Stress Punca Rambut Gugur Dan Kepala Botak

Botak itu ohsem! Bagi lelaki ok la kan, tapi kalau perempuan yang botak, kau rasa? Ohsem ke OMG!!! Peratusan mereka yang mengalami stress semakin meruncing sekarang ini. Ini mungkin disebabkan oleh desakan hidup dengan kerja di pejabat semakin menimbun, perbelanjaan semakin tinggi dan gaji tak naik-naik. Stress boleh menyebabkan keguguran rambut yang banyak sehingga mengakibatkan kepala jadi botak.

Kita sendiri maklum bahawa stress tidak bagus bagi wanita mahupun lelaki. Lebih-lebih lagi wanita la kan? Sebab stress boleh mengganggu hormon dan kemungkinan boleh menyebabkan depresi. Wanita berkarier mungkin lebih berisiko mengalami stress. Dia lah sibuk di pejabat, balik rumah kena masak untuk ahli keluarga, sudah masak kena mengemas, sudah mengemas perlu tengokkan anak-anak buat kerja sekolah, baru je nak lelap mata si kecil nak menyusu, tengah malam bangun lagi menyusu, sebelum subuh sudah bangun, siapkan diri dan juga anak- anak untuk ke sekolah.

Sebab itulah para ibu digelar ‘superwoman’ atau ‘ironlady’ oleh suami dan anak-anak. Wanita hebat yang ‘multitasking’, tak kenal erti penat untuk berikan yang terbaik untuk keluarganya. Namun dalam tidak sedar rambutnya lebih banyak gugur dari sehari ke sehari. Lama-kelamaan rambut di kepala semakin menipis dan mengurangkan keyakinan dirinya. Kesian kan???

 

Petua elak rambut gugur

Terdapat pelbagai petua yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan rambut gugur seperti:

1- Lidah buaya

Daun lidah buaya ini banyak khasiatnya. Jika dilumurkan pada kulit kepala dan rambut, ia membantu mungurangkan rasa gatal kulit kepala, mengurangkan minyak berlebihan pada kulit kepala dan menyihatkan rambut.

2- Santan kelapa

Ini petua zaman berzaman sejak datuk moyang kita lagi. Lumurkan santan pada kulit kepala rambut, peram selama 1 jam sebelum dibilas air bersih. Lakukannya 1-2kali seminggu untuk dapat rambut yang hitam dan lebat.

3- Jangan sikat rambut

Elakkan menyikat atau merapikan rambut secara kerap. Guna sikat bergigi jarang dan genggam rambut bermula hujung sebelum menyikatnya ke tengah. Ini dapat mengurangkan rambut tertarik semasa sikat rambut yang menyebabkan rambut gugur.

4- Makanan tinggi protein
Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan dan kacang soya. Makanan sebegini mempunyai manfaat  vitamin B 12 yang sangat bagus untuk pertumbuhan rambut sihat.

5- Air putih

Minum sekurangnya 8 gelas air putih setiap hari untuk membantu menyalurkan kelembapan kulit kepala dan pertumbuhan rambut yang lebih cepat.

6- Ikat rambut

Elakkan mengikat rambut terlalu ketat, pastikan ada jarak dengan akar rambut untuk mengelakkannya menjadi lemah.

7- Haba pada rambut

Tabiat suka keringkan rambut menggunakan pengering rambut elektrik boleh menyebabkan akar rambut menjadi lemah dan rambut mudah patah. Sebaiknya anginkan rambut supaya ia kering secara semulajadi.

8- Warna rambut

Suka bertukar warna rambut menyebabkan rambut rosak. Dalam pewarna rambut sudah semestinya mengandungi bahan kimia yang menyerap terus ke setiap helaian rambut. Bahan kimia tersebut boleh merosakkan rambut, ditambah pula dengan proses ‘bleaching’ yang dilakukan untuk menukar warna rambut anda. Ia memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan keguguran rambut.

9- Syampu dan perapi

Gunakan syampu dan perapi yang tidak mengandungi paraben dan bahan kimia merbahaya. Seeloknya gunakan syampu yang berasaskan bahan semulajadi dan tidak mengandungi pewarna dan pewangi tiruan. Contoh terbaik adalah Pro Sante Revitalizing Shampoo dan Replenishing Conditioner.

Ia membantu membersihkan kulit kepala dan rambut, melebatkan rambut, menyihatkan kulit kepala dan rambut. Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kepala sensitif dan berkelemumur serta kulit kepala normal.

Perapinya membantu melembutkan rambut dari akar hingga ke hujung. Selain itu, ia membantu menguatkan dan mengilatkan rambut.

10- Vitamin rambut

Selain daripada makan makanan berprotein tinggi, penting untuk kita amalkan pengambilan vitamin untuk membantu menyihatkan kulit kepala dan memyuburkan rambut. Selain itu, ia juga dapat membekalkan nutrisi secukupnya kepada tubuh badan kita supaya kulit kita menjadi lebih sihat dan cantik.

Antara vitamin yang diperlukan oleh rambut kita ialah B complex, Energizing Soy Protein dan Vita Lea.

B complex mengandungi kesemua jenis vitamin B yang bagus untuk kesihatan kita. Vitamin B membantu mengatasi masalah stress dan dalam masa yang sama membantu menyihatkan kulit, kuku dan rambut kita

Vita Lea adalah multivitamin yang membantu memberikan badan kita tenaga. Ia juga mengandungi zink yang membantu mengurangkan masalah keguguran rambut.

Energizing Soy Protein pula sumber protein soya organik nonGMO yang mengadungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang dapat membantu mencukupkan nutrisi dalam badan kita. Ia juga membantu membina sel-sel baru yang lebih sihat. Selain membantu pertumbuhan rambut dan menyihatkan kulit kepala.

Ramai wanita bertudung mengalami masalah rambut gugur yang serius. Orang bukan mahram mungkin tidak nampak kepala kita hampir botak disebabkan keguguran rambut yang serius.

Tapi, suami kita setiap hari nampak perubahan pada diri kita. Malu rasanya apabila ditegur oleh suami yang kepala kita hampir botak. Sedangkan rambut adalah mahkota wanita. Jangan biarkan masalah ini berlanjutan sehingga kita terlambat untuk mengatasinya.

 

Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan set penjagaan rambut sebelum kepala anda botak sepenuhnya.

 

FB: IdAyu Irdina

FB Page: Idayu Irdina

IG: @IDAYU_IRDINA

No.HP: +6013-9189500

Beli secara online di sini

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.