Kenali Simptom Virus HFMD Dan Cara Mengatasinya

Penularan virus penyakit tangan, kaki dan mulut semakin meruncing sekarang ini. Banyak sekolah rendah, tadika dan pusat asuhan diarahkan tutup disebabkan penularan virus ini. Sebagai ibu bapa kita harus prihatin tentang virus yang boleh berjangkit seperti ini supaya dapat dielakkan daripada menjangkiti anak-anak kita. Kenali simptom HFMD dan cara mengatasinya.

Virus HFMD ini mudah menjangkiti kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan kebawah. Penyakit ini disebabkan oleh virus jahat yang bernama enterovirus, ianya meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EN71).

Virus ini sangat mudah berjangkit melalui sentuhan secara langsung dengan air hidung, air liur, cecair lepuh dan najis kanak-kanak yang dijangkiti. Selain itu, virus ini juga boleh berjangkit melalui sentuhan pada permukaan dan peralatan mainan kanak-kanak yang dijangkiti.

Apakah simptom HFMD?

Antara simptom-simptom yang boleh dikenal pasti bahawa anak anda sudah dijangkiti seperti:

  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Sakit tekak
  • Sakit Kepala
  • Timbul ulser di dalam mulut, lidah dan tekak
  • Timbul ‘blister’ atau lepuhan pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan lampin

Selalunya, tanda awal virus ini menyerang ialah demam. Kanak-kanak akan demam sebelum biji-biji kemerahan akan timbul pada mulut, tangan dan kaki.

Boleh ke HFMD menjangkiti orang dewasa?

Ya, HFMD boleh menjangkiti sesiapa sahaja termasuklah orang dewasa. Namun, risiko paling tinggi terkena jangkitan HFMD adalah kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah serta bayi.

Biasanya, virus ini cepat merebak di pusat asuhan, tabika dan tempat kanak-kanak selalu dikumpulkan. Jangkitan ini tersebar apabila tangan tak dibasuh dengan bersih selepas menukar lampin atau tersentuh air liur yang mana membolehkan wabak ini berpindah dari seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak yang lain.

Apakah kesan mereka yang terkena virus HFMD ini?

Dalam kebanyakan kes, ianya tidak membahayakan. Pesakit akan sembuh dalam masa 5-7hari. Namun, terdapat juga sebilangan kes yang membahayakan apabila melibatkan jantung dan saraf.

Apakah rawatan yang akan diberikan?

Prosedur biasa yang akan dilakukan oleh pengamal perubatan ialah mendiagnosis pesakit. Diagnosis dilakukan sekiranya didapati terdapat ruam atau lepuhan pada mulut, kaki dan tangan kanak-kanak yang kelihatan seakan sihat.

Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam, namun, antibiotik tidak diperlukan kerana rawatan ini tidak berkesan.

Air garam boleh digunakan untuk membilas mulut bagi melegakan kesakitan. Namun, sekiranya kanak-kanak tertelan air garam tersebut, ia mungkin akan menyakitkan.

Cara menyediakan air garam tersebut ialah dengan mencampurkan 1/2 sudu teh garam dengan 1 gelas air suam.

Sebenarnya, tiada rawatan khusus yang boleh diberikan untuk mengurangkan simptom-simptom virus ini. Walau apa pun, aspirin tidak boleh digunakan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah untuk merawat demam akibat virus.

Apakah langkah pencegahan yang boleh dilakukan?

Langkah pencegahan paling utama ialah seisi keluarga haruslah mengamalkan penjagaan kebersihan yang sempurna. Termasuklah perlu kerap mencuci tangan untuk mengelakkan penularan virus.

  • ┬áKerap membasuh tangan menggunakan sabun apabila keluar dari tandas, menukar lampin, mencuci najis dan sebelum menyediakan makanan.
  • Pastikan diri bersih terlebih dahulu sebelum menyentuh atau menguruskan anak dan bayi.
  • Sekira terdapat simptom-simptom HFMD pada anak-anak, sila jauhkan diri mereka daripada pusat asuhan, sekolah, taman permainan dan pengangkutan awam). Ini bagi mengelakkan mereka menyebarkan virus kepada yang lain.
  • Bersihkan mainan, pakaian dan peralatan yang terkena air liur anak-anak yang boleh menyebabkan penyebaran virus.
  • Elakkan berkongsi pakaian, mainan, tuala dan perkakas makanan minuman dengan kanak-kanak lain.
  • Amalkan menutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin.

Sebagai ibu bapa atau penjaga yang prihatin dan sayangkan anak-anak, segeralah bawa mereka berjumpa doktor sekira mereka mempunyai simptom-simptom virus HFMD seperti di atas.

Selain itu, kita boleh berikhtiar dengan menggunakan cara alternatif untuk mempercepatkan kadar penyembuhan atau sebagai langkah pencegahan terhadap virus HFMD dengan mengamalkan pengambilan suplemen.

Antara suplemen yang sangat baik untuk meningkatkan pertahanan sistem imun anak-anak kita untuk melawan virus merbahaya adalah seperti berikut:

Mealshake

Serbuk protein berperisa vanila yang kaya dengan multivitamin (24 jenis), mineral, fiber dan kalsium yang lengkap untuk mencukupi nutrisi badan anak kita. Ia membantu memberikan tenaga, kecergasan dan meningkatkan sistem imun badan kanak-kanak.

Selain itu, ia juga membantu mengurangkan masalah ekzema pada kulit kanak-kanak dan juga dewasa.

Omega Guard

Minyak ikan laut dalam yang bergred farmaseutikal serta menjalani proses penyulingan propietari 3 molekul bagi mendapatkan asid lemak omega 3 yang tulen. Ia mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi yang menyokong kesihatan jantung dan perkembangan otak anak-anak kita.

Disamping itu, ia juga membantu memperkuatkan sistem imun badan anak kita untuk menghindari mereka daripada cepat mendapat penyakit berjangkit.

Nutriferon

Hasil kajian unggul Dr. Yasuhiko Kojima menemukan interferon semulajadi ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan. Nutriferon membantu mengaktifkan interferon dalam tubuh untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh anak kita. Ia juga membantu melindungi badan kita daripada jangkitan flu, bakteria, viral dan influenza.

Vita Lea for Children

Merupakan multivitamin berperisa anggur dan boleh dikemam. Ia mengandungi 19jenis vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan kesihatan tubuh anak kita. Ia membantu melindungi anak kita daripada serangan penyakit dan membekalkan tenaga.

Untuk mendapatkan konsultansi lanjut dan memesan produk, anda boleh hubungi saya dengan cara berikut:

FB: IdAyu Irdina

FB Page: Idayu Irdina

IG: @IDAYU_IRDINA

No.HP: +6013-9189500

Anda juga boleh terus membeli secara online di sini

Untuk mendapatkan diskaun dan lebih banyak manfaat di masa akan datang, anda boleh mendaftar sebagai ahli di sini.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.