Tutorial make-up simple dan peralatan asas yang diperlukan

Sekarang ramai orang perempuan yang teruja sangat tengok tutorial make-up kat youtube kan??Tak kira lapisan umur, daripada sekolah rendah, remaja sampai lah mak-mak kita kat rumah itu pun suka tengok cara orang make-up kan?? Semua orang teringin untuk nampak cantik dan bergaya sekarang ni kan. Bagi yang baru nak berjinak-jinak calit mekap kat muka ni, tahu ke apa peralatan asas yang perlu ada untuk mekap?? Jom kita tengok tutorial mekap simple dan peralatan asas yang diperlukan.

Sebelum kita mula nak tatarias wajah, kita kena sediakan terlebih dahulu barang-barang asas yang diperlukan. Di sini saya kongsikan juga sedikit tips untuk menggunakan barang-barang asas mekap.

 

Alat keperluan asas untuk solekan

 

1.Concealer
Pilih concealer jenis berkrim yang boleh sorokkan lingkaran gelap bawah mata dan menutup cela di wajah.

 

2. Foundation / bedak asas
Kita tidak perlu mencalit foundation ke seluruh muka, hanya calit di kawasan yang mempunyai warna dan tona yang tidak sekata pada wajah. Sekiranya wajah kita tidak mempunyai masalah, kita boleh menggunakan ‘tinted moisturiser’ sahaja.

 

3. Blusher / pemerah pipi
Pilih warna yang lebih hangat bagi menyerlahkan kecomelan pipi gebu kita itu.

4. Translucant powder
Apa yang best pasal translucant powder ni, ia jenis bedak serbuk yang sangat ringan, mudah disapu menggunakan berus, mudah rata dan kawalan berkilat. Maksudnya, wajah kita nampak cantik dan tidak berkilat apabila memakainya.

 

5. Maskara
Tak lengkap rasanya tatarias bahagian mata tanpa maskara. Pilih warna hitam atau coklat gelap bagi mereka yang tidak memiliki bulu mata yang lebat.

 

6. Neutral eye shadow / pembayang mata warna nuetral
Warna beige atau taupe kebiasaannya disapukan di seluruh kelopak mata sebagai pencerah.

7. Pembayang mata
Bagi mekap yang simple dan neutral, warna coklat abu-abu dan kelabu arang menjadi pilihan. Sapukan di bahagian bawah kelopak mata dan juga di bawah tulang berhampiran mata untuk menampakkan kedalaman. Bagi mereka yang suka nampak sweet, boleh gunakan warna pink lembut.

 

8. Eye liner
Eye liner ni tujuan pemakaian adalah untuk menutup ‘gap’ bulu mata palsu dan jugak untuk menyerlahkan lagi mata kita untuk tampak lebih menarik. Gunakan eye liner warna hitam atau coklat gelap, gariskan nipis sahaja di atas kelopak mata.

 

9. Gincu/lipstick
Gincu bibir boleh dipilih mengikut citarasa anda. Namun, warna gincu yang tengah ‘in’ trend sekarang ni terdiri daripada warna-warna neutral dan lembut. Kita boleh jugak memakai lip gloss jika kita suka nampak bibir berkilat.

Ok, sekarang kita sudah tahu serba sedikit alat solek yang kita perlukan. Bagaimana pula dengan berus?? Berus mekap merupakan peralatan penting bagi memastikan solekan kita kelihatan cantik dan kemas.

 

Berus mekap

 

1. Fluffy powder brush
Berus ini bersaiz besar, bulat dan lembut bulunya. Digunakan untuk menyapu bedak serbuk pada seluruh muka di akhir mekap.

2. Blush brush
Bersaiz lebih kecil dan sesuai untuk menyapu dan mengadun pemerah pipi di sekitar pipi dan tulangnya.

3. Eye shadow brush
Satu berus yang cukup untuk menyapu pembayang mata dengan satu sapuan.

4. Crease brush
Bersaiz kecil dan bulat, digunakan di bawah lipatan untuk menambah kesan lebih gelap dan dramatik.

5. Eye liner brush
Kecil, tirus sedikit dan rata, digunakan untuk membuat garisan pada mata atau untuk menyapu sedikit serbuk kening bagi mereka yang memiliki kening nipis.

6. Tweezer
Digunakan untuk mencabut helaian bulu kening yang tumbuh berselerak dan nampak tidak kemas. Namun, perbuatan ini haram dilakukan bagi wanita muslim. Ianya bertentangan dengan tuntutan syariat Islam.

 

Yeayyy!!!!Dah tahu dah apa yang nak dibeli lepas ni. Jom kita cuci mata tengok tutorial mekap yang simple tapi tetap nampak cantik dan manis apabila dipandang.

 

 

Bagi seorang perempuan yang suka bermekap, kita juga harus tahu mencuci mekap dengan sebersihnya bagi mengelakkan wajah kita bermasalah. Apabila kita tidak mencuci mekap dengan bersih, ia akan menyebabkan liang pori tersumbat yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh.

 

Oleh itu, untuk menjaga kejelitaan semulajadi wajah kita. Kita harus mengamalkan vitamin C dan E. Barulah mekap kita nampak cantik dan tidak terlalu tebal, sebab kulit wajah kita sudah semulajadi cantik.

 

Vitamin C
=========
Membantu menganjalkan kulit, antioksidan, meningkatkan sistem imun badan, mengecutkan jerawat, mencerahkan kulit.

 

Vitamin E
=========
Membantu mengekalkan kecantikan kulit, melembabkan kulit dan memudarkan parut jerawat

 

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

 

Beli secara online di sini

 

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.