Tentang Saya

Assalamualaikum,

Pertama, terima kasih kerana sudi ziarah blog saya ini. Saya Idayu Irdina, bekas graduan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian daripada UTHM. Saya juga pernah bekerja sebagai penolong jurutera di salah sebuah kilang terletak di utara tanah air.

Saya memilih untuk bekerja dari rumah setelah berbincang panjang dengan suami. Memandangkan tuntutan kerjanya menyebabkan kami terpaksa berpindah-pindah negeri. Agak sukar juga untuk saya PJJ dan bertukar-tukar kerja.

Setelah dikaji, kami memilih untuk mencuba bisnes Shaklee memandangkan sistemnya mudah dan tidak memerlukan modal besar. Dengan hanya 200uv pembelian produk Shaklee untuk kegunaan saya dan suami, saya sudah bina bisnes Shaklee saya sekarang. Saya merupakan pengedar dan konsultan produk Shaklee yang diiktiraf dan terlatih.

Kink, saya mempunyai hampir 100 orang ahli di dalam organisasi saya. Di samping itu, saya sedang melatih ahli-ahli baru yang ingin membina empayar bisnes masing-masing di seluruh negeri dalam Malaysia.

Di masa akan datang, saya yakin dan percaya organisasi saya ini akan lebih berkembang sehingga mempunyai wakil COD (cash on delivery) di setiap daerah dalam setiap negeri di Malaysia ini.

Setiap bulan, Shaklee tak pernah gagal membayar bonus kepada saya. Duit bonus 4 angka setiap bulan, belum lagi termasuk untung runcit yang saya terima daripada pembelian bukan ahli. Dalam Shaklee, kita boleh dapat seberapa banyak bonus yang kita nak, selari dengan usaha kita.

Saya yakin, saya akan dapat merasa bonus 5 angka pertama tidak lama lagi. Sebab, kami mempunyai mentor-mentor hebat yang sangat-sangat membantu untuk membawa kami ke puncak kejayaan sama seperti mereka. Kerana, ada diantara mentor kami, mereka berpendapatan 6 angka sebulan dengan hanya berbisnes Shaklee dari rumah sahaja.

Seandainya anda berminat untuk memesan produk atau ingin memulakan bisnes Shaklee, anda boleh hubungi saya di talian +6013-9189500

Saya merupakan perunding kesihatan dan kesejahteraan yang diiktiraf oleh Shaklee.