Cara Menyusukan Anak Dengan Betul

Sekarang ini sudah ramai ibu yang semakin sedar dan peka tentang kepentingan menyusukan anak. Jika anda berhasrat menyusukan anak sejak lahir sehingga dia berusia 2 tahun, anda adalah ibu terbaik. Ramai ibu yang kali pertama menyusukan anak mengalami kesukaran, sehinggalah mereka telah terbiasa kerana ianya berlaku secara semulajadi. Di sini, saya ingin kongsikan cara menyusukan anak kali pertama supaya dapat membantu mereka yang pertama kali menyusukan anak.

 

 

Selepas jururawat selesai bersihkan bayi yang baru dilahirkan, dia akan meletakkan bayi tersebut di sebelah kita untuk disusukan. Mereka akan mengajar cara yang betul untuk menyusukan bayi pada masa itu. Cara-caranya adalah:

  • Bayi diletakkan betul-betul sebelah kanan/kiri ibu, senang untuk ibu menyusukan anak.
  • Ibu akan mengiring ke kanan/kiri dan menyuakan puting ke mulut anak.
  • Pastikan anak membuka mulut seluasnya supaya mulutnya boleh melekap sehinga bahagian aerola puting ibu.
  • Sekiranya anak hanya menghisap puting ibu, mulutnya tidak melekap sekitar aerola, dikhuatiri pengeluaran susu akan sedikit dan anak tidak dapat menyusu sehingga kenyang.

 

Seluruh pakar nutrisi pemakanan bersetuju bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk anak yang baru dilahirkan sehingga berusia 2 tahun. Antara kebaikan susu ibu adalah ia dapat mencegah anak daripada mendapat penyakit:

  • cirit-birit/gastroenteritis
  • masalah paru-paru seperti pneumonia dan bronkolitis
  • infeksi pada saluran kencing
  • infeksi telinga
  • masalah kulit/ekzema

 

 

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa bayi yang disusukan ibu ketika bayi dapat membantu mengekalkan kesihatan bayi dalam jangka masa yang panjang. Antara kebaikannya:

  • mempunyai tekanan darah dan tahap kolesterol yang lebih rendah
  • kurang risiko hidapi penyakit diabetes tahap 2 apabila dewasa

 

Ibu menyusu juga akan mendapat manfaat besar jika menyusukan bayi. Antaranya ialah:

  • kurang berisiko untuk menghidap kanser payudara sebelum menopous
  • kurang berisiko untuk menghidap kanser servik dan diabetes tahap 2

 

Susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik untuk bayi. Susu ibu mengandungi lebih 400 jenis nutrisi yang membantu tumbesaran bayi. Kementerian Kesihatan Malaysia dan Organisasi Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi berusia 6 bulan dan sehingga bayi berusia satu tahun atau lebih. Islam menggalakkan ibu menyusukan anaknya sehingga berusia dua tahun.

 

 

Selain daripada itu, anak yang disusukan ibu dikatakan mempunyai perkembangan minda yang lebih baik serta imuniti badan yang lebih kuat.  Namun, yang lebih istimewa adalah ibu dan bayi akam mempunyai ikatan yang lebih mesra dan istimewa.

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MENYUSUKAN BAYI????

Masa untuk menyusukan bayi adalah diantara 7 sehingga 40 minit. Jadi, ibu dinasihatkan memilih tempat dan postur badan yang selesa untuk menyusukan bayi untuk mengelakkan rasa sakit pinggang dan belakang badan.

 

Cara ibu memegang bayi semasa hendak menyusukan bayi jugak memainkan peranan penting. Terdapat beberapa posisi penyusuan yang boleh ibu cuba, seperti di dalam gambar.

 

Bayi seharusnya meyusu dengan lekapan satu mulut penuh supaya pengeluaran susu lebih produktif. Sila rujuk gambar untuk lebih jelas.

 

Sekiranya ibu merasa sakit di puting, masukkan satu jari kelengkeng ibu antara gusi bayi dan puting, cuba lepaskan hisapan secara perlahan. Kemudian, cuba lekapkan kembali dengan betul supaya hisapan bayi lebih baik.

 

 

MASALAH YANG BIASA DIALAMI OLEH IBU MENYUSU KALI PERTAMA

Kebiasaannya, pada 6 minggu yang pertama ibu akan mengalami beberapa masalah. Bayi anda dalam proses mengadaptasi menyusu badan dan badan ibu pun dalam proses untuk menghasilkan lebih banyak susu. Antara masalah yang biasa dialami oleh ibu menyusu kali pertama adalah:

  • payudara bengkak
  • puting sakit
  • naik radang pada payudara
  • bekalan susu ibu tidak mencukupi

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI MASALAH DI ATAS???

 

Energizing Protein Soy(ESP) dan Alfafa Complex dapat membantu sebagai milkbooster bagi ibu menyusu. Selain itu, ESP sangat bagus untuk memberikan tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama. Tambahan, ia juga dapat membantu memberikan efek kulit cantik kepada ibu dan bayi.

 

Alfafa complex pula mempunyai khasiat seakan kacip fatimah. Sangat bagus untuk kesihatan dalaman wanita dan juga ia membantu detox usus, hati dan darah.

Beli secara online di sini

 

Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak sehingga menjadi titisan kecil. Ia membantu memecahkan lemak yang terkandung di dalam susu ibu seterusnya mengurangkan pembengkakan payudara.

 

Sekiranya Lecithin di ambil bersama Alfafa Complex dan ESP secara tak sengaja ibu menyusu sedang mengamalkan set kurus juga. Jadi, jangan terkejut sekiranya ibu menyusu boleh kurus semula dengan cepat selepas melahirkan anak.

Beli secara online di sini

 

TESTIMONI PENGGUNA SET MENYUSU SHAKLEE

 

 

 

 

 

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Kawasan COD : Kelantan dan Penang

Continue Reading

Bisnes Online Mudah Bekerja Dari Rumah Untuk Dapatkan Gaji Lumayan

Zaman sekarang ini manusia sanggup buat apa saja untuk dapatkan duit. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang ibu sanggup melacurkan anaknya yang masih di bawah umur kepada warga Bangladesh. Sudah tiada peluang pekerjaan ke di negara kita ini sehingga si ibu bertindak kejam sebegitu?

 

 

Kalau difikirkan secara waras, tiada seorang ibu pun yang sanggup berbuat demikian. Namun, disebabkan desakan hidup untuk menyara diri dan anak-anak, ibu kejam itu sanggup melacurkan anaknya.

 

Jika dahulu, sudah mencukupi sekiranya si suami sahaja yang bekerja menyara keluarga. Namun, di masa kini ianya sudah tidak relevan melainkan si suami bergaji 5 angka. Setakat gaji 2-3 ribu ringgit Malaysia, kita dikira sebagai miskin tegar. Taraf kehidupan sekarang sangat tinggi, si isteri di rumah tidak patut goyang kaki dan tadah tangan bila si suami dapat gaji je.

 

 

Seeloknya kita perlu berusaha untuk menambah pendapatan isi rumah. Kita bantu ringan beban suami yang telah bertungkus lumus bekerja setiap hari. Tapi, bila dapat gaji sekelip mata dah licin sebab bayar ansuran kereta, bil elektrik, bil air, bil internet, bil astro, yuran sekolah anak-anak dan macam-macam lagi. Tiada sikit pun yang tinggal untuk dia beli barangan keperluan dirinya sendiri.

 

Ramai suri rumah ambil upah mengasuh anak orang lain, ambil tempahan kuih, kek, makanan dan ada juga yang ambil upah menjahit. Saya juga pernah lakukan pekerjaan sampingan ini dahulu, sebelum hidup berpindah randah ikut suami.

 

 

Semua bisnes yang saya sebutkan di atas tu memang tak sesuai dengan keadaan saya yang selalu berpindah randah. Sehinggalah saya berjumpa dengan bisnes yang tak memerlukan saya keluar rumah dan boleh dijalankan di mana sahaja pada bila-bila masa.

 

Bisnes yang saya lakukan secara serius sejak akhir tahun 2016. Alhamdulillah, saya mampu menjana pendapatan 4 angka sebulan. Selain dapat memberikan saguhati kepada mak ayah di kampung serta belikan mainan dan baju baru setiap bulan untuk anak.

 

Sejak merasa bonus 4 angka hasil jualan setiap bulan, banyak perubahan yang dapat saya lihat. Antaranya, suami dah boleh tarik nafas lega setiap bulan boleh pulang ke kampung jenguk mak ayah, kebajikan anak lebih terjaga, keperluan isi rumah semakin mencukupi dan paling penting sudah tidak risau lagi menerima kunjungan tetamu dipertengahan bulan.

 

 

Bisnes Shaklee sekarang tak perlu susah-susah cari orang. Sudah viral pun pasal keberkesanan produk-produknya. Ramai artis yang sudah menggunakannya. Shaklee tidak melantik artis untuk menjadi duta produk mereka. Namun, Shaklee mempunyai barisan saintis yang pakar dan sesetengahnya memiliki anugerah nobel untuk menghasilkan produk yang sihat, selamat dan semulajadi untuk kita semua.

 

Dalam bisnes MLM lain, orang di atas boleh goyang kaki asalkan orang bawahnya bekerja keras. Dalam Shaklee, siapa yang buat dia yang dapat. Orang bawah boleh pintas orang di atas. Bisnes Shaklee sangat adil. Bonus yang kita dapat setanding usaha yang kita buat.

 

 

 

 

Mudahnya bisnes Shaklee kita boleh lakukannya secara ‘online’, bermula dengan mengambil tempahan daripada pelanggan, membeli produk melalui www.shaklee2u.com.my dan seterusnya Shaklee akan melakukan penghantaran kepada pelanggan melalui khidmat Gdex atau City Link. Sangat mudah bukan?? Tak perlu keluar rumah pun, kecuali kita tawarkan khidmat Cash On Delivery (COD).

 

Tak pernah berniaga secara online? Tak tahu nak buat FB fanpage? Tak reti nak buat blog?Instagram?

 

Jangan risau, dalam team saya akan diajar satu persatu cara untuk berbisnes secara ‘online’. Kelas produk pun diadakan setiap hari dalam group besar kami. Insya Allah, kita usaha untuk bantu keluarga, Allah akan permudahkan segala urusan kita berniaga.

 

 

Teruja untuk menjadi suri rumah berpendapatan lumayan?? Jom sertai kami untuk menjana pendapatan lumayan hanya dari rumah.

 

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Daftar secara online di sini

Continue Reading

Pusat Sains Negara Tempat Menarik Untuk Dilawati Musim Cuti Sekolah

Yeayyyyy….tidak lama lagi sekolah akan bercuti selama sebulan. Anak-anak sudah sibuk bertanya mana hendak dituju apa yang hendak dilakukan semasa cuti panjang tak lama lagi. Pusat Sains Negara tempat menarik untuk dilawati semasa musim cuti sekolah kini berwajah baru dan lebih menghiburkan.

 

Pusat Sains Negara atau singkatannya PSN merupakan sebuah muzium yang berasaskan pengetahuan sains dan teknologi. Ianya dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 29 November 1996 dan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad perdana menteri di waktu itu. PSN terletak di atas bukit yang berkeluasan 8 hektar di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menyelia PSN.

 

Terdapat pelbagai jenis bahan pameran yang dipamerkan di PSN, ianya dibahagian kepada 2 kategori iaitu sains asas dan teknologi. Secara amnya, PSN ini ditubuhkan untuk menghubungkan sains dan alam sekitar dengan agama. Disamping, ia juga bertujuan untuk mendedahkan rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak mengaitkan sains dengan aspek kehidupan, pengetahuan dan aplikasi dalam aktiviti seharian. PSN juga mempunyai sebuah cawangan di Gunung Keriang, Kedah.

 

Ok lah…sudah tahu serba sedikit pasal PSN bukan?? Tiba masanya kita terokai aktiviti-aktiviti yang best dan pasti akan membuatkan anak-anak kita teruja sangat-sangat untuk berkunjung ke PSN. Lepas tengok gambar-gambar ini, mereka akan lebih rasa tidak sabar untuk ke PSN pada cuti sekolah akan datang. Jommmmm….

 

Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur

 

 

Kawasan riadah bertemakan waterpark, PSN Water Plaza terletak di bahagian luar bangunan PSN.

 

Ruang legar utama PSN

 

Terdapat juga pameran bertema, cuti sekolah yang lalu pameran dinosaur.

 

PSN mempunyai laluan akuarium yang besar dan kita akan teruja melihat ikan air tawar berenang di sekeliling kita.

 

Aktiviti demostrasi menyelam bersama ikan air tawar

 

Macam kat Aquaria KLCC kan..boleh pegang ikan, tapi tiket masuk ke sini jauh lebih murah.

 

Anak-anak mesti teruja kalau dapat main ni.

 

Bukan setakat anak-anak je, mak ayah pun seronok datang sini. Boleh cuba macam-macam jenis aktiviti berkaitan sains

 

Baiklah, ini sebahagian keterujaan yang terdapat di PSN, sebenarnya ada banyak lagi aktiviti melibatkan sains dan teknologi yang kita boleh cuba lakukan sendiri di sini. Tempat ini memang sangat menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak. Harga tiket masuk adalah seperti berikut:

 

 

Dengan kos yang sangat rendah kita dapat menggembirakan hati anak-anak. Rugi sangat-sangat kalau kita lepaskan peluang melawat tempat-tempat menarik yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia. PSN merupakan salah satu tempat percutian terbaik untuk membantu perkembangan minda anak-anak kita.

 

Dalam keterujaan kita harus mengambil sikap berjaga-jaga, sekarang musim hujan perubahan monsun. Lengkapkan sistem pertahanan badan anak kita sekuatnya. Berikan mereka suplemen minyak omega 6 yang tulen untuk membantu perkembangan otak yang baik dan meningkatkan daya ketahanan tubuh.

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Continue Reading

Cara Merawat Kencing Kotor Semasa Hamil

Ramai wanita di Malaysia mengalami masalah kencing kotor atau Urinary Tract Infection (UTI). Lebih menakutkan lagi, ianya sering dihidapi oleh ibu-ibu hamil yang mana ia akan menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan. Di sini, saya ingin kongsikan beberapa cara merawat kencing kotor semasa hamil.

 

Semasa ibu hamil melakukan pemeriksaan setiap bulan di klinik kesihatan, antara perkara yang wajib dilakukan adalah pemeriksaan air kencing. Apa sebabnya Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan prosedur sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan kesihatan ibu hamil di Malaysia di tahap yang terbaik.

Ramai ibu hamil yang tidak tahu dan tidak pasti samada mereka mengalami masalah kencing kotor atau tidak. Jadi, dengan pemeriksaan air kencing dapat membantu memastikan samada ibu hamil tersebut mengalami masalah kencing kotor ataupun tidak.

Apakah Kencing Kotor???

Urinary Tract Infection (UTI) atau kencing kotor merupakan jangkitan kuman di bahagian salur kencing ureter dan urethra, pundi kencing dan ginjal.

Masalah kencing kotor ini sering dialami oleh wanita yang berusia antara 20-50 tahun. Jangkitan kuman ini biasanya terjadi apabila seseorang wanita suka mengelap daripada bahagian dubur ke faraj. Ia akan mengakibatkan kuman daripada dubur memasuki bahagian faraj, seterusnya bergerak dan membiak sehingga ke ginjal. Hal ini akan menyebabkan pundi kencing bengkak dan memgalami keradangan.

Selain itu, hubungan kelamin juga merupakan salah satu faktor terjadinya masalah kencing kotor. Dalam Islam, kita digalakkan membuang air kecil dan membersihkan kemaluan kita seusai kita berjimak. Ini bertujuan untuk mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

Apakah Gejala Yang Sering Dialami Pesakit Kencing Kotor?

Gejala ini sering berlaku kepada ibu hamil, samada kita perasan atau tidak kita sebenarnya sedang mengalami masalah kencing kotor.

Rasa sakit ketika membuang air kecil.
Kerap kencing / kencing tak lawas.
Air kencing berwarna kemerah-merahan.
Rasa tidak selesa dibahagian abdomen semasa berjimak.
Demam seram sejuk.

Apakah Komplikasi Masalah Kencing Kotor Terhadap Ibu Hamil???

Umumnya, masalah kencing kotor sering terjadi dikalangan wanita berbanding lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang lebih pendek dan berhampiran anus. Urethra merupakan saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing keluar tubuh.

Wanita hamil pula mudah dijangkiti kuman ni disebabkan oleh perubahan hormon. Peningkatan hormon yang tinggi menyebabkan otot ureter (saluran yang menghubungkan ginjal dan pundi kencing) dan pundi kencing menjadi lemah. Seterusnya, ianya meregang dan melambatkan pengaliran air kencing.

Pada ketika yang sama, rahim yang sedang membesar menekan saluran kencing dan menyebabkan pengaliran air kencing lebih tersekat.

Tambahan pula, pundi kencing yang lemah tidak mampu mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang telah tersimpan. Ini menyebabkan kuman dan bakteria lebih mudah untuk membiak. Disamping, air kencing ibu hamil lebih berasid dan mengandungi lebih gula (akibat perubahan hormon) yang memyumbang kepada faktor pembiakan kuman dalam saluran kencing sehingga ke ginjal.

Jangkitan kuman ini boleh membiak sehingga ke ginjal (Pyelonephritis) dan seterusnya merebak ke seluruh saluran darah yang boleh membawa maut.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kelahiran pra-matang dan masalah bayi lahir tidak cukup berat badan.

Apakah Rawatan Untuk Masalah Kencing Kotor???

Kebiasaannya doktor akan bekalkan antibiotik tertentu selama seminggu sesuai untuk ibu hamil agar tidak menjejaskan bayi dalam kandungan. Namun, sekiranya masalah kencing kotor masih berulang, antibiotik lain sudah diberikan dan ibu hamil mengalami demam menggigil, seterusnya dia akan dirujuk kepada pihak hospital.

Bagaimana Cara Merawat Kencing Kotor Tanpa Ubat???

Banyak cara atau petua yang dikongsikan untuk merawat kencing kotor secara alami, antaranya:

 

Amalkan minum 6-8 gelas air putih setiap hari. Ia dapat membantu mengeluarkan kuman melalui air kencing. Banyakkan minum air sehingga air kencing bertukar jernih.

 

Minum air larutan 1 sudu kecil baking soda setiap 6 jam untuk kurangkan asid dalam air kencing dan mengelakkan masalah pundi kencing.

Jangan menangguhkan hajat untuk membuang air kencing sekiranya perlu. Terus buang air kencing untuk mengelakkan pembiakan kuman di dalam salur kencing.

Lap dari depan ke belakang selepas membersihkan faraj seusai membuang air kecing.

 

Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan longgar, elakkan pakaian dalam yang kurang menyerap peluh seperti diperbuat daripada nylon dan ketat.

Amalkan kerap menukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap sekiranya telah kotor.

Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis dan berkafein.

Amalkan pengambilan vitamin C (250-500mg), Beta karotene (25,000-50,000 IU) dan Zinc (30-50mg) setiap hari. Ini bertujuan untuk memperkuatkan sistem daya ketahanan tubuh untuk melawan jangkitan bakteria dan kuman.

 

Dalam kempen kesihatan sangat ditekankan mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebab itu ramai ibu hamil memilih untuk mengamalkan set kehamilan Shaklee mulai awal kandungan lagi, bagi membekalkan nutrisi secukupnya dan membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan ibu hamil.

Antara produk Shaklee yang dapat membantu masalah kencing kotor semasa hamil adalah:

B complex
Mengandungi biotin dan asid folik yang penting untuk metabolisme badan dan pembentukan sel darah merah.

Lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan.

 

Vitamin C
Fungsi vitamin C Shaklee sangat diperlukan oleh ibu hamil dan janin dalam kandungan. Ia diperlukan untuk membantu menghasilkan kolagen dan struktur protien.

Para saintis bimbang kekurangan vitamin C boleh mengakibatkan kecacatan mental kepada janin.

 

Vita Lea
Merupakan multivitamin yang diformulasikan lebih 100 tahun yang lalu. Mengandungi 30 jenis nutrisi, 12 jenis vitamin dan 7 jenis mineral yang membantu mengisi lompong nutrisi yang tidak dapat diisi melalui pemakanan seharian kita.

Garlic Complex
Berfungsi sebagai antibiotik semulajadi, membantu menghalang jangkitan kuman, bakteria dan kulat daripada membiak.

Jangan bahayakan nyawa sendiri dan juga anak dalam kandungan disebabkan kita tak suka telan ubat dan juga jahil tentang masalah kencing kotor semasa hamil. Lebih baik kita mengambil langkah selamat untuk mencegahnya daripada berlaku sebelum kita perlu merawatnya.

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

 

 

 

Continue Reading

Majlis Keraian Ditaja Sepenuhnya Secara Percuma

Terlalu banyak kejutan dan kisah-kisah inspirasi yang dikongsikan oleh mereka. Dalam tak sedar mereka juga turut berkongsi rahsia kejayaan mereka membina empayar perniagaan sendiri. Namun, yang paling istimewa adalah mereka berjaya menyematkan tekad di setiap hati yang datang untuk sama-sama berusaha untuk mendapatkan majlis keraian yang ditaja sepenuhnya secara percuma.

14 Oktober 2017 tarikh keramat yang telah membuka mata saya seluasnya. Wahhhh… special sungguh majlis Master Rally Recognition ini. Shaklee buat majlis ini khusus untuk meraikan mereka yang berjaya meraih pangkat master coordinator dalam Shaklee. Best kan? Kita diraikan macam pengantin baru tau, belum lagi kejutan-kejutan yang kita terima daripada downline, upline dan juga pasangan kita. Boleh banjir Pullman Lakeside Hotel tu dengan airmata semua orang yang hadir.

 

Master Adilah Manaf dan suaminya Master Fahmy adalah idola kami di CelikVitamin Group. Yes, pernah baca kan blog mereka yang femes tu celikvitamin.com? Selama kami kenal mereka, kami tidak pernah tahu apakah faktor yang membuatkan mereka begitu tekad untuk bangunkan empayar perniagaan mereka sendiri. Walhal, Master Adilah sudah memegang jawatan tinggi dalam syarikat yang dia pernah berkhidmat. Manakala, Master Fahmy pula merupakan seorang ahli perniagaan.

Sebab bisnes Shaklee ini istimewa, mereka sanggup tinggalkan pekerjaan mereka dan menumpukan fokus mereka sepenuhnya kepada bisnes Shaklee. Bisnes yang adil, semua ahli Shaklee bayar harga yang sama bagi setiap produk.

 

Bukan macam sesetengah polisi MLM lain, beli banyak dapat diskaun lebih. Dalam Shaklee tak ada istilah begitu. Beli satu pun dapat harga itu, beli banyak pun dapat harga sama jugak. Jadi, tiada istilah orang bawah bekerja keras untuk kayakan orang di atas. Kamu tahu? Sekiranya jualan orang bawah lebih besar daripada uplinenya, dia layak untuk pintas upline dan duduk sama rendah dan berdiri lebih tinggi daripada uplinenya. Siapa yang berusaha, dia yang akan mendapat habuannya. Adil kan?

 

Itu salah satu daripada beribu keistimewaan lain yang boleh dapat dalam bisnes ini. Sekarang ini, Shaklee sudah upgrade hadiah untuk mereka yang berjaya menepati syarat-syarat yang diberikan.

Bagi kitaran 2017/2018 Shaklee akan hadiahkan percutian bertaraf 6 bintang kepada mereka yang berjaya kumpul 410 point ke atas dan 1010 point ke atas. Bagi kumpulan 410 point, percutian 4H3M ke Bangkok. Manakala, kumpulan 1010 point ke atas bakal di bawa menaiki cruise mewah melawati 3 buah negara selama 8H7M. Semua perbelanjaan untuk penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. Best ke best giler???

Itu yang Shaklee bagi, belum termasuk pakej umrah, hadiah-hadiah kejutan yang Shaklee akan letak dalam senyap-senyap semasa kita sertai aktiviti padat yang telah mereka aturkan sepanjang percutian. Jom kita cuci mata tengok gambar-gambar Master Adilah dan Master Fahmy mengikuti percutian yang dianjurkan Shaklee sepanjang pembabitan mereka dalam bisnes Shaklee ini.

US 2014

Olando & Dubai 2016

 

Best kan mereka ni??? Seronok sebab setiap tahun dapat melancong percuma je. Bawa duit poket untuk beli cenderahati bawa balik Malaysia, itupun silap-silap Shaklee bagi lagi duit poket sebagai hadiah. Duit bonus 4 angka memang dapat setiap bulan, hadiah percutian, hadiah-hadiah kejutan yang lain, duit poket pun diberi lagi. Rugi sangat kalau tak cuba untuk dapatkan semua keistimewaan ini kan??

 

Dulu saya seorang suri rumah yang tiada pendapatan setiap bulan. Hendak beli keperluan peribadi sendiri pun terpaksa minta duit suami. Suami saya kerja dengan syarikat swasta yang pada masa itu mengalami masalah ekonomi, ramai kawan-kawan diberhentikan kerja. Saya ambil peluang untuk belajar selok belok bisnes Shaklee. Alhamdulillah, dalam masa 3 bulan saya berjaya jadikan diri saya seorang leader dan bulan seterusnya saya berjaya lahirkan seorang leader.

 

 

Tiada apa yang mustahil untuk dicapai asalkan kita percaya dan usaha sungguh-sungguh untuk mencapai impian kita. Kami sudah merasa dan sedang merasa pendapatan 4 angka sebulan sebagai pengedar Shaklee yang hanya beroperasi dari rumah sahaja sambil layan anak-anak dan suami.

Anda pula bagaimana?? Jika ingin turut merasainya juga, jangan segan-segan untuk hubungi kami.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

 

Continue Reading