5 Kata-Kata Motivasi Diri Untuk Sukses Dalam Hidup

Assalamualaikum…Hai semua!! Selamat pagi..semoga pagi anda ceria-ceria selalu. Bagi yang kurang bersemangat untuk mulakan hari anda, saya suka untuk kongsikan di sini 5 kata-kata motivasi diri yang boleh menaikkan semula semangat kita untuk terus berjuang memburu kejayaan. Kita adalah apa yang kita fikirkan, sentiasa tanamkan sikap positif dalam diri untuk memastikan kita merupakan “fighter” yang hebat untuk mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup.

1- MINDSET IS EVERYTHING

Apakah perkara yang pertama sekali yang kita akan fikirkan selepas bangun tidur? Adakah ianya perkara positif atau negatif? Seandainya kita berfikiran positif seawal kita bangkit dari tidur, aura positif itu akan bertahan sehingga ke petang. Badan kita akan penuh dengan tenaga positif yang boleh mempengaruhi daya pemikiran kreatif kita.

Akan tetapi, sekiranya kita bangun tidur dengan keaadan kepala berserabut dan penuh dengan aura negatif. Sepanjang hari kita akan bermasalah, tak ada mood untuk melakukan kerja dengan bagus, rasa lemah tak bermaya dan perasaan marah lebih menguasai diri kita.

Oleh sebab itu, kita perlu setkan minda kita kepada perkara yang positif dan menggembirakan sebelum tidur, dan kemudiannya kita hanya fikirkan yang indah sahaja selepas bangun dari tidur. Agak sukarkan untuk kita berfikiran positif jika di dalam masalah???

Percaya atau tidak, sebenarnya kita mampu untuk ubah pemikiran kita ke arah yang positif walaupun kita sedang hadapi masalah besar. Apa yang perlu kita buat ialah, tukar sudut pandangan kita. Ubah masalah menjadi satu permainan, plan strategi sebaik mungkin, atur langkah sekemas mungkin dan cuba lakukan tindakan yang sepatutnya satu persatu. Dalam kita tidak sedar, kita sudahpun selesaikan masalah tersebut. MINDSET IS EVERYTHING.

2- LIFE IS TOO SHORT TO START YOUR DAY WITH BROKEN PIECES OF YESTERDAY, IT DEFINITELY DESTROY YOUR WONDERFUL TODAY AND RUIN YOUR GREAT TOMORROW

Dalam 1 hari kita hanya ada 24 jam, semua orang di dunia ini hanya ada masa 24 jam je sehari untuk hidup. Rugi yang teramat sangat kalau kita sia-siakan masa 24 jam yang kita ada itu untuk kita buat atau kita fikirkan tentang perkara yang sudah berlalu. Rasa sakit hati, dendam, tak puas hati dan marah itu sebenarnya memakan diri kita sendiri. Kenapa? Sebab kita tidak boleh “move on” dengan cepat.

Iya betul, hati yang sakit, hati yang sedih, hati yang berdendam bukan senang untuk diubah kembali seperti tidak ada apa-apa pun yang berlaku. Tapi, cuba kita fikir kembali, adakah berbalaoi kita terus menyeksa diri sendiri hari demi hari mengenangkan masa lalu tanpa berbuat apa-apa pun.

Jangan terus tenggelam dalam emosi. Ingat, kita seorang “fighter” yang hebat. Kita tidak boleh mudah terganggu dengan kesilapan silam kita. “Do something”, kita kena cepat bertindak untuk baiki diri kita untuk tidak ulangi kesilapan yang sama. Jangan rosakkan hari-hari yang mendatang dengan pengaruh emosi yang negatif. Orang berjaya akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk dia ubah keadaan menjadi lebih baik.

3- BE THANKFUL FOR WHAT YOU HAVE, YOU’LL END UP HAVING MORE. IF YOU CONCENTRATE ON WHAT YOU DON’T HAVE, YOU WILL NEVER, EVER HAVE ENOUGH.

Sentiasa rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini, kita akan lebih berusaha untuk memperoleh lebih lagi. Tapi, seandainya kita fokus kepada apa kita tidak miliki, kita tidak akan pernah merasa cukup. Jangan tamak! Sikap tamak yang negatif hanya akan merugikan diri kita sendiri. Jangan cuba untuk miliki apa yang bukan hak kita. Tetapi, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang dan jadikanlah ia boleh berkembang dan maju.

Dalam hidup ini, tidak semua benda yang kita boleh miliki. Belajar untuk menerima kenyataan, belajar untuk mensyukuri nikmat yang telah diberikan. Untuk berjaya, kita fokus dengan apa yang kita sedang lakukan. Cari jalan untuk jadikan ia lebih berkembang dan maju. Jangan difikirkan apa yang kita nak, tapi fikirkan apa yang kita perlu. Dari situ, kita lebih tahu apa yang perlu kita lakukan untuk pastikan ianya berjaya. Orang yang hebat tidak akan pernah biarkan perasaan tamak dan iri hati menguasai diri. Kerana perkara sedemikian akan menyebabkan dia rugi dikemudian hari.

4- BELIEVE IN YOURSELF, PUSH YOUR LIMITS, EXPERIENCE LIFE, CONQUER YOR GOALS AND BE HAPPY

Paling penting untuk kita bina keyakinan diri adalah dengan percaya dengan diri kita sendiri. Tanpa kepercayaan kepada diri sendiri akan buat kita kurang keyakinan diri. Kita tahu yang kita boleh usahakan sesuatu hal sampai membuahkan hasil. Kita kena yakin bahawa kita boleh lakukannya, kenali potensi yang ada dalam diri kita. Usahakan sampai berjaya, terima “rejection” dengan baik, tanpa “rejection” kita tidak akan belajar untuk jadi lebih baik.

Jika kita betul-betul bersemangat untuk kejar cita-cita, kita boleh rasa adrenalin luar biasa mengalir dalam tubuh kita. Kita rasa sangat bersemangat untuk lakukan apa saja untuk capai cita-cita tersebut. Kita akan berusaha bersungguh-sungguh, walaupun 10 kali kita jatuh tersungkur, pastikan 11 kali kita bangkit kembali dengan penuh semangat dan keazaman. Pengalaman hidup adalah guru yang mengajar kita untuk hidup lebih bermakna.

Pastikan kita tahu tujuan kita, kita tahu matlamat yang ingin kita capai dan kita akan pastikan yang kita boleh capai matlamat tersebut. Jangan dikenang masa kejatuhan, tetapi ingatlah manisnya kejayaan.

5- LIFE ISN’T ABOUT FINDING YOURSELF, LIFE IS ABOUT CREATING YOURSELF

Dalam hidup ini, jika kita cuba untuk cari siapa diri kita, mungkin kita tidak akan jumpa jawapannya. Sebenarnya, kita kena ciptakan diri kita ini untuk hidup cara mana. Kalau kita ubah perspektif tentang diri kita, kita mungkin akan jumpa jawapannya.

Kita adalah diri kita yang kita lukis sendiri perjalanan hidup kita. Jika kita ingin menjadi seorang jutawan yang berjaya dalam perniagaan. Kita mesti berfikiran seperti seorang jutawan. Kita mesti bekerja kuat dan bijak mengatur strategi untuk menjadi jutawan. Kita kena belajar daripada mereka yang telah berjaya untuk menjadi jutawan. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Jadi, tunggu apa lagi??? Tulis di atas sekeping kertas impian yang ingin dicapai dan lekatkan ke dinding sekarang. Setiap hari, pandang pada kertaa itu dan baca sekuat hati apa yang anda tulis. Yakin dan usaha bersungguh-sungguh sehingga anda berjaya mencapai impian tersebut.

B complex membantu meredakan stress, mengawal emosi dan membekalkan tenaga untuk bekerja sepanjang hari. Beli sekarang secara online di sini.

 

FB : Idayu Irdina

FB Page : Idayu Irdina

IG: @IDAYU_IRDINA

No.HP : +6013-9189500

 

 

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.