Makan durian semasa mengandung ketahui pro dan kontra untuk mengelakkan keguguran

DURIAAAANNNN….yummmehh!!!tapiii…tengah mengandung ni..boleh ke makan durian?? Makan durian semasa mengandung ketahui pro dan kontra untuk mengelakkan keguguran. Encik suami pun harus tahu tentang hal ini. Kata sayang bini kan?

 

 

 

Sebenarnya, masih ramai lagi orang di Asia Tengara khususnya kaum Melayu dan Cina tidak membenarkan ibu mengandung memakan durian. Ini kerana ia dianggap terlalu “panas” untuk dimakan ketika hamil. Namun, ada juga ibu mengandung yang selamba je makan durian tanpa peduli tentang akibatnya. Tapi, ada ke kajian saintifik yang menunjukkan ibu hamil tak boleh makan durian???

 

Sehingga ke hari ini tiada lagi kajian saintifik yang menunjukkan bahawa ibu hamil tidak boleh makan durian dan juga sebaliknya. Namun, bagi ibu hamil yang mempunyai masalah diabetes seeloknya elakkan makan durian. Durian berada dalam kumpulan makanan yang mengandungi paras glisemia yang tinggi. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan gula yang agak tinggi. Sebab itulah ibu hamil tidak digalakkan makan durian.

 

 

Dalam sehari, ibu hamil disarankan makan hanya 2 ulas durian bersaiz sederhana. 2 ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori. Durian jugak mengandungi karbohidrat. Ibu hamil dinasihatkan berhati-hati ketika makan durian, jika terdapat tanda atau rasa tak elok pada badan dan kandungan, segeralah berjumpa doktor.

 

Antara sebab-sebab lain yang orang dulu-dulu tidak menggalakkan ibu mengandung makan durian adalah:

1. Kelahiran bayi pramatang
2. Keguguran
3. Kontraksi awal
4. Kecacatan pada janin
5. Mengalami diabetes, hipertensi, kolesterol, preeklamsia
6. Janin mengalami pertambahan berat badan
7. Janin kekurangan oksigen dan darah

 

 

Rasa risau juga bila ketahui risiko yang bakal terjadi sekiranya makan durian. Tapi rasa mengidam sangat nak makan durian. Macam mana nak buat ni????

 

Bertenang….jom kita baca pula tentang tips yang perlu kita perlu lakukan sekiranya makan durian.

 

1. Sekadar merasa
Mentang-mentanglah suami bagi green light, siap tolong beli lagi durian untuk ister kesayangannya. Janganlah dimakan sampai berbiji-biji. Cukup sekadar 2-4ulas sahaja, buat merasa saja. Tapi kalau makan 1 ulas pun rasa tak sedap badan, seeloknya berhenti makan dan pantau pergerakan bayi dalam kandungan.

 

2. Jangan terlalu kerap
Sekarang ni berlambak orang jual durian sepanjang jalan yang kita lalui setiap hari itu kan? Tahanlah nafas dan nafsu. Ibu hamil tidak digalakkan makan durian setiap hari walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Jarang-jarang tak mengapa. Mungkin kita boleh makan durian hanya 2 kali seminggu saja.

 

 

3. Perbanyakkan minum air putih
Elakkan minuman berkafein selepas makan durian bagi mengelakkan hipertensi di kalanan ibu hamil. Seeloknya perbanyakkan minum air putih untuk menyejukkan badan.

Ada juga petua, isikan rongga kulit durian dengan air putih lalu diminum. Ini bertujuan untuk meneutralkan bau mulut akibat makan durian dan juga mengelakkan rasa pening.

 

4. Hindari makanan berkolesterol tinggi
Selepas makan durian, jangan pula makan daging atau makan makanan yang berkolesterol tinggi. Amat tidak bagus untuk kesihatan ibu hamil dan ianya bertujuan untuk mengelakkan obesiti ketika mengandung.

 

 

Ok…sekarang ibu hamil dan bakal ayah semua dah tahukan pro dan kontranya makan duriankan? Jadi, buatlah pertimbangan sebaiknya untuk kesihatan ibu dan anak dalam kandungan. Untuk memastikan ibu hamil mendapat keperluan nutrisi yang cukup, mereka haruslah menjaga pemakanan dan juga membuat senaman ibu mengandung.

 

Jika ibu hamil selalu rasa tidak larat, letih, morning sickness yang teruk atau tiada selera makan. Boleh saja mengamalkan set ibu hamil ini untuk membantu mencukupi nutrisi yang ibu hamil perlukan. Bakal ayah boleh hadiahkan set ibu hamil ini sebagai kejutan buat si isteri yang telah bersusah payah menjaga kandungannya.

 

set ibu hamil shaklee

Beli secara online di sini

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

Daftar ahli secara online di sini

Lokasi COD
==========
Jeli – Rantau Panjang – Tanah Merah – Machang – Pasir Mas – Salor – Pasir Pekan – Pasir Hor – Wakaf Bharu – Kubang Kerian – Kota Bharu – Pengkalan Chepa – Ketereh dan kawasan berdekatan.

USM – Batu Uban – Bayan Baru – Bayan Lepas – Queensbay Mall – Bukit Jelutong – Sg. Dua – Sg. Ara – Relau – Teluk Kumbar – Balik Pulau – Jelutong – Georgetown – Perak Road – Burma Road – Tanjong Bungah – Tanjong Tokong – Batu Feringhi dan kawasan berdekatan.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.