7 Tips Atasi Masalah Sukar Tidur Malam

Pagi lagi ni dah mengantuk ke? Ni mesti malam tadi tidur lewat kan? Lebih teruk lagi mungkin semalam memang tak boleh tidur langsung. Bangun pagi ni kepala jadi ting tong pening. Betul kan?

Sebenarnya masalah sukar tidur ni terjadi kepada ramai orang. Tambah-tambah lepas PKP ni. Ramai yang terjejas dari segi kewangan yang sangat merisaukan sehinggakan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal mereka.

Ada yang mengalami masalah insomnia, anxiety dan pelbagai masalah lagi disebabkan oleh kehilangan pekerjaan, hilang perniagaan pendek kata hilang punca pendapatan sehingga buat mereka terlalu kuat berfikir dan sukar untuk tidur.

Di sini saya ingin berkongsi 7 tips tidur lena waktu malam dan kekal bertenaga sepanjang hari.

Tidur yang berkualiti dapat membantu badan kita rehat secukupnya dan dapat membantu badan kekal bertenaga keesokan harinya.

1.Tidur dalam keadaan gelap
Ramai ke yang tidur dalam keadaan lampu terang benderang?

Sebenarnya, jika kita tidur dalam keadaan terang lampu, badan kita terus berjaga sepanjang malam walaupun mata kita terpejam. Sebab itulah kita tetap berasa penat walaupun kita sudah tidur sepanjang malam.

Amalkan tidur dalam keadaan lampu samar-samar atau lebih bagus lagi dalam keadaan gelap gelita. Keadaan gelap dapat memberikan kita tidur yang lebih berkualiti.

2. Penghawa dingin atau kipas?
Jika berkemampuan pasanglah penghawa dingin bagi memberi suasana yang lebih selesa dan nyaman semasa tidur.

Namun, jika rumah jenis kurang panas, kipas angin sudah memadai. Asalkan kita dapat tidur dalam keadaan yang selesa.

3. Bebaskan fikiran sebelum tidur
Sukar tidur sebab terlampau banyak berfikir sehingga menyebabkan kita rasa runsing, resah, gelisah dan serabut. Elakkan tidur dalam keadaan begini.

Seeloknya sebelum tidur kita mengambil wudhuk, solat taubat 2 rakaat dan membaca surah al mulk. In shaa Allah dengan cara ini kita akan berasa lebih tenang dan akan tidur dengan lebih mudah.

4. Tidur awal bangun awal
Seeloknya kita perlu tidur seawal jam 9 atau 10 malam. Kajian menunjukkan mereka yang tidur awal akan dapat tidur yang sangat berkualiti.

Bangun seawal jam 3 atau 4 pagi untuk bertahajud dan bersendirian bersama Allah tanpa gangguan sesiapa. Keadaan ini akan membuatkan kita jadi lebih untuk berfikir.

5. Sarapan adalah sangat penting
Ramai orang suka skip sarapan sebab terkejar-kejar nak ke tempat kerja. Akhirnya, badan jadi lemah, lesu dan kerja jadi kurang efektif.

Sangat penting untuk kita mengambil sarapan di waktu pagi. Walaupun kita dah lambat, ambil sarapan yang mudah disediakan dan mengenyangkan.

Contoh seperti minum Energizing Protein Soy. Kita hanya perlu bancuh dalam shaker dan boleh diminum sepanjang perjalanan ke pejabat. Mudah kan?

6. Jaga mindset setiap pagi
Pernah dengar tak orang cakap kalau mood pagi baik, semua perkara akan jadi baik sampai ke petang. Mesti pernah dengar kan?

Pagi-pagi kita bagi makanan kepada jiwa kita terlebih dahulu. Dengar alunan asma ul husna, dengar ceramah motivasi daripada penceramah kegemaran kita dan setiap pagi bila pandang cermin kita cakap perkara baik-baik tentang diri kita. In shaa Allah perkara yang baik-baik sahaja yang akan terjadi kepada kita.

7. Amalkan gaya hidup sihat
Makan makanan yang berkhasiat, bersenam setiap hari, luangkan masa beriadah bersama keluarga dan amalkan pemakanan tambahan bagi mencukupkan nutrisi di dalam badan kita.

Contoh pemakanan tambahan terbaik yang dapat membantu untuk kita senang tidur, dapat tidur yang berkualiti di waktu malam dan rasa sangat bertenaga dan kekal aktif sepanjang hari adalah ResV.

ResV merupakan gabungan herba, buah dan tumbuhan yang di tanam secara organik dan ia mengandungi antioksidan yang sangat tinggi untuk membantu melindungi sel-sel badan kita daripada serangan radikal bebas.

Polifenol yang mengandungi resveraterol terkandung di dalam setiap kapsul membantu membaiki sel-sel DNA kita yang telah rosak dan menggantikannya dengan sel-sel baru yang lebih sihat.

Apabila kita mengalami masalah sukar untuk tidur dan badan tidak bertenaga, sememangnya badan kita sangat memerlukan ResV. Berikan yang terbaik untuk tubuh badan kita supaya tidak terjadinya keadaan yang membahayakan diri kita seperti masalah micro sleep ketika memandu. Ia boleh mengakibatkan kemalangan maut.

Hubungi saya untuk mendapatkan ResV anda sekarang dan saya akan berikan khidmat konsultansi eksklusif berkenaan ResV hanya untuk anda.

Fb : IdAyu Irdina
Ig : @idayu_irdina
No.hp : 013-9189500

Continue Reading