Majlis akan bermula esok hari, akad nikah, berinai dan bersanding. Banyak perkara yang belum setel lagi, anda dah mula stress. Ditambah pulak rasa berdebar sebab akan bertukar status jadi hak milik orang.

Tilik muka di cermin, argh…apsal naik jerawat pulak ni? Dah la esok nak nampak cantik depan semua orang. Apa tindakan anda apabila berada di dalam situasi sedemikian? Jom cuba 5 cara ini untuk buat jerawat hilang kulit cantik gebu lepas guna cara ini.
Kenapa jerawat kemerahan timbul di saat kita stress?
Sebenarnya, kemerahan pada jerawat itu adalah disebabkan oleh keradangan. Dalam liang pori kulit muka kita ni ada sebum dan kulit mati. Apabila sebum terhasil secara berlebihan pada dinding folikel dan bercampur dengan sel kulit mati, ia akan menyebabkan liang pori tersumbat. Seterusnya akan menyebabkan munculnya bakteria jerawat dan radikal bebas akan merosakkan jaringan sel dan mengakibatkan keradang kemerahan.
Cara hilangkan jerawat dengan mudah,cepat dan berkesan
Terdapat banyak cara untuk kecutkan jerawat segera, namun di sini saya kongsikan 5 cara yang paling senang untuk dilakukan dan berkesan.

Ais
Ambil beberapa ketul ais dan letakkan ke dalam tuala kecil. Tuam ais tersebut ke tempat jerawat selama beberapa minit. Ulang tuam sehingga kemerahannya beransur hilang.

Ubat gigi
Sapukan ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman. Kandungan ‘silica’ di dalam ubat gigi membantu mengeringkan jerawat. Tetapi awas, gunakan ubat gigi yang tidak mengandungi ‘mint’ atau florida. Ini kerana bahan-bahan tersebut akan menyebabkan kegatalan pada kulit dan kemungkinan menggalakkan pertumbuhan jerawat lain.

Aspirin
Aspirin mengandungi bahan ‘salisilat’ yang membantu mengurangkan keradangan dengan cara pengelupasan dan mengurangkan kemerahan melalui penyempitan pembuluh darah. Caranya, belah aspirin menjadi dua bahagian. Ambil satu bahagian dan rendam dalam sedikit air. Sapukan pada jerawat dan tampalkan plaster untuk melindunginya. Biarkan selama 30 minit sebelum bilas.

Ubat titis mata
Titiskan beberapa titik ubat titis mata ke atas kapas muka, seeloknya ubat titis mata tu disimpan terlebih dahulu di dalam peti sejuk semalaman. Lekapkan kapas muka tadi di jerawat selama beberapa minit dan ulang langkah yang sama sehingga kemerahan semakin berkurangan.
Ubat titis mata mengandungi ‘tetrahydrozoline hydrochloride’ seperti ‘visine’ dapat membantu mengurangkan kemerahan jerawat dengan cepat.

Barang mekap
Gunakan barang mekap yang mengandungi berasaskan bahan mineral seperti ‘silica’, titanium dioksida dan zink dioksida yang tidak memberikan kesan iritasi pada kulit. Pilih alat mekap yang bukan berasaskan minyak. Bahan-bahn mineral ini dapat membantu mengelakkan kulit berminyak dan menutupi kemerahan pada jerawat, terutamanya ‘concealer’.
Semua cara di atas hanya untuk mengurangkan kemerahan pada jerawat sahaja, kemungkinan jerawat akan tumbuh lagi selepas itu. Jadi, anda seharusnya berusaha untuk memastikan jerawat itu sembuh dan elakkan daripada tumbuh kembali. Antara cara mudah untuk anda memastikan kulit anda bebas jerawat dan parut pun pudar. Kulit kembali cerah berseri dan cantik selepas mengamalkannya secara konsisten.

Sustained Release Vitamin C
Mengandungi vitamin C yang ditenologikan dengan sistem pelepasan secara berperingkat. Sistem ini membantu kesemua vitamin C diserap ke dalam badan sebanyak 100mg setiap jam. Ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada sel kulit akibat jerawat, membantu dalam penghasilan kolagen, mengecutkan jerawat dengan pantas, mencerahkan kulit dan membantu meningkatkan sistem imun badan.

Vitamin E
Mengandungi minyak biji anggur yang kaya dengan antioksidan untuk melawan radikal bebas dan membantu mengurangkan risiko kanser. Ia sangat bagus untuk membantu memudarkan parut jerawat dan mencantikkan kulit.
Testimoni Set Bebas Jerawat






Jangan biarkan jerawat yang tumbuh sedikit tanpa apa-apa tindakan. Ini kerana bakteria jeraat boleh menjangkiti liang pori lain pada kulit muka anda da menyebabkan banyak jerawat yang tumbuh dengan cepat. Hubungi saya untuk dapatkan bantuan konsultansi.
Ig: @idayu_irdina
Anda boleh membelinya secara online di sini
Cara membuat pembelian secara online


Set Penjagaan wajah berasaskan tumbuhan dan mengandungi bahan untuk menjadikan wajah lebih awet muda. Youth Skincare