Urutan Bayi Membantu Si Manja Tidur Lebih Lena

Urutan lembut diseluruh tubuh bayi membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara kita dan si manja. Urutan bayi membantu si manja tidur lebih lena.

Teknik urutan yang betul juga memainkan peranan supaya sistem badan bayi kita menjadi lebih sihat. Jom kita belajar langkah demi langkah cara urutan bayi yang betul untuk kita praktikkan bersama si manja kesayangan.

Perlu ke urutan bayi?

Urutan merupakan salah satu cara kita sebagai ibu bapa untuk berhubung dengan bayi kita. Urutan yang lembut serta beritma diseluruh tubuh bayi dengan menggunakan tangan kita akan memberikan perasaan tenang kepada si manja. Rutin urutan seperti mengurut lembut buku lali dan jari-jemari bayi juga boleh dilakukan.

Urutan menggunakan tangan yang lembut membantu menghasilkan hormon oksitosin, iaitu sejenis hormon yang memberikan kita perasaan kasih dan sayang semasa memeluk erat si manja ataupun menyusukannya. Hormon oksitosin ini dapat dirasai oleh ibu, bayi dan suami kita seandainya dia melihat kita mengurut si manja dengan lembut dan penuh kasih sayang.

Ada teori yang mengatakan bahawa urutan juga dapat membantu perkembangan bayi pra-matang untuk membesar dengan baik. Selain daripada ia dapat membantu meransang perkembangan baik otak bayi kita.

Sentuhan yang lembut, cara kita memandang tepat ke mata si manja dan kita berkomunikasi dengannya, membantu untuk membuatkan mood kita jadi lebih baik, tenang dan boleh membantu mengurangkan risiko kemurungan ibu yang baru lepas bersalin.

Kaum bapa juga perlu belajar cara uruskan penjagaan bayi dengan betul. Saat indah yang tidak akan berulang lagi setelah anak membesar. Belajarlah ajar mengurut bayi agar si manja kenal sentuhan lembut daripada tangan ayahnya sendiri. Di samping, si manja dapat merasakan kehadiran perasaan kasih sayang yang lahir daripada sentuhan seorang bapa.

Antara faedah-faedah lain urutan bayi ini adalah:

  • tidur lebih lena
  • menguatkan ikatan antara kita dan bayi
  • kurang merengek dan lebih rileks

Boleh ke urut bayi bila-bila masa je?

Sebenarnya tak ada masa yang spesifik pun untuk mengurut bayi sebab ia seperti salah satu cara untuk kita berhubungan dengan si manja. Namun, untuk membantunya lebih rileks, tidur yang lebih lena dan kita lebih fokus melayan keletah si manja adalah sewaktu selepas mandikan dia dan sebelum tidur.

Sekiranya kita membuat urutan bayi semasa diantara masa penyusuan, maksudnya bayi tidak lapar dan tidak terlalu kenyang adalah masa yang terbaik. Kerana pada masa itu, bayi kita dalam keadaan bertenang dan mungkin matanya sudah layu kerana ingin tidur.

Apakah yang diperlukan untuk mengurut bayi?

Kebiasaanya rutin mengurut bayi adalah selepas mandi dan selepas menukar lampin sebelum tidur malam. Jadi, baringkan si manja di atas kain hamparan yang lembut dan selesa. Pakaikan terlebih dahulu lampin kepadanya untuk mengelakkan ‘kemalangan‘ yang memungkinkan kita terpaksa mandikan dia sekali lagi.

 

Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas atau sejuk. Sebagai alternatif untuk membuatkan bayi rileks, pasangkan alunan ayat suci al-quran atau musik yang memberikan kesan ketenangan kepada bayi. Suasana bilik yang tenang, tidak bising dan keadaan badannya yang selesa membantu meransang bayi tidur lebih cepat.

Seterusnya, gunakan minyak atau krim yang sesuai digunakan ke atas bayi ke tangan kita dan calit sedikit di beberapa tempat di badan si manja. Ini untuk memudahkan tangan kita mengurut lembut si manja. Pastikan minyak atau krim yang kita gunakan itu tidak memberikan kesan kerengsaan kepada kulit bayi.

Terdapat juga beberapa jenis minyak dan krim yang kemungkinan boleh memberikan kesan buruk terhadap kulit bayi, iaitu:

Krim aqueous

Ia mengandungi bahan pencuci yang boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit bayi.

Minyak biji sawi

Minyak ini telah diproses dan kemungkinan besar akan tercemar dengan bijian selain biji sawi.

Minyak kacang tanah

Kandungan protein di dalamnya kemungkinan akan menyebabkan kesan alergi pada kulit bayi

Bagaimana cara urutan bayi?

Ada beberapa langkah mudah yang boleh kita sebagai ibu bapa jadikan sebagai rutin urutan bayi. Sila lihat gambar untuk lebih faham langkah demi langkah urutan bayi.

Pastikan pilih minyak urut yang sesuai dengan kulit bayi, lebih elok lagi yang berasaskan bahan organik. Ini kerana ia lebih lembut dan sesuai untuk kulit bayi yang sensitif.

Cara membuat pembelian secara online

FB: IdAyu Irdina

FB Page: Idayu Irdina

IG: @idayu_irdina

No.HP: +6013-9189500

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.