Resepi Sarapan Mudah Sedap Memberikan Tenaga

Yummy! Sedap betul breakfast dia ni kan. Pekat melikat kaw betul nampaknya kan? Sedap sungguh. Kalau tak percaya memang kena rasa sendiri. Resepinya macam di bawah

Bahan-bahan:
2 scoop cinch shake cafe latte
100ml fresh milk
1/2 sudu nescafe
Ais ketul

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam blender. Blend sampai ais hancur. Tuangkan dalam gelas. Sedia untuk dinikmati. Yeay!

Lawan pulak dengan telur masak separuh. Perggghhh! Pagi yang penuh bertenaga untuk mulakan hari yang hebat ini. Cinch shake ni boleh dijadikan sebagai pengganti makanan tau. Biasanya kalau minum pagi, in shaa Allah rasa kenyang sampai ke petang.

Sebab tu, ramai yang suka dapatkan cinch shake ni dengan kak Ayu sebelum bulan posa. Sebab bila start posa nanti depa boleh sahur dengan cinch shake saja. Tak lalu nak makan beria pagi-pagi ni.

Lagi satu, masa berbuka pun depa suka minum cinch shake jugak. Jadi, depa dah boleh kawal rasa lapar tahap naga berkepala 7 masa berbuka. Tak de la nak terkam makanan sangat. Boleh jaga body.

Bila kita amalkan minum cinch shake ni, perut akan kempis sikit, inci body berkurang, berat turun dengan banyak, tak rasa lapar sangat, tak craving nak makan benda-benda manis dan jajan mengarut.

Jom dapatkan 3 perisa cinch shake iaitu cafe latte, chocolate, vanilla dengan Kak Ayu sekarang. Beli 2 canister dapat lagi diskaun. Beli 4 canister dapat
🚛 free postage by Gdex
👥 free membership
🎁 free gift beg yang comel iteww

Idayu Irdina
Founder SVFamily
013-9189500

#kurus #nakkurus #tipskurus #cinchshake #ubatkurushaklee #cinchshakeshaklee #milkshake #pengedarshakleepenang #pengedarshakleebayanlepas #pengedarshakleebayanbaru #pengedarshakleegelugor #shakleepenang #pengedarshakleepulaupinang #pengedarshakleepenang #idayuirdina

Continue Reading

Kerja Dari Rumah Menguntungkan Atau Sebaliknya

Kita dalam fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 atau Coronavirus. World Health Organization (WHO) secara rasminya telah bahawa wabak Coronavirus ini sebagai pandemic. Ini berdasarkan penularannya yang pantas ke seluruh dunia.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang kurang stabil, malah ekonomi Malaysia pun mengalami keadaan yang sama. Relevan ke kerja dari rumah menguntungkan atau sebaliknya?

Sudah hampir sebulan ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan, ataupun pendapatan berkurang daripada sebelum ini. Malahan, banyak syarikat gergasi yang tak mampu untuk membayar gaji pekerja-pekerja mereka. Apatah lagi nasib peniaga dan pengusaha kecil, mereka lagilah terasa.

Macam mana nak buat bisnes yang menguntungkan semasa PKP ini?

Dalam keadaan kekangan kewangan ini, kita perlu bijak memilih cabang bisnes yang ingin kita lakukan. Tidak selamat untuk kita laburkan duit simpanan untuk mengeluarkan produk yang belum tentu laku untuk dijual. Tambahan pula, untuk mengeluarkan produk sendiri memerlukan modal yang sangat besar. Lebih baik jangan ambil risiko jika kewangan kita tidak mengizinkan.

Jalan yang paling selamat adalah kita jual je produk yang memang terbukti diperlukan malah sangat diperlukan buat masa sekarang ni dan akan datang. Contohnya macam bisnes vitamin. Terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan vitamin tapi hanya ada satu syarikat sahaja yang mempunyai kajian saintifik dan terbukti dengan ‘landmark study’.

Kenapa bisnes ini?

Pada keadaan sekarang ini, adalah sangat penting untuk kita tingkatkan sistem pertahanan badan kita. Kita kena kuatkan sistem imun badan kita supaya badan kita kuat untuk melawan serangan virus-virus jahat yang ingin merosakkan sel-sel baik dalam badan kita.

Untuk melawan virus ini kita memerlukan bantuan daripada vitamin. Sebab, pemakanan seharian kita tidak cukup untuk melindungi sel-sel badan kita daripada serangan virus jahat.

Vitamin yang dihasilkan daripada tumbuhan dan bahan-bahan semulajadi yang organik sangat popular sekarang ini. Ramai rakyat Malaysia telah buka mata dan sedar akan kepentingan pengambilan viatamin dalam kehidupan seharian mereka.

Secara teknikalnya, bisnes vitamin sangat menguntungkan pada masa sekarang dan di masa akan datang. Orang ramai akan terus membeli berulang-kali pada setiap bulan vitamin keperluan mereka. ‘Repetition’ terhadap produk sangat tinggi.

Berapa jumlah pendapatan yang diperolehi setiap bulan?

Dunia bisnes tidak sama dengan makan gaji yang mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. Dalam bisnes, kita akan dapat lebih apabila kita berusaha lebih kuat dan bekerja secara bijak dan berkumpulan.

Untuk memulakan bisnes kita perlukan mentor untuk ajar kita selok belok dunia perniagaan. Mentor dapat membantu kita untuk memberi tunjuk ajar supaya kita terlalu kerap ‘melanggar dinding’ atau ‘terjun gaung’ dalam perniagaan.

Jom kita lihat berapa pendapatan bulan lepas mereka yang sertai kami dalam bisnes ini.

Sangat lumayan bukan?

Jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli untuk sertai team kami, sila daftar di sini.

Kami adakan kelas untuk melatih anda daripada zero tentang bisnes ini, sehinggalah ke tahap anda boleh melatih anh-ahli di dalam team anda sendiri.

Jangan risau seandainya anda tidak tahu berniaga. Yang penting adalah anda sanggup belajar dan buat apa saja untuk memajukan bisnes anda sehingga ke puncak kejayaan.

Hubung saya di talian 013-9189500 untuk memesan produk, kita juga boleh jadi kawan di facebook Idayu Irdina dan Ig idayu_irdina. Atau anda ingin membaca info-info menarik boleh baca di facebook page Idayu Irdina.

Sila kongsikan maklumat ini bersama-sama kawan-kawan dan keluarga anda supaya mereka semua pun rasa nak berniaga produk Shaklee ini.

Continue Reading

Coronavirus : Simptom Dan Risiko Covid-19 Yang Kita Perlu tahu

Tanggal 01 April 2020 menyaksikan lebih 46,000 orang telah mati disebabkan oleh wabak pandemik covid-19 di seluruh dunia dan angka ini dijangkakan semakin meningkat.

Lebih daripada 921,000 telah membuat ujian saringan Covid-19 di seluruh dunia. Sekarang ini seluruh dunia sedang berusaha keras untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini.

Coronavirus


Apakah wabak Covid-19?

Covid-19 atau coronavirus merupakan sekumpulan virus yang menyebabkan penyakit yang biasanya bermula dengan sekadar demam biasa merebak menjadi beberapa jenis kesukaran yang lebih teruk. Coronavirus boleh menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan masalah sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS) dan sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS).

Virus-virus ini pada asalnya dijangkiti daripada haiwan kepada manusia. SARS dikenalpasti telah dijangkiti manusia daripada kucing civet. Manakala, MERS pula dijangkiti manusia daripada unta. Terdapat juga coronavirus yang menjangkiti haiwan tetapi belum lagi menjangkiti manusia.

Nama Corona ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud mahkota atau halo. Apabila dilihat dibawah kanta mikroskop elektron, ia kelihatan seperti dikelilingi oleh solar Corona.

Pada mulanya, novel coronavirus ini dikenalpasti oleh pihak China pada Januari 2020 dan dikenali sebagai SARS-Cov-2. Ia merupakan rantaian yang belum pernah dijumpai sebelum ini. Hanya segelintir sahaja yang tahu mengenai perkara ini sehinggalah virus ini dipindahkan daripada seorang manusia kepada manusia yang lain dapat dikenalpasti.

Apakah simptom Coronavirus?

Merujuk kepada kenyataan WHO, antara simptom-simptom yang dapat dikenalpasti adalah seperti:

  1. Demam
  2. Batuk kering
  3. Kesukaran bernafas
  4. Sakit kepala
  5. Selsema
  6. Sakit tekak
  7. Cirit-birit
  8. Kelesuan

Namun, terdapat juga beberapa kes yang mengalami masalah :

  1. Pneumonia
  2. Kegagalan fungsi organ dalaman
  3. Kematian

Disamping itu, terdapat juga kes pesakit tidak mempunyai tanda atau simptom dijangkiti namun, setelah dilakukan pemeriksaan mereka disahkan telah dijangkiti wabak coronavirus.

Anggaran tempoh inkubasi adalah antara masa antara jangkitan dan permulaan simptom, dianggaran lebih kurang 14 hari. Dalam masa 5-6 hari selepas dijangkiti, pesakit akan mula menunjukkan simptom.

Apakah yang telah dilakukan untuk memutuskan rantaian wabak coronavirus?

Ramai saintis sedang bertungkus-lumus untuk mencari formula vaksin bagi menangani wabak coronavirus ini. Namun, difahamkan ia tidak dapat dihasilkan dalam kuatiti yang sangat banyak dalam masa terdekat ini.

Boleh dikatakan seluruh dunia sekarang ini mengamalkan langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan kadar jangkitan. Terdapat negara yang telah ‘lockdown’ negara mereka sehinggakan rakyat langsung tidak dibenarkan untuk keluar daripada tempat tinggal masing-masing.

Kesemua jenis perhimpunan agama, kenduri, restoran, kelab-kelab sukan dan pelbagai permis perniagaan lain diarahkan tutup untuk mengelakkan manusia berkumpul dan menyebabkan rantaian wabak ini semakin merebak.

Kebanyakan syarikat penerbangan telah membatalkan kesemua penerbangan keluar masuk antara negara dan juga domestik. Kesemua mereka yang baru pulang dari luar negara akan dikuarantinkan sehingga disahkan bebas jangkitan.

Bagaimana cara untuk mengurangkan risiko dijangkiti wabak Coronavirus?

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan beberapa panduan untuk kita ikuti bagi membantu kita daripada dijangkiti wabak Covid-19 atau Coronavirus ini, antaranya ialah:

  1. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk ataupun bersin. Buang tisu tersebut ke dalam bakul sampah. Basuh tangan anda menggunakan air dan sabun dan bilas sehingga bersih.
  2. Sentiasa menggunakan pelindung/penutup muka ketika berada di luar.
  3. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  4. Jarakkan sepanjang 1meter daripada orang lain sekiranya kita berada di tempat awam.
  5. Elakkan berkumpul
  6. Elakkan kerap menyentuh muka dan mata.

Selain daripada itu, jika kita lihat simptom-simptom pesakit Coronavirus ini adalah sama seperti demam biasa sebelum ia merebak menjadi lebih terus sehingga mengganggu sistem pernafasan sehingga boleh mengakibatkan maut.

Salah satu cara yang berkesan untuk melindungi diri kita daripada mudah dijangkiti wabak Coronavirus adalah dengan cara tingkatkan sistem imun badan kita.

Apabila sistem pertahanan tubuh kita dapat dipertingkatkan. Virus jahat tak dapat nak menguasai dan melemahkan sel-sel dalam badan kita. Sekiranya kita terjangkiti pun kemungkinan besar kita akan lebih cepat sihat dan bebas virus.

Ramai doktor pakar di negara-negara yang terlibat dengan masalah Coronavirus pandemik ini memberikan suntikan vitamin C kepada pesakit untuk membantu meningkatkan sistem imun badan mereka. Melalui cara itu, memang terbukti lebih ramai yang berjaya disembuhkan dengan lebih cepat.

Bagi kita yang belum dijangkiti ini pastinya rasa tak selamat dan takut akan dijangkiti bukan? Jadi, apa yang kita boleh buat adalah dengan cara kita amalkan pengambilan vitamin c, suplemen yang tinggi dengan antioksidan dan suplemen yang dapat membantu penghasilan interferon semulajadi tubuh kita.

Vitamin C membantu meningkatkan kekuatan sistem imun badan kita. Manakala suplemen antioksidan seperti Vivix dan ResV dapat membantu melindungi dan memperbaiki sel tubuh kita supaya kembali sihat dan bertenaga serta dapat berfungsi dengan lebih baik. Nutriferon pula membantu dalam penghasilan interferon semulajadi dalam tubuh kita supaya kekebalan sistem pertahanan badan kita dapat diperkuatkan lagi.

Untuk keterangan lebih lanjut dn pemesann produk anda boleh berhubung dengn saya ditalian 013-9189500.

Atau boleh dapatkan pelbagi info menarik di FB Page Idayu Irdina dan ig idayu_irdina.

Continue Reading