Polifenol Membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan

Seluruh dunia digemparkan dengan penularan wabak merbahaya yang boleh membawa maut. Sejak akhir tahun 2019, wabak Covid19 merebak dengan sangat pantas ke seluruh dunia. Cara yang terbaik disarankan oleh pihak pengamal perubatan adalah dengan cara kita meningkatkan sistem imun badan kita. Selain daripada kita jaga betul-betul kebersihan diri dan seluruh kawasan tempat tinggal kita.

Apakah cara terbaik untuk kita tingkatkan sistem imun badan kita? Adakah dengan cara memakan 8biji oren sehari dapat membantu meningkatkan ketahanan tubuh kita? Umum mengetahui bahawa, oren merupakan salah satu jenis buahan yang mempunyai kandungan vitamin C yang dapat membantu tingkatkan sistem imun badan.

Atau ada cara lain yang lebih cepat berkesan dan mempunyai pelbagai manfaat yang lain?

Di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya perolehi daripada pembacaan. Bagaimana caranya polifenol dapat membantu meningkatkan sistem imun badan kita?

Polifenol kebiasaannya boleh didapati daripada tumbuhan samada buah ataupun jenis tumbuhan selainnya. Dikatakan bahawa polifenol ini telah lama dijalankan ujikaji untuk memastikan jenis kebaikan yang terdapat didalamnya untuk kesihatan manusia. Antara kebaikannya adalah:

Melindungi & membaiki sel DNA

Setiap hari sel-sel badan kita terdedah kepada lebih 1 juta radikal bebas yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel kita ke tahap sel DNA. Hal ini tidak bagus kerana ia akan menyebabkan kita lebih terdedah kepada risiko penyakit yang merbahaya, contohnya seperti kanser. Jadi, tugas polifenol ini adalah untuk membantu melindungi sel DNA kita daripada kerosakan dan menyokong replikasi DNA kita untuk berfungsi dengan lebih sihat.

Meningkatkan tenaga sel

Terdapat loji kuasa di dalam sel kita yang dikenali sebaga mitokondria. Kajian mendapati bahawa polifenol dapat membantu menggalakkan pertambahan jumlah mitokondria di dalam badan kita. Supaya ia dapat menggalakkan penghasilan tenaga yang lebih sihat.

Pertahanan sel

Apabila terdapat sejumlah keradangan yang tidak dapat dikawal, sistem badan kita akan menjadi tidak terkawal dan meletakkan diri kita dalam bahaya. Kita akan lebih berisiko untuk mendapat penyakit merbahaya. Polifenol membantu mengurangkan keradangan dan memberikan kesan positif terhadap penuaan sel.

Mengurangkan pengumpulan protein AGE

Pengumpulan protein AGE akan merosakkan sel-sel badan kita dan menyebabkan penuaan sel terutamanya pesakit diabetes. Polifenol membantu menghalang pengumpulan protein AGE, menggalakkan kesihatan jantung yang lebih baik dan perkembangan positif keadaan pesakit diabetes.

Mengurangkan kadar pemendekan telomere

Setiap kali sel-sel baru dihasilkan oleh badan, telomere akan memendek daripada panjang sebelumnya. Sangat penting untuk kita mengurangkan risiko pemendekkan telomere bagi mengekalkan kesihatan yang baik dan umur yang lebih panjang. Polifenol terbukti dapat mengurangkan pemendekkan telomere sebanyak 40%.

Polifenol dapat membantu meningkatkan sistem imuniti badan kita dengan cara mengurangkan keradangan sel yang berlaku semasa jangkitan. Ia dapat membantu mempercepatkan proses baikpulih kesihatan badan kita.

Kita beruntung kerana di Malaysia kini terdapat produk kesihatan yang kaya dengan polifenol yang diekstrak daripada tumbuhan organik. Beratus atau mungkin sudah capai beribu testimoni yang berjaya jalani hidup yang lebih sihat dan lebih ceria selepas mengamalkannya. Hadiahkan badan kita sesuatu yang premium agar kita kekal sihat dan cergas.

Hubungi saya Idayu Irdina, untuk dapatkan maklumat lanjut dan tempahan produk. Atau hubungi terus nombor telefon ini 013-9189500 untuk mendapatkan maklumat lanjut

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.