Cara Urus Masa Antara Kerjaya dan Bisnes

Zaman melinium ini ramai yang mempunyai lebih daripada satu kerjaya, betul tak? Bekerja di waktu pejabat dan sebagai ‘online seller’ selepas waktu pejabat. Bagaimana cara terbaik untuk kita uruskan masa 24jam yang kita punya, bahagikan antara kerjaya, bisnes dan keluarga?

Semua penduduk bumi mempunyai masa 24jam sehari, tak ada yang lebih daripada itu. Terlalu banyak hal yang kira perlu uruskan sekiranya kita berkerjaya dan mempunyai perniagaan sendiri serta ada anak-anak yang perlu diberikan perhatian juga. Di sini saya berkongsi cara urus masa antara kerjaya dan bisnes agar dapat membantu kita lebih bijak menguruskan masa.

 

1- Rancang Jadual Harian

Setiap hari kita perlu merancang apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu, bermula awal pagi sehinggalah sebelum kita tidur. Amalkan bangun seawal jam 4@5pagi dan tidur seawal jam 10malam.

Susun dengan teratur jadual untuk esok sebelum kita masuk tidur. Pastikan kita masukkan sekali aktiviti solat sunat tahajud,dhuha,baca al-quran dan juga aktiviti bersama keluarga. Seterusnya, selit aktiviti untuk promosikan bisnes kita diantara waktunya.

2- Tetapkan Had Masa Untuk Setiap Tugas

Contohnya waktu bekerja kita 8 pagi hingga 5 petang. Waktu rehat pula 1 jam bermula jam 1 petang. Gunakan 1 jam rehat itu untuk makan dan uruskan bisnes kita. Sebaiknya bawa bekal dari rumah untuk jimatkan masa.

Aktiviti bersama anak-anak selama 2 jam, contohnya. Fokuskan betul-betul masa 2 jam untuk melayan karenah mereka. Kemudian, cukup tempoh itu kita perlu selesaikan tugasan seterusnya pula. Minta bantuan pasangan untuk sambung melayan anak-anak.

Dalam hal pengurusan masa kita harus tegas dengan diri sendiri. Elakkan mencuri masa, dikhuatiri kita tidak dapat selesaikan tugas mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

 

3-   Tetapkan Deadline Setiap Tugas

Tugasan tanpa deadline ibarat tugasan itu takkan pernah siap dan kita akan mudah hilang arah tuju dalam menyiapkan tugasan tersebut. Pastikan kita tetapkan bila tarikh akhir kita sepatutnya siapkan tugasan tersebut. Pastikan juga kita siapkan tugasan mengikut deadline, jangan suka melengahkan masa untuk siapkan tugasan.

4- Fokus

Untuk memastikan kita selesaikan sesuatu tugas mengikut masa dan sempurna, kita mesti fokus. Berikan tumpuan sepenuhnya terhadap tugasan yang perlu diselesaikan. Elakkan gangguan daripada persekitaran, ‘silent’kan telefon pintar, matikan notifikasi di media sosial, jangan buka facebook dan youtube.

 

5- Abaikan Perkara Yang Tidak Penting

Misalnya, kita ada tugasan yang harus diselesaikan jam 3 petang tapi kawan ajak pergi lepak kedai mamak. Kita harus menolaknya dengan berhemah dan bijaksana. Jika pergaduhan anak-anak kecil kita mengganggu fokus kita bekerja, minta bantuan pasangan untuk meredakan mereka. Jangan biarkan hal-hal yang tidak penting yang berlaku pada masa tersebut mengganggu emosi dan fokus kita. Abaikan perkara yang tidak penting, selesaikan tugasan kita terlebih dahulu.

Masa bergerak sangat pantas, jangan pula kita tertipu dengan masa. “Alah, baru pukul 1.30petang rileks lah dulu, tak payah kalut sangat nak promote barang online”, tanpa kita sedar masa tinggalkan kita.

Sentiasa adakan masa untuk Allah dan juga keluarga. Untuk apa kita bekerja dan berniaga??Untuk ada lebih banyak masa dengan Allah dan juga keluarga kan??Selain inginkan kehidupan yang lebih baik dan mewah. Jaga waktu kita bersama Allah, Allah akan adakan masa untuk kita selesaikan urusan kita.

Sekian sahaja perkongsian saya. Sekiranya anda berminat untuk berniaga dengan modal serendah RM68.90, tanpa perlu keluar rumah untuk pos barang dan tak perlu buat pinjaman perniagaan serta tak perlu simpan stok. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Continue Reading

Cara Menjaga Luka Bersalin Ceaser Agar Cepat Sembuh

Saat paling menggembirakan hati pasangan suami isteri adalah apabila si isteri disahkan hamil. Tidak kiralah kali ke berapa pun, yang penting rasa teruja tak sabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga. Namun, harus diambil peduli tentang penjagaan luka selepas ceaser agar tidak terbuka dan cepat sembuh.

Sebelum itu kita ketahui dahulu beberapa perkara yang mungkin menyebabkan luka jahitan pembedahan terbuka kembali, antaranya :

1- Jangkitan kuman

Risiko jangkitan kuman ini hanyalah 1%, dan kuman itu biasanya berasal daripada kulit kita sendiri. Jangkitan kuman ni akan menyebabkan kawasan luka lambat sembuh, bernanah atau terbuka.

 

2- Masalah obesiti

Ibu yang mengalami masalah obesiti mempunyai lapisan lemak tebal di perut dan berlapis. Ini menyukarkan kerja pembersihan di sekitar tempat luka sukar dilakukan. Luka yang tidak dilap sehingga kering akan berisiko mengalami jangkitan kuman.

 

3- Anemia

Ibu yang mengalami masalah anemia akan menyebabkan darah kekurangan oksigen untuk dibekalkan kepada tisu-tisu yang aktif dalam proses penyembuhan.

 

4- Pergerakan yang tidak dikawal

Contohnya seperti menyidai pakaian, meneran kuat ketika sembelit dan batuk. Elakkan pergerakkan di bahagian andomen. Rehat secukupnya dan amalkan pemakanan yang sihat.

 

5- Pemakanan dan kurang minum air

Menu makanan berpantang yang terlalu ketat seperti tiada menu sayur dan buah boleh mengakibatkan ibu berpantang mengalami sembelit. Tambahan pula, selepas bersalin badan kita akan dehidrasi dan kita perlu minum banyak air untuk pulihkannya kembali.

 

 

Jadi, bagi ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, anda harus tahu akan 5 perkara ini. 5 cara menjaga luka bersalin ceaser agar cepat sembuh.

1- Menjaga kebersihan

Hati-hati ketikaka mandikan ibu bersalin ceaser, elakkan kawasan luka itu daripada terkena air. Sekiranya luka ceaser itu basah, lap sehingga kering dan anginkan kepada udara. Atau boleh juga gunakan pengering rambut untuk memastikan luka itu betul-betul kering.

 

2- Bergerak lebih awal

Menurut kajian, pergerakan mampu mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan.Namun, haruslah dibantu oleh ahli keluarga semasa ingin melakukan pergerakan itu. Contohnya, berjalan sendiri ke tandas, berjalan perlahan dalam kawasan bilik.

 

3- Minum air secukupnya

Badan kita akan terhidrat selepas bersalin menyebabkan badan mengalami masalah kekurangan air. Air merupakan agen pembuangan toksin dan juga memudahkan proses perkumuhan dilakukan oleh badan. Jika badan kekurangan air, kita akan jadi sembelit dan memberikan tekanan kepada bahagian abdomen. Seterusnya menyebabkan kita rasa sakit dibahagian luka pembedahan.

 

4- Menyusukan anak secara eksklusif

Menyusu badan secara eksklusif sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Ini kerana, hormon oxytocin dikeluarkan oleh badan setiap kali ibu menyusukan anaknya. Hormon ini membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan berlakunya tumpah darah.

 

5- Mengambil suplemen yang selamat, semujadi dan sihat

Tidak dinafikan, lambakan suplemen murah banyak dijual di toko-toko jamu. Namun, kita seharusnya bijak memilih sebab kita yang akan memasukkannya ke dalam badan kita. Semestinya kita tidak mahu buah pinggang kita rosak disebabkan amalkan suplemen yang salah.

 

Shaklee mempunyai rangkaian suplemen yang telah diuji oleh saintis secara klinikal. Selain itu, produOk Shaklee juga telah mendapat kelulusan KKM dan status halal JAKIM. Antara suplemen Shaklee yang dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka ceaser dengan cepat adalah Set Berpantang Shaklee.

 

Vivix – kandungan polifenol di dalamnya membantu membaiki sel-sel yang rosak akibat pembedahan. Anti oksidan yang tinggi di dalamnya membantu meningkatkan sistem imun badan ibu berpantang. Selain, membantu memberikan tenaga segera dan mencantikkan kulit ibu berpantang.

Vitamin C – membantu membaikpulih sel tisu yang rosak selepas bersalin dan meransang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit. Membantu meningkatkan sistem imun badan untuk elakkan daripada demam atau selsema.

Alfafa Complex – berfungsi seakan kacip fatimah, membantu mengecutkan rahim dan membaiki sistem dalaman wanita. Bertindak sebagai agen detoks untuk usus, hati dan darah. Serta membantu memperbanyakkan susu badan.

Lecithin – sangat membantu dikala ibu menyusu mengalami bengkak susu. Ia membantu menukarkan lemak kepada titisan kecil seterusnya mengurangkan masalah bengkak susu yang boleh menyebabkan si ibu mengalami demam.

Vita Lea – multivitamin yang mengandungi zat besi untuk membantu mencegah anemia dan tekanan darah rendah. Selain dapat membantu membekalkan tenaga kepada ibu berpantang supaya tidak kelesuan.

B complex – lengkap mengandungi semua jenis vitamin B, ia membantu meredakan stress, menstabilkan hormon dan membekalkan tenaga sepanjang tempoh berpantang.

Energizing Soy Protein – membantu memekatkan susu badan ibu, membekalkan tenaga, memberikan rasa kenyang lebih lama dan mempercepatkan penyembuhan luka. Protein yang dibekalkan sangat membantu mencantumkan semula luka jahitan.

Ostematrix – selain membekalkan kalsium untuk ibu dan bayi melalui penyusuan, ia juga membantu mengelakkan masalah kejang dan kebas anggota badan sepanjang berpantang.

 

Jaga baik-baik luka pembedahan sebelum ia terbuka dan menyebabkan kita tak boleh tidur malam. Sakit yang terpaksa ditanggung boleh menyebabkan ibu berpantang kemurungan dan susu badan berkurang.

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdin
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Continue Reading

Gejala Penyakit Saraf dan Cara Merawatnya dengan Berkesan

Pernahkah anda merasa sakit mencucuk seakan tertusuk jarum yang tajam? Rasa sakit ini kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada dan adakalanya rasa sakit ini berpanjangan. Jika ada, anda mungkin sedang mengalami masalah kerosakan saraf.

 

sistem saraf

Saraf boleh diibaratkan sebagai pendawaian elektrik di dalam tubuh kita. Ia berhubungan antara satu sama lain untuk menghantar signal ke seluruh tubuh badan kita. Saraf mempunyai 3 fungsi utama iaitu sebagai alat komunikasi, pengatur kerja dan pusat pengendali tanggapan.

 

Dengan adanya fungsi saraf yang baik, kita dapat menggunakan seluruh deria dan pancaindera kita dengan baik. Organ dalam badan kita juga dapat berfungsi dengan baik. Disamping, tubuh kita dapat mengendalikan perubahan yang berlaku dipersekitarannya.

 

Kebiasaannya penyakit saraf ini menyerang bahagian tangan dan kaki kita. Terdapat pelbagai jenis gejala penyakit saraf, antaranya ialah:

1- Merasa kebas atau mati rasa terutamatanya dibahagian jari tangan dan kaki.

2- Kesukaran untuk bergerak / stroke.

3- Rasa sakit pada bahagian kaki, kebas dari punggung sehingga ke kaki.

4- Hilang keseimbangan, contohnya tetiba jatuh tersungkur walaupun tengah elok berjalan.

5- Sering membuang air kecil.

6- Sering mengalami sakit kepala yang berulang.

7- Kuat berpeluh

8- Otak lambat memberikan respon terhadap sesuatu perkara.

 

Seandainya anda mengalami gejala seperti di atas. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. Terdapat lebih daripada 600 jenis penyakit saraf di dunia ini. Mungkin doktor boleh mengenalpasti kategori penyakit saraf anda dan mencadangkan rawatan yang sesuai.

 

Selain itu, kita seharusnya mengamalkan gaya hidup sihat bagi menjaga kesihatan tubuh badan termasuklah kesihatan saraf dan sendi. Amalkan diet pemakanan yang sihat dan bersenam setiap hari.

 

Terdapat juga yang mencuba kaedah alternatif untuk mengatasi masalah saraf seperti rawatan akupuntur dan pengambilan suplemen. Seandainya, anda ingin mengamalkan pengambilan suplemen/vitamin/pemakanan tambahan, pastikan ianya disahkan selamat, sihat dan semulajadi seperti produk Shaklee.

 

Produk Shaklee telah terbukti selamat, sihat dan semulajadi oleh saintis pakar. Shaklee mempunyai rangkaian produk yang luas di seluruh dunia. Antara produk Shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah penyakit saraf adalah Vivix, Omega Guard, B complex dan Ostematrix.saraf, set saraf

Vivix-dapat membantu membaiki sel-sel, saraf, tendon dan ligamen yang rosak. Kandungan polifenol di dalamnya mampu membantu melindungi sel-sel daripada rosak.

Omega Guard-membantu mengurangkan keradangan, melindungi sendi dan saraf serta bertindak seakan pelincir kepada sendi.

B complex-mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap, termasuklah vitamin B6 dan B12 yang bagus untuk kesihatan saraf.

Ostematrix-bukan sekadar pil kalsium, kandungan vitamin D di dalamnya membantu melegakan sakit saraf.

Sakit saraf yang berpanjangan boleh mengakibatkan anda hilang keupayaan hidup normal. Cegah ia sebelum melarat.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi percuma dan menempah Set Saraf Shaklee anda sekarang!!!!

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Daftar keahlian secara online di sini

 

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

 

 

 

Continue Reading