Resdung Kronik Hilang Selepas Lakukan Kaedah Ini

Haaachuumm…haachuumm…haachummm…arrggghhh. Sakit kepala ini asyik bersin je setiap pagi, mau rasa nak tercabut hidung ini. Malam nanti member ajak makan ‘shellout’ pulak, stress la. Kalau tak ikut, rugi sebab ‘shellout’ kat situ memang ‘famous’ sedap. Tapi, kalau makan ‘confirm’ hidung ni tak berhenti bersin dan berair. Kalau ‘seafood’ dia segar ok la sikit, tapi kalau tak segar memang menggaru muka la jawabnya.

Pernah tak anda berhadapan dengan situasi di atas? Stress bukan? Makanan laut memang sedap dan sangat disukai ramai. Tapi, disebabkan masalah resdung yang kronik mereka memilih untuk berpantang daripada makan makanan laut. Sebenarnya, ada cara untuk atasi masalah resdung kronik ni. Ramai yang telah mencuba dan masalah resdung kronik hilang selepas lakukan kaedah ini.

Apakah maksud resdung?

Resdung terjadi apabila terdapat keradangan pada bahagian rongga sinus akibat daripada jangkitan kuman. Apabila berlaku radang pada rongga-rongga ini, biasanya akan terhasilnya lendir pada setiap masa dan mengalir ke saluran hidung. Lendir tersebut akan terkumpul dan menjadi pekat, seterusnya menyebabkan pembiakan kuman dan bakteria. Sekiranya tidak dirawat, ia akan menjejaskan kesihatan anda secara berperingkat. Hati-hati dengan penyakit resdung ini, kerana ia boleh menyebabkan pelbagai risiko berbahaya seperti komplikasi pada otak sehingga boleh membawa maut.

Tanda Penyakit Resdung

  • Rasa sakit/senak pada bahagian mata dan muka
  • Kerap mengalami hidung tersumbat
  • Hidung dan tekak mempunyai lendir
  • Nafas yang berbau
  • Sering mengalami migrain, sakit kepala dan pening
  • Mempunyai jerawat di muka dan belakang badan
  • Kulit kepala bermasalah kelemumur, gatal dan rambut gugur
  • Kerap demam dan rasa tidak sedap badan
  • Kerap bersin di waktu pagi

Komplikasi akibat resdung

Dewasa

Apabila nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar dari hudung, ia akan masuk dan memenuhi ruang di dalam otak. Apabila dinding pemisah menjadi tebal maksudnya sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna di otak. Terdapat lagi satu keadaan apabila bahagian sinus maxilla yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya jarang terjadi. Ini kerana dinding sinus maxilla lebih tebal dan resdung jarang dapat tembusi dinding ini.

Sekiranya resdung sudah menjangkiti otak, pesakit harus melakukan pembedahan sinus frontal dan neurosurgery. Namun,kadar kematian meningkat sebanyak 40 peratus bagi kes seumpama ini.

Kanak-Kanak

Resdung pada kanak-kanak paling bahaya kerana kompilkasinya menyebabkan mereka jadi buta. Resdung ini akan menyebabkan jangkitan sellulitis dan nanah mata. Ini terjadi kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat nipis dan bahagian sinus frontal mereka belum lagi terbentuk. Oleh sebab itu, nanah akan dikeluarkan melalui mata.

Sekiranya keadaan menjadi kritikal, doktor akan membuat satu laluan untuk mengalirkan cecair dari sinus ethmoid ni keluar melalui hidung.

Kesan resdung yang bertambah kronik

  • Asthma bertambah teruk
  • Selsema yang berpanjangan
  • Alahan/alergi pada hidung
  • Jangkitan pada telinga dan tonsil
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan pada tulangĀ  muka
  • Jangkitan nanah pada bahagian mata
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan pada otak

Cara atasi masalah resdung

Air

Perbanyakkan minum air mineral pada setiap hari. Ini kerana bendalir ini akan membantu menolong lendir keluar dan tidak terkumpul di dalam hidung. Elakkan minuman manis, kafein atau beralkohol serta jangan merokok. Hal sedemikian akan memburukkan lagi kesihatan anda dan akan menyebabkan lendir menjadi semakin pekat dan tebal. Seterusnya, menyebabkan saluran pernafasan semakin tersumbat sehingga mengakibatkan keradangan yang teruk.

Wap muka dengan air panas

Cara yang mudah untuk rasa segar dan dapat bernafas dengan lebih selesa ialah wapkan muka anda dengan air panas. Wap panas yang disedut masuk akan membantu mencairkan lendir dan membolehkan ia mengalir dan mengurangkan risiko hidung tersumbat.

Daun pandan dan limau nipis

Petua tradisonal ni agak memedihkan bagi sesetengah orang, bergantung kepada tahap resdung yang dihidapi. Kaedah ini tidak sesuai dilakukan pada kanak-kanak.

Caranya mudah sahaja, ia memerlukan air perahan 8 biji limau nipis dicampur bersama 10 helai daun pandan yang dihiris nipis. Ramas dan tapis airnya sahaja, lalu disapukan pada wajah kecuali kawasan mata dan bibir. Biarkan kering, ulang sapu pada setiap 3 jam.

Set Resdung Shaklee

Rangkaian vitamin semulajadi yang dihasilkan berasaskan tumbuhan semulajadi dan herba organik. Dijalankan kajian klinikal dan diuji oleh para saintis antarabangsa yang berpengalaman. Ia membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda sekaligus membantu mengurangkan resdung dan mencantikkan kulit. Maksudnya, tiada lagi bersin dipagi hari, jerawat di muka dan belakang badan boleh hilang dan nafas sudah tidak berbau busuk lagi.

Alfafa complex

Gabungan herba hebat yang kaya dengan klorofil, ia dapat membantu mengatasi masalah keradangan akibat resdung, alergi dan gegata. Namun, pesakit SLE tidak digalakkan mengambil alfafa complex sebagai suplemen peribadi.

B complex

Dikenali juga sebagai pil anti stress, ini kerana kandungan vitamin B di dalamnya membantu mengurangkan stress apabila resdung menyerang. Selain membantu mengurangkan rasa sakit kepala dan muka apabila resdung menyerang. Vitamin B6 di dalamnya penting untuk memulihara selaput lendir agar sentiasa sihat dan membantu penghasilan antibodi. Ia juga membantu membina protein dalam tubuh serta berupaya menukarkan makanan kepada tenaga.

SR Vitamin C

Ia merupakan antioksidan yang baik dalam membantu meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan penyakit. Selain itu, ia juga berupaya membantu mempercepatkan proses penyembuhan tisu dalam tubuh kita. SR vitamin C ini membantu memastikan proses pemuliharaan metabolisme di dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jom tonton video ini, bagaimana dia lakukan untuk bebaskan diri daripada resdung dan asthma

Testimoni Set Resdung Shaklee


 

Dapatkan segera Set Resdung Shaklee ini sebelum resdung anda menjadi bertambah parah. Jika anda ingin beli secara online, anda boleh klik di sini. Tapi, seandainya anda perlukan konsultansi secara eksklusif, anda boleh hubungi saya di talian +6013-9189500 atau klik sini untuk mesej menggunakan aplikasi Whatsapp.

 

FB: IdAyu Irdina

FB Page: Idayu Irdina

Ig: @idayu_irdina

No.HP: +6013-9189500

Beli secara online di sini

Cara membuat pembelian online

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.