6 tips pengurusan masa untuk wanita bekerja dari rumah

Assalamualaikum, selamat pagi semua!
Hari ni nak share 6 tips pengurusan masa yang kak Ayu dah praktikkan dan memang berkesan. Segala aktiviti dapat dilaksanakan dengan teratur. I’m so excited to share this with u gais!

Belajar utamakan aktiviti yang penting terlebih dahulu
Setiap hari kak Ayu ada aktiviti yang perlu dilakukan untuk bisnes dan family.

Contoh untuk aktiviti bisnes ni kak Ayu dah plan sesiap sebelah pagi atau malam sebelum tidur topik untuk diajar kepada SVFamily. Dah senaraikan sesiap nama orang yang perlu dihubungi dan posting yang perlu dibuat.

So, untuk tulis aktiviti bisnes ni kak Ayu guna pen warna merah. Maksudnya kena lakukan segera pada hari tersebut dan masa yang ditetapkan.

Set deadlines
Setiap aktiviti yang dilakukan kena letak terus bila harus disiapkan. Supaya kita memang akan berdisiplin dan fokus untuk siapkan kerja tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan. Kalau tak set deadline ni. Silap haribulan tak ada satu pun kerja yang kita plan tu kita buat. Betul tak?

Elakkan gangguan
Contohnya time memasak tu kak Ayu dah set masa 30-60minit sehari untuk memasak. So, masa ni hp memang letak jauh-jauh kecuali nak baca resepi. Hahahahha.

Sama juga bila buat aktiviti bisnes, kalau anak-anak dah ada di rumah kak Ayu biar sekejap mereka main kat ruang tamu (pejam mata je mereka sepahkan mainan. Nanti petang kemas lah balik rumah yang bersepah tu). Kak Ayu senyap-senyap masuk bilik dan buat aktiviti bisnes sekejap. Kena pandai curi masa. Kalau pegang hp depan anak-anak confirm berebut. So, elakkan gangguan sekejap supaya boleh fokus buat kerja.

Guna telnologi sebaiknya
Sekarang ni semuanya dihujung jari sahaja. Everything yang kita nak ada dalam google. Ada rezeki, pasang wifi dirumah supaya kita boleh guna laptop untuk setelkan kerja kita. Anggap je ianya satu pelaburan untuk meningkatkan lagi hasilnya nanti.

Minta bantuan atau pertolongan orang lain
Bekerja dari rumah dan jadi suri rumah sepenuh masa ni sangat memenatkan tau. Sebabnya kerja rumah ni sentiasa je ada. Tak pernah habis. Nak kemas rumah, nak mandikan anak, nak masak, nak kemas bilik. Eh, banyak lagi lah kerjanya. Sampai kita rasa penat dan akan jadikan penat tu sebagai alasan untuk tak buat aktiviti bisnes.

So, kita perlu siapkan jadual bila nak basuh kain bila nak kena masak, bila nak kena spend time dengan anak-anak. Then, minta tolong anak yang dah besar sikit atau minta tolong suami untuk sama-sama biat kerja rumah. Supaya kita ada masa untuk setelkan aktiviti bisnes kita.

Kita kena ingat, bisnes tak macam makan gaji. Tak buat aktiviti bisnes duit tak masuk tau. Oppsssss!

Buat jadual untuk pengurusan masa
Nak buat jadual ni pun mencabar jugak tau. Sebabnya nak kena try and error. Tapi, buat dan ikut je dulu jadual yang kita dan buat tu. Kalau ada perubahan, kita buat pindaan kemudian nanti. Untuk masa sebulan, cuba dulu setelkan kerja ikut jadual yang dah ditetapkan.

Paling penting kena ada to do list. Senaraikan semua aktiviti yang nak dibuat. Dah buat nanti boleh tick je. So, kita boleh check progress kita setiap hari. To do list ni biasa kak ayu tulis sebelum tidur untuk aktiviti keesokannya. Atau awal pagi lepas subuh untuk aktiviti sepanjang hari.

Semoga perkongsian dapat bagi manfaat kepada anda semua.

IdAyu Irdina
WorkAtHomeMother

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.