Rasa Syukur 1 Minit

Mulakan pagi kita dengan rasa bersyukur di atas segala nikmat pemberian Alllah swt. Daripada kita bangun pagi dah kalut fikir nak pergi kerja, nak siapkan anak nak ke sekolah, nak siapkan sarapan untuk keluarga.

Apakata kita ambil masa 1 minit hanya fikirkan tentang kita dan diri kita sahaja. Bangun dari tidur, lakukan sedikit regangan badan dan minum air kosong. Pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam kita buat penuh perasaan. Jangan fikir apa-apa pun untuk 1 minit tu. Just bernafas dengan betul. Kita boleh rasa oksigen yang masuk ke dalam hidung kita. Kita boleh rasa oksigen tu turun ke esofagus kita dan pergi ke jantung.

Kita akan rasa lega sangat-sangat dan rasa lebih bersemangat nak mulakan hari kita dengan perkara yang baik-baik je.

Kita akan lebih rasa bersyukur sebab kita masih lagi Allah bagi peluang untuk hidup pada pagi ini. Allah bagi peluang kita tatap wajah anak-anak dan pasangan hidup kita. Peluk mereka erat-erat sebelum kita turun daripada katil untuk melakukan urusan rutin kita.

Istiqomah lakukan perkara yang sangat mudah ni setiap hari selama seminggu sebagai permulaan. Un shaa Allah kita akan rasa lebih bahagia, lebih bersemangat dan lebih tenang.

Mulakan hari kita dengan perasaan penuh kesyukuran dan kebahagian. Niatkan dalam hati kita hari ini kita nak tolong bahagiakan diri kita dan juga bahagiakan ahli keluarga kita.

Bangun pagi dengan perasaan macam ni. Lebih berkualiti dan kita akan lebih menghargai setiap seorang manusia yang Allah hadirkan dalam hidup kita.

#gratitudejournal #idayuirdinadotcom #svfamily

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.