5 Cara Hilangkan Sakit Belakang Yang Kronik

JANGAN abaikan artikel ini sekiranya anda mengalami masalah sakit belakang. Ramai sebenarnya yang mempunyai masalah sakit belakang dan mereka keliru samada ia adalah masalah slip disc atau bukan. Di sini ada dikongsikan penerangan mengenainya dan juga 5 cara menghilangkan sakit belakang yang kronik.

 

Menurut kenyataan Dr. Ozlan Izma di dalam sebuah akhbar online menyatakan bahawa ramai pesakit yang mempunyai sakit belakang beranggapan bahawa mereka mempunyai masalah slip disc. Sakit belakang ini berlaku apabila kita cuba membuat gerakan diluar kemampuannya. Namun, sakit ini tidaklah serius dan kira-kira 90 peratus pesakit boleh sembuh dalam masa dua hingga tiga minggu.

Sakit belakang sebenarnya dikaitkan dengan masalah terseliuh pinggang, contohnya akibat duduk terlalu lama. Sekiranya seseorang itu duduk terlalu lama, postur badan yang tidak betul akan menekan otot dan tulang. Seterusnya ia akan menyebabkan sendi menjadi kaku atau keras.

Kemudiannya otot itu akan menjadi lemah. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kita melakukan kerja-kerja mengangkat barang yang berat. Ini akan menyebabkan pinggang terseliuh dan mengalami sakit belakang.

Namun begitu, sakit belakang boleh menjadi lebih serius sekiranya kita berasa sakit bahagian belakang dan rasa menyucuk hingga ke bawah kaki. Sehingga menyebabkan kegagalan mengawal pundi kencing ataupun demam.

Apakah rawatan yang biasa diberikan?

Untuk rawatan kecemasan untuk mengurangkan rasa sakit atau tegang bahagian belakang, kita boleh tuam kawasan tersebut menggunakan pad ais atau air batu. Hancurkan ketulan air batu, masukkan ke dalam plastik, kemudian balut dengan kain kering dan tuam pada bahagian yang sakit selama 10 minit.

 

Selain itu, pesakit akan diberikan ubat untuk mengurangkan bengkak dan sakit belakang jika kita ke pusat rawatan. Ubat yang akan diberikan itu tidak semestinya ‘pain killer’. Antara kaedah lain untuk membantu mengurangkan sakit belakang ialah dengan melakukan senaman regangan dan urutan.

Kepada mereka yang bekerja memerlukan anda duduk terlalu lama, sebaiknya duduk dalam keadaan postur badan dan teknik yang betul. Setiap 30 minit, lakukan regangan mudah untuk mengelakkan sakit belakang.

Slip Disc vs iritasi saraf ke?

Disc ataupun dikenali sebagai tulang rawan yang terletak di antara segmen-segmen tulang belakang dan berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan mobiliti tulang belakang. Disc akan kehilangan kelembapan dan fungsinya akan merosot. Namun, bukan semua disc yang merosot menyebabkan sakit belakang.

Slip disc berlaku apabila disc merosot, menonjol dan menekan saraf tunjang. Antara gejala slip disc ialah

  • rasa sakit belakang menuju ke kaki dan bawah paras lutut. Rasa seakan-akan daging kita dihiris oleh pisau, menyucuk dan kebas.

Menurut Dr. Ozlan Izma, kebanyakan daripada kita salah faham tentang slip disc di mana istilah sebenarnya ialah iritasi saraf yang disebabkan oleh disc yang terluka.

Tambah beliau lagi, iritasi saraf boleh dirawat dan peratus untuk sembuh adalah tinggi. 70% daripada pesakitnya boleh sembuh dengan pengambilan ubat-ubatan yang betul, 20% daripadanya boleh sembuh dengan suntikan epidural dan selebihnya memilih kaedah pembedahan sebagai jalan terakhir. Namun begitu, ada juga mereka yang pulih dengan menjalani rawatan fisioterapi.

Punca sakit belakang

Zaman serba canggih sekarang ini banyak jugak menyumbang kepada keburukan dan gaya hidup yang tidak sihat. Dengan adanya gajet dan juga kemudahan yang lain, ramai daripada kita yang tidak bersenam dan mengamalkan cara pemakanan yang sihat.

Tidak hairanlah jika golongan muda kini ramai yang mengalami masalah sakit belakang. Mereka sudah tidak mengamalkan gaya hidup aktif kerana asyik leka dengan permainan video atau gajet sentiasa di tangan. Sepatutnya mereka perlu mengekalkan gaya hidup aktif seperti bersenam dan beriadah di luar rumah.

5 Cara hilangkan sakit belakang dengan berkesan

Sekiranya kita mengamalkan 5 cara ini dalam kehidupan seharian kita, kita dapat mengurangkan risiko untuk mendapat saki belakang.

1- Berdiri dan berjalan

Biasa mereka yang bekerja sebagai sales girl atau sales man di pasaraya pasti akan hadapi sitiasi ini. Berdiri dalam jangka waktu yang lama juga boleh menyebabkan sakit belakang.

Oleh itu, mereka dinasihatkan untuk berdiri tegak, luruskan belakang dan kepala memandang ke hadapan. Mereka juga perlu kerap menukar posisi berdiri untuk mengelakkan sakit belakang.

Sewaktu berjalan kita perlu tegakkan badan dan luruskan belakang. Pakai kasut atau selipar yang bertapak rendah untuk elakkan sakit belakang.

2- Duduk

Cara duduk yang betul ialah dengan rapatkan punggung dan menyandar sepenuhnya untuk mengelakkan tekanan pada disc tulang belakang. Sekiranya perlu, letakkan bantal lembut di belakang untuk menyokong.

3- Mengangkat barang

Ramai yang abaikan cara yang betul untuk mengangkat barang, terutamanya barang yang berat. Jika posisi badan salah semasa mengangkat barang yang berat, ia boleh menyebabkan pinggang terseliuh atau slip disc.

4-Tidur

Bagaimana posisi tidur anda? Baring atau mengiring? Sekiranya anda selesa tidur baring, letak bantal lembut di bawah lutut untuk sokongan. Seandainya anda suka tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut dengan selesa.

Pastikan kita tidur di atas tilam atau hamparan yang tidak terlalu lembut atau keras.

5- Memandu

Ada yang suka memandu sambil baring ke?hehehe..hebat sungguh kalau siapa yang memandu sambil baring itu.

Cara duduk yang betul ialah duduk tegak dan kedudukan kerusi ke depan supaya pinggang dan lutut selaras. Untuk lebih selesa, bolehlah letakkan bantal lembut atau gulungan tuala untuk menyokong bahagian belakang badan.

Selain daripada 5 cara ini, sekiranya anda mengalami masalah sakit belakang yang kronik, anda boleh mencuba pengambilan suplemen yang membantu mengatasi masalah sakit belakang dan juga slip disc. 

Vivix merupakan agen anti penuaan yang membantu memelihara keanjalan struktur disc tulang belakang sekaligus dapat membantu mengurangkan risiko sakit belakang dan juga slipped disc.

Ostematrix mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral, termasuklah kalsium dan magnesium. Kalsium yang terkandung di dalamnya sangat membantu untuk memastikan tulang kita kuat dan padat. Ia juga mengandungi vitamin D yang membantu penyerapan kalsium yang lebih serta untuk pertumbuhan tulang.

Omega Guard mengandungi lemak omega 3 yang bagus untuk sendi. Ia juga membantu mengatasi keradangan sendi dan mengurangkan degradasi tulang.

Apa kata pengguna???

 

Bagaimana untuk dapatkan suplemen hebat ini???

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan suplemen hebat ini pada bila-bila masa. Hubungi saya di talian 013-9189500. Atau boleh juga hubungi saya melalui:

FB : IdAyu Irdina

FB Page : Idayu Irdina

IG : @idayu_irdina

 

Beli secara online

Daftar keahlian

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.