Cara Hilangkan Bau Hapak Baju Sebab Lupa Sidai

Masa 24 jam sehari seakan tidak cukup bagi ibu-ibu yang bekerjaya. Kerja di opis harus diselesaikan sementelahan juga kerja di rumah yang harus dibereskan. Masalah lupa sidai pakaian yang telah dibasuh menggunakan mesin basuh adalah perkara biasa. Jadi hapak baju sebab berhari-hari di dalam mesin basuh. Jom kita cuba kaedah ini untuk hilangkan bau hapak baju.

 

Perkara ini sebenarnya sering berlaku kepada ibu-ibu yang bekerja dari rumah juga. Dalam rutin seharian yang sibuk berniaga dari rumah, kadang-kadang lupa hendak sidai pakaian yang telah dibasuh sebelum masuk tidur malamnya. Berhari-hari pakaian itu terperam dalam mesin basuh sehingga berbau hapak dan adanya bintik-bintik hitam di pakaian.

 

Jadi, di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh dilakukan bagi membantu ibu-ibu hilangkan bau hapak pada pakaian. Ada juga tambahan tips cara menjaga pakaian daripada rosak basuh menggunakan mesin basuh.

 

Tapi sebelum itu, jom kita selidik kenapa pakaian kita berbau hapak.

 

1- Terlupa sidai

Okay, ini memang faktor utama yang sering terjadi. Biasanya kita basuh baju waktu malam sebelum tidur kononnya selepas solat subuh akan sidai pakaian tersebut. Tapi, oleh sebab selepas subuh terpaksa uruskan anak-anak, siapkan sarapan, melayan mereka bermain dan kita langsung lupa untuk sidai pakaian yang sudah dibasuh di dalam mesin. Akibatkan pakaian itu berbau hapak sebab terlalu lama terperam dalam mesin basuh.

 

2- Ruang ampaian terhad

Hal ini biasanya terjadi bagi rumah di langit seperti flat, apartment dan kondominium. Ruang untuk sidai pakaian adalah sangat terhad dan mungkin tiada langsung. Jadi, di mana mahu sidai pakaian? Di dalam bilik kecil dengan bantuan kipas tanpa pengudaraan yang keluar masuk. Bukan hanya pakaian kita saja berbau hapak, bilik tersebut pun turut berbau hapak.

 

3- Faktor cuaca

Bermula seawal bulan 6 musim hujan mula menjengah. Ahli di dalam rumah ramai, pakaian banyak perlu dibasuh setiap hari, ampaian pula terhad, pakaian lambat kering sebab cuaca lembab disebabkab musim hujan. Inilah faktor-faktor yang menyebabkan pakaian kita berbau hapak.

 

 

Sebagai ibu yang bijak kita harus mencari solusinya bukan? Apa kata kita cuba praktikkan cara-cara di bawah ini untuk atasi masalah di atas.

 

1- Rancang masa untuk membasuh pakaian

Ubah masa membasuh kain diwaktu malam ke waktu siang hari. Bangun pagi lebih awal dan terus membasuh pakaian. Sementara mesin basuh bekerja kita boleh selesaikan rutin kita.

 

2- Segera sidai pakaian

Bila sudah siap membasuh pakaian, kita segerakan sidai pakaian. Ini untuk elakkan kita terlupa sekaligus mengurangkan risiko pakaian berbau hapak. Kalau terlupa jugak tu faham-fahamlah bau dia macam mana kan?

 

3- Jemur di bawah cahaya matahari

Penting untuk kita jemur pakaian dibawah terik pancaran cahaya matahari, selain untuk mengeringkan pakaian ia juga membantu mengelakkan bakteria jahat membiak dan menyebabkan kegatalan kulit. Kalau menjemur pakaian di dalam rumah pastikan kawasan tersebut mempunyai tingkap yang memboleh kitaran udara lebih baik selain mempunyai kipas untuk membantu keringkan pakaian dengan lebih cepat.

 

4- Rendam semula

Apabila pakaian berbau hapak, paling malas hendak dilakukan adalah merendam pakaian itu untuk hapuskan bau hapak. Tapi kan, tips ini ada juga masalahnya, jika lupa nak bilas pakaian yang direndam itu berkali ganda bau busuknya.

 

5- Pilih sabun pencuci pakaian yang tepat

Agak susah mencari sabun pencuci pakaian yang mampu menghilangkan bau hapak pakaian walaupun lupa untuk dijemur selama 3 hari. Namun, pencuci pakaian ini mampu lakukannya. Ramai yang sudah buktikannya.

 

Fresh Laundary Concentrated Powder

Sabun pencuci pakaian ini mampu membasuh sehingga 88kali mengikut sukatan yang dicadang (bahagian belakang kotak). Enzim semulajadi berprestasi tinggi membantu membersihkan pakaian agar kekal putih dan warna pakaian kekal berseri. Selain itu, sabun pencuci ini selamat digunakan untuk membasuh pakaian bayi, ianya tidak mengakibatkan alahan pada kulit bayi. Ia tidak mengandungi bahan kimia merbahaya, tiada klorin, hypoalergenik dan sesuai untuk semua jenis pakaian.

 

Lagi satu produk yang saya suka sangat sebab bau dia harum tidak keterlaluan dan membuatkan fabrik lembut sangat selepas menggunakannya.

 

Soft Fabric Concentrate

 

Pelembut pakaian ini mampu digunakan sebanyak 64 cucian, kandungannya sangat pekat dan dapat membantu melembutkan, mengurang kedut dan mengawal kesan statik pada fabrik secara semulajadi. Selain itu, ia juga tidak bertoksik, tidak mengandungi bahan kimia merbahaya, tanpa pewangi dan mesra alam.

 

TESTIMONI FRESH LAUNDRY CONCENTRATE POWDER DAN SOFT FABRIC CONCENTRATE

Untuk pertanyaan lanjut dan ingin menempah produk, anda boleh berhubung dengan saya melalui cara ini:

 

FB : IdAyu Irdina

FB Page : Idayu Irdina

IG : @IDAYU_IRDINA

No.HP : +6013-9189500

 

Pembelian produk secara online, klik sini.

 

Untuk dapatkan harga diskaun dan lain-lain keistimewaan, anda boleh mendaftar keahlian, klik sini.

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.