Coronavirus : Simptom Dan Risiko Covid-19 Yang Kita Perlu tahu

Tanggal 01 April 2020 menyaksikan lebih 46,000 orang telah mati disebabkan oleh wabak pandemik covid-19 di seluruh dunia dan angka ini dijangkakan semakin meningkat.

Lebih daripada 921,000 telah membuat ujian saringan Covid-19 di seluruh dunia. Sekarang ini seluruh dunia sedang berusaha keras untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini.

Coronavirus


Apakah wabak Covid-19?

Covid-19 atau coronavirus merupakan sekumpulan virus yang menyebabkan penyakit yang biasanya bermula dengan sekadar demam biasa merebak menjadi beberapa jenis kesukaran yang lebih teruk. Coronavirus boleh menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan masalah sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS) dan sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS).

Virus-virus ini pada asalnya dijangkiti daripada haiwan kepada manusia. SARS dikenalpasti telah dijangkiti manusia daripada kucing civet. Manakala, MERS pula dijangkiti manusia daripada unta. Terdapat juga coronavirus yang menjangkiti haiwan tetapi belum lagi menjangkiti manusia.

Nama Corona ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud mahkota atau halo. Apabila dilihat dibawah kanta mikroskop elektron, ia kelihatan seperti dikelilingi oleh solar Corona.

Pada mulanya, novel coronavirus ini dikenalpasti oleh pihak China pada Januari 2020 dan dikenali sebagai SARS-Cov-2. Ia merupakan rantaian yang belum pernah dijumpai sebelum ini. Hanya segelintir sahaja yang tahu mengenai perkara ini sehinggalah virus ini dipindahkan daripada seorang manusia kepada manusia yang lain dapat dikenalpasti.

Apakah simptom Coronavirus?

Merujuk kepada kenyataan WHO, antara simptom-simptom yang dapat dikenalpasti adalah seperti:

  1. Demam
  2. Batuk kering
  3. Kesukaran bernafas
  4. Sakit kepala
  5. Selsema
  6. Sakit tekak
  7. Cirit-birit
  8. Kelesuan

Namun, terdapat juga beberapa kes yang mengalami masalah :

  1. Pneumonia
  2. Kegagalan fungsi organ dalaman
  3. Kematian

Disamping itu, terdapat juga kes pesakit tidak mempunyai tanda atau simptom dijangkiti namun, setelah dilakukan pemeriksaan mereka disahkan telah dijangkiti wabak coronavirus.

Anggaran tempoh inkubasi adalah antara masa antara jangkitan dan permulaan simptom, dianggaran lebih kurang 14 hari. Dalam masa 5-6 hari selepas dijangkiti, pesakit akan mula menunjukkan simptom.

Apakah yang telah dilakukan untuk memutuskan rantaian wabak coronavirus?

Ramai saintis sedang bertungkus-lumus untuk mencari formula vaksin bagi menangani wabak coronavirus ini. Namun, difahamkan ia tidak dapat dihasilkan dalam kuatiti yang sangat banyak dalam masa terdekat ini.

Boleh dikatakan seluruh dunia sekarang ini mengamalkan langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan kadar jangkitan. Terdapat negara yang telah ‘lockdown’ negara mereka sehinggakan rakyat langsung tidak dibenarkan untuk keluar daripada tempat tinggal masing-masing.

Kesemua jenis perhimpunan agama, kenduri, restoran, kelab-kelab sukan dan pelbagai permis perniagaan lain diarahkan tutup untuk mengelakkan manusia berkumpul dan menyebabkan rantaian wabak ini semakin merebak.

Kebanyakan syarikat penerbangan telah membatalkan kesemua penerbangan keluar masuk antara negara dan juga domestik. Kesemua mereka yang baru pulang dari luar negara akan dikuarantinkan sehingga disahkan bebas jangkitan.

Bagaimana cara untuk mengurangkan risiko dijangkiti wabak Coronavirus?

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan beberapa panduan untuk kita ikuti bagi membantu kita daripada dijangkiti wabak Covid-19 atau Coronavirus ini, antaranya ialah:

  1. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk ataupun bersin. Buang tisu tersebut ke dalam bakul sampah. Basuh tangan anda menggunakan air dan sabun dan bilas sehingga bersih.
  2. Sentiasa menggunakan pelindung/penutup muka ketika berada di luar.
  3. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  4. Jarakkan sepanjang 1meter daripada orang lain sekiranya kita berada di tempat awam.
  5. Elakkan berkumpul
  6. Elakkan kerap menyentuh muka dan mata.

Selain daripada itu, jika kita lihat simptom-simptom pesakit Coronavirus ini adalah sama seperti demam biasa sebelum ia merebak menjadi lebih terus sehingga mengganggu sistem pernafasan sehingga boleh mengakibatkan maut.

Salah satu cara yang berkesan untuk melindungi diri kita daripada mudah dijangkiti wabak Coronavirus adalah dengan cara tingkatkan sistem imun badan kita.

Apabila sistem pertahanan tubuh kita dapat dipertingkatkan. Virus jahat tak dapat nak menguasai dan melemahkan sel-sel dalam badan kita. Sekiranya kita terjangkiti pun kemungkinan besar kita akan lebih cepat sihat dan bebas virus.

Ramai doktor pakar di negara-negara yang terlibat dengan masalah Coronavirus pandemik ini memberikan suntikan vitamin C kepada pesakit untuk membantu meningkatkan sistem imun badan mereka. Melalui cara itu, memang terbukti lebih ramai yang berjaya disembuhkan dengan lebih cepat.

Bagi kita yang belum dijangkiti ini pastinya rasa tak selamat dan takut akan dijangkiti bukan? Jadi, apa yang kita boleh buat adalah dengan cara kita amalkan pengambilan vitamin c, suplemen yang tinggi dengan antioksidan dan suplemen yang dapat membantu penghasilan interferon semulajadi tubuh kita.

Vitamin C membantu meningkatkan kekuatan sistem imun badan kita. Manakala suplemen antioksidan seperti Vivix dan ResV dapat membantu melindungi dan memperbaiki sel tubuh kita supaya kembali sihat dan bertenaga serta dapat berfungsi dengan lebih baik. Nutriferon pula membantu dalam penghasilan interferon semulajadi dalam tubuh kita supaya kekebalan sistem pertahanan badan kita dapat diperkuatkan lagi.

Untuk keterangan lebih lanjut dn pemesann produk anda boleh berhubung dengn saya ditalian 013-9189500.

Atau boleh dapatkan pelbagi info menarik di FB Page Idayu Irdina dan ig idayu_irdina.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.