Cara Menyembuhkan Kayap Dengan Cepat Dan Berkesan

Biasa tak kita dengar orang tua-tua bercakap ” kayap ni kalau bertangkup boleh bawa mati!”. Maksudnya, itu amaran kepada kita bahawa penyakit kayap ini sangat merbahaya dan perlu dirawat dengan segera. Tapi, betul ke kayap ini merbahaya? Bagaimana cara nak merawatnya dengan cepat dan berkesan? Jom baca artikel ini mengenai kayap dan cara menyembuhkan kayap dengan cepat dan berkesan.

Gejala Penyakit Kayap

Sebelum saya ceritakan dengan lebih mendalam, cuba anda periksa simptom atau gejala penyakit kayap ini pada diri anda. Antara tanda-tandanya adalah:

  • mengalami demam, sakit kepala dan selalu keletihan
  • badan rasa kebas, panas dan sakit terutamanya bahagian urat saraf yang terlibat

Penyakit kayap ini biasanya akan menyerang badan kita pada satu urat saraf yang tertentu. Namun, bahagian badan yang kerap kali diserang penyakit kayap adalah bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal). Gejala diatas lazimnya akan berlarutan selama 3-7 hari. Seterusnya, tanda-tanda pada kulit akan timbul seperti:

  • tompok-tompok kemerahan akan timbul dan menyakitkan urat sarat terbabit
  • bristle (gelembung air) yang berwarna kekuningan akan timbul selepas 1-2 hari
  • selepas 2 hari, gelembung air akan bertukar warna menjadi keruh dan akhirnya kering
  • kulit yang kering yang disebabkan oleh gelembung air tadi akan luruh dengan sendirinya selepas 1-2 minggu

Apakah Maksud Kayap?

Sebenarnya, penyakit kayap ini berkait rapat dengan virus Varicella Zoster dan juga lemah sistem pertahanan tubuh. Pada masa seseorang itu terkena penyakit cacar air atau chicken pox, virus ini sudah berada di dalam badannya. Namun, virus ini berhibernasi di dalam sistem saraf pusat (ganglion) setelah pesakit sembuh daripada penyakit chicken pox.

Tetapi, sekiranya badan pesakit itu tidak mempunyai sistem pertahanan badan yang kuat. Virus Varicella Zoster akan kembali aktif dan agresif menyerang urat saraf pesakit. Hal ini akan menyebabkan berlakunya keradangan pada urat saraf terbabit.

Kayap Ini Boleh Berjangkit Dan Berulang ke?

Seperti yang diterangkan sebelum ini, penyakit kayap ini terjadi disebabkan oleh virus dan juga masalah lemah sistem omun badan. Maka, mereka yang mempunyai masalah sistem imun badan lemah berisiko untuk dijangkiti penyakit kayap. Oleh sebab itu, kita sangat perlu menjaga kebersihan diri dan persekitaran tempat tinggal kita. Paling utama, jangan sesekali kita berkongsi tuala mandi dengan orang lain. Kita kemungkinan boleh dijangkiti kayap daripada kesan yang ditinggalkan pada tuala tersebut. Rajinlah mencuci tuala selepas digunakan, jangan menggunakan tuala yang sama untuk mengelap badan dalam tempoh yang agak lama.

Selain itu, kayap juga boleh berulang sekiranya sistem pertahanan badan kita kembali lemah. Lagi satu,kayap juga boleh berulang kali menyerang pada tempat yang sama.

 

Siapa Yang Berisiko Dijangkiti Kayap?

Penyakit kayap ini boleh menyerang sesiapa sahaja yang pernah alami penyakit cacar air atau chicken pox disebabkan oleh sistem imun badan yang lemah.  Oleh yang demikian, golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti kayap ialah:

  • pesakit TIBI
  • penghidap HIV disebabkan oleh sistem imun yang sangat lemah
  • pesakit kanser
  • mereka yang berumur 50 tahun ke atas
  • mereka yang pernah menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum

Seandainya anda mempunyai tanda atau gejala seperti yang telah dinyatakan di atas, segeralah ke klinik untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Terdapat juga pilihan alternatif lain yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan keradangan urat saraf dan kulit,iaitu dengan pengambilan set kayap Shaklee.

Set Kayap Shaklee

Penyakit kayap ini adalah disebabkan oleh lemah pertahanan sistem badan, Shaklee mempunyai rangkaian suplemen semulajadi yang dapat membantu atasi masalah tersebut. Selain itu, Set nutrisi ini juga dapat membantu mengurangkan keradangan pada urat saraf dan juga kulit pesakit.

 

Garlic Complex – membantu membekalkan antibiotik semulajadi kepada pesakit kayap [beli di sini]

Omega Guard – membantu mengurangkan keradangan saraf, mengecutkan gelembung air dan mengurangkan rasa sakit [beli di sini]

Nutriferon – produk yang dipatenkan dan dikaji selama 40 tahun oleh pakar imun dari Jepun yang berjaya menemui cara untuk membantu meningkatkan sistem imun badan untuk melawan penyakit kayap [beli di sini]

Vivix – membantu meningkatkan sistem imun badan, mengurangkan keradangan, memulihkan saraf yang rosak dan memberikan tenaga kepada pesakit [beli di sini]

 

 

Testimoni Pesakit Kayap Yang Cepat Berkesan Dengan Produk Shaklee

Dikongsikan beberapa testimoni mereka yang telah berjaya sembuh daripada kayap dengan pengambilan suplemen Shaklee.

 

Saranan saya kepada mereka yang mengalami penyakit kayap, segeralah mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Pengambilan suplemen Shaklee ini merupakan salah satu ikhtiar untuk cepat sembuh dan mengelakkan pesakit lama menahan sakit akibat kayap. Namun begittu, janganlah diabaikan apa-apa ubat atau rawatan yang diberikan oleh pengamal perubatan.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut atau ingin memesan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya. Insya Allah anda akan berpuas hati dengan konsultansi terbaik yang diberikan nanti.

FB: Idayu Irdina

FB page: Idayu Irdina

IG: @IDAYU_IRDINA

No.HP: +6013-9189500

 

Beli Set Kayap secara online di sini

 

 

 

 

 

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.