Pulmonary Embolisme Pembunuh Senyap Ketika Berpantang

Dalam 100 kematian ibu berpantang di Malaysia, 60 daripadanya adalah disebabkan oleh pulmonary embolisme. Lebih mengerikan lagi, kadar kematian orang Melayu disebabkan oleh pulmonary embolisme adalah lebih tinggi berbanding kaum lain dan juga wanita di Eropah. Suami isteri patut tahu akan hal ini kerana pulmonary embolisme pembunuh senyap ketika berpantang.

 

Akhir-akhir ini kerap pula kita terbaca kisah isteri meninggal dunia ketika berpantang sendiri di rumah. Bukan kata tidak boleh untuk isteri berpantang sendirian. Tapi, seeloknya ada orang menemani isteri sewaktu tempoh berpantang, sedangkan suami pergi kerja. Ada orang yang bantu isteri buat kerja rumah, jaga bayi yang baru dilahirkan, jadi isteri boleh rehat sepenuhnya sewaktu 40 hari tempoh berpantang.

 

APAKAH PULMONARY EMBOLISME???

 

Pulmonary embolisme berlaku apabila terdapat penyumbatan (blockage) darah beku di pembuluh darah (arteri) ke paru-paru secara tiba-tiba. Sekiranya darah beku yang tersumbat itu kecil, mungkin boleh di selamatkan. Namun, jika darah beku itu besar dan ia boleh menghentikan darah mengalir ke paru-paru. Hal ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa sekiranya lambat dirawat.

 

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT PULMONARY EMBOLISME????

 

1- Wanita hamil dan berpantang. Pulmonary embolisme boleh menyebabkan kematian semasa mengandung dan juga dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Wanita hamil mempunyai kepekatan darah yang lebih tinggi berbanding biasa dan risiko untuk mendapat pulomonary embolisme ini lebih tinggi sekiranya anda:

– berumur lebih 35 tahun
– mempunyai anak lebih daripada 2 orang
– bersalin secara ceaseran
– lumpuh dan tidak boleh bergerak melebihi 3 hari
– berat melebihi 80kg atau BMI 30kg/m²
– menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4jam
– dehidrasi
– pernah mengalami penyakit darah beku atau mengalaminya semasa mengandung terdahulu
– tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1liter)
– mengandung kembar.

 

2- Terlalu lama terlantar sakit tanpa bergerak :, atau terlalu lama duduk di dalam penerbangan ataupun di dalam kereta.

 

3- Selepas menjalani pembedahan melibatkan bahagian kaki, punggung, perut atau otak.

 

4- Pesakit kanser, kegagalan fungsi jantung, strok dan beberapa jenis jangkitan kuman.

 

5- Wanita yang nengamalkan pengambilan pil perancang dan terapi hormon.

 

6- Mereka yang merokok.

 

Warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dan mereka yang obesiti juga berisiko tinggi mendapat pulmonary embolisme.

 

APAKAH SIMPTOM-SIMPTOM PULMONARY EMBOLISME????

 

Seandainya isteri anda mengalami simptom-simptom seperti di bawah ini, segeralah bawa mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan sebelum terlambat.

1- Sesak nafas secara tiba-tiba.

2- Rasa sakit dada ketika batuk atau menarik nafas dalam-dalam.

3- Batuk berkahak yang berwarna seakan merah jambu.

4- Kaki kembang (biasanya terjadi pada sebelah kaki sahaja).

Namun, pulmonary embolisme boleh menyebabkan beberapa simptom lain seperti rasa penat, pening kepala, pengsan, berpeluh berlebihan, jantung berdegup laju atau kadar denyutan jantung tidak teratur.

 

 

Jika simptom-simpton ini terjadi, segeralah mendapatkan rawatan sewajarnya. Kerana ia mungkin akan mengakibatkan kematian sekiranya lambat dirawat.

 

APAKAH YANG MENYEBABKAN PULMONARY EMBOLISME TERJADI???

 

Dalam kebanyakkan kes, pulmonary embolisme berlaku apabila darah beku di kaki pecah dan bergerak ke paru-paru. Darah beku di vena berdekatan kulit tidak menjadi masalah. Akan tetapi, pembekuan darah dalam urat (deep vein tombrosis) boleh menyebabkan pulmonary embolisme. Sekurang-kurangnya 300,000 orang setiap tahun mengalami pulmonary embolisme.

 

 

KENAPA IBU HAMIL DAN BERPANTANG LEBIH BERISIKO MENDAPAT PULMONARY EMBOLISME????

 

Ok, memula sekali para ibu hamil kena tahu bahawa kepekatan darah di dalam salur darah mereka adalah lebih tinggi berbanding biasa. Ini kerana, hormon ibu hamil akan meransang badan menghasilkan lebih banyak protein untuk memekatkan darah.

 

Kenapa jadi macam itu???

 

Tujuan memekatkan darah itu adalah bagi melindungi ibu hamil daripada berlaku tumpah darah berlebihan semasa bersalin kelak.

 

Kepekatan darah ini merupakan faktor utama ibu hamil mengalami pembekuan darah 6 kali lebih tinggi berbanding wanita biasa. Juga, kepekatan darah ini masih ditahap tinggi selepas 6 minggu selepas melahirkan bayi.

 

Jom tonton video ini untuk kita lebih faham tentang bagaimana pulmonary embolisme terjadi.

 

BAGAIMANA CARA MENGELAKKAN PULMONARY EMBOLISME????

 

1- Obesiti merupakan salah satu faktor pulmonary embolisme. Jadi, amalkan gaya hidup yang sihat sewaktu mengandung dan cuba turunkan atau jaga kenaikan berat badan semasa berpantang.

2- Amalkan bersenam 20-30minit setiap hari semasa hamil.

3- Berhenti merokok.

4- Elakkan pembedahan ceaseran section jika tidak memerlukan. Namun, sekiranya perlu dilakukan, doktor akan suntik ubat pencair darah setiap hari selama 7 hari sebelum pembedahan dilakukan untuk mengelakkan pulmonary embolisme.

5- Minum air secukupnya semasa di dalam pantang terutama ibu yang menyusukan bayi (3liter sehari / 12-13 gelas air sehari).

6- Berjalan-jalan dengan perlahan selepas bersalin dan di dalam pantang bagi mengelakkan pembekuan darah.

7- Amalkan pengambilan pemakanan yang sihat sewaktu berpantang.

 

 

Jika isteri minta dibelai, dipeluk dan dicium, tunaikanlah permintaannya. Dia minta semua itu bukan sebab mengada-ada. Tapi, sekiranya dia sudah ‘pergi’ nanti, semua itu adalah kenangan. Jagalah isteri sebaik mungkin ketika mereka berpantang. Ini kerana Pulmonary embolisme memang wujud dan ia boleh menjadi pembunuh senyap ketika berpantang.

 

 

 

Ibu hamil dan berpantang yang sibuk menguruskan hal anak-anak dan rumah tangga sememangnya memerlukan tenaga dan nutrisi yang lengkap di dalam badan. Set kehamilan dan set berpantang Shaklee sangat membantu mengatasi masalah keletihan dan membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan setiap hari oleh tubuh ibu hamil dan berpantang.

 

 

Ribuan ibu hamil dan berpantang di seluruh negara telah mengamalkannya dan mereka sangat berpuas hati dan teruja dengan keberkesanannya. Sayangi diri anda, hadiahkan suplemen yang terbaik buat diri anda. Suami yang nak beri kejutan kepada isteri, boleh hubungi saya untuk dapatkan produk tersebut.

 

Namun, untuk sembuhkan luka bersalin ceaseran atau normal dengan cepat, suka saya cadangkan ibu berpantang mengamalkan vivix Shaklee. Ia dapat membantu memulihkan tenaga dengan cepat dan membantu memperbaiki sel-sel serta otot-otot yang rosak dengan cepat. Sangat bagus untuk pulihkan sistem dalaman wanita yang baru lepas bersalin.

Untuk menempah dan konsultansi berkaitan produk, anda boleh membeli dan menghubungi saya dengan beberapa cara di bawah ini.

FB : IdAyu Irdina
FB Page : Idayu Irdina
IG : @idayu_irdina
No.HP : +6013-9189500

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.