Kegemukan Atau Obesiti Penyebab 5 Organ Dalaman Rosak

Masalah kegemukan, obesiti atau terlebih gemuk ini kian meruncing di negara kita sekarang ini. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga ramai yang mengalami masalah obesiti atau kegemukan ini.

Menurut statistik, terdapat kira-kira 5.5 juta orang atau 30.6 peratus rakyat Malaysia berisiko menghadapai masalah kegemukan. Kementerian Kesihatan Malaysia mengunjurkan kira-kira 1 daripada 3 orang warga Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan yang boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit merbahaya.

Aku ni gemuk ke?

Siapa yang dikategorikan sebagai terlebih gemuk atau obesiti? Macam mana nak tahu kita ini obesiti atau tidak?Baiklah, cuba anda periksa senarai di bawah. Sekiranya ciri-ciri di dalam senarai tersebut ada pada anda, maksudnya anda mengalami masalah obesiti.

  • BMI badan melebihi 35 atau 40
  • Berat badan berlebihan sebanyak 45kg daripada yang disarankan
  • Gagal menurunkan berat badan sepatutnya walaupun telah mematuhi diet yang disarankan oleh pakar nutrisi
  • Mempunyai penyakit kencing manis atau tekanan darah tinggi

Kenapa boleh jadi obesiti?

1- Faktor genetik

Faktor genetik atau keturunan ni berkait juga dengan corak pemakanan yang tidak sihat sebenarnya. Selalunya, mereka yang mengalami masalah obese ini suka kepada makanan segera seperti pizza, KFC dan seumpanya. Makanan sebegini mengandungi garam berlebihan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi juga.

2- Sikap

Antara sikap kita yang boleh memudaratkan kesihatan badan sendiri ialah sikap degil dan tidak ambil peduli. Kita sedar bahawa gemuk atau obesiti itu tidak bagus dan boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan komplikasi kesihatan badan yang lainnya.

Namun, kita masih lagi bersikap degil untuk tidak mahu peduli tentang amalan gaya hidup sihat seperti makan makanan yang berkhasiat, pengambilan suplemen dan aktiviti bersenam.

 

3- Kurang bersenam

Suka makan dalam kuantiti yang banyak, kurang atau tidak bersenam dan suka makan makanan bergoreng dan berlemak, anda mungkin salah seorang yang berisiko untuk mendapat serangan jantung.

Jangan asyik jari-jemari saja yang bersenam di skrin ‘handphone’, leka bermain ‘game’ atau facebook. Sepatutnya kita harus luangkan masa selama 30minit sehari untuk melakukan aktiviti senaman. Melalui cara ini, kalori yang diambil setiap hari akan dibakar ketika bersenam. Sekaligus, ia dapat mengurangkan risiko masalah obesiti.

SENARAI PENYAKIT KRONIK AKIBAT OBESITI

Antara komplikasi yang biasa dihidapi oleh mereka yang obesiti ialah:

  • kencing manis
  • sindrom metabolik
  • masalah tidur
  • kolesterol tinggi
  • Darah tinggi
  • Gout
  • Masalah jantung
  • Hati berlemak

5 ORGAN BADAN BERISIKO UNTUK ROSAK AKIBAT OBESITI

Antara 5 organ badan yang berpotensi tinggi untuk rosak akibat obesiti ialah:

1- Usus besar

Masalah obesiti adalah disebabkan oleh pola pemakanan yang tidak sihat. Jadi, kemungkinan besar ia juga boleh menyebabkan masalah usus dan seterusnya penyakit kanser kolon. Walaupun hal ini belum dapat lagi dibuktikan. Namun, seandainya kita gagal melawan nafsu makan dan suka makan daging merah dan daging proses, kemungkinan besar kita juga berisiko untuk mendapat kanser kolon.

2- Jantung

Masalah jantung tersumbat sering kali dikaitkan dengan penyempitan ruang arteri akibat lemak. Lemak yang melekat pada dinding arteri akan menyukarkan laluan darah untuk melaluinya, akibatnya jantung kita terpaksa bekerja keras untuk mengepam sebelum ianya berhenti berfungsi.

3- Kulit

Adoi! Masalah betul kalau ada ‘strechmark’ di perut dan peha, di sekeliling leher pula jadi hitam dan bengkak. Masalah ini sering sangat terjadi kepada mereka yang obesiti. Tambahan lagi, regangan kulit akibat penambahab berat badan ini akan mengakibatkan ruam dan keradangan.

4- Otak

Mereka yang obesiti berisiko menghidap alzheimer. Takut tak? Harus rasa takut kerana obesiti boleh menyebabkan penurunan fungsi kognitif otak dengan lebih cepat.

5- Paru-paru

Salah satu organ penapisan yang sangat berisiko untuk menjadi tempat lemak berkumpul. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa, tingginya peratusan lemak yang terkumpul di dalam organ badan akan mengakibatkan organ kurang mendapat udara.

Masalah obesiti juga boleh menjadi punca nafas terhenti sewaktu tidur.

Masalah obesiti ini boleh dikawal dengan cara mengamalkan pemakanan seimbang, mengambil suplemen, bersenam dan menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Antara suplemen yang dapat membantu mengawal masalah obesiti sekaligus membantu untuk menurunkan berat badan adalah seperti berikut:

Omega Guard

Membantu membakar lemak jahat dan mengawal paras kolesterol dalam darah serta menjaga kesihatan jantung dan otak.

Lecithin

Membantu memecahkan lemak menjadi titisan kecil supaya senang diuraikan dan membantu mengelakkan mengurangkan risiko nyanyuk.

Alfafa complex

Membantu detoks hati, darah dan usus sekaligus melancarkan proses ‘pembuangan’ air besar dan toksin dalam badan.

Cinch Shake

Membantu memberikan rasa kenyang lebih lama, sesuai dijadikan sebagai ‘meal replacement’. Mengandungi leucine yang membantu mengurangkan inci pada ukur lilit badan.

Vivix

Membantu mengawal paras kolesterol dalam darah, untuk kesihatan menyeluruh dan menurunkan berat badan.

Dengan pembelian Set Kurus di atas, anda layak untuk dapat keahlian Shaklee secara PERCUMA, penghantaran PERCUMA menggunakan Gdex/CityLink dan mendapat rebat DUIT bonus. Hubungi saya untuk dapatkan Set Kurus anda sekarang.

FB: IdAyu Irdina

FB page: Idayu Irdina

IG: @idayu_irdina

No.HP: +6013-9189500

Beli secara online di sini

Cara membeli secara online

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.