Gaya Rambut Sesuai Bentuk Wajah Kekal Menawan

Gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka amat penting bagi setiap wanita. Kalau tersilap pilih gaya potongan rambut, boleh menyebabkan kita kelihatan tidak menarik dan pelik. Jom kita selusuri gaya rambut sesuai bentuk wajah agar kekal menawan dan menarik.

 

Bentuk Muka Bulat

gaya rambut paras bahu dan potongan serong sangat sesuai untuk bentuk muka bulat.

Mereka yang mempunyai bentuk muka bulat kebiasaannya berpipi tembam. Jika tersalah pilih gaya rambut akan mengakibatkan muka kita nampak lebih tembam dan gemuk.

Potongan rambut paras bahu, seron, ‘layered’ dan sedikit kerinting akan menampakkan mereka bermuka bulat kelihatan lebih kurus dan pipi lebih tirus. Ianya sesuai dengan perwatakan mereka yang comel, menarik dan ceria.

 

Bentuk Muka Bujur

mereka yang mempunyai bentuk muka bujur sesuai menggayakan apa saja stail potongan rambut

Bentuk muka seumpama ini adalah merupakan bentuk muka idaman setiap wanita. Mereka yang mempunyai bentuk muka bujur bebas menggayakan apa sahaja stail rambut samada panjang ataupun pendek. Mereka akan sentiasa kelihatan menawan dalam menggayakan apa sahaja jenis potongan rambut.

 

Bentuk Muka Panjang

mereka berwajah panjang atau lonjong lebih sesuai menggayakan potongan rambut lebih panjang dan tebal di bahagian pipi

Sangat beruntung bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah bujur dan panjang. Ini kerana mereka bebas untuk menggayakan stail rambut.

Namun, bagi mereka yang bermuka panjang atau lonjong, gaya rambut panjang dan ber’volume’ serta tebal di bahagian pipi lebih sesuai digayakan. Elakkan menipiskan rambut di bahagian pipi kerana ia akan menyebabkan bentuk muka kelihatan lebih panjang.

 

Bentuk Muka Kotak

potongan paras bahu, pendek dan kerinting lebih sesuai digayakan mereka bermuka kotak atau bersegi

Bagi mereka yang berbentuk muka kotak atau bersegi, potongan paras bahu, pendek dan kerinting lebih sesuai digayakan. Potongan rambut gaya sebegini akan menampakkan muka bersegi kelihatan lebih panjang, ‘fresh’ dan menarik.

 

Bentuk Muka Segi Tiga

gaya potongan ‘shaggy’ lebih sesuai digayakan

Mereka yang mempunyai bentuk muka sebegini berdagu lebih panjang berbanding bentuk muka selainnya. Bagi mereka bermuka segi tiga, perlulah berhati-hati dalam memilih gaya rambut. Jika tersilap pilih gaya, ia akan menyebabkan wajah kita kelihatan tidak menarik dan menjejaskan kecantikan sebenar wajah kita.

Potongan rambut ‘shaggy’ sangat sesuai digayakan bagi mengelakkan wajah kelihatan lebih panjang akibat dagu yang lebih menonjol. Potongan ‘shaggy’ boleh digayakan samada panjang atau pendek.

 

Bentuk Muka Hati

sesuai menggayakan stail rambut panjang dan juga pendek

Mempunyai bahagian dahi dan pipi yang lebar serta dagu yang runcing, mereka harus berhati-hati dalam memilih gaya rambut. Potongan rambut pendek atau separas dagu sangat sesuai dan menarik untuk digayakan. Mereka yang mempunyai bentuk muka hati juga sesuai menggayakan rambut stail panjang dan potongan ‘layered’.

 

Sekarang ini sudah tahu kan gaya rambut mana yang sesuai untuk anda?? Semoga tips ini dapat membantu anda memilih gaya rambut yang cantik dan kena dengan bentuk muka anda.

Ada lagi satu tips untuk mereka yang mementingkan penjagaan rambut. Paling penting dalam pemilihan produk adalah bahan-bahan yang terkandung di dalam. Pilihlah produk yang berasaskan tumbuhan semulajadi, organik, bebas paraben dan bahan kimia merbahaya.

Terdapat satu rangkaian produk yang wajib anda cuba sekira anda mementingkan kualiti sesuatu produk. Set penjagaan rambut ini dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan bebas bahan kimia merbahaya. Ianya juga telah diuji secara klinikal oleh pakar dan juga saintis antarabangsa.

 

 

Pro Sante Revitalizing Shampoo

Ia membantu membersihkan rambut dan kulit kepala daripada kotoran. Mengandungi humektan yang membantu melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.

Ia juga mengandungi agen pembersih yang lembut dan berpaten serta membantu menyegarkan dan menyihatkan rambut dan kulit kepala dengan menyeimbangi kadar kelembapannya.

 

 

 

Pro Sante Replenishing Conditioner

Pelembab rambut ini membantu memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan hujungnya yang bercabang. Ia juga membantu menguatkan rambut, melembutkan dan mengilatkan rambut.

 

Pro Sante Nourishing Scalp Treatment

Formula tanpa bilas, tidak melekit dan tidak berminyak memudahkan ia untuk digunakan dan digayakan. Ia mengandungi vitamin antioksidan seperti vitamin A dan E serta koenzim Q10 yang bertindak  membantu melindungi rambut dan kulit kepala daripada radikal bebas dan pencemaran persekitaran yang merosakkannya.

Selain itu, ia juga mengandungi ‘scalp health complex’ eksklusif yang paling tinggi dan serum yang sangat mudah diserap oleh kulit kepala bagi melancarkan peredaran darah, membekalkan khasiat kepada kulit kepala dan membantu menentang faktor persekitaran yang menyebabkan kerosakan rambut serta kulit kepala.

 

Pro Sante Long Lasting Finishing Spray

Mengandungi ‘medium hold’ yang membantu mengekalkan gaya rambut. Ia juga membantu melindungi rambut daripada sinar UV. Selain membantu memudahkan untuk menguruskan rambut kerinting atau mudah kusut.

 

TESTIMONI PENGGUNA SET PENJAGAAN RAMBUT PRO SANTE

 

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan produk atau ingin dapatkan khidmat nasihat secara percuma berkaitan produk boleh hubungi saya melalui beberapa cara berikut.

FB : IdAyu Irdina

FB Page : Idayu Irdina

IG : @IDAYU_IRDINA

No.HP : +6013-9189500

 

Beli Secara Online Di sini

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.