Tekanan atau stress tidaklah merbahaya sekiranya dalam dos yang kecil. Kadang kala stress boleh membantu mendorong kita melakukan sesuatu tindakan diluar jangkaan kita.
Bahayanya stress ini, ia boleh menjejaskan kualiti hidup kita dan keluarga. Stress merupakan tindak balas emosi, fizikal dan mental kita terhadap sesuatu perubahan. Ia juga dikelaskan sebagai kebimbangan, gangguan, kerisauan, panik, kemurungan, hilang semangat, rasa terbeban dan keletihan.
Jom kenali 3 jenis hormon stress
1. Hormon adrenalin
Adrenalin muncul disaat kita mengalami stress atau keadaan yang mengejut. Ia merupakan tindak balas kalenjar adrenal apabila mendapat isyarat daripada otak ketika situasi stress muncul.
Contoh paling mudah adalah kita merasa terkejut, takut, jantung berdegup kencang, berpeluh dan menggigil apabila kereta yang dipandu hampir kemalangan dengan kenderaan lain.
2. Hormon Norepinephrine
Ia sama seperti hormon adrenalin, yang mana kalenjar adrenal bertindak balas dengan isyarat dihantar ke otak. Ia berfungsi untuk membuatkan kita terjaga dan fokus ketika menghadapi stress. Ia membuatkan kita sukar untuk tidur, sentiasa dalam keadaan berhati-hati dan terlalu fokus kepada masalah.
Hormon ini juga membantu mengalihkan pengaliran darah ke bahagian yang lebih memerlukan, seperti ke otak atau otot supaya kita dapat menghadapi keadaan merbahaya dengan baik.
3. Hormon Kortisol
Dikenali juga sebagai hormon stress. Ia yang akan menentukan jenis tindakan kita apabila berdepan dengan situasi yang tegang dan stress.
Hormon ini dikatakan lebih lambat berfungsi berbanding yang lainnya. Ia mengambil masa beberapa minit untuk ia berfungsi. Ketika kita stress, hormon kortisol ini akan membantu menjaga keseimbangan cairan dan tekanan darah. Ianya penting bagi mengelakkan tubuh merasa letih memikirkan hal yang tidak penting.
Gejala atau tanda diri kita stress
Stress ini kadang kala kita tidak menyedarinya, sebab kita rasa macam sudah terbiasa hidup dalam keadaan tertekan. Tapi, sebenarnya ia memberikan kesan buruk kepada diri kita antaranya:
Kognitif
- rasa bimbang berterusan
- kurang daya ingatan
- kurang fokus
- kerap salah sangka
- pemikiran yang cemas
- hanya melihat dari segi negatif
Emosi
- sering rasa gelisah
- cepat marah
- murung
- rasa kesepian
- suka menyendiri
- masalah kesihatan mental
Kelakuan
- kurang makan
- masalah tidur
- suka menangguh atau mengabaikan tanggungjawab
- menggunakan alkohol atau rokok sebagai ‘pelepas tekanan’
Fizikal
- selalu mual atau pening
- sembelit atau cirit-birit
- jantung berdegup kencang
- sering tidak sihat
- hilang keinginan seksual
5 Penyakit Merbahaya Akibat Stress
Menurut kajian yang dijalankan, terdapat banyak faktor penyebab stress. Namun, terdapat 10 peristiwa yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami stress terlampau dan mengakibatkan dia dihidapi penyakit.
- Kematian pasangan
- Penceraian
- Perkahwinan jarak jauh
- Dipenjarakan
- Kematian ahli keluarga terapat
- Kecederaan, kecacatan atau penyakit
- Hilang kerja
- Masalah rumahtangga (ingin rujuk kembali)
- Persaraan
- Perkahwinan
Tingkatkan keupayaan diri untuk atasi stress
‘Get connected’
Kita kena banyakkan aktiviti yang melibatkan kita berjumpa dengan orang, contohnya keluar bersama rakan baik. Supaya kita dapat melegakan tekanan yang dihadapi dengan cara berkomunikasi dengan kata-kata yang positif. Perbuatan ini bagus kerana ia dapat meningkatkan ‘mood’ baik kita dan mengurangkan rasa tertekan.
Bergerak
Bersenam, berkebun, berbasikal atau lakukan apa saja aktiviti yang memaksa tubuh badan kita untuk bergerak. Walhal, hanya membuat sedikit regangan badan. Ia dapat membantu melegakan tekanan dan mengurangkan kita berfikiran negatif.
Bertenang dan berehat
Ajar diri untuk belajar bertenang dengan membuat yoga, meditasi, menarik nafas dalam-dalam dan teknik relaksasi yang lain. Dalam hidup kita ini, memang tidak boleh lari daripada stress. Walaubagaimanapun, kita boleh mengawal stress daripada menguasai diri kita. Selalu amalkan teknik ini untuk meningkatkan perasaan gembira dan ketenangan.
Luangkan masa untuk pergi bercuti bagi merehatkan minda setelah penat bekerja. Lakukan aktiviti kesukaan semasa bercuti boleh melepaskan diri kita daripada stress untuk sementara waktu.
Diet sihat
Makanan yang dimakan boleh memberikan manfaat dan juga keburukan kepada ‘mood’ kita. Makanan segera, diproses, tinggi kandungan gula dan makanan yang kurang sihat selainnya memberikan impak buruk kepada ‘mood’ kita dan memburukkan lagi gejala stress yang telah sedia ada.
Seandainya kita memilih untuk makan makanan yang berkhasiat, ambil pemakanan tambahan dan makanan yang berkualiti tinggi, ia dapat membantu badan kita jadi lebih sihat sekaligus dapat mengurangkan stress.
Baca juga artikel ini:
Apakah Anxiety Disorder, Tanda, Punca Dan Cara Merawatnya
5 Kata-Kata Motivasi Diri Untuk Sukses Dalam Hidup
Suplemen Semulajadi Yang Membantu Mengatasi Stress
2 Comments
baru tau adrenalin jugak hormon stress..tapi betul sangat sekarang ni stress salah satu masalah sering dihadapi rakyat malaysia terutamanya wanita.
zara recently posted…Cara Mencegah Jangkitan Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)
tak nak stress dah lepas ni..bhya rupanya..nice info kak yu