ye lah, sebelum ni kita tak sempat nak ajar mereka sebab sibuk bekerja kan?
♥️ Solat berjemaah bersama keluarga. Tetap dapat pahala berganda walaupun hanya solat berjemaah di rumah.
♥️ Sanitize rumah, wabak covid19 ni lambat boleh dikesan. Ada baiknya kita ambil langkah pencegahan awal.
♥️ Home schooling anak². Buat aktiviti yang menyeronokkan. Banyak idea2 home schooling boleh didapati daripada google.

Dan paling penting, kerapkan basuh tangan guna sabun serta ambil pemakanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan kita untuk melawan virus.

Allah menyuruh kita ikhtiar sebelum kita redha. Be smart.

Jika anda inginkan pemakanan tambahan yang organik, terbukti berkesan dan selamat untuk diamalkan. Terus je hubungi Ayu ok.

Idayu Irdina
013-9189500

Continue Reading

Polifenol Membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan

Seluruh dunia digemparkan dengan penularan wabak merbahaya yang boleh membawa maut. Sejak akhir tahun 2019, wabak Covid19 merebak dengan sangat pantas ke seluruh dunia. Cara yang terbaik disarankan oleh pihak pengamal perubatan adalah dengan cara kita meningkatkan sistem imun badan kita. Selain daripada kita jaga betul-betul kebersihan diri dan seluruh kawasan tempat tinggal kita.

Apakah cara terbaik untuk kita tingkatkan sistem imun badan kita? Adakah dengan cara memakan 8biji oren sehari dapat membantu meningkatkan ketahanan tubuh kita? Umum mengetahui bahawa, oren merupakan salah satu jenis buahan yang mempunyai kandungan vitamin C yang dapat membantu tingkatkan sistem imun badan.

Atau ada cara lain yang lebih cepat berkesan dan mempunyai pelbagai manfaat yang lain?

Di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya perolehi daripada pembacaan. Bagaimana caranya polifenol dapat membantu meningkatkan sistem imun badan kita?

Polifenol kebiasaannya boleh didapati daripada tumbuhan samada buah ataupun jenis tumbuhan selainnya. Dikatakan bahawa polifenol ini telah lama dijalankan ujikaji untuk memastikan jenis kebaikan yang terdapat didalamnya untuk kesihatan manusia. Antara kebaikannya adalah:

Melindungi & membaiki sel DNA

Setiap hari sel-sel badan kita terdedah kepada lebih 1 juta radikal bebas yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel kita ke tahap sel DNA. Hal ini tidak bagus kerana ia akan menyebabkan kita lebih terdedah kepada risiko penyakit yang merbahaya, contohnya seperti kanser. Jadi, tugas polifenol ini adalah untuk membantu melindungi sel DNA kita daripada kerosakan dan menyokong replikasi DNA kita untuk berfungsi dengan lebih sihat.

Meningkatkan tenaga sel

Terdapat loji kuasa di dalam sel kita yang dikenali sebaga mitokondria. Kajian mendapati bahawa polifenol dapat membantu menggalakkan pertambahan jumlah mitokondria di dalam badan kita. Supaya ia dapat menggalakkan penghasilan tenaga yang lebih sihat.

Pertahanan sel

Apabila terdapat sejumlah keradangan yang tidak dapat dikawal, sistem badan kita akan menjadi tidak terkawal dan meletakkan diri kita dalam bahaya. Kita akan lebih berisiko untuk mendapat penyakit merbahaya. Polifenol membantu mengurangkan keradangan dan memberikan kesan positif terhadap penuaan sel.

Mengurangkan pengumpulan protein AGE

Pengumpulan protein AGE akan merosakkan sel-sel badan kita dan menyebabkan penuaan sel terutamanya pesakit diabetes. Polifenol membantu menghalang pengumpulan protein AGE, menggalakkan kesihatan jantung yang lebih baik dan perkembangan positif keadaan pesakit diabetes.

Mengurangkan kadar pemendekan telomere

Setiap kali sel-sel baru dihasilkan oleh badan, telomere akan memendek daripada panjang sebelumnya. Sangat penting untuk kita mengurangkan risiko pemendekkan telomere bagi mengekalkan kesihatan yang baik dan umur yang lebih panjang. Polifenol terbukti dapat mengurangkan pemendekkan telomere sebanyak 40%.

Polifenol dapat membantu meningkatkan sistem imuniti badan kita dengan cara mengurangkan keradangan sel yang berlaku semasa jangkitan. Ia dapat membantu mempercepatkan proses baikpulih kesihatan badan kita.

Kita beruntung kerana di Malaysia kini terdapat produk kesihatan yang kaya dengan polifenol yang diekstrak daripada tumbuhan organik. Beratus atau mungkin sudah capai beribu testimoni yang berjaya jalani hidup yang lebih sihat dan lebih ceria selepas mengamalkannya. Hadiahkan badan kita sesuatu yang premium agar kita kekal sihat dan cergas.

Hubungi saya Idayu Irdina, untuk dapatkan maklumat lanjut dan tempahan produk. Atau hubungi terus nombor telefon ini 013-9189500 untuk mendapatkan maklumat lanjut

Continue Reading

Peluang Bisnes Untuk Surirumah

Salah satu tempat makan kegemaran kami adalah di salah sebuah restoran western food area Penang ni. Cuma, tak selalu dapat makan kat situ la sebab harganya boleh tahan mahal. Tapi, padanlah harganya setanding dengan kualiti makanan, layanan dan rasanya memang sedap.

Masa dulu, kami mampu lalu je depan restoran tu sambil intai intai menu yang ada. Yang masuk makan kat restoran tu pun kebanyakan orang have have la kot tengokkan gaya pemakaian dan handbag di tangan tu.

Satu hari tu, kak Ayu memang cakap yang dapat je bonus bulan ni aku nak merasa keenakan makanan di restoran tu bersama famili.

Alhamdulillah, bukan setakat bulan tu je. Tapi setiap bulan kak Ayu dapat bawa family makan di situ apabila duit bonus masuk. Bukan kata awat tak minta husband je belanja? Kan? Bukan tak mau minta dia belanja makan. Tapi kak Ayu dah minta dia belanja benda lain. 😜🤣

Jadi, asbab duk buat bisnes ni kak Ayu dapat tambahkan kualiti dalam kehidupan kami sekeluarga. Daripada asalnya surirumah yang tidak berwang. Alhamduliah sekarang ni dah boleh bantu suami tampung hat mana lompong. Ringankan beban hat mana yang terasa berat ditanggungnya. 😊

Korang yang masih belum buat apa apa untuk bantu tambah pendapatan keluarga. Jom lah kak Ayu bantu korang untuk jana pendapatan korang sendiri. Mana tau kot duit hasil berbisnes ni korang letak dalam tabung travel. Dapatlah membantu merelisasikan impian korang untuk bermain salji tahun ni bersama family.

Jangan segan segan ok. Terus je call atau mesej kak Ayu untuk set appointment. Kita boleh bincang lebih mendalam lagi soal ni.

Idayu Irdina 013-918 9500

Continue Reading

Peluang Buat Duit Dengan Bisnes Flexible

MACAM MANA NAK BUAT BISNES? HIDUP PUN BERPINDAH RANDAH.


Sejak memula kahwin lagi, kami laki bini PJJ. Masa belum ada anak OK lagi la. Tapi, bila dah ada baby pertama. Hidup PJJ ni rasa sangat memenatkan dan membebankan. Duit banyak habis kot jalan je. Tambahan pula, laki kak Ayu sorang je yang bekerja dan dia yang tanggung semua perbelanjaan kami 3 beranak. Jadi, mesti korang boleh fahamkan macam mana keadaan kewangan kami masa tu.


Bermula dengan jadi pengguna untuk set ibu hamil semasa mengandungan anak pertama. Kak Ayu cuba buat bisnes ni selepas berkali-kali mentor kak Ayu share pasal plan bisnes Shaklee ni. Sekali tu, nampak dia post income geng Shaklee ni dapat setiap bulan. Terus rasa excited nak try buat bisnes ni. Ribu rian weiiii depa dapat setiap bulan.


Baru je beberapa bulan buat bisnes kami kena pindah dari Kelantan ke Langkawi. Adoiiii. Macam mana ni? Payah lah nak berbisnes macam ni. 
Tapi, Allah itu Maha Pemberi. Walaupun berpindah ke Langkawi, bisnes Shaklee kak Ayu berjalan macam biasa. Cuma kali ni COD kepada penduduk Langkawi pulak.

Lepas tu, kami pindah ke Pulau Pinang. Kak ayu COD sekitar Seberang Jaya pulak. Kak Ayu juga pos produk Shaklee ni ke merata pelusuk Malaysia.


Selepas itu, kami pindah balik ke Kelantan sebab laki daku rekrut 9 bulan. Kembalilah kami ke kampung semula.


Semasa di kampung, selepas 4 bulan betul-betul fokus buat bisnes ni kak Ayu dapat merasa bonus 4 angka. Dia punya seronok tu lain maciam. Syukur sangat-sangat. Duit bonus tu dapatlah belanja family makan sedap-sedap dan belikan hadiah buat suami, anak dan umi ayah.


Sekarang ni, sudah hampir 3 tahun kami kembali semula ke Pulau Mutiara. Servis COD produk Shaklee bagi penduduk sekitar pulau. Pengeposan produk melebar dari dalam negara ke luar negara. Kak Ayu enjoy sangat buat bisnes Shaklee ni sebab produknya memang terkenal berkesan, orang ramai dah tahu dan boleh berbisnes di mana-mana saja pada bila-bila masa. Sangat flexible dan lumayan bonusnya.


Sekiranya anda sedang mencari peluang bisnes yang flexible dan memberikan pulangan lumayan. Hubungi kak Ayu sekarang untuk booking sesi coaching dan kita akan terus jana sale pertama anda.


Idayu Irdina Mentor Bisnes Shaklee Anda 013-9189500

Continue Reading

3C Dalam Bisnes Shaklee

Selain daripada mendaftar keahlian untuk mendapatkan harga lebih murah apabila membeli produk. Shaklee juga membuka peluang kepada kita untuk menjana pendapatan bersama Shaklee dengan menjadi pengedarnya yang sah.

Terdapat banyak kelebihan yang kita akan dapat apabila kita menjadi pengedar produk Shaklee yang sah, antaranya:

1) Cash
Kita akan dapat duit bonus setiap bulan hasil daripada jualan kita. Duit bonus ini terus Shaklee akan masukkan ke dalam akaun kita sebelum atau pada setiap 15hb setiap bulan yang kita layak.

Bonus Shaklee ni akan dibayar mengikut point yang terkumpul pada setiap bulan. Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang memperkenalkan infiniti pembayaran bonus/komisen kepada para pengedarnya. Tidak hairanlah ada diantara pengedar Shaklee yang aktif dapat bonus Shaklee 6 -7 angka sebulan.

Lagi satu, hasil jualan produk tersebut kita akan terus dapat untung runcit sebanyak 15-25%. Best kan? Dapat duit 2x dengan hasil penjualan produk Shaklee ni.

2) Car
Istimewanya dalam bisnes Shaklee ni ada 1 lagi bonus. Iaitu car bonus, ia merupakan duit extra yang Shaklee akan terus masukkan ke dalam akaun pengedarnya yang telah berjaya melayakkan diri. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum kita layak mendapat car bonus seumur hidup kita selagi bergelar pengedar Shaklee yang sah.

3) Convention
Setiap tahun Shaklee telah menyediakan 2 kategori percutian percuma untuk para pengedarnya. Lokasi percutian percuma ini adalah sekitar benua Asia bagi kategori Regional Trip dan percutian seluruh dunia bagi International Trip.

2019 Shaklee International Trip US & Los Angeles
2019 Shaklee Regional Trip to Korea

Selain daripada percutian percuma yang serba mewah dan 100% ditanggung oleh pihak Shaklee. Shaklee juga ada menyediakan pakej mewah umrah percuma bagi pengedarnya yang memilih untuk menunaikan umrah.

Leaders team kami yang memilih pakej mewah umrah Shaklee 2019
Leaders Shaklee dijemput dengan menggunakan bas VVIP setibanya di Madinah.

Mewah betulkan kelebihan yang Shaklee bagi kepada pengedarnya yang berusaha keras untuk melayakkan diri dapatkan semua keistimewaan ni? Jom sertai kami sekarang sebagai pengedar Shaklee yang sah dan kami akan latih anda sehingga anda berjaya dapat kesemua keistimewaan yang telah Shaklee sediakan ini.

Shaklee Leader,
Idayu Irdina
013-9189500

Continue Reading
1 2 3 10