Cara Mudah Menangi Hadiah Percutian 2 Hari 1 Malam di Hotel Mewah

Beeeeessssstttt sangat dapat hadiah percutian percuma di hotel 5 bintang. Dapat bawa anak-anak mandi kolam dan sarapan pagi di hotel pun sudah cukup mengujakan. Cara mudah untuk menangi hadiah percutian 2 hari 1 malam akan dibongkarkan.

 

 

Jika anda lihat di lama facebook saya ada berkongsi tentang ini. Alhamdulillah, saya berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan yang telah dianjurkan oleh founder Celikvitamin Group. Dapatlah merasa bawa anak dan suami staycation di The Light Hotel, Penang selama 2 hari 1 malam.

 

 

Apa yang perlu saya buat untuk menang pertandingan ini? Jual Vivix untuk diri sendiri pun dapat hadiah percutian best macam ini. Belum lagi hadiah percutian 4 hari 3 malam ke Bangkok, Thailand dan 8 hari 7 malam ke 3 buah negara dengan menaiki cruise yang telah disediakan oleh pihak Shaklee untuk kitaran 2017/2018.

Bagusnya jika kita berada di dalam kumpulan yang betul, kita akan dapat merasa pelbagai nikmat hadiah percuma. Ini belum termasuk hadiah vitamin percuma yang diberikan oleh upline-upline kita. Adakalanya dalam sebulan itu, jika kita layak memang akan bermandikan hadiah saja. Dapat produk Shaklee percuma, hadiah cenderahati dari luar negara dan hadiah percutian.

 

Adakah bonus yang kita dapat akan berkurang sekiranya kita menang semua hadiah-hadiah ini?

Bonus kita adalah milik kita. Apa yang kita usahakan untuk layakkan diri menang pertandingan yang diadakan, meningkatkan lagi jumlah bonus yang kita terima. Hadiah dapat, duit bonus berkepuk-kepuk dapat. Best ke best giler??

Dalam kumpulan kami, kami dilatih setiap hari untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Setiap malam kami disajikan dengan kelas produk yang disampaikan oleh ketua-ketua yang hebat dan berpengetahuan luas tentang kehebatan produk-produk Shaklee. Semua kelas diadakan secara ‘online’ melalui kumpulan whatsapp dan telegram.

 

 

Tidak tahu atau tidak reti untuk berniaga bukanlah satu alasan. Semuanya akan diajar daripada zero to hero. Saya dulu pun tidak tahu macam mana untuk mulakan bisnes ini. Namun, sekarang saya mampu membimbing kumpulan saya sendiri dan telah berhasil untuk lahirkan seorang ketua dalam kumpulan saya.

Tak reti buat ayat nak promosi produk kat media sosial? Jangan risau, semuanya akan diajar nanti. Apa yang penting dan sangat diperlukan adalah keinginan kita untuk merubah tahap ekonomi dan gaya hidup keluarga kita. Kita nak berikan hidup yang lebih selesa buat keluarga kita. Jadi, kita kena mula bertindak sekarang. Mulakan perniagaan kita sendiri sekarang, kami akan bantu anda untuk berjaya.

 

 

Jangan rasa cemburu dengan kejayaan orang lain. Jangan rasa rendah diri apabila melihat orang lain berjaya. Jangan lemahkan semangat kita untuk tolak kita untuk berjaya. Setiap insan mempunyai potensi tersendiri di dalam dirinya. Saya percaya bahawa anda juga ada potensi untuk majukan diri sendiri. Anda cuma perlu berada dikalangan kami yang bersifat positif untuk naikkan semangat anda untuk berjaya.

Jangan takut untuk hulurkan tangan minta bantuan untuk jadikan anda seorang usahawan berjaya. Kerana kami sedia menyambut tangan anda untuk ke puncak kejayaan.

 

 

Hubungi saya untuk konsultansi yang lebih lanjut lagi. Saya boleh terangkan secara perinci mengenai perniagaan yang tidak memerlukan anda menyimpan stok atau meminjam wang daripada bank. Tidak perlu keluarkan modal untuk membeli produk. Tidak perlu ke pejabat pos untuk pos barang. Best ke best?? Kalau best cepat-cepat tekan link whatsapp dibawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

 

 

 

Continue Reading

Rawat Bartholin Cyst Sebelum Bernanah dan Sakit

Bartholin Cyst merupakan pembengkakan kalenjar berhampiran permukaan vagina. Wanita yang masih subur berusia 20an keatas berisiko tinggi untuk menghidapi masalah ini. Rawat bartholin cyst sebelum bernanah dan sakit sangat akibat jangkitan.

 

Walaupun bartholin cyst ini tidak memerlukan rawatan selanjutnya dan tidak menyakitkan. Namun, jika terjadinya jangkitan di bahagian berkenaan ia boleh menyebabkan bartholin cyst bernanah dan kita akan mengalami rasa sakit yang amat sangat.

 

Kenapa terjadinya bartholin cyst???

Bartholin gland duct (kalenjar bartholin) berfungsi membekalkan kelembapan dan mukus di bahagian vagina. Duktus yang berukuran 1inci panjang berperanan menyambungkan kalenjar dengan permukaan vagina, sekiranya tersumbat ia boleh menyebabkan pembengkakan pada bahagian kalenjar bartholin.

 

Bartholin cyst mungkin terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman, pembengkakan kalenjar, kecederaan atau radang. Gonococci dan Chylamydia merupakan 2 jenis bakteria yang sering terdapat disekitar tempat jangkitan dan menyebabkan jangkitan berlaku. Oleh sebab itu, sangat penting bagi wanita memastikan kebersihan vagina. Sekiranya duktus tersumbat, menyebabkan mukus berkumpul sekitar vagina dan menyebabkan jangkitan boleh berlaku.

 

Apakah tanda-tanda bartholin cyst???

Dipermulaan, pesakit akan rasa sakit pada bahagian vagina. Rasa tidak selesa ketika ‘bersama’ dengan suami, terdapat pembengkakan kalenjar berhampiran vagina. Ramai yang tidak sedar kehadiran bartholin cyst sehinggalah mereka berjumpa doktor.

 

Sekiranya bartholin cyst terkena jangkitan, ia akan bernanah dan rasa sakit yang amat. Kebiasaannya pesakit akan berasa tidak selesa apabila duduk ini kerana mereka hanya boleh duduk menyenget atas sebelah punggung saja.

 

Selain itu, pesakit juga akan mengalami demam selain rasa berlendir berlebihan di bahagian vagina akibat duktus tersumbat. Bartholin cyst boleh membesar daripada saiz sebiji kacang kepada sebesar bola golf malah lebih besar daripada itu. Sebab itulah pesakit merasa tidak selesa apabila duduk, berdiri mahupun berjalan. Dengan sebab ini juga bartholin cyst harus dirawat segera.

 

Bagamaimana cara merawat bartholin cyst???

Pesakit dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapat khidmat nasihatnya terlebih dahulu. Ada kemungkinan pesakit perlu menjalani pembedahan kecil untuk membuang bartholin cyst yang telah bernanah dan membesar itu.

 

Terdapat lagi satu alternatif yang anda boleh cuba untuk membantu mengecutkan bartholin cyst sekaligus memulihkan kesihatan dalaman anda.

Garlic complex – ia berfungsi sebagai antibiotik semulajadi yang berperanan menghapuskan bakteria dan kulat penyebab jangkitan di bahagian vagina. Selain membantu mengurangkan masalah keputihan.

GLA complex – ia membantu mengatasi masalah hormon sekaligus mengecutkan cyst. Ia mengandungi minyak benih matahari yang mempunyai asid lemak omega 6, ia digunakan untuk membentuk prostaglandin oleh badan kita. Prostaglandin membantu menstabilkan hormon untuk mengawalatur proses badan yang normal. Selain terdapat juga Vitamin E di dalamnya bagi membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun badan.

Vitamin C – membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan meningkatkan sistem imun badan untuk melawan penyakit.

Vivix – mengandungi polifenol yang menghasilkan kuasa antioksidan yang 10x lebih hebat daripada resveratrol. Vivix membantu membaiki sel sehingga tahap DNA. Dalam masa yang sama ia sangat bagus dalam membantu mengecutkan cyst serta memulihkan kesihatan dalaman badan.

 

Testimoni pengguna

 

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Untuk dapatkan harga lebih murah dan keistimewaan-keistimewaan yang lain, anda boleh mendaftarkan diri sebagai ahli untuk menikmati penjimatan hebat.

Daftar secara online di sini

 

 

 

Continue Reading

8 Tips Peluang Untuk Hamil Anak Kembar

Seronok tengok ragam anak kembar kan? Tambahan lagi yang kembar seiras, sukar untuk dibezakan antara keduanya. Namun, gelagat mereka sering mencuit hati kita. Di sini ingin saya kongsikan 8 tips peluang untuk hamil anak kembar.

Sekarang ni saya suka melihat gambar dan video perkongsian Dr.Sheikh Muszaphar bersama anak kembarnya, Adam dan Noah. Mereka sungguh comel dan mencuit hati. Angkasawan negara itu sering memuat naik gambar dan video mereka di laman instagram miliknya.

 

Jenis-jenis Kehamilan Kembar

Terdapat dua jenis kembar iaitu identical (mono zygotic) dan non-identical (dizygotic). Kembar identical berasal dari satu telur yang apabila bercantum akan pecah menjadi dua embryo. Namun, kembar identical mempunyai risiko yang tinggi untuk keguguran atau mengalami masalah-masalah yang lain, mereka berkongsi uri yang sama.

Berbeza dengan kembar non-identical yang berasal dari dua telur dan apabila disenyawakan mereka mempunyai uri yang berbeza. Kembar jenis ini lebih berpeluang untuk selamat kerana mereka disenyawakan berasingan.

8 Tips Peluang untuk Hamil Anak Kembar

 

1. Peratusan kelahiran kembar orang Asia adalah diantara 1-2%. Antara peratusan terendah berbanding orang Afrika (4%) dan orang putih Amerika dan Eropah (3%).

2. Mereka yang pernah melahirkan 4 orang anak dan keatas serta wanita berusia 40 tahun berpeluang tinggi untuk hamil kembar.

3. Peluang ibu hamil kembar meningkat 4 kali ganda sekiranya dia mempunyai keturunan kembar sebelah ibu.

4. Kajian menunjukkan tabiat pemakanan orang Afrika yang suka makan keladi dan ubi dapat meningkatkan peluang kehamilan kembar 4 kali ganda berbanding yang lain.

5. Wanita yang mengambil suntikan atau pil kesuburan akan mempunyai peluang lebih tinggi untuk hamil kembar. Mereka yang mengambil pil clomid berpeluang 5-10% untuk hamil kembar. Namun, mereka yang mengambil suntikan gonadotrophin mempunyai lebih kurang 30% peluang untuk hamil kembar. Walaubagaimanapun, ianya sangat berisiko untuk hamil kembar 4 atau lebih dan berisiko tinggi untuk keguguran.

6. Sesetengah, dengan amalkan banyak minum susu dan makan produk tenusu boleh tingkatkan peluang untung dapat anak kembar.

7. Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan bayi tabung uji (IVF) dikatakan mempunyai peluang cerah untuk dapat anak kembar.

8. Mereka yang mengamalkan pemakanan yang sihat, cukup zat nutrisi, mempunyai tahap kesihatan yang baik dan mengamalkan pengambilan suplemen dan asid folik berpeluang tinggi untuk dapat anak kembar.

 

Antara suplemen yang boleh anda amalkan untuk mudah hamil adalah seperti berikut :

Untuk Isteri

ESP – membantu menguatkan rahim wanita, selain itu, ia dapat membantu menggantikan sel-sel yang rosak dengan sel-sel yang sihat. Tambahan pula, ESP juga dapat membantu menurunkan berat badan. Selain membantu menstabilkan kitaran haid kita.

GLA complex-membantu menstabilkan hormon. Membantu menstabilkan kitaran haid dan meningkatkan kesuburan. Mengandungi Vit E yang membantu menguatkan dinding arteri. Ia juga membantu penghasilan egg white cervical mukus yang membantu melancarkan sperma berenang menuju ovum.

B complex-mengandungi asid folik yang membantu meningkatkan kesuburan. Lengkap dengan 8jenis vitamin B. Ia juga membantu memberikan tenaga dan meredakan stress.

Alfafa complex– terkenal dengan nama jamu moden untuk wanita. Ia sangat bagus dalam membantu mengatasi masalah keputihan, senggugut, kitaran haid tidak teratur dan hubungan suami isteri sebab ia berfungsi seakan kacip fatimah.

Beli secara online di sini

 

Untuk Suami

Vita Lea- mengandungi pelbagai jenis vitamin untuk kesihatan badan kita. Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral. Kenapa perlu ambil?? Sebab, jika badan kita tidak mendapat keperluan vitamin yang secukupnya,ia akan menjejaskan kualiti sperma lelaki dan ovum wanita. Zinc yang terdapat di dalamnya sangat bagus dalam membantu meningkatkan kesuburan lelaki.

Vitamin E – terkenal juga dengan panggilan vitamin cinta. Sebab ia membantu meningkatkan atau meransang kemahuan untuk bersama. Ia juga membantu meningkatkan kelelakian lelaki dan menyuburkan organ reproduksi lelaki serta wanita. Ia juga mengandungi selenium yang bagus untuk kesuburan lelaki.

Vivix – membantu menyihatkan seluruh tubuh badan kita termasuklah kesihatan ovum dan sperma. Ia membantu meningkatkan tahap kesuburan ovum dan sperma untuk membolehkan mereka bercantum. Selain membantu memulihkan kesihatan dalaman wanita untuk membantu kesuburan dan menstabilkan hormon serta kitaran haid.

Beli secara online di sini

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

 

Beli secara online di sini

 

Untuk dapatkan harga lebih murah dan keistimewaan-keistimewaan yang lain, anda boleh mendaftarkan diri sebagai ahli untuk menikmati penjimatan hebat.

Daftar secara online di sini

 

 

Continue Reading

Berjaya Ikhtiar Hamil Dengan Cara Mudah

Alhamdulillah…Allah makbulkan doa kita untuk punyai zuriat. Gembira hati suami isteri apabila keputusan ujian urin menunjukkan dua garisan. Jom ikuti pengalaman mereka yang berjaya ikhtiar hamil dengan cara mudah.

 

 

Saya sendiri mempunyai pengalaman sukar untuk mendapatkan zuriat setelah kelahiran pertama. Hampir 2tahun kami berusaha untuk dapatkan zuriat yang kedua. Alhamdulillah, dengan bantuan set kesuburan Shaklee, akhirnya kini saya sedang mengandungkan anak kedua kami dan telah memasuki trimester kedua.

 

Sebelum ini, saya pernah mencuba kaedah tradisional seperti mengurut untuk “naikkan” rahim dan beberapa kaedah lain. Namun, setelah beberapa kali gagal untuk hamil kami sepakat untuk mencuba set kesuburan suami isteri Shaklee. Alhamdulillah, syukur. Asbab kami tidak berputus asa dan sentiasa mencari jalan untuk saya hamil lagi, kami berikhtiar dengan produk shaklee dan ianya membuahkan hasil.

 

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI

============================

Vivix – membantu menyihatkan seluruh tubuh badan kita termasuklah kesihatan ovum dan sperma. Ia membantu meningkatkan tahap kesuburan ovum dan sperma untuk membolehkan mereka bercantum. Selain membantu memulihkan kesihatan dalaman wanita untuk membantu kesuburan dan menstabilkan hormon serta kitaran haid.

 

Vita Lea – mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang membantu melengkapkan keperluan nutrisi badan kita. Disamping dapat membantu memberikan tenaga dan meningkatkan kesuburan sperma lelaki serta meningkatkan kemampuan seks lelaki.

 

Vitamin E – mengandungi selenium dan ekstrak biji anggur di dalamnya. Ia membantu melancarkan saluran darah dan meningkatkan kelelakian serta menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.

GLA Complex – membantu menstabilkan hormon dan kitaran haid wanita. Selain membantu menyediakan satu keadaan yang memudahkan pelekatan sperma dan ovum.

 

Alfafa Complex – membantu mengatasi masalah dalaman wanita seperti keputihan, kitaran haid tidak stabil, PMS, masalah sakit ketika bersama suami, dan membersihkan vagina. Selain dapat membantu mengetatkan, ia berfungsi seakan kacip fatimah.

 

B complex – mengandungi asid folik dengan kadar yang disyorkan oleh doktor untuk ibu hamil dan mereka yang ingin hamil. Mengandungi vitamin B6 yang membantu pemuliharaan selaput lendir yang sihat. Bertindak sebagai anti stress dan membantu memelihara sistem saraf.

 

ESP – mengandungi protein soya nonGMO yang terbaik pernah dihasilkan. Ia membantu memperbaiki sel-sel dan tisu yang rosak akibat senggugut. Selain membantu menstabilkan kitaran haid.

 

TESTIMONI PELANGGAN SET KESUBURAN SHAKLEE YANG BERJAYA HAMIL

 

 

 

 

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Continue Reading

Cara Merawat Sembelit Berdarah Dengan Berkesan

Masalah sembelit adalah perkara biasa bagi kita. Namun, masalah sembelit berdarah perlu kita risau. Umum mengetahui bahawa masalah sembelit atau buasir boleh menyebabkan kanser usus. Jom ketahui cara merawat sembelit berdarah dengan berkesan.

 

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kita berak@sembelit berdarah. Apa yang perlu dilakukan sekiranya mengalami masalah sedemikian? Kita perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya sembelit berdarah:

 

1- Buasir (Haemorrhoid)

Buasir biasanya disebabkan oleh luka dibahagian lubang dubur. Darah yang keluar adalah darah segar dan tidak bercampur dengan najis. Serta menitis-nitis selepas selesai membuang air besar. Kadang kala, pesakit akan rasa terdapat benjolan-benjolan kecil di lubang dubur dan mengalami kegatalan disekitar dubur.

 

2- Divertikulum

Pesakit akan mengadu bahawa mereka ingin membuang air besar, namun yang keluar hanyalah ketulan darah yang seakan darah haid wanita. Tapi, kebiasaannya darah segar yang keluar tanpa najis. Pesakit akan sering sembelit ketika membuang air besar.

 

3- Kanser usus

Merupakan kanser ketiga tertinggi di Malaysia. Antara simptom-simptomnya seperti berak berdarah tapi tidak sakit ketika membuang air besar. Najis bercampur darah, sembelit berpanjangan, cirit bercampur darah, terasa ingin membuang air besar namun tiada najis.

 

4- Polip

Merupakan sejenis ketumbuhan daging yang terdapat disepanjang usus. Bahayanya polip, ia boleh menyebabkan kanser usus (bergantung kepada biopsi). Semakin dekat polip dengan bahagian dubur, semakin merah segar pendarahan yang berlaku.

 

5- Angiodiplasia

Merupakan pembuluh darah kecil yang terdapat disepanjang usus. Ia boleh terluka dan menyebabkan berlakunya berak berdarah. Pendarahan yang berlaku bermula dengan warna merah segar sehingga kehitaman, bergantung kepada lokasi pembuluh darah yang luka.

 

6- Keradangan usus (Proctitis/Colitis)

Pesakit akan mengadu bahawa mereka mengalami cirit bercampur darah atau najis lembut bercampur darah. Secara amnya, keradangan usus ini berlaku disebakan oleh kuman.

 

7- Ubat

Terdapat juga ubat yang menyebabkan berak berdarah. Contohnya ubat pencair darah – warfarin dan aspirin.

 

Kalau pergi jumpa doktor, apa rawatan yang akan diberikan???

Selalunya, selepas kena ‘interview’ dengan doktor secara terperinci tentang masalah sembelit, doktor akan melakukan beberapa jenis pemeriksaan yang sesuai dengan masalah kita. Antaranya ialah:

 

1- Pemeriksaan abdomen

Pemeriksaan ini dilakukan bertujuan untuk mengesan bengkak atau benjolan yang mungkin terdapat didalam abdomen kita.

 

2- Pemeriksaan dubur

Doktor akan memeriksa sekitar dubur untuk mengesan sekiranya terdapat luka,benjolan atau ketumbuhan di sekitar lubang dubur. Seterusnya, doktor akan memasukkan jari ke dalam lubang dubur (terhad 7cm sahaja) untuk melihat warna najis yang terlekat disarung tangan untuk tujuan dianosis.

 

3- Proktoskopi

Sejenis alat dimasukkan ke dalam lubang dubur (terhad 8cm sahaja) untuk melihat keadaan di dalamnya. Gel akan disapukan kepada alat ini untuk mengelakkan pesakit merasa sakit semasa pemeriksaan dijalankan.

 

Selepas pemeriksaan, doktor dapati penyebab berak berdarah adalah disebabkan oleh luka, rawatan akan diberikan serta-merta. Namun, sekiranya masalah berulang atau kita didiagnos berisiko tinggi menghidap kanser. Doktor akan menasihati kita untuk berjumpa dengan doktor pakar bedah.

 

Rawatan lanjut yang akan dilakukan oleh doktor pakar adalah endoskopi, colonoskopi atau sigmoidoskopi. Kamera halus akan dimasukkan ke dalam usus besar untuk melihat keadaan usus di dalamnya. Pemeriksaan ini membolehkan doktor mengenalpasti sebab pendarahan sehingga ke peringkat terminal ileum (sambungan usus besar ke usus kecil) untuk colonoskopi dan ke tahap sigmoid untuk sigmoidoskopi.

 

Rawatan selanjutnya adalah bergantung kepada laporan keputusan colonoskopi atau sigmoidoskopi. Darah pesakit juga diambil untuk tujuan diagnosis.

 

Ada tak kaedah alternatif untuk merawat masalah sembelit berdarah ini???

Sebelum mengamalkan kaedah ini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor terlebih dahulu. Produk-produk ini berasaskan tumbuhan organik dan telah menjalani ujian klinikal serta mendapat kelulusan KKM serta halal JAKIM.

 

Vivix – polifenol dan resveratrol di dalamnya membantu membaiki sel-sel yang rosak sehingga ke peringkat DNA. Ia juga sangat membantu melawaskan proses pembuangan air besar. Selain membantu memberikan kesihatan menyeluruh kepada badan kita. Ia juga membantu mengelakkan kanser terjadi.

 

Omega Guard – membantu mengatasi masalah keradangan akibat sembelit dan menyebabkan luka. Ia juga membantu mengecutkan salur darah yang bengkak.

 

Ostematrix – membantu melancarkan proses pembuangan dan memberikan anda rasa lega.

 

Alfafa complex – membantu menjaga kesihatan usus supaya tidak memberikan tekanan kepada bahagian rektum.

 

Vita Lea – mengandungi zink yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka yang berlaku sekitar dubur.

 

Pembelian secara online di sini

 

Testimoni Pengguna Set Buasir @ Sembelit Shaklee

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Daftar keahlian secara online di sini

 

 

Continue Reading

5 Tempat Menarik Dikunjungi Di Korea Selatan

Ramai peminat fanatik K-Pop dan drama bersiri Korea yang menaruh harapan untuk melancong ke Korea bukan? Alang-alang nak melancong tu, korang wajib masukkan 5 tempat wajib dilawati ketika melancong ke Korea ni.


1- Dongdaemun

Terkenal dengan Dongdaemun Design 
Plaza (DDP) yang direka khas oleh arkitek 
terkenal Zaha Hadid. Ia mempunyai LED 
roses garden yang menjadi tumpuan orang 
ramai bergambar diwaktu malam. Selain 
menjadi tempat utama konvensyen, 
persembahan dan pameran.

Ia juga terkenal dengan pasar malam yang santai dan aneka ‘street food’ yang enak untuk dicuba. Namun, hati-hati dalam memilih makanan yang halal.

Bagi peminat K-pop, di Dangdaemun juga terdapat pelbagai barangan ‘official merchandise’ yang dijual berkenaan artis kegemaran anda. Tambahan, anda boleh mengambil gambar secara virtual di ‘photobooth’ dan menyaksikan konsert hologram untuk merasai ‘feel’ berada di konsert sebenar.

Jangan lupa untuk singgah di Krunk Kafe yang bertemakan artis Korea yang digayakan oleh beruang biru.

 

2- Insadong

Bagi yang berminat untuk mengenali kesenian dan kebudayaan orang Korea, wajib pergi ke Insadong. Tempatnya macam ‘jonker street’ kat Melaka dan suasananya macam kat Penang yang mana ada kafe-kafe, ‘street art’, dan pelbagai acara kesenian.

Anda boleh membeli cenderahati yang lebih bermutu dan berkualiti hasil air tangan penduduk Korea sendiri. Terdapat juga kedai-kedai tembikar, galeri, coklat dan teh di sekitar kawasan Insadong.

Paling best, setiap hari Sabtu bermula jam 2 petang sehingga 10 malam, dan hari Ahad 10 pagi – 10 malam jalan utama di Insadong ini akan ditutup kepada kenderaan. Ini bagi memberikan laluan eksklusif bagi pejalan kaki menyaksikan persembahan kebudayaan Korea.

 

3- Pulau Nami

Wahhh!!!’feeling’ ala-ala drama bersiri Winter Sonata kejap. Perjalanan lebih kurang 2 jam dari Soeul dan anda boleh ke sana dengan menaiki teksi atau keretapi. Cantiknya Pulau Nami sama macam dalam drama Winter Sonata tu.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh seisi keluarga semasa berada di Pulau Nami. Antaranya ialah bersiar-siar dengan basikal, buggy, bot pedal ataupun sertai aktiviti sukan air yang lasak. Best lagi, terdapat surau di Pulau Nami untuk umat Islam mengerjakan solat.

Jangan lupa mencuba ‘nasi goncang’ atau dikenali sebagai dosirak di sana.

 

4- Istana Gyeongbokgung

Anda peminat drama Price Hour?? Boleh la kunjungi istana Dinasti Joseon ini. Di sini anda boleh mencuba pakai hanbok, iaitu pakaian tradisional Korea dan bergambar di sekitar istana.

Terdapat Tugu Raja Sejong berdekatan istana ini. Raja Sejong merupakan seorang raja paling berpengaruh dalam sejarah Korea. Beliau yang memperkenalkan tulisan hangul sebagai tulisan rasmi. Muzium Raja Sejong terletak dibawah tugunya dan anda boleh mencuba menulis nama sendiri dalam tulisan hangul sebagai kenangan.

 

5- Iteawon

Korea ada masjid tak??Mestilah ada, Islam sudah tersebar ke seluruh dunia sekarang ini. Seoul Central Mosque, terletak di Iteawon yang mempunyai pelbagai gabungan budaya dan agama. Di sini juga agak mudah untuk mendapatkan makanan halal kerana populasi penduduk yang beragama Islam agak ramai.

Agak-agak tekak dah tak boleh nak telan makanan Korea lagi, bolehlah singgah untuk menikmati kebab Turki dan makanan Indonesia di sini. Terdapat juga deretan kedai untuk pengunjung membeli-belah di sini.

Lagi satu yang best di sini, terdapat kafe-kafe yang menyediakan pastri dan kek yang sedap-sedap di sini. Anda juga boleh mengambil gambar di Line Friends Store, bangunan 3 tingkat yang berkonsepkan karakter Line yang comel itu.

 

 

Sebenarnya, terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati di Korea, antaranya taman tema ‘indoor’ yang terbesar di dunia iaitu Lotte World, taman tema berkonsepkan seni bina Perancis di Petite France. Jikalau anda ke sana pada musim sejuk, bolehlah mencuba bermain ski di Yongpyong Ski Resort.

 

Pengedar Shaklee Anda,
FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

 

Continue Reading

Cara Urus Masa Antara Kerjaya dan Bisnes

Zaman melinium ini ramai yang mempunyai lebih daripada satu kerjaya, betul tak? Bekerja di waktu pejabat dan sebagai ‘online seller’ selepas waktu pejabat. Bagaimana cara terbaik untuk kita uruskan masa 24jam yang kita punya, bahagikan antara kerjaya, bisnes dan keluarga?

Semua penduduk bumi mempunyai masa 24jam sehari, tak ada yang lebih daripada itu. Terlalu banyak hal yang kira perlu uruskan sekiranya kita berkerjaya dan mempunyai perniagaan sendiri serta ada anak-anak yang perlu diberikan perhatian juga. Di sini saya berkongsi cara urus masa antara kerjaya dan bisnes agar dapat membantu kita lebih bijak menguruskan masa.

 

1- Rancang Jadual Harian

Setiap hari kita perlu merancang apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu, bermula awal pagi sehinggalah sebelum kita tidur. Amalkan bangun seawal jam 4@5pagi dan tidur seawal jam 10malam.

Susun dengan teratur jadual untuk esok sebelum kita masuk tidur. Pastikan kita masukkan sekali aktiviti solat sunat tahajud,dhuha,baca al-quran dan juga aktiviti bersama keluarga. Seterusnya, selit aktiviti untuk promosikan bisnes kita diantara waktunya.

2- Tetapkan Had Masa Untuk Setiap Tugas

Contohnya waktu bekerja kita 8 pagi hingga 5 petang. Waktu rehat pula 1 jam bermula jam 1 petang. Gunakan 1 jam rehat itu untuk makan dan uruskan bisnes kita. Sebaiknya bawa bekal dari rumah untuk jimatkan masa.

Aktiviti bersama anak-anak selama 2 jam, contohnya. Fokuskan betul-betul masa 2 jam untuk melayan karenah mereka. Kemudian, cukup tempoh itu kita perlu selesaikan tugasan seterusnya pula. Minta bantuan pasangan untuk sambung melayan anak-anak.

Dalam hal pengurusan masa kita harus tegas dengan diri sendiri. Elakkan mencuri masa, dikhuatiri kita tidak dapat selesaikan tugas mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

 

3-   Tetapkan Deadline Setiap Tugas

Tugasan tanpa deadline ibarat tugasan itu takkan pernah siap dan kita akan mudah hilang arah tuju dalam menyiapkan tugasan tersebut. Pastikan kita tetapkan bila tarikh akhir kita sepatutnya siapkan tugasan tersebut. Pastikan juga kita siapkan tugasan mengikut deadline, jangan suka melengahkan masa untuk siapkan tugasan.

4- Fokus

Untuk memastikan kita selesaikan sesuatu tugas mengikut masa dan sempurna, kita mesti fokus. Berikan tumpuan sepenuhnya terhadap tugasan yang perlu diselesaikan. Elakkan gangguan daripada persekitaran, ‘silent’kan telefon pintar, matikan notifikasi di media sosial, jangan buka facebook dan youtube.

 

5- Abaikan Perkara Yang Tidak Penting

Misalnya, kita ada tugasan yang harus diselesaikan jam 3 petang tapi kawan ajak pergi lepak kedai mamak. Kita harus menolaknya dengan berhemah dan bijaksana. Jika pergaduhan anak-anak kecil kita mengganggu fokus kita bekerja, minta bantuan pasangan untuk meredakan mereka. Jangan biarkan hal-hal yang tidak penting yang berlaku pada masa tersebut mengganggu emosi dan fokus kita. Abaikan perkara yang tidak penting, selesaikan tugasan kita terlebih dahulu.

Masa bergerak sangat pantas, jangan pula kita tertipu dengan masa. “Alah, baru pukul 1.30petang rileks lah dulu, tak payah kalut sangat nak promote barang online”, tanpa kita sedar masa tinggalkan kita.

Sentiasa adakan masa untuk Allah dan juga keluarga. Untuk apa kita bekerja dan berniaga??Untuk ada lebih banyak masa dengan Allah dan juga keluarga kan??Selain inginkan kehidupan yang lebih baik dan mewah. Jaga waktu kita bersama Allah, Allah akan adakan masa untuk kita selesaikan urusan kita.

Sekian sahaja perkongsian saya. Sekiranya anda berminat untuk berniaga dengan modal serendah RM68.90, tanpa perlu keluar rumah untuk pos barang dan tak perlu buat pinjaman perniagaan serta tak perlu simpan stok. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Continue Reading

Cara Menjaga Luka Bersalin Ceaser Agar Cepat Sembuh

Saat paling menggembirakan hati pasangan suami isteri adalah apabila si isteri disahkan hamil. Tidak kiralah kali ke berapa pun, yang penting rasa teruja tak sabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga. Namun, harus diambil peduli tentang penjagaan luka selepas ceaser agar tidak terbuka dan cepat sembuh.

Sebelum itu kita ketahui dahulu beberapa perkara yang mungkin menyebabkan luka jahitan pembedahan terbuka kembali, antaranya :

1- Jangkitan kuman

Risiko jangkitan kuman ini hanyalah 1%, dan kuman itu biasanya berasal daripada kulit kita sendiri. Jangkitan kuman ni akan menyebabkan kawasan luka lambat sembuh, bernanah atau terbuka.

 

2- Masalah obesiti

Ibu yang mengalami masalah obesiti mempunyai lapisan lemak tebal di perut dan berlapis. Ini menyukarkan kerja pembersihan di sekitar tempat luka sukar dilakukan. Luka yang tidak dilap sehingga kering akan berisiko mengalami jangkitan kuman.

 

3- Anemia

Ibu yang mengalami masalah anemia akan menyebabkan darah kekurangan oksigen untuk dibekalkan kepada tisu-tisu yang aktif dalam proses penyembuhan.

 

4- Pergerakan yang tidak dikawal

Contohnya seperti menyidai pakaian, meneran kuat ketika sembelit dan batuk. Elakkan pergerakkan di bahagian andomen. Rehat secukupnya dan amalkan pemakanan yang sihat.

 

5- Pemakanan dan kurang minum air

Menu makanan berpantang yang terlalu ketat seperti tiada menu sayur dan buah boleh mengakibatkan ibu berpantang mengalami sembelit. Tambahan pula, selepas bersalin badan kita akan dehidrasi dan kita perlu minum banyak air untuk pulihkannya kembali.

 

 

Jadi, bagi ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, anda harus tahu akan 5 perkara ini. 5 cara menjaga luka bersalin ceaser agar cepat sembuh.

1- Menjaga kebersihan

Hati-hati ketikaka mandikan ibu bersalin ceaser, elakkan kawasan luka itu daripada terkena air. Sekiranya luka ceaser itu basah, lap sehingga kering dan anginkan kepada udara. Atau boleh juga gunakan pengering rambut untuk memastikan luka itu betul-betul kering.

 

2- Bergerak lebih awal

Menurut kajian, pergerakan mampu mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan.Namun, haruslah dibantu oleh ahli keluarga semasa ingin melakukan pergerakan itu. Contohnya, berjalan sendiri ke tandas, berjalan perlahan dalam kawasan bilik.

 

3- Minum air secukupnya

Badan kita akan terhidrat selepas bersalin menyebabkan badan mengalami masalah kekurangan air. Air merupakan agen pembuangan toksin dan juga memudahkan proses perkumuhan dilakukan oleh badan. Jika badan kekurangan air, kita akan jadi sembelit dan memberikan tekanan kepada bahagian abdomen. Seterusnya menyebabkan kita rasa sakit dibahagian luka pembedahan.

 

4- Menyusukan anak secara eksklusif

Menyusu badan secara eksklusif sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Ini kerana, hormon oxytocin dikeluarkan oleh badan setiap kali ibu menyusukan anaknya. Hormon ini membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan berlakunya tumpah darah.

 

5- Mengambil suplemen yang selamat, semujadi dan sihat

Tidak dinafikan, lambakan suplemen murah banyak dijual di toko-toko jamu. Namun, kita seharusnya bijak memilih sebab kita yang akan memasukkannya ke dalam badan kita. Semestinya kita tidak mahu buah pinggang kita rosak disebabkan amalkan suplemen yang salah.

 

Shaklee mempunyai rangkaian suplemen yang telah diuji oleh saintis secara klinikal. Selain itu, produOk Shaklee juga telah mendapat kelulusan KKM dan status halal JAKIM. Antara suplemen Shaklee yang dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka ceaser dengan cepat adalah Set Berpantang Shaklee.

 

Vivix – kandungan polifenol di dalamnya membantu membaiki sel-sel yang rosak akibat pembedahan. Anti oksidan yang tinggi di dalamnya membantu meningkatkan sistem imun badan ibu berpantang. Selain, membantu memberikan tenaga segera dan mencantikkan kulit ibu berpantang.

Vitamin C – membantu membaikpulih sel tisu yang rosak selepas bersalin dan meransang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit. Membantu meningkatkan sistem imun badan untuk elakkan daripada demam atau selsema.

Alfafa Complex – berfungsi seakan kacip fatimah, membantu mengecutkan rahim dan membaiki sistem dalaman wanita. Bertindak sebagai agen detoks untuk usus, hati dan darah. Serta membantu memperbanyakkan susu badan.

Lecithin – sangat membantu dikala ibu menyusu mengalami bengkak susu. Ia membantu menukarkan lemak kepada titisan kecil seterusnya mengurangkan masalah bengkak susu yang boleh menyebabkan si ibu mengalami demam.

Vita Lea – multivitamin yang mengandungi zat besi untuk membantu mencegah anemia dan tekanan darah rendah. Selain dapat membantu membekalkan tenaga kepada ibu berpantang supaya tidak kelesuan.

B complex – lengkap mengandungi semua jenis vitamin B, ia membantu meredakan stress, menstabilkan hormon dan membekalkan tenaga sepanjang tempoh berpantang.

Energizing Soy Protein – membantu memekatkan susu badan ibu, membekalkan tenaga, memberikan rasa kenyang lebih lama dan mempercepatkan penyembuhan luka. Protein yang dibekalkan sangat membantu mencantumkan semula luka jahitan.

Ostematrix – selain membekalkan kalsium untuk ibu dan bayi melalui penyusuan, ia juga membantu mengelakkan masalah kejang dan kebas anggota badan sepanjang berpantang.

 

Jaga baik-baik luka pembedahan sebelum ia terbuka dan menyebabkan kita tak boleh tidur malam. Sakit yang terpaksa ditanggung boleh menyebabkan ibu berpantang kemurungan dan susu badan berkurang.

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdin
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Continue Reading

Gejala Penyakit Saraf dan Cara Merawatnya dengan Berkesan

Pernahkah anda merasa sakit mencucuk seakan tertusuk jarum yang tajam? Rasa sakit ini kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada dan adakalanya rasa sakit ini berpanjangan. Jika ada, anda mungkin sedang mengalami masalah kerosakan saraf.

 

sistem saraf

Saraf boleh diibaratkan sebagai pendawaian elektrik di dalam tubuh kita. Ia berhubungan antara satu sama lain untuk menghantar signal ke seluruh tubuh badan kita. Saraf mempunyai 3 fungsi utama iaitu sebagai alat komunikasi, pengatur kerja dan pusat pengendali tanggapan.

 

Dengan adanya fungsi saraf yang baik, kita dapat menggunakan seluruh deria dan pancaindera kita dengan baik. Organ dalam badan kita juga dapat berfungsi dengan baik. Disamping, tubuh kita dapat mengendalikan perubahan yang berlaku dipersekitarannya.

 

Kebiasaannya penyakit saraf ini menyerang bahagian tangan dan kaki kita. Terdapat pelbagai jenis gejala penyakit saraf, antaranya ialah:

1- Merasa kebas atau mati rasa terutamatanya dibahagian jari tangan dan kaki.

2- Kesukaran untuk bergerak / stroke.

3- Rasa sakit pada bahagian kaki, kebas dari punggung sehingga ke kaki.

4- Hilang keseimbangan, contohnya tetiba jatuh tersungkur walaupun tengah elok berjalan.

5- Sering membuang air kecil.

6- Sering mengalami sakit kepala yang berulang.

7- Kuat berpeluh

8- Otak lambat memberikan respon terhadap sesuatu perkara.

 

Seandainya anda mengalami gejala seperti di atas. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. Terdapat lebih daripada 600 jenis penyakit saraf di dunia ini. Mungkin doktor boleh mengenalpasti kategori penyakit saraf anda dan mencadangkan rawatan yang sesuai.

 

Selain itu, kita seharusnya mengamalkan gaya hidup sihat bagi menjaga kesihatan tubuh badan termasuklah kesihatan saraf dan sendi. Amalkan diet pemakanan yang sihat dan bersenam setiap hari.

 

Terdapat juga yang mencuba kaedah alternatif untuk mengatasi masalah saraf seperti rawatan akupuntur dan pengambilan suplemen. Seandainya, anda ingin mengamalkan pengambilan suplemen/vitamin/pemakanan tambahan, pastikan ianya disahkan selamat, sihat dan semulajadi seperti produk Shaklee.

 

Produk Shaklee telah terbukti selamat, sihat dan semulajadi oleh saintis pakar. Shaklee mempunyai rangkaian produk yang luas di seluruh dunia. Antara produk Shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah penyakit saraf adalah Vivix, Omega Guard, B complex dan Ostematrix.saraf, set saraf

Vivix-dapat membantu membaiki sel-sel, saraf, tendon dan ligamen yang rosak. Kandungan polifenol di dalamnya mampu membantu melindungi sel-sel daripada rosak.

Omega Guard-membantu mengurangkan keradangan, melindungi sendi dan saraf serta bertindak seakan pelincir kepada sendi.

B complex-mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap, termasuklah vitamin B6 dan B12 yang bagus untuk kesihatan saraf.

Ostematrix-bukan sekadar pil kalsium, kandungan vitamin D di dalamnya membantu melegakan sakit saraf.

Sakit saraf yang berpanjangan boleh mengakibatkan anda hilang keupayaan hidup normal. Cegah ia sebelum melarat.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi percuma dan menempah Set Saraf Shaklee anda sekarang!!!!

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Daftar keahlian secara online di sini

 

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

 

 

 

Continue Reading

Cara Menyusukan Anak Dengan Betul

Sekarang ini sudah ramai ibu yang semakin sedar dan peka tentang kepentingan menyusukan anak. Jika anda berhasrat menyusukan anak sejak lahir sehingga dia berusia 2 tahun, anda adalah ibu terbaik. Ramai ibu yang kali pertama menyusukan anak mengalami kesukaran, sehinggalah mereka telah terbiasa kerana ianya berlaku secara semulajadi. Di sini, saya ingin kongsikan cara menyusukan anak kali pertama supaya dapat membantu mereka yang pertama kali menyusukan anak.

 

 

Selepas jururawat selesai bersihkan bayi yang baru dilahirkan, dia akan meletakkan bayi tersebut di sebelah kita untuk disusukan. Mereka akan mengajar cara yang betul untuk menyusukan bayi pada masa itu. Cara-caranya adalah:

  • Bayi diletakkan betul-betul sebelah kanan/kiri ibu, senang untuk ibu menyusukan anak.
  • Ibu akan mengiring ke kanan/kiri dan menyuakan puting ke mulut anak.
  • Pastikan anak membuka mulut seluasnya supaya mulutnya boleh melekap sehinga bahagian aerola puting ibu.
  • Sekiranya anak hanya menghisap puting ibu, mulutnya tidak melekap sekitar aerola, dikhuatiri pengeluaran susu akan sedikit dan anak tidak dapat menyusu sehingga kenyang.

 

Seluruh pakar nutrisi pemakanan bersetuju bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk anak yang baru dilahirkan sehingga berusia 2 tahun. Antara kebaikan susu ibu adalah ia dapat mencegah anak daripada mendapat penyakit:

  • cirit-birit/gastroenteritis
  • masalah paru-paru seperti pneumonia dan bronkolitis
  • infeksi pada saluran kencing
  • infeksi telinga
  • masalah kulit/ekzema

 

 

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa bayi yang disusukan ibu ketika bayi dapat membantu mengekalkan kesihatan bayi dalam jangka masa yang panjang. Antara kebaikannya:

  • mempunyai tekanan darah dan tahap kolesterol yang lebih rendah
  • kurang risiko hidapi penyakit diabetes tahap 2 apabila dewasa

 

Ibu menyusu juga akan mendapat manfaat besar jika menyusukan bayi. Antaranya ialah:

  • kurang berisiko untuk menghidap kanser payudara sebelum menopous
  • kurang berisiko untuk menghidap kanser servik dan diabetes tahap 2

 

Susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik untuk bayi. Susu ibu mengandungi lebih 400 jenis nutrisi yang membantu tumbesaran bayi. Kementerian Kesihatan Malaysia dan Organisasi Kesihatan Dunia mengesyorkan penyusuan ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi berusia 6 bulan dan sehingga bayi berusia satu tahun atau lebih. Islam menggalakkan ibu menyusukan anaknya sehingga berusia dua tahun.

 

 

Selain daripada itu, anak yang disusukan ibu dikatakan mempunyai perkembangan minda yang lebih baik serta imuniti badan yang lebih kuat.  Namun, yang lebih istimewa adalah ibu dan bayi akam mempunyai ikatan yang lebih mesra dan istimewa.

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MENYUSUKAN BAYI????

Masa untuk menyusukan bayi adalah diantara 7 sehingga 40 minit. Jadi, ibu dinasihatkan memilih tempat dan postur badan yang selesa untuk menyusukan bayi untuk mengelakkan rasa sakit pinggang dan belakang badan.

 

Cara ibu memegang bayi semasa hendak menyusukan bayi jugak memainkan peranan penting. Terdapat beberapa posisi penyusuan yang boleh ibu cuba, seperti di dalam gambar.

 

Bayi seharusnya meyusu dengan lekapan satu mulut penuh supaya pengeluaran susu lebih produktif. Sila rujuk gambar untuk lebih jelas.

 

Sekiranya ibu merasa sakit di puting, masukkan satu jari kelengkeng ibu antara gusi bayi dan puting, cuba lepaskan hisapan secara perlahan. Kemudian, cuba lekapkan kembali dengan betul supaya hisapan bayi lebih baik.

 

 

MASALAH YANG BIASA DIALAMI OLEH IBU MENYUSU KALI PERTAMA

Kebiasaannya, pada 6 minggu yang pertama ibu akan mengalami beberapa masalah. Bayi anda dalam proses mengadaptasi menyusu badan dan badan ibu pun dalam proses untuk menghasilkan lebih banyak susu. Antara masalah yang biasa dialami oleh ibu menyusu kali pertama adalah:

  • payudara bengkak
  • puting sakit
  • naik radang pada payudara
  • bekalan susu ibu tidak mencukupi

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI MASALAH DI ATAS???

 

Energizing Protein Soy(ESP) dan Alfafa Complex dapat membantu sebagai milkbooster bagi ibu menyusu. Selain itu, ESP sangat bagus untuk memberikan tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama. Tambahan, ia juga dapat membantu memberikan efek kulit cantik kepada ibu dan bayi.

 

Alfafa complex pula mempunyai khasiat seakan kacip fatimah. Sangat bagus untuk kesihatan dalaman wanita dan juga ia membantu detox usus, hati dan darah.

Beli secara online di sini

 

Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak sehingga menjadi titisan kecil. Ia membantu memecahkan lemak yang terkandung di dalam susu ibu seterusnya mengurangkan pembengkakan payudara.

 

Sekiranya Lecithin di ambil bersama Alfafa Complex dan ESP secara tak sengaja ibu menyusu sedang mengamalkan set kurus juga. Jadi, jangan terkejut sekiranya ibu menyusu boleh kurus semula dengan cepat selepas melahirkan anak.

Beli secara online di sini

 

TESTIMONI PENGGUNA SET MENYUSU SHAKLEE

 

 

 

 

 

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Kawasan COD : Kelantan dan Penang

Continue Reading