5 Cara Hilangkan Biji Kolesterol Atau Kutil Lemak Bawah Mata

Xanthelasma adalah nama saintifik bagi biji, bintik atau kutil kolesterol bawah mata. Kemunculan biji kolesterol ini menandakan badan kita mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Terdapat 5 cara hilangkan biji kolesterol ini dengan berkesan. Tambahan, kehadiran biji kolesterol ini biasanya pakej dengan kesan lebam bawah mata a.k.a ‘panda eyes’.

 

Masalah kolesterol tinggi bukanlah satu-satunya faktor terbentuknya biji kolesterol pada bawah dan kelopak mata. Antara faktor lain adalah diabetes, genetik dan masalah hati. Namun, mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi, diabetes dan sirosis paling berisiko mendapat xanthelasma. Selain itu, xanthelasma biasanya muncul di usia 40an dan ke atas.

 

Boleh hilang ke biji kolesterol dan lebam bawah mata ini?? Macamana caranya?? Perlukan rawatan laser ke?? Bahaya ke kalau tak dirawat???

 

Baiklah, bawa bertenang ye. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan.

 

Biji bawah mata dan kesan lebam itu boleh dihapuskan, namun ia memerlukan disiplin yang tinggi untuk memastikan kita mematuhi peraturannya.

 

Pertama sekali, kita perlulah jaga pemakanan seharian, pastikan ianya rendah kolesterol. Selain itu, kita haruslah bersenam untuk membakar kolesterol jahat yang memudaratkan kesihatan kita. Yang ketiga, kita haruslah mengamalkan pengambilan pemakanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi seharian kita sekaligus membantu menurunkan paras kolesterol dan meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan kita.

 

 

Biji kolesterol yang tidak dirawat daripada awal akan menyebabkan bilangannya semakin bertambah. Disamping itu, kesannya mungkin kita akan menghidap penyakit darah tinggi dan masalah jantung. Ini kerana tahap kolesterol kita yang semakin tinggi.

 

Di sini saya kongsikan 5 cara yang boleh anda cuba untuk hilangkan biji kolesterol di bawah kelopak mata.

 

1- Lebih Banyak Buah dan Sayur

Kalau biasanya anda makan salad dalam berger McDonald saja, mulai sekarang tukar menjadi penggemar salad sayuran dan buahan. Elakkan makan makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi. Jikalau anda suka minum jus buah, lebih bagus diminum bersama fibernya sekali, fiber membantu melawaskan proses pencernaan.

2- Bijirin Gandum Penuh (Wholemeal)

Sarapan pagi atau minum petang kita biasanya roti putih dibakar dan disapu mentega serta jem. Jom tukar kepada roti gandum penuh (wholemeal bread) yang berwarna keperangan. Ianya lebih bagus dan rendah paras kolesterol.

 

3- Lebihkan Makan Ikan

Fenomena kambing golek dan daging bakar sekarang ini kan?? Memang sedap dimakan, tapiiiiii…kolesterol tinggi tau. Seeloknya, elakkan pengambilan daging merah berlebihan dalam hidangan seharian kita. Banyakkan makan ikan dan juga hidupan laut yang lain seperti udang, sotong dan ketam. Antara ikan yang bagus untuk dimakan selalu ialah ikan salmon, makerel dan sardin.

 

 

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan pengambilan makanan yang membantu meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) dalam badan, seperti pengambilan avocado, minyak zaitun, yogurt, kekacang dan bijirin.

 

4- Lebihkan Bawang Putih Dalam Masakan

Khasiat bawang putih ini sangat banyak. Tidak hairanlah kalau ada yang suka makan bawang putih mentah-mentah. Tapi, bagi kita orang biasa ini akan masukkan ke dalam masakan. Selain daripada bertindak sebagai anti radang dan anti kulat, bawang putih juga membantu mengawal kolesterol jahat dalam badan kita. Garlic complex boleh bantu berikan khasiat bawang putih kepada tubuh kita.

 

5- Pemakanan Tambahan

Sebagai pengguna yang bijak kita haruslah memilih pemakanan tambahan yang berkualiti tinggi. Bukan asalkan murah je terus beli, lepas tu menderita sakit macam-macam. Antara produk yang paling dipercayai selamat, melalui beribu kali ujian klinikal dan makmal, mendapat pengiktifan antarabangsa sebagai vitamin semulajadi dan diperbuat daripada bahan organik serta nonGMO adalah produk Shaklee. Boleh baca di sini.

 

Phytocol-ST

Ia telah dirumus khas mengandungi 2000mg fisoterol semulajadi daripada tumbuhan, bijirin dan buah-buahan untuk menampung keperluan seharian kita. Kandungan fisoterol di dalamnya adalah mengikut saranan yang telah digariskan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

 

Omega Guard

Ia merupakan minyak ikan yang tulen mengandungi asid lemak omega 3. Asid lemak omega 3 mengandungi kolesterol baik yang dapat membantu merendahkan paras kolesterol jahat. Ia membantu menyingkirkan lemak jahat yang boleh menyebabkan salur arteri tersumbat sekaligus merendahkan risiko terjadinya strok dan serangan jantung.

 

Garlic Complex

Diformulasikan mempunyai bau rosemary yang dapat menenggelamkan baudan rasa bawang putih. Mengandungi allicin dan khasiat bawang putih sebenar. Ia membantu menstabilkan tekanan darah tinggi, meningkatkan kolesterol baik, mengurangkan pembekuan dan kelikatan darah. Sekaligus, ia membantu melindungi kesihatan jantung, mengurangkan risiko strok dan penyakit koronari.

 

Lecithin

Ia kaya dengan ‘Polyunsaturated fat’ yang membantu meningkatkan kadar kolesterol baik dan menurunkan kadar kolesterol jahat. Ia juga dikenali sebagai pengemulsi semulajadi kerana mempunyai kesan melekat pada lemak yang menyebabkannya terapung dan tidak melekat pada dinding arteri. Sekaligus membantu melancarkan peredaran darah.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk atau ingin menempah produk, anda boleh hubungi saya. Sebagai pengedar Shaklee yang terlatih, saya akan bantu memberikan konsultansi percuma kepada anda.

 

FB: IdAyu Irdina

FB Page: Idayu Irdina

IG: @IDAYU_IRDINA

No.HP: +6013-9189500

 

Jika anda ingin membelinya terus secara online, sila klik di sini.

 

Untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan kelebihan lain, anda boleh mendaftarkan diri sebagai ahli di sini.

 

 

 

 

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.