Punca Buah Pinggang Bocor Dan Cara Mengatasinya

Buah pinggang atau ginjal adalah organ penapisan yang berada di bahagian belakang badan kita. Kita mempunyai dua buah pinggang iaitu dibahagian kiri dan kanan. Ia merupakan organ yang terpenting di dalam badan kita untuk memastikan kesihatan tubuh kita sentiasa baik.

Buah pinggang berfungsi sebagai penapis yang menapis bahan tertentu seperti protein dan elektrolit, membuang bahan kumuhan dan mengawal keasidan darah dan kandungan cecair dalam badan. Namun, bagaimana ia boleh ‘bocor’? Apa puncanya? Bagaimana cara untuk mengatasinya? Artikel ini ada menerangkan segalanya persoalan di atas.

Ironinya, ramai lagi yang kurang jelas ataupun kurang faham tentang jenis-jenis penyakit buah pinggang. Menurut penulisan Dr. Ruslinda Mustafar yang merupakan Pakar Perunding Nefrologi dan Ketua Unit Nefrologi dan Dialisis PPUKM di dalam sebuah akhbar ‘online’, penyakit buah pinggang ini mempunyai empat kategori bergantung kepada kerosakan sruktur buah pinggang. Iaitu ‘cyst’, batu karang, kerosakan fungsi buah pinggang dan ketumbuhan di buah pinggang. Buah pinggang bocor berada dalam kategori yang mana?

Buah pinggang bocor adalah merupakan kerosakan fungsi buah pinggang bahagian penapisan. Kerosakan fungsi buah pinggang terbahagi kepada dua; fungsi pembuangan bahan kumuh dan fungsi penapis. Istilah buah pinggang bocor ini bukanlah bermaksud ‘pecah’. Tetapi, terdapat kebocoran pada ultra struktur dalaman buah pinggang ataupun dikenali sebagai glomerulus.

Glomerulus terdapat di bahagian kortex buah pinggang, yang mana ia merupakan struktur utama untuk melakukan tugas penapisan. Seandainya di dalam ujian urin (air kencing) kita terdapat protein dan darah (proteinuria dan haematuria) yang mana ia tidak sepatutnya berada, berkemungkinan sistem penapisan buah pinggang kita gagal berfungsi dengan baik. Dengan kata lainnya, buah pinggang kita bocor.

Apakah punca buah pinggang bocor?

Glomerulonefritis adalah istilah perubatan bagi kebocoran pada buah pinggang. Ia bermaksud radang pada glomerulus, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keradangan ini. Antara faktornya mungkin disebabkan oleh keradangan dalaman pada buah pinggang (glomerulonefritis primer) atau faktor luaran (glumerulonefritis sekunder) seperti masalah diabetes, SLE, obesiti dan hipertensi.

Ramai yang menyangkakan bahawa pesakit buah pinggang akan mengalami tanda sakit di bahagian kiri atau kanan buah pinggang. Walaubagaimanapun, tanda kesakitan itu mungkin boleh disebabkan oleh penyakit batu karang. Kita perlu sedar bahawa kebanyakan pesakit buah pinggang bocor tidak mempunyai tanda kesakitan pada bahagian bauh pinggang.

Apakah tanda-tanda buah pinggang bocor?

Paling biasa kita lihat, pesakit buah pinggang bocor ini akan mengalami bengkak pada kaki dan muka, kencing berdarah, hypertensi, kencing berbuih dan kegagalan membuang bahan kumuh daripada badan. Buah pinggang bocor boleh dibahagikan kepada dua sindrom iaitu nefrotic dan nefritic serta memerlukan pemeriksaan lanjut.

Selain itu,terdapat juga tanda-tanda lain seperti

  • Kesukaran untuk bernafas
  • Keguguran rambut
  • Sakit sendi
  • Ruam,terutamanyapada muka
  • Luka di mulut (ulcers)
  • Demam berpanjangan
  • Kenaikan berat badan yang mendadak (disebabkan oleh kandungan air berlebihan dalam badan)

Namun,terdapat juga kes di mana penyakit ini dapat dikesan semasa melakukan ‘medical check-up’ tanpa sebarang gejala yang ditunjukkan pada badan pesakit.

Siapa yang berisiko menghidap buah pinggang bocor?

Majoriti yang menghidap penyakit buah pinggang bocor ini adalah golongan belia dan mereka yang berumur pertengahan. Namun, ramai juga dikalangan kanak-kanak yang menghidap penyakit ini. Amat penting untuk kita berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya kita mempunyai tanda atau gejala seperti di atas.

Apakah rawatan yang akan diberikan?

Sekiranya ujian air kencing kita mengandungi protein dan darah, biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan lanjut seperti ujian darah, air kencing dan ultrasound buah pinggang akan dilakukan lebih terperinci. Dalam masa yang sama juga, doktor akan mengambil keterangan mengenai sejarah kesihatan kita dengan lebih terperinci lagi.

Semua perkara diatas penting untuk doktor mengenal pasti punca kerosakan buah pinggang. Kemungkinan juga doktor akan sampel tisu buah pinggang kita diambil melalui ujian biopsi supaya rawatan lanjut boleh dilakukan.

Antara rawatan yang akan diberikan seperti ubat-ubatan bagi mengeluarkan air berlebihan daripada badan, pengurangan garam, pengambilan ubat immunosupresi seperti kortikosteroid. Segala rawatan akan ditentukan oleh pakar buah pinggang. Sekiranya penyakit ini dapat dikesan terlebih awal, ia dapat mengurang risiko kerosakan kekal pada buah pinggang.

Testimoni Pengguna

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk, anda boleh hubungi saya di talian 013-9189500 (atau klik sahaja pada nombor telefon tersebut untuk berhubung melalui whatsapp). Anda juga boleh tambah saya sebagai rakan facebook di IdAyu Irdina dan FB page saya Idayu Irdina. Untuk menempah produk, anda boleh klik pada gambar di bawah untuk pembelian secara ‘online’.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.