Atasi Masalah Kelemumur Berkuping Dan Rambut Gugur

Seksa ooiii ada kelemumur ni, kepala gatal dan berbau. Paling tidak tahan apabila dah jadi tahap kronik, berdarah kulit kepala dibuatnya. Sedap pulak tangan ni asyik garu kuping besar-besar tu. Kalau nak mandi, memang sakit mak aii bila basahkan rambut dan syampu. Berdasarkan pengalaman sendiri yang pernah alami masalah kelemumur berkuping ni, saya kongsikan cara untuk atasi masalah kelemumur berkuping dan rambut gugur.

Kelemumur sebenarnya normal sebab ia merupakan satu proses penggelupasan kulit kepala. Memang betul kelemumur boleh menyebabkan kegatalan kulit kepala. Namun, tidak semua kegatalan kulit kepala disebabkan oleh kelemumur. Selain daripada kelemumur, jangkitan kulat pada kulit kepala juga akan mengakibatkan kegatalan kulit kepala.

Kurap kulit kepala atau tinea capitis merupakan jangkitan kulat pada kulit kepala. Jangkitan ini disebabkan oleh kulat dalam spesis microsporum dan trichophyton. Kelemumur ini salah satu jenis jangkitan kulat ke?? Jawapannya, ialah tidak, kelemumur bukan jangkitan kulat dan ianya tidak berjangkit

Punca kepala berkelemumur

Masalah kelemumur teruk ini bukan kurap kulit kepala tau, kelemumur aktif ni disebut sebagai seborrhoeic dermatitis. Ia terjadi disebabkan oleh dia jenis bakteria iaitu propionibacterium dan staphyloccocus serta hormon yang mengaktifkan kelenjar minyak. Masalah ini biasa pada mereka yang berusia 20an dan beransur pulih apabila berusia 50an. Golongan lelaki lebih berisiko menghadapi masalah ini berbanding wanita.

Selain daripada mengakibatkan kegatalan kulit kepala dan berkuping, ia juga menyebabkan muka dan telinga turut menjadi merah, bersisik dan berminyak. Kepingan kelemumur ini juga boleh berguguran jatuh daripada kulit kepala. Tambahan pula, masalah ini juga boleh menyebabkan masalah keguguran rambut yang serius.

Penggunaan produk rambut seperti pewarna dan gel rambut yang tidak bersesuaian juga boleh menyebabkan terjadinya masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala.

Cara untuk mengatasinya

Jangkitan kulat di kulit kepala ini boleh diatasi dengan beberapa cara, salah satunya ialah dengan menggunakan syampu antikelemumur. Syampu jenis ini mengandungi zinc pyrithione, asid salisilik, sulfur, tar, selenium sulfide, ketoconazole dan ciclopirox yang membantu mengurangkan masalah kelemumur ini.

Namun, dinasihatkan supaya mencuba satu persatu syampu yang bersesuaian dengan kulit kepala kita. Jangan syampu terlalu kerap, dibimbangi ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Cukup sekadar syampu 1 kali dalam masa 2 @ 3 hari.

Selain itu, boleh juga menggunakan ubat anti kulat seperti nystatin, micolzone dan clotrimazole untuk disapukan pada kulit yang berkuping dan kering.

Elakkan stress dan tekanan perasaan yang mengaktifkan lagi masalah kelemumur ini. Disamping itu, dilarang keras untuk menggaru atau mengorek kupingan tersebut menggunakan jari atau peralatan apa pun. Sebab ini akan memburukkan lagi keadaan, kupingan tersebut boleh menjadi bertambah teruk.

Lagi satu, kita perlu amalkan pengambilan suplemen yang membantu kita menjaga kesihatan kulit kepala dan rambut.

Saya sendiri mempunyai pengalaman kelemumur berkuping sejak umur 17tahun. Pelbagai jenis ubat dan syampu telah saya cuba untuk atasi masalah ini namun semuanya bersifat sementara sahaja. Sehingga saya pernah membuat rawatan disalah sebuah pusat rawatan rambut terkenal, ribuan ringgit habis untuk sembuhkan kulit kepala. Namun, selepas tidak menggunakan herba dan syampu yang mereka, kulit kepala saya kembali berkuping dengan banyaknya. Saya sering bertukar-tukar syampu antikelemumur untuk mengurangkan rasa gatal akibat kelemumur.

Sehinggalah saya mencuba set kehamilan Shaklee yang turut mengandungi b complex, vita lea dan ESP. Saya perasan yang tangan saya dah kurang menggaru kepala, kelumumur berkuping sudah semakin berkurangan dan kelemumur yang jatuh ke bahu sudah berkurangan.

Saya mula google tentang kelebihan vitamin-vitamin tersebut, memandangkan masa itu saya hanya pengguna bukan pengedar. Hasil informasi yang saya dapat, memang betul vitamin-vitamin tersebut bagus untuk kulit dan rambut. Antara khasiatnya ialah:

B complex mengandungi semua jenis vitamin B dan asid folik. Vitamin B6 dan B12 membantu meredakan stress. Selain itu, B complex juga membantu penyerapan iron dengan lebih baik serta menyihatkan kulit kepala, rambut dan kuku.

Vita Lea mengandungi iron yang membantu mengurangkan keguguran rambut. Kandungan zink di dalamnya membantu menguatkan shaf rambut dan menyihatkan kulit kepala.

Energizing Soy Protein mengandungi sumber protein yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Ia membantu membaik dan membina sel baru yang lebih sihat untuk kulit termasuklah kulit kepala.

Gabungan 3 jenis vitamin ini membantu kulit kepala untuk jadi lebih sihat, menyeimbangi pengeluaran sebum minyak, melebatkan rambut, pertumbuhan rambut baru sekaligus mengurangkan masalah kelemumur berkuping.

Setelah itu, saya mencuba syampu dan perapi Prosante. Pada mulanya saya agak skeptikal dengan mengagak akan bertukar syampu pula selepas menggunakan Prosante. Namun telahan saya silap, telah 2 tahun saya menjadi pengguna setia syampu dan perapi Prosante. Lebih mengejutkan lagi, kandungannya amat pekat dan sungguh menjimatkan.

Prosante Revitalizing Shampoo membantu menyeimbangi kelembapan rambut, sistem pembersihan berpaten, melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.

Prosante Replenishing Conditioner merupakan perapi dan pelembap rambut yang membantu melicinkan, menguatkan dan mengilatkan rambut. Ia juga membantu membaiki permukaan rambut dan hujung rambut yang bercabang.

Selain daripada pengalaman saya sendiri, jom kita lihat testimoni yang lain juga.

 

Saya sangat berbesar hati untuk membantu anda mengatasi masalah kelemumur berkuping dan rambut gugur. Anda dialukan untuk menghubungi saya bagi mendapatkan konsultansi dan menempah produk.

FB: IdAyu Irdina

FB Page: Idayu Irdina

IG: @IDAYU_IRDINA

No.HP: +6013-9189500

 

Anda juga boleh membeli secara online di sini

 

Untuk mendapatkan lebih banyak penjimatan dan kelebihan lain, anda boleh mendaftar keahlian secara online di sini

 

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.