Cara Atasi Rambut Rosak Dan Gugur

Setiap helaian rambut kita mempunyai 3 lapisan iaitu medula, vortex dan kutikel. Bahagian kutikel ini yang bekerja sebagai pelindung kepada rambut. Ia berfungsi melindungi rambut daripada rosak. Kerap warnakan rambut dan menukar gaya rambut boleh menyebabkan kutikel rambut lebih cepat rosak.

Rambut yang rosak akan kelihatan kering, bercabang, rapuh, patah, berbiji, kasar dan senang gugur. Cara atasi rambut rosak dan gugur dengan mudah dan berkesan ini adalah gabungan petua lama dan moden.

Antara faktor lain yang menyebabkan kerosakan rambut ialah terdedah kepada sinaran UV, jarang menggunakan pelembab rambut, selalu menggunakan pengering rambut, membuat rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia, penggunaan produk rambut yang mengandungi alkohol dan juga penggunaan produk rambut yang salah.

Ramai yang akan ‘trimming’ rambut atau potong pendek apabila rambut rosak. Namun, anda boleh mencuba 5 kaedah dibawah ini untuk mengembalikan seri rambut anda.

1- Bunga Raya

Biasanya kita tahu daun bunga raya ini elok digunakan untuk turunkan suhu badan apabila demam. Kali ini, kita gunakan daun dan bunga raya untuk membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat, melembapkan rambut dan kulit kepala dan melindungi kutikel rambut daripada rosak . Petua ini elok dilakukan 1-2 kali seminggu.

  • Panaskan 1 cawan minyak kelapa bersama 8-10 kuntum bunga raya. Setelah itu, tapis dan biarkan sejuk minyak bunga raya itu sebelum digunakan sebagai minyak rambut. Lumurkan minyak bunga raya ini di seluruh rambut, urut lembut kepala untuk beberapa minit. Kemudian, biarkan selama 30minit sebelum cuci rambut seperti biasa.
  • Kisar 3-4 helai daun bunga raya bersama beberapa helai kelopak bunga raya dan sedikit air. Lumurkan pada seluruh kepala dan biarkan selama 20minit sebelum dibilas.

2- Minyak zaitun

Ianya kaya dengan vitamin E, asid lemak dan antioksidan, membantu melindungi rambut daripada rosak. Minyak zaitun membantu melembapkan rambut dan melindungi kutikel daripada rosak. Ia membantu memulihkan rambut rosak agar kembali nampak cantik dan bersinar. Petua ini boleh dilakukan 1-20 kali seminggu.

  • Panaskan sedikit minyak zaitun dan lumurkan seluruh rambut sehingga ke akar dan kulit kepala. Urut lembut kepala untuk beberapa minit sebelum membalutnya dengan tuala panas yang telah distimkan terlebih dahulu. Biarkan selama 30minit atau semalaman sebelum dicuci menggunakan syampu dan perapi.
  • Panaskan 1/4 cawan minyak zaitun dan 1/2 cawan madu, lumur pada seluruh rambut dan biarkan selama 30minit. Setelah itu, cuci rambut menggunakan air suam dan syampu.

3- Pisang

Buah pisang ini kaya dengan kalium dan pelbagai jenis vitamin semulajadi yang baik untuk rambut. Ia juga mengandungi pelembap semulajadi yang membantu melembapkan, melembutkan dan meningkatkan keelastikan rambut. Amalkan petua ini 1-20 kali seminggu.

  • Lenyek lumat sebiji pisang yang masak dan lumurkan keseluruh rambut. Biarkan selama 1 jam dan dibilas menggunakan air suam.
  • Lenyek lumat sebiji pisang masak ranum dan campur bersama 1 sudu besar madu, minyak kelapa dan minyak zaitun. Kacau sebati ramuan itu sebelum dilumurkan keseluruh rambut. Biarkan selama 30minit sebelum dibilas dengan air suam.

4- Lidah Buaya

Gel jernih di dalam daun lidah buaya sangat tinggi khasiatnya dan pelbagai guna. Ia mengandungi vitamin C dan E serta asid amino yang bagus untuk kesihatan rambut dan kulir kepala. Pelembap semulajadi yang terkandung di dalamnya membantu melegakan kulit kepala sekaligus membantu menyihatkan rambut yang rosak. Petua ini elok dilakukan 1 kali seminggu.

  • Belah daun lidah buaya dan keluarkan gel/lendirnya. Lumurkan di serata rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15-20minit sebelum dibilas dengan air suam.
  • Campurkan 4 sudu besar gel lidah buaya, 2 sudu besar santan dan 3 sudu besar yogurt asli digaul sebati. Kemudian, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 30minit sebelum dicuci seperti biasa.

5- Pemakanan tambahan

Pengambilan sajian makanan dan minuman kita pada setiap hari juga mempengaruhi kesihatan rambut. Kita disarankan makan lebih banyak makanan yang mengandungi protein seperti kacang soya dan ikan, untuk membantu pertumbuhan rambut yang sihat.

Selain itu, kita juga disarankan untuk mengamalkan pengambilan pemakanan tambahan seperti Energizing Soy Protein, B complex dan Vita Lea.

Energizing Soy Protein merupakan sumber protein soya organik dan nonGMO. Ia mengandungi 9 jenis asid amino dan pelbagai jenis vitamin dan mineral untuk membantu menampung lompong nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Paling penting, proteinnya membantu membina sel yang baru yang lebih sihat. Antara lainnya, ia membantu pertumbuhan rambut yang lebih sihat, lebat, berkilat dan menawan.

B complex pula mengandungi 8 jenis vitamin B termasuklah B 12 yang membantu kesuburan rambut. Ia juga mengandungi asid folik. B complex dapat membantu mengurangkan masalah stress yang menjadi faktor rambut gugur.

Vita Lea pula mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral termasuklah zink yang membantu menguatkan akar rambut. Selain itu, ia juga dapat membantu pertumbuhan rambut yang lebih kuat dan sihat.

Kita sebagai pengguna perlulah menjadi bijak dalam pemilihan produk. Bagi mengelakkan rambut rosak dan gugur, kita perlu menggunakan syampu dan perapi yang bebas paraben dan bahan kimia merbahaya.

Syampu dan perapi Prosante ini tidak mengandungi paraben dan bahan kimia yang merbahaya. Ia dihasilkan berasaskan bahan semulajadi dan organik.

Selain dapat membantu atasi masalah keguguran rambut dan anti kelemumur, ia juga membantu menyihatkan rambut dan kulit kepala.

Kulit kepala kembali jadi lebih sihat dan boleh bernafas, sebum minyak terkawal dan rambut menjadi cantik bersinar.

 

Untuk dapatkan produk-produk yang berkualiti tinggi ini dan juga konsultansi terbaik, anda boleh hubungi saya melalui beberapa cara di bawah:

FB: IdAyu Irdina

FB Page: Idayu Irdina

IG: @IDAYU_IRDINA

No.HP: +6013-9189500

 

Anda juga boleh membeli secara online di sini.

Untuk dapatkan lebih banyak kebaikan dalam pembelian produk, anda boleh mendaftar sebagai ahli di sini.

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.