Makan durian semasa mengandung ketahui pro dan kontra untuk mengelakkan keguguran

DURIAAAANNNN….yummmehh!!!tapiii…tengah mengandung ni..boleh ke makan durian?? Makan durian semasa mengandung ketahui pro dan kontra untuk mengelakkan keguguran. Encik suami pun harus tahu tentang hal ini. Kata sayang bini kan?

 

 

 

Sebenarnya, masih ramai lagi orang di Asia Tengara khususnya kaum Melayu dan Cina tidak membenarkan ibu mengandung memakan durian. Ini kerana ia dianggap terlalu “panas” untuk dimakan ketika hamil. Namun, ada juga ibu mengandung yang selamba je makan durian tanpa peduli tentang akibatnya. Tapi, ada ke kajian saintifik yang menunjukkan ibu hamil tak boleh makan durian???

 

Sehingga ke hari ini tiada lagi kajian saintifik yang menunjukkan bahawa ibu hamil tidak boleh makan durian dan juga sebaliknya. Namun, bagi ibu hamil yang mempunyai masalah diabetes seeloknya elakkan makan durian. Durian berada dalam kumpulan makanan yang mengandungi paras glisemia yang tinggi. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan gula yang agak tinggi. Sebab itulah ibu hamil tidak digalakkan makan durian.

 

 

Dalam sehari, ibu hamil disarankan makan hanya 2 ulas durian bersaiz sederhana. 2 ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori. Durian jugak mengandungi karbohidrat. Ibu hamil dinasihatkan berhati-hati ketika makan durian, jika terdapat tanda atau rasa tak elok pada badan dan kandungan, segeralah berjumpa doktor.

 

Antara sebab-sebab lain yang orang dulu-dulu tidak menggalakkan ibu mengandung makan durian adalah:

1. Kelahiran bayi pramatang
2. Keguguran
3. Kontraksi awal
4. Kecacatan pada janin
5. Mengalami diabetes, hipertensi, kolesterol, preeklamsia
6. Janin mengalami pertambahan berat badan
7. Janin kekurangan oksigen dan darah

 

 

Rasa risau juga bila ketahui risiko yang bakal terjadi sekiranya makan durian. Tapi rasa mengidam sangat nak makan durian. Macam mana nak buat ni????

 

Bertenang….jom kita baca pula tentang tips yang perlu kita perlu lakukan sekiranya makan durian.

 

1. Sekadar merasa
Mentang-mentanglah suami bagi green light, siap tolong beli lagi durian untuk ister kesayangannya. Janganlah dimakan sampai berbiji-biji. Cukup sekadar 2-4ulas sahaja, buat merasa saja. Tapi kalau makan 1 ulas pun rasa tak sedap badan, seeloknya berhenti makan dan pantau pergerakan bayi dalam kandungan.

 

2. Jangan terlalu kerap
Sekarang ni berlambak orang jual durian sepanjang jalan yang kita lalui setiap hari itu kan? Tahanlah nafas dan nafsu. Ibu hamil tidak digalakkan makan durian setiap hari walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Jarang-jarang tak mengapa. Mungkin kita boleh makan durian hanya 2 kali seminggu saja.

 

 

3. Perbanyakkan minum air putih
Elakkan minuman berkafein selepas makan durian bagi mengelakkan hipertensi di kalanan ibu hamil. Seeloknya perbanyakkan minum air putih untuk menyejukkan badan.

Ada juga petua, isikan rongga kulit durian dengan air putih lalu diminum. Ini bertujuan untuk meneutralkan bau mulut akibat makan durian dan juga mengelakkan rasa pening.

 

4. Hindari makanan berkolesterol tinggi
Selepas makan durian, jangan pula makan daging atau makan makanan yang berkolesterol tinggi. Amat tidak bagus untuk kesihatan ibu hamil dan ianya bertujuan untuk mengelakkan obesiti ketika mengandung.

 

 

Ok…sekarang ibu hamil dan bakal ayah semua dah tahukan pro dan kontranya makan duriankan? Jadi, buatlah pertimbangan sebaiknya untuk kesihatan ibu dan anak dalam kandungan. Untuk memastikan ibu hamil mendapat keperluan nutrisi yang cukup, mereka haruslah menjaga pemakanan dan juga membuat senaman ibu mengandung.

 

Jika ibu hamil selalu rasa tidak larat, letih, morning sickness yang teruk atau tiada selera makan. Boleh saja mengamalkan set ibu hamil ini untuk membantu mencukupi nutrisi yang ibu hamil perlukan. Bakal ayah boleh hadiahkan set ibu hamil ini sebagai kejutan buat si isteri yang telah bersusah payah menjaga kandungannya.

 

set ibu hamil shaklee

Beli secara online di sini

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Daftar ahli secara online di sini

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

Continue Reading

Cara mengatasi sembelit ketika hamil secara sihat dan semulajadi

Menjadi seorang ibu adalah momen yang paling manis bagi seorang wanita. Terutamanya bagi mereka yang baru kali pertama akan bergelar seorang ibu. Namun, jika setiap kali ingin melepaskan ‘hajat besar’, ianya sangat sukar. Bakal ibu terpaksa bertinggung lama dalam tandas dengan perut yang memboyot dan memulas tetapi ‘hajat besar’nya tidak lawas dan memeritkan. Ia pasti merupakan pengalaman yang menyeksakan. Sembelit sememangnya perkara lazim dikalangan ibu hamil, jom kita ketahui cara mengatasi sembelit ketika hamil secara sihat dan semulajadi.

 

 

Sembelit berlaku apabila kita mengalami kesukaran untuk membuang air besar, najis menjadi kering kerana makanan yang dimakan melalui usus besar dengan sangat perlahan. Kebiasaanya kita mengalami sembelit dari masa ke semasa, namun dengan sedikit perubahan gaya hidup dan amalan pemakanan yang lebih sihat mampu membantu mengurangkan sembelit dan mencegahnya daripada berulang.

 

 

Kebiasaannya, sembelit berlaku apabila kita kurang mengambil makanan berserat dan juga air dalam diet seharian kita. Antara makanan yang kaya dengan serat adalah bijian, sayuran dan buah-buahan. Serat yang bersifat larut air akan membantu melembutkan najis. Manakala serat yang tidak larut air akan terus melalui usus besar tanpa berubah bentuk dan mengakibatkan najis terkumpul, hal ini akan meransang pengecutan usus.

 

Punca Sembelit

Namun, bukan itu sahaja faktor yang menyebabkan sembelit. Terdapat beberapa faktor lain juga seperti:

1- Kurang bersenam
2- Umur lanjut
3- Gangguan otot
4- Struktur yang tidak normal
5- Gangguan usus
6- Gangguan neurogenik
7- Pemakanan yang tidak sihat

Disamping itu, sembelit juga mungkin disebabkan oleh pengambilan suplemen zat besi dan beberapa jenis ubat penenang atau ubatan yang lain. Sembelit juga kerap berlaku ketika hamil. Tahap kalsium yang tinggi dan tahap hormon tiroid yang rendah merupakan dua jenis gangguan metabolik yang boleh menyebabkan sembelit.

 

 

Bahaya Sembelit

Bahayanya sembelit, ia boleh mengakibatkan gangguan usus yang teruk sehingga menyebabkan kanser usus. Antara penyakit lain yang akan kita hidapi sekiranya kerap mengalami sembelit adalah:

– apendiks
– mulut berbau
– badan berbau
– kemurungan
– keletihan
– sakit kepala
– hemorrhoids
– hernia
– senak
– insomnia
– masalah berat badan

Pergerakan usus biasa adalah mekanisme penting bagi membuang toksin dari badan. Kolon bertindak sebagai tangki induk untuk bahan buangan. Antigen dan toksin daripada bakteria usus dan zarah yang tidak dicerna mungkin memainkan peranan dalam perkembangan diabetes mellitus, meningitis, myasthenia gravis, penyakit tiroid, gas kronik dan kembung, migrain, keletihan dan juga ulcerative colitis.

 

Video ini merupakan perkongsian seorang ibu yang pernah mengalami masalah buasir yang teruk semasa beliau hamil. Jom ketahui bagaimana cara dia mengatasi masalah tersebut.

 

 

Terdapat beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk melancarkan sistem pembuangan serta mencegah sembelit.

 

Makanan tinggi serat
==================

Makanan berserat tinggi yang larut air dapat membantu mengelakkan sembelit. Contohnya barli, kekacang, oat, epal, aprikot, pisang, blackberries, blueberries, cranberries, anggur, prun dan pic.

Elakkan makanan berserat yang tidak larut air seperti bijirin, biji, gandum penuh, wheat bran dan kulit buah-buahan dan sayuran.

 

Minum lebih banyak air
====================

Baik, hal ini penting jika kita mengambil serat dalam pemakanan seharian kita. Sekurang-kurangnya kita harus minum 8 gelas air setiap hari samada kita dahaga atau tidak. Semakin meningkat usia kita akan semakin kurang dahaga.

 

Makanan yang tinggi pectin
========================

Amalkan makan banyak makanan yang tinggi pectin seperti epal, lobak merah, bit, pisang, kobis, buahan sitrus, kekacang kering dan okra. Pectin juga boleh didapati di dalam pemakanan tambahan.

 

Elakkan makanan yang meransang rembesan membran mukus seperti produk tenusu, berlemak dan makanan pedas. Perlu dielakkan juga makanan yang bergoreng.

 

Suplemen yang terbukti selamat dan berkesan untuk membantu mengatasi masalah sembelit ketika hamil

Pengambilan suplemen ketika hamil adalah sangat disarankan dan digalakkan bagi mencukupi keperluan nutrisi dalam badan kita. Ibu hamil memerlukan lebih nutrisi berbanding biasa. Bagi mengatasi masalah buasir/sembelit ketika hamil, seeloknya ibu hamil mengamalkan set kehamilan Shaklee. Selain membantu melawaskan pembuangan, ia juga membantu ibu hamil untuk jadi lebih sihat dan bertenaga.

 

Tempah secara online di sini

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Untuk mendapatkan harga yang lebih istimewa dan lebih diskaun, jom daftar sebagai ahli di sini.

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

Continue Reading

Bisnes online usaha sampingan untuk jadi kaya

Ramai orang sekarang ini berniaga secara atas talian. Boleh dikatakan hampir separuh daripada kawan-kawan yang kita kenal buat bisnes online. Walaupun mereka sudah mempunyai kerjaya yang bagus. Kata mereka, bisnes online usaha sampingan untuk jadi kaya. Betul ke????

 

 

Tidak mustahil bukan??Irfan Khairi telah buktikan dia boleh jadi jutawan muda dengan hanya online bisnes sahaja. Ramai lagi yang telah berjaya melebarkan sayap mereka dalam online bisnes ini. Contohnya Vivy Yusoff, pemilik Fashion Valet dan Duck. Mereka ni memang sangat berminat dalam dunia perniagaan. Apabila kita lakukan sesuat yang memang kita suka, Insya Allah kejayaan bakal milik kita.

 

 

Namun begitu, ramai juga yang terjebak dengan bisnes MLM haram jadah. Di mana kita perlu laburkan modal puluhan ribu ringgit, dan terpaksa jual barang yang belum tentu lagi habis terjual dalam masa sebulan. Lagi menyakitkan hati, apabila upline kita cuma goyang kaki tak buat apa-apa tapi duit bonus tetap masyyyuuukkkk hasil kerja para downline dia. Sangat tidak adil bukan???

 

 

Alhamdulillah saya dijodohkan dengan bisnes online yang sangat-sangat membantu meningkatkan ekonomi keluarga saya. Sejak serious dan fokus dalam perniagaan ini, saya dapat merasa duit bonus 4 angka setiap bulan. Mungkin nilainya kecil bagi anda, tetapi nilainya sangat besar bagi saya seorang suri rumah. Saya tidak perlu untuk bersusah payah menjaja dari rumah ke rumah sebab semua urus niaga dilakukan secara atas talian. Kecuali jika saya menyediakan servis penghantaran sendiri.

 

 

Saya bermula daripada kosong tentang bisnes online ini, nasib baik kami mempunyai ‘support group’ yang sangat membantu. Sedaya upaya mereka memberikan ilmu demi membantu saya maju dalam bisnes ini. Setiap hari akan ada sesi perbincangan dengan upline yang pelbagai peringkat. Sikit pun tidak lokek ilmu, apa yang perlu kita lakukan untuk berjaya dalam bisnes ini adalah, buat apa yang upline kita telah buat. Sebab dia hanya akan ajar kita buat perkara yang mendatangkan hasil untuk kita.

 

Jom kita lihat macam mana caranya brader Faiz ni keluar daripada masalah hutang yang ditanggungnya selepas join MLM haram jadah dulu.

 

 

Lagi pula, semua proses pembelian dilakukan secara online termasuklah pengeposan produk kepada pelanggan. Semuanya diuruskan oleh pihak syarikat. Kita cuma perlu cari pelanggan sahaja, tanpa perlu keluar rumah pun. Banyak medium di media sosial yang kita boleh guna untuk tujuan promosi. Kami mengada kelas online khas untuk membantu ahli baru untuk majukan bisnes mereka.

 

 

Apa yang best sangat bisnes online yang saya ceburi???

 

1- Semua urus niaga boleh dilakukan secara atas talian. Namun sekiranya tempat tinggal kita berada dekat dengan cawangan Shaklee, kita boleh membeli produk di sana.

 

2- Pengeposan dilakukan oleh pihak syarikat menggunakan khidmat syarikat penghantaran Gdex dan City Link.

 

3- Saya merupakan seorang ‘leader’ yang masih lagi aktif melakukan bisnes ini dan mempunyai ‘support group’ yang sangat membantu dalam usaha memajukan diri dalam bisnes.

 

 

4- Terdapat pelbagai hadiah yang disediakan setiap kali kita dapat sempurnakan cabaran yang dianjurkan. Paling cikai pun dapat vitamin-vitamin biasa. Tapiiiiii…paling best dapat hadiah Vivix, set kecantikan kulit, pakej percutian dan banyak lagi.

 

5- Daftar sebagai ahli dan anda layak untuk menyertai kami dalam bisnes ini secara automatik. Setiap ahli berpeluang untuk menyertai percutian taraf 6 bintang yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Shaklee jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 

 

6- Duit bonus yang akan dikreditkan ke dalam akaun kita pada setiap bulan jika memenuhi syarat yang ditetapkan. Pada atau sebelum 15hb bonus Shaklee akan masuk ke akaun kita.

 

7- Sebagai ahli kita akan mendapat penjimatan sehingga 15-20% daripada harga produk. Bermaksud, kita juga mendapat keuntungan 15-20% hasil jualan produk kita. Alaaa…sikitnya untung…mana cukup!!! Sabar…

 

Itu hanyalah keuntungan sahaja, jika dicampur dengan duit bonus yang akan kita dapat, ia akan menjadi semakin banyak bukan???

 

 

Anda tentukan sendiri nilai bonus yang anda inginkan. Apa yang penting?? Target kena seiring dengan usaha barulah akan berjaya. Jom jadi protege saya, Insya Allah kita sama-sama bantu diri sendiri untuk jadi lebih kaya dan berjaya di samping membantu orang lain untuk jadi lebih sihat.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Daftar secara online di sini

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

 

 

Continue Reading

Cara hilangkan parut chicken pox pada muka dengan berkesan

Chicken pox mudah sangat merebak dan berjangkit. Tambah-tambah kalau kena pada anak-anak kita, aduuuuhhhhh..kesiannya anak. Petua orang lama suruh tempek bedak sejuk di tempat yang naik bertih/chicken pox, mandi dengan rebusan air daun semambu. Supaya kurang rasa gatal dan mengelakkan parut hodoh. Tapi sekiranya anak kita terkena demam chicken pox dan parut penuh satu badan macam mana nak atasinya??

 

Cacar air / jintungan / bertih adalah nama lain bagi chicken pox mengikut dialek daerah. Ia sangat mudah merebak melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang yang dijangkiti. Ianya terjadi disebabkan oleh virus varicella (kumpulan virus herpes) yang sangat mudah berjangkit. Ianya boleh berlaku kepada semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak. Namun, mereka yang paling berisiko tinggi jika mengalami demam campak adalah ibu hamil, bayi yang baru lahir, mereka yang mempunyai ketahanan imun yang rendah dan mempunyai penyakit radang kulit.

 

Simptom chicken pox

 

Kebiasaannya penghidap chicken pox akan mengalami demam dan berbintik-bintik merah, bermula daripada bahagian kepala dan seterus merebak ke seluruh tubuh. Ruam ini biasanya tumbuh dalam jangkamasa kurang daripada 2 minggu.

 

 

Bintik merah ini akan mulai timbul dalam masa beberapa hari dan membentuk gelembung berisi air. Sekiranya gelembung ini pecah, chicken pox akan lebih cepat tersebar dan pesakit akan berasa gatal. Rasa gatal yang dialami teruk atau tidak akan tetap menyebabkan pesakit menggaru dan seterusnya meninggalkan kesan parut.

 

Penghidap juga akan berasa letih, kurang selera makan, sakit perut, batuk, sakit kepala, hidung berair dan rasa terganggu.

 

Komplikasi

 

Ibu hamil

– boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan, menyebabkan bayi lahir tidak cukup berat atau cacat anggota badan. Lebih membahayakan lagi sekiranya ibu hamil mengalami demam chicken pox seminggu sebelum kelahiran. Ia boleh menjangkiti bayi dalam kandungan dan juga membahayakan nyawanya.

 

Bayi

– bayi yang baru dilahirkan berisiko tinggi untuk mengalami demam chicken pox sekiranya ibunya menghidapi chicken pox.

 

 

Lemah sistem imun

– Mereka yang memiliki sistem imun yang sangat lemah seperti penghidap HIV, leukimia dan kanser yang dalam rawatan kemoterapi.

 

Radang

– Mereka yang menghidapi penyakit keradagan kulit (inflammation eczema).

 

Jom kita lihat video Dr. Zamri Rosli yang pernah mengalami chicken pox yang teruk dari muka hingga ke seluruh badan. Dalam masa 3 minggu, parut chicken poxnya sudah pudar di seluruh badan

Jika prosedur biasa doktor akan bagi rawatan antiviral bagi mengurangkan komplikasi demam chicken pox yang teruk. Selain itu, terdapat juga beberapa langkah pencegahan yang lainnya seperti rawatan antibiotik, sapuan losyen calamine dan ubatan antihistamin untuk kurangkan kegatalan kulit.

 

 

Selain itu, kita juga perlu mengamalkan pengambilan suplemen yang sihat, selamat dan semula jadi. Antara suplemen yang bagus diamalkan adalah:

 

Nutriferon

===========

Bertindak sebagai immune booster bagi memperkuatkan sistem pertahanan badan kita melawan virus chicken pox.

 

Garlic complex

===============

Ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan berfungsi membantu membekalkan antibiotik semulajadi kepada badan kita untuk melawan virus chicken pox.

 

 

Energizing Soy Protein (ESP)

==========================

Membantu memperbaiki sel-sel kulit yang rosak menjadi parut. Membantu membina sel-sel baru bagi mempercepatkan parut hilang. Ia juga membantu memberikan tenaga.

 

Vitamin C

==========

Berfungsi membantu mempercepatkan proses penyembuhan kesan bintik-bintik merah akibat chicken pox.

 

Vitamin E

==========

Membantu menghilangkan parut chicken pox dan melembabkan kulit.

 

Herbal Blend

============

Membantu mengurangkan rasa gatal di kawasan chicken pox dan membantu menghaluskan kulit serta membantu parut chicken pox cepat hilang.

 

Apa kata pengguna???

 

 

 

 

 

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

Continue Reading

Cara mengatasi masalah jerawat batu dan bekasnya

JERAWAT!!!!!!! Arrrgggggghhhhh….. jerawat dan wanita adalah musuh. Kalau jerawat batu yang naik di muka, ibarat macam hendak berperang gayanya. Baru naik seketul kat hidung dah bising satu dunia. Inikan pula kalau jerawat batu naik seluruh muka. Alamatnya pakai topeng lah masa keluar rumah. Hahahhaha….Ok lah, kat sini saya hendak kongsikan cara menghilangkan jerawat batu dan bekasnya dengan berkesan.

 

 

Ok, jika kita perasan, muka berjerawat ni berkait rapat dengan muka berminyak. Mereka yang mempunyai kulit sensitif berjerawat dan berminyak ini kebiasaannya di kalangan remaja sehingga berumur lewat 30-an. Betul tak?

 

Bagaimana rupa bentuk jerawat batu? Jerawat batu bersaiz lebih besar berbanding jerawat biasa dan ia bernanah di dalamnya. Teksturnya lebih keras dan rasa sangat sakit apabila dipicit. Terdapat beberapa sebab terjadinya jerawat batu, antaranya:

 

1- Faktor psikologi

Stress merupakan antara faktor utama terjadinya jerawat batu, kenapa? Sebab, apabila kita sering stress tanpa disedari ia menegangkan otot-otot di wajah kita sekaligus meningkatkan produksi kalenjar minyak. Seterusnya, pori-pori muka akan tersumbat dengan penghasilan minyak yang berlebihan ini akan munculkan jerawat batu.

 

 

 

Elakkan stress dan kawasan persekitaran yang tercemar untuk mengelakkan jerawat batu. Selain itu juga, kita kena rajin bersihkan muka dan buat masker daripada buah-buahan supaya wajah kita mendapat nutrisi yang secukupnya.

 

2- Faktor genetik

Sekiranya kita mempunyai kulit wajah yang berminyak, kemungkinan juga ahli keluarga kita turut ada yang mempunyai kulit wajah seperti kita. Sama ada ibu, kakak, abang ataupun sepupu dan juga saudara mara yang lain akan ada mempunyai kulit muka sensitif, berminyak dan berjerawat.

 

Hati-hati! Kulit muka yang berminyak merupakan ladang untuk tumbuhnya jerawat batu. Bagi mengelakkan situasi ini, seeloknya kita mengamalkan mencuci muka 2 kali sehari bagi mengurangkan minyak di muka dan mengurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berminyak.

 

3- Faktor hormon

Wanita memang tak lari dengan masalah hormon tak stabil. Masalah hormon ini akan menyebabkan kalenjar di wajah kita menghasilkan minyak berlebihan. Kemudiannya akan menyebabkan pori tersumbat lalu tertonjollah jerawat batu di muka kita.

 

Bagi wanita yang sudah berkahwin, seeloknya dinasihatkan tidak mengamalkan pengambilan pil perancang kehamilan. Dikhuatiri efek daripada pengambilan pil tersebut akan menyebabkan hormon tidak stabil dan seterusnya muka kita mengalami masalah jerawat batu.

 

4- Penggunaan kosmetik yang salah

Sekarang ini terdapat lambakan produk kosmetik dari dalam dan luar negara. Produk yang dijual pada harga yang murah dan mengandungi bahan-bahan yang dikhuatiri kesannya akan memudaratkan kulit wajah kita.

 

 

Jika tersilap pilih yang mengandungi minyak akan merosakkan muka kita. Ia akan menyebabkan pori kita tersumbat. Sebolehnya kita membaca dahulu kandungan yang terdapat di dalam bahan kosmetik tersebut. Pilih yang sesuai dengan kulit muka kita.

 

Tapi, sekiranya kulit muka kita dah penuh dengan jerawat batu yang menyakitkan dan membuatkan kita kelihatan tak menarik. Apa perlu kita buat?? Kita perlu rawat ia dari dalam agar terserlah kecantikan luaran.

 

Jom kita tonton video ini, Puan Zunorain ni pernah mengalami masalah kulit muka berjerawat dan berparut. Tapi, lihatlah wajahnya sekarang, parut jerawat pun tak nampak dah. Apa dia buat??

 

 

Antara pilihan suplement yang boleh kita amalkan ialah:

Vivix
======
Mengandungi antioksidan yang tinggi, di mana ia membantu menjadikan wajah kita awet muda. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka akibat jerawat. Ia juga membantu membaiki sel-sel kita yang rosak sehingga ke tahap sel DNA.

 

Shaklee Collagen Powder
=======================
Dihasilkan daripada sisik ikan merah laut dalam, ia bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan pertumbuhan semula. Selain mengembalikan kelembapan dan keanjalan kulit. Sekaligus dapat membantu mengurangkan parut jerawat di muka serta parut di badan juga. Paling best, ia membantu kulit kita jadi awet muda.

 

Herb Lax
========
Selain fungsinya membantu detoks usus kita dan dapat membantu menurunkan berat badan kita. Ia juga sangat membantu mengatasi masalah sembelit. Masalah sembelit akan menyebabkan jerawat tumbuh di kawasan bawah muka dan berhampiran dagu.

 

Alfafa Complex
==============
Alfafa complex membantu mencuci darah, hati dan usus. Ia juga dapat membantu mengurangkan infeksi dan alahan pada kulit.

 

GLA Complex
=============
Ia membantu mencairkan sebum yang berminyak menyebabkan pori tersumbat. GLA complex juga membantu mengurangkan inflamasi pada kulit.

 

Sustained Release Vitamin C
==========================
Dengan kelebihannya membebaskan 100mg Vitamin C setiap jam, ia dapat membantu membekalkan keperluan seharian kita. Ia membantu meransang pembentukan kolagen, membaiki simptom pendarahan, meningkatkan sistem imun serta membantu mengecutkan dan menyembuhkan luka jerawat.

 

Garlic Complex
==============
Nak cantik macam artis korea makan la banyak bawang putih. Tapi sanggup ke kita kunyah mentah-mentah gitu? Garlic complex mempunyai allicin aktif, kurang berbau bawang putih dan perisa rosemary serta spearmint. Ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi dan selamat untuk diamalkan dalam jangka masa panjang. Ia membantu detoks toksik dari badan dan mempertingkatkan pertahanan sistem imun badan.

 

Carotomax
==========
Selain membantu mengatasi masalah mata rabun, ia juga membantu mengurangkan penyakit berkaitan kulit termasuklah masalah jerawat. Ia membantu meransang enzin yang membunuh kuman dan menghalang infeksi pada kulit.

 

Vitamin E
=========
Ia mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu badan kita menyerap vitamin E. 1 biji vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan ,mengurangkan kedut, garis halus, parut jerawat dan di badan. Disamping membantu memulihkan tekstur kulit, ton muka, dada dan otot peha.

 

Energizing Soy Protein (ESP)
==========================
Mengandungi 9 jenis asid amino yang lengkap dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ia membantu membina otot, kuku, rambut, darah, organ kulit dan lain-lain. Membantu meransang semula pembentukan kulit otot, agen anti-penuaan dan mengurangkan kesan parut.

 

B Complex
==========
Dikenali juga sebagai pil anti stress, stress merupakan salah satu punca tumbuhnya jerawat. B complex mengandungi 8 komponen utama vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Ia membantu memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

Continue Reading

Cara buat skrub muka dan masker di rumah

Malasnya la hai nak ke spa buat facial. Mahal harga mereka setandinglah dengan kualiti servisnya kan. Kebetulan kat rumah ni ada tomato, gula putih dan ais kiub. Ok la ni daripada tak ada kan. Jom lah kita sental muka jap.

 

 

Memula, kita wap kan dahulu muka kita ni bertujuan untuk membuka pori-pori muka. Kalau tak nak wapkan pun tak mengapa. Selepas itu, kita belah dua tomato dan cicah ke dalam gula putih, gosok lah ke muka secara membulat. Selepas itu, kita cuci muka dengan air yang mengandungi ais untuk tutup balik liang pori yang telah terbuka tadi.

 

 

Apa kebaikan skrub dengan tomato dan gula???

1- Skrub tomato dan gula ni dapat membantu menanggalkan sel-sel kulit mati di muka kita yang membuatkan muka nampak kusam dan tak cantik.

2- Skrub ini membantu kulit muka rasa rileks dan sejuk. Bagus untuk tegangkan kembali kulit muka kita.

3- Kandungan lycopene yang kaya di dalam tomato membantu memperbaiki kulit, melindungi kulit daripada pancaran matahari dan mencerahkan kulit.

 

Aishhh…tetiba rasa gatal tangan pulak la nak pakai masker. Barang lain tak ada, tapiiii… serbuk ESP dan serbuk peninggalan SR vit c ni ada lagi. Kira aci la kan buat masker. Campur plain yogurt sikit dalam peti ais tu. Lepas tu, gaul sebati semua sebelum sapu ke seluruh muka.

 

 

Bangun tidur pagi esok baru cuci muka dengan Nutriwhite deep foaming cleanser. Lembuuuuuttttt je rasa kulit ni….ok lah…sekian sahaja entri ringkas kali ni…

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Beli secara online di sini

atau beli kombo ESP dan SR Vit C di sini

Continue Reading

Kesan pengambilan suplemen minyak ikan Omega Guard dapat menurunkan berat badan

Dalam Journal of Nutrition America Clinical edisi Mei 2007, terdapat sekumpulan penyelidik Australia telah menerbitkan hasil kajian mereka dalam ‘Mengkaji kesan-kesan minyak ikan dalam penurunan berat badan melalui pemakanan dan senaman’.
Hasil kajian mereka mendapati kombinasi pengambilan suplemen minyak ikan dan melakukan senaman secara kerap dapat membantu mengurangkan lemak badan, meningkatkan kesihatan jantung dan metabolisme. Bagaimana ia berfungsi untuk membantu menurunkan berat badan????
Hasil kajian itu jugak menunjukkan bahawa pengambilan suplemen minyak ikan mampu menurunkan paras trigliserida dan meningkatkan paras kolesterol HDL serta aliran darah yang lebih baik. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Asid lemak omega 3 yang terdapat di dalam Omega Guard membantu meransang tubuh untuk bertindak balas dengan hormon yang dikenali sebagai Leptin.
Hormon Leptin berfungsi untuk mengatur berat badan, fungsi metabolisme dan reproduksi. Apabila Leptin boleh bertindak balas dengan baik, ia menghantar signal kepada badan (otak akan tafsir) untuk mengurangkan selera makan kita, sekaligus dapat mengekalkan atau mengurangkan berat badan kita.
Disamping itu, Leptin juga membantu meningkatkan metabolisme badan kita. Ia membantu meningkatkan pengeluaran tiroid yang membantu mengawal metabolisme tubuh kita. Mereka yang mempunyai metabolisme yang tinggi lebih senang mengawal berat badan mereka.
Namun, jika leptin tidak bertindak balas dengan baik dalam badan kita. Hal sebaliknya akan berlaku. Kita akan mudah rasa lapar dan kecenderungan untuk kenaikan berat badan adalah tinggi. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga kita perlu mengamalkan pengambilan Omega Guard bagi membantu meransang hormon Leptin untuk bertindak balas dengan baik dalam tubuh kita.
Para penyelidik menyimpulkan bahawa diet pengambilan suplemen minyak ikan dapat mengurangkan lemak badan dan meransang penggunaan asid lemak untuk menukarkannya kepada tenaga. Asid lemak omega 3 membantu mengawal selera makan dan pembakaran lemak badan dengan lebih cepat.

APA KATA PENGGUNA OMEGA GUARD

 
Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
Beli secara online di sini
Continue Reading

Omega Guard Shaklee bukan sekadar minyak ikan biasa

Pernah tak kita jumpa minyak ikan yang 99% tulen?? Mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan kita dan boleh diamalkan oleh seisi keluarga. Omega Guard Shaklee bukan sekadar minyak ikan biasa. Ia merupakan softgel minyak ikan terbaik di dunia yang dihasilkan melalui proses yang dikawal rapi.

6 SEBAB KENAPA PERLU PILIH OMEGA GUARD SHAKLEE

1- Minyak ikan yang bergred farmaseutikal dan ultratulen. Bermaksud pihak syarikat tertakluk kepada pelbagai undang-undang dan peraturan bagi mengawal paten, ujian, keselamatan, keberkesanan dan pemasaran suplemen yang dikeluarkan.
2- Melalui proses penyulingan propietari 3 molekular bagi menyingkirkan bahan-bahan tercemar dan merbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan. Ia juga mengandungi minyak omega 3 yang lebih pekat dan tulen.
3- Mengandungi lebih DHA dan EPA berbanding jenama lain. Apa fungsi DHA dan EPA untuk badan kita??? Penting sangat ke?? Kita bincang dalam sub topik seterusnya ye. Teruskan membaca.
4- Mempunyai 7 spektrum penuh asid lemak omega tulen di dalam pengambilan seharian Omega guard seperti DHA, EPA, ALA dan lain-lain. “Spektrum penuh” menunjukkan bahawa minyak ikan yang dihasilkan masih mengekalkan nutrisi semulajadinya.
5- Kurang berbau dan rasa hanyir ikan. Omega guard berbau hanyir apabila dikunyah begitu sahaja. Kebiasaan anak-anak suka kunyah Omega Guard ni macam makan nasi aje. Mungkin sebab rasanya kurang hanyir dan bau hanyir ikannya tidak keterlaluan. Jadi, anak-anak suka mengunyahnya walaupun ia sangat mudah untuk ditelan.
6- Mempunyai kelulusan daripada Friends of the Sea untuk menangkap ikan di laut. Friends of the Sea merupakan sebuah badan NGO yang menjaga pemuliharaan habitat laut. Ia merupakan projek pensijilan antarabangsa dan terkemuka bagi produk yang berasaskan perikanan dan akuakultur.

APA MAKSUD DHA DAN EPA???APAKAH FUNGSI MEREKA KEPADA TUBUH KITA???

DHA (asid docosahexaenoic) dan EPA (eiscosapentaenoic acid) merupakan asid lemak  omega 3 yang penting dalam membantu keberlangsungan fungsi di dalam tubuh kita. Ia sangat penting untuk perkembangan otak dan retina mata selain berfubgsi sebagai anti-radang.

Fungsi DHA

==========
DHA dapat membantu mencegah penyakit kulit, asma, kanser payudara, prostat dan membantu meningkatkan daya seksual. Selain itu, ia juga membantu menghindarkan migrain dan kebas badan serta membantu mengekalkan rasa panas dalam badan.

Fungsi EPA

==========
EPA pula berfungsi membantu mencegah pembekuan darah, bagus diamalkan oleh pesakit jantung. Ia juga membantu mencegah kanser, darah tinggi, tekanan perasaan dan mengawal kadar kolesterol yang berlebihan di dalam badan kita.

SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN OMEGA GUARD INI???

Lelaki dewasa

================
Kebanyakan orang lelaki ni mereka jarang mementingkan cara pemakanan yang sihat. Mereka lebih cenderung diserang penyakit jantung.
Terdapat penyelidikan yang menyokong bahawa pengambilan asid lemak omega 3 dapat membantu mengurangkan penyakit jantung koronari dan mengawal paras kolesterol dalam tubuh kita.
Tambahan pula, omega 3 dapat membantu memperbaiki masalah kesihatan kardiovaskular, memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Disamping ia membantu memelihara kesihatan mata, otak dan juga sendi.

Wanita mengandung / Ibu hamil

===================================
Omega guard membantu mengawal berat badan ibu semasa hamil, perkembangan otak bayi di dalam kandungan dan mengurangkan risiko kelahiran pra matang ( kelahiran tidak cukup bulan). Tambahan, ia dapat membantu mengelakkan gila meroyan selepas melahirkan bayi.

Wanita yang menyusukan anak

===================================
Selain membantu menurunkan berat badan si ibu tanpa menjejaskan penghasilan susu badan. Omega Guard juga membantu membekalkan nutrisi untuk sistem imunisasi dan juga perkembangan otak anak yang disusukan.

Kanak-Kanak

===============
Kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas digalakkan pengambilan 1 biji Omega Guard sehari. Ia bagi mengelakkan anak kita mudah demam, terkena jangkitan virus, batuk, selsema dan asma. Ia membantu memperkuatkan sistem imun dalam badan anak kita. Omega guard juga membantu menambah dan mengawal selera makan anak-anak kita. Jadi, kita dapat mengelakkan mereka daripada obesiti.
Bagi mereka yang hendak menguruskan badan, omega guard bertindak sebagai pembakar lemak. Supaya berat badan kita kekal di paras normal BMI.

TESTIMONI PENGGUNA OMEGA GUARD

 ” anak trauma tiap kali kena neb…selepas anak umur 1tahun paed suggest amek fish oil untuk atasi masalah anak… sebab penggunaan nebulizer tak bagus untuk jangka masa panjang….sejak amalkan omega guard secara konsisten..anak tak pernah kena neb lagi….”
“ibu hamil terpaksa ulang alik ke klinik untuk pantau tekanan darah sebab mengalami masalah tekanan darah tinggi…setelah amalkan omega guard selama 2 minggu..keputusan sangat mengujakan…”
“…seluar yang baru beli januari lepas dah semakin longgar dan kata lebih bertenaga untuk membantu kerja-kerja menguruskan rumah tangga…”
“…mak ayah ambil sebab nak kawal paras kolesterol dan turunkan berat badan…alhamdulillah..selepas amalkan omega mak ayah dah boleh jalan tanpa rasa sakit kaki dah…dulu berat badan berlebihan nak jalan pun susah…tak rugi beli banyak-banyak…last promo omega saya grab 1 set…”
Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
Beli secara online di sini
Continue Reading