Tips Hilangkan Panau Di Muka Dan Badan Dengan Berkesan

Kulit berpanau biasa terjadi dikalangan remaja dan juga dewasa. Hal ini kerap berlaku pada kulit mereka yang gemar bersukan atau bekerja di bawah bahang matahari. Tips atasi kulit panau di muka elak diejek oleh kawan dan keluarga ini mampu membantu anda.

Panau merupakan jangkitan yang disebabkan oleh kulat jenis malassezia. Jangkitan ini biasanya terjadi pada bahagian lapisan luar kulit yang mempunyai sebum (minyak) yang berlebihan seperti muka, dada, belakang badan dan kulit kepala. Kulat jenis ini merupakan flora kulit yang normal yang akan berlaku jangkitan pada keadaan-keadaan tertentu.

Panau boleh terjadi kepada semua peringkat umur, namun golongan yang kerap terkena jangkitan panau adalah remaja, belia, mereka yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppresenant dan juga pesakit hyperhidrosis atau berpeluh berlebihan.

Bagaimana rupa panau ini?

Sekiranya pada kawasan muka atau badan kita mempunyai tompok-tompok pucat (berwarna putih atau merah jambu) atau gelap (perang atau hitam) dan bentuknya bulat, bujur atau bercantum, itulah panau.

Terdapat dua jenis panau iaitu hypopigmented dan hyperpigmented. Hypopigmented ini berlaku apabila sesetengah kawasan badan timbul tompok pada kulit berwarna putih berbanding warna kulit yang lain. Hyperpigmented pula berlaku apabila timbul tompok warna lebih gelap atau hitam pada kulit.

Kulat malassezia furfur biasa dijumpai pada badan berpanau. Ia merupakan organisma normal yang ada pada kulit kita. Ia mempunyai 2 fasa peralihan iaitu:

  • fasa yeast – kulat tidak aktif dan berbentuk spora.
  • fasa hyphae – kulat tumbuh aktif dan mempunyai unjura yang berakar mencari nutrien dalam badan. Unjuran ini akan menghasilkan beberapa jenis bahan kimia yang menyebabkan penghasilan melanin pada kulit berkurang. Melanin merupakan pigmen yang menyebabkan kulit kita menjadi gelap. Sekiranya melanin berkurang di kawasan unjuran itu akan kelihatan lebih putih daripada warna kulit asal dan disebut sebagai panau.

Punca Panau

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan terjadinya panau. Keadaan-keadaan seperti berikut berisiko menyebabkan kulat malassezia berubah fasa lalu membentuk panau.

  • Mereka yang mengamalkan penggunaan steroid.
  • Penghidap HIV dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.
  • Kawasan persekitaran yang panas dan lembap.
  • Masalah kekurangan nutrisi dalam badan.

Ubat Panau

Dalam kes biasa, pengamal perubatan akan memberikan ubat sapuan untuk menghilangkan panau. Sebagai pilihan lain, terdapat juga ubat makan yang akan diberikan sekiranya panau itu terlalu teruk.

Namun, sebelum ubat panau dibekalkan, beberapa perkara perlu dikenal pasti supaya pesakit tidak mengalami masalah kesan sampingan. Antara kesan sampingan ubat panau yang sering terjadi ialah:

  • kulit menjadi kemerah-merahan
  • mengalami kegatalan pada kulit
  • mengalami sakit perut dan cirit birit

Oleh demikian, terdapat alternatif lain yang lebih organik dan selamat untuk digunakan bagi membantu menghilangkan panau. Iaitu dengan mengamalkan pengambilan suplemen semulajadi yang diiktiraf halal dan dijamin selamat untuk diamalkan.

Set Panau Shaklee merupakan rangkaian vitamin Shaklee yang setiap satunya mempunyai kepentingan tersendiri untuk membantu menghilangkan panau pada muka dan seluruh badan.

Vivix mengandungi antioksidan yang tinggi, ia dapat membantu meningkatkan sistem imun badan melawan jangkitan kulat dan virus. Ia juga membantu membaiki sel-sel badan yang rosak dan membantu membina sel baru yang lebih sihat.

Nutriferon merupakan salah satu immune booster yang sangat hebat. Ia membantu meningkatkan sistem imun badan kita.

Garlic Complex merupakan antibiotik semulajadi yang membantu melawan serangan yis atau kulat.

Vitamin C membantu mencantikkan kulit yang berpanau dan melawan jangkitan kulat.

Alfafa Complex selain fungsi utamanya yang membantu untuk detox usus, hati dan darah. Ia juga mengandungi sifat antikulat yang mana membantu untuk mencantikkan kulit yang bertompok panau.

Panau di badan sudah meresahkan kita, apatah lagi sekiranya ia timbul bertompok di muka. Segerakan tindakan untuk hapuskan panau hodoh sekarang sebelum ia merebak menjadi lebih banyak.

Untuk mendapatkan konsultansi eksklusif dan memesan produk, anda boleh hubungi saya dengan klik link di bawah:

FB : IdAyu Irdina

FB Page : Idayu Irdina

IG : @IDAYU_IRDINA

No.HP : +6013-9189500

Beli secara online di sini

Daftar keahlian online di sini

 

 

 

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.